Wednesday, January 14, 2009

BERCUTI ITU SEKADAR NAMA

ISILAH MASA LUANGMU
Segala puji bagi Allah, yang menghidupkan dan mematikan hamba-hambanya. Sebelum saya tulis panjang lagi, saya mahu membuat pengumuman bahawa nombor telefon bimbit saya yang dahulunya 0192624647 tidak akan digunakan lagi. Saya menukar ke nombor telefon 0132730807. Harap Maklum. Saya akan bercuti dari 15 Januari sehingga 31 Januari, dan ini bermakna blog ini dan blog hatipalestin (hatipalestin mungkin krew lain akan berkerja untuk update) mungkin tidak akan terisi apa-apa.

Cuti bagi saya hanyalah sebuah nama, kerana cuti saya dihabiskan untuk melaksanakan tuntutan kemanusiaan dan agama. Mungkin inilah antara hiburan-hiburan untuk menenangkan dan menggembirakan hati saya.

Cuti ini saya akan ke Pahang untuk menjalankan aktiviti kependidikan teknologi maklumat untuk adik-adik di tiga buah sekolah menengah. Program ini anjuran Sekolah@MMU sebuah badan Saketeriat yang menjalankan aktiviti berteraskan pendidikan Teknologi Maklumat. Program ini akan berlangsung selama 5 hari dari 16 Januari sehingga 20 Januari.

Selepas pulang dari Pahang, pada awalnya saya merancang untuk ke Terengganu tetapi tiket sudah habis. Solusinya, saya akan pulang ke rumah untuk menulis dan membaca  Kemudian program saya akan berterusan dengan menjadi Komiti Orentasi untuk pengambilan pelajar-pelajar barubulan Januari. Program ini akan berlangsung selama 4 hari iaitu dari 28-31 Januari.

CERITA RAPAT UMUM DAN CERITA BEJAT
Sebenarnya banyak lagi saya mahu coretkan di sini, tetapi cukuplah sekadar ini dulu. Banyak perkara bersarang di hati ini, banyak perkara mahu dilontarkan.Cerita tentang rapat umum di depan Kedutaan AS, cerita tentang kempen Palestin secara sendiri-sendiri bersama beberapa rakan, membuka blog Palestin, cerita rempit cyberjaya-KL membeli barangan untuk jualan Palestin.

Tambahan, ada juga cerita-cerita dari orang yang hipokrit, dari orang yang meremehkan agama, dari orang yang meremehkan ulama’, dari orang yang meremehkan perjuangan rakan-rakan, dari orang yang mengata belakang-belakang, dari orang yang tidak memahami agama secara jelas, dari orang yang hanya tahu membaca dan bercakap tapi tidak bergerak, dari orang yang hanya tahu berpersatuan dalam kelompoknya sahaja, dan pelbagai lagi orang yang sedang berpusing-pusing di wilayah saya dan memang banyak lagi yang saya mahu ceritakan.

Tapi nantilah....


Kepada para sahabat yang sentiasa menyokong perjuangan, dan sentiasa bergerak bukan sekadar duduk diam sahaja, saya mengucapkan beribu terima kasih. Hanya Allah dapat membalas jasa kalian!


HAYATILAH NASIHAT ALLAH DAN RASUL
Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata, “Mencaci maki sesama muslim adalah keji, dan membunuhnya adalah kekufuran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Menurut Ibnu Hajar al-Asqolani, hadith diatas menjelaskan betapa besar hak seorang muslim, dan menerangkan bahwa orang yang mencaci maki tanpa dasar yang benar adalah keji.

Oleh karena itu, wahai hamba Allah, jangan pernah sekali-kali mencaci, mengherdik, mengejek dan memanggil dengan gelaran yang buruk. Yang demikian itu akan menyeretmu kejurang kekejian setelah kalian masuk dalam rombongan kaum mukiminin. “Dan barangsiapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Hujrat: 11)

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, kerana sebahagian dari prasangka adalah dosa. Dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain. Jangan menggumpat sebagian yang lain. Sukakah salah seorang diantara kalian memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kalian merasa jijik melakukan itu. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.”( al-Hujrat ayat 12)

Wahai hamba Allah! Anda harus berprasangka baik kepada sesama mukminin. Inilah perintah dari Tuhanmu, “Mengapa diwaktu kalian mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminah tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata, ‘Ini adalah berita yang jelas bohong’.” (An-Nuur: 12)


Sekian....

1 comment:

  1. Tidak ada istilah bercuti dalam kamus seorang pejuang..teruskan berjuang moga tetap tabah dan teguh menongkah arus perjuangan yang laluannya bersimpang siur...

    ReplyDelete