Tuesday, February 2, 2010

RETORIK VALENTINE DAY....

“Valentine haram.” Jerit seorang lelaki.

“Valentine merosakkan bangsa.” Seorang lagi lelaki meneriak ke arah sekumpulan remaja.

“Valentine alat propaganda Freemason untuk merosakkan Islam.” Seorang lagi lelaki yang begitu taksub dengan teori-teori konspirasi bersorak-sorai.

“Remaja yang meraikannya, adalah rosak.” Jerit seorang Muslimah lemah ditengah-tengah kesesakan manusia.

Dan banyak lagi suara-suara yang menidakkan dan melarang sambutan hari kekasih ataupun lebih popular dengan panggilan Valentine ini. Semua orang yang memahaminya, pasti menyokong dan kalau berkesempatan akan turut juga berkempen “Tidak untuk Valentine”.

Tetapi bagaimana mereka yang tidak faham dan tidak tahu apa-apa pun tentang Valentine?

Gelagat kita di atas seperti mengisi air bersih ke dalam sebuah gelas kotor tanpa di basuh dahulu gelas tersebut. Kita tidak mendidik, tetapi kita bersorak bagai, berkempen bagai, tetapi tidak ada usaha untuk mendidik, memberitahu dan berjumpa dengan remaja tentang salahnya sambutan Valentine.

Bagaimana mereka mahu faham apa yang kita larang ini, selagi pengetahuan tentangnya tidak kita berikan. Kita sentiasa merasakan atau suka mengagak-agak yang mereka faham, sedangkan realitinya mereka sendiri tertanya-tanya mengapa kita beriya-iya melarang mereka.

Mari kita ikuti sikap dan strategi dakwah Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam. Setiap tindakan beliau dalam melarang atau memerintahkan sesuatu, baginda bukan sahaja lakukannya sebagai seorang Nabi, tetapi sebagai seorang pendidik. Baginda akan menjelaskan setiap hal yang baginda larang dan perintahkan agar mereka yang mendengar berasa lapang hati dan senang.

Saya tertanya, berapa ramai anak muda yang memahaminya atau mereka sekadar tahu yang “diorang yang melarang ini memang cemburu tengok kami enjoy”.

Moga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menerangkan dan mendidik mereka dalam hal ini.

Jangan sekadar beretorik “KATAKAN TIDAK PADA VALENTINE”.


_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

1 comment:

  1. salam
    maaf klu ayat saya berbaur prasangka...

    kdg some ppl rasa mrk baik.... apa yg dibuat bkn utk mencegah tapi demi menonjol nama or syok sendiri yg diri tu lebih baik compare dgn org yg tak tahu..

    mmb blh direnungkan balik, tujuan asal dakwah. Demi Allah atau nama?

    maaf sekali lagi~

    ReplyDelete