“Allah itu tidak diperanakkan dan beranak. Bagaimana pula dengan Adam. Dia juga tidak beranak dan diperanakkan. Tidakkah itu sama kedudukannya dengan Allah sebagai Tuhan?” Soal seorang kenalan.
“Malaikat pun Tuhan jugalah kalau begitu?” Soal saya semula, tidak menjawab persoalan beliau.
“Kenapa pula?”
“Sebab Malaikat tidak diperanakkan dan beranak.” Jawab saya.
Saya membiarkan dia bermain dengan teka-teki. Teringat saya mengenai istilah Takalluf. Sifat yang paling tidak disukai oleh Nabi Muhammad. Iaitu sikap menimbulkan persoalan yang tidak perlu atau buat perkara yang susah atau memikul beban yang tidak biasa.
Walaubagaimanapun saya tahu yang kenalan saya ini bukan bermaksud begitu. Beliau hanya mahu mendapat kepastian yang tiba-tiba terlintas dari fikirannya.
“Kriteria menjadi Tuhan Allah dah jelaskan dalam surah al-Ikhlas. Memang pun dalam surah itu antara kriterianya ialah Tidak diperanakkan dan beranak. Tapi bukan itu sahaja kriterianya. Selain tidak diperanakkan dan beranak, kriteria Tuhan ialah, Tuhan tidak boleh bergantung pada sesiapa, dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengannya.
Untuk Nabi Adam, baginda bergantung kepada Allah, kemudian banyak manusia lahir dari keturunannya dan ada sebahagiannya setara dan ada yang lebih utama dari baginda, iaitu Nabi Muhammad. Jadi Nabi Adam itu, tidak sama dengan Allah. Lagi pula, yang menciptakan baginda ialah Allah. Jadi tidak timbul soal atau masalah berkaitan dengan kriteria “Tidak diperanakkan dan beranak” ini.” Saya cuba menerangkan seringkas dan sejelas mungkin, agar tidak timbul lagi soalan-soalan sebegini.
___________________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menanyakan (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al Quran itu diturunkan, niscaya akan diterangkan kepadamu, Allah memaafkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.” (Surah al-Maidah 5:110)
___________________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.
"memperkasakan paradigma"
Yussamir Yusof @ www.yussamir.com
No comments:
Post a Comment