Sunday, September 27, 2009

CERITA RAYA



Malam raya adalah malam yang sering saya tunggu. Bukan kerana gembira meninggalkan Ramadhan, tetapi saya gembira sebab adik-beradik akan berkumpul bersama. Anak buah? Usah dikata, kecoh rumah dibuatnya. Anak buah saya seramai 16 orang, yang paling muda 8 bulan dan yang paling tua berumur 12 tahun.

Untuk berkumpul ramai-ramai seperti malam ini, agak sukar untuk hari-hari biasa. Masing-masing ada kerja dan hal yang perlu diuruskan. Tetapi malam-malam sebeginilah yang sering digunakan untuk bercerita dan berkongsi semua hal. Dari sekecil-kecil hal sehinggalah ke sebesar-besar cerita. Malam itu ibaratnya sebuah ijtimak tahunan keluarga Haji Yusof dan Hajah Samsiah.

Hari raya keesokkannya, saya menemani ayah ke kubur. Menziarahi pusara datuk dan nenek, dalam masa yang sama mencari nilai-nilai muhasabah untuk diinsafi. Memang benar, menziarahi pusara bukanlah acara tahunan, tetapi adakah menjadi satu kesalahan untuk anak-anak dan cucu hadir di pusara mencari nilai-nilai keinsafan dalam ziarah di pagi raya?

Saya, Ayah dan Ibu berpakaian sedondon tahun ini. Almaklumlah, saya masih bujang dan masih berada di bawah tangungan mereka. Kami sepakat untuk sedondon berwarna maroon. hehehe...

Salam dan sayang, maaf dipohon dicium dan dipeluk kedua ibubapa. Mungkin boleh dikatakan acara tahunan di pagi raya selepas pulang solat Iedilfitri. Bukanlah sebuah iktikad, tetapi sebagai sebuah adat yang masih dalam lingkungan syariat. Gambar-gambar di bawah menjadi saksi di hari-hari Iedilfitri yang sempat saya rakamkan.


Ayah, abang-abang ipar dan anak buah

anak bapak!

mencari sebuah keinsafan

syurga di bawah tapak kaki ibu

sebuah keluarga yang harmoni

Ayah dan Ibu bersama cucu-cucu

Asyraf, Boboi, Izham.

Boboi dan Pakcu ;P

____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

3 comments:

  1. ayat masih sk*ma.
    hehe.
    btw, u look funny in the last pic haha.
    selamat hari raya maaf zahir batin(:

    ReplyDelete
  2. haha.... dah tak tahu nak jadikan ayat tu tak skema dah..puas difikirkan..last2 itu je yang jadi :)

    apa2 pun selamat hari raya gak.

    ReplyDelete
  3. salam
    hari raya ni memang best sebab bila dapat berkumpul bersama keluarga yang selama ini susah nak berkumpul serentak

    ReplyDelete