Friday, August 27, 2010

BUKU PERTAMA SAYA


UNTUK PAPARAN JELAS SILA KLIK GAMBAR



Alhamdulilah,
Selepas berbagai halangan dan perbincangan yang berterusan. Buku saya akhirnya bakal diterbitkan.

Puji-puji bagi Allah dan selawat salam ke atas Rasulullah saw. Halangan, cubaan semasa menulis dan proses mencari penerbit dan semasa diedit amat sukar untuk saya ceritakan di sini. Tapi yang pasti Allah telah merancang semuanya dengan adil dan hikmah.

Terima kasih saya ucapkan kepada Editor buku saya yang hebat, Kak Rosmawati. Seorang editor yang turut mempunyai pengetahuan dalam ilmu perbandingan agama, dan juga seorang yang teliti.

Tidak dilupakan kepada Karya Bestari yang memberi ruang dan peluang kepada saya untuk berkarya.

Terima kasih juga kepada seluruh mereka yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam pembukuan karya ini.

Tulisan ini hanyalah beberapa tulisan yang terlalu jauh untuk dibandingkan dengan buku-buku lain yang jauh lebih bermanfaat. Namun begitu, saya mengharapkan hasil kajian, pengalaman dan usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua orang.

Moga buku ini menjadi antara bekal untuk saya di akhirat sana.



Bangsar, Kuala Lumpur.





_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu."

memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Friday, August 20, 2010

TANYA KHABAR

SALAM RAMADHAN kepada semua.

Pejam celik, sudah 11 hari kita menempuh bersama ramadhan pada tahun ini. Sama ada ia menjadi titik mula untuk kita lebih bertaqwa mahupun semakin kita jauh dengan Allah.

Mungkin ada yang sudah bersiap-siap untuk menyambut raya. Ada yang sudah membeli baju raya, kuih raya, kasut raya dan semuanya yang raya. Hehe..

Tapi adakah itu yang kita kejarkan? Atau sepatutnya kita berasa sedih kerana bulan pengampunan dan bulan mulia ini semakin hampir untuk meninggalkan kita.

Tepuk dada, tanya iman. Moga kita tidak terlalu leka dengan siapan raya sehingga amal ibadah kita hilang entah ke mana.

Salam amal dari saya..

Johor Bahru,
Taman Daya.

______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Saturday, August 14, 2010

RESPON VIDEO MALAIKAT.



Baru-baru ini saya mendapat forward link video Malaikat dari seorang kenalan. Dia beriya-iya menyuruh saya menontonnya. Katanya dalam video tersebut kelihatan Malaikat turun ke bumi dan terus menuju ke kaabah.

Saya tersentak, “Manusia dapat melihat Malaikat?” Soal saya dalam hati.

Untuk tidal menghampakan beliau, saya tetap menonton video tersebut. Ya memang kelihatan cahaya dari langit turun ke kawasan tawaf di Makkah. Tetapi timbul beberapa persoalan di kepala saya.

Pertama, benarkah video ini tulen?

Kedua, adakah Allah telah memberi kelebihan kepada manusia untuk melihat dan mengetahui hal-hal ghaib? Lebih-lebih lagi malaikat?





Jika benar sekalipun video itu tulen, adakah ia benar-benar Malaikat atau sekadar cahaya yang wujud?

Marilah kita melihat isu ini dari kacamata Islam sendiri. Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah yang menjadi asas pegangan umat Islam zaman berzaman.

Hal-hal yang berkaitan dengan Malaikat dikategorikan sebagai perkara-perkara ghaib di dalam Islam. Malaikat mendapat darjat tinggi di sisi Allah sebagai makhluk-Nya yang paling taat dan setia menjadi suruhan kepada Allah. Malahan mempercayai Malaikat adalah salah satu dari Rukum Iman yang harus diimani oleh umat Islam.

Firman Allah, "Ingatlah segala yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua. Malaikat-malaikat yang ada di sisi-Nya tidak membesarkan diri untuk beribadat kepada Allah dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka selalu bertasbih siang dan malam dengan tidak berhenti-henti." (al-Anbiya': 19-20)

Hal-hal ghaib hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Tidak ada seorang pun berhak untuk mendakwa bahawa mereka boleh berinteraksi ataupun melihat dengan mata kasar perkara-perkara ghaib.

Firman Allah, “Katakanlah, "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan.” (QS An Naml : 65).

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa cahaya yang kelihatan dalam video tersebut sebagai Malaikat adalah terkeluar dari akidah Islamiah, kerana ia jelas bertentangan dengan apa yang Allah jelaskan dalam al-Quran.

Sungguh hairan apabila ramai mempercayainya sedangkan Rasulullah sendiri tidak pernah mengaku ataupun bercerita bahawa baginda dapat melihat atau mengetahui perkara yang ghaib.

Perkara ini dijelaskan oleh Allah bahawa Rasulullah tidak mengetahui perkara ghaib. Firman-Nya, “Aku tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah. Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudharatan. Aku tidak lain hanyalah pemberi peringatan, dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”(QS Al A'raf : 188).

Jika Rasulullah sendiri tidak mengetahui perkara ghaib, bahkan dengan terus terang baginda menafikan hal itu ke atas dirinya, maka orang selain baginda pasti tidak lebih tahu. Kerana baginda yang lebih berhak daripada manusia lain. Ketika ada nash yang menyatakan, bahawa baginda tidak mengetahui perkara ghaib, maka selain baginda pasti tidak tahu.

Saya menyeru kepada semua umat Islam agar lebih berhati-hati dalam hal-hal sebegini. Jangan terlalu mudah diperbodohkan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Berpeganglah dengan sekuat-kuatnya dengan akidah yang sahih. Kerana Islam berpaksikan kepada Quran dan Sunnah sahaja. Jika sesuatu itu bercanggah dengan kedua-dua sumber itu, maka tolaklah ia sejauh yang mungkin.

Semoga kita terus dipelihara oleh Allah dari segala bentuk kejahilan dan kebatilan. Ingatlah hanya Allah yang mengetahui perkara yang ghaib.

“Katakanlah,Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu, bahwa aku ini Malaikat. Aku tidak mengikuti, kecuali apa yang telah diwahyukan kepadaku.” (Al An'am: 50).




_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Wednesday, August 11, 2010

BUKAN MUDAH KE SYURGA

“Aik, tadi akak nampak air tu macam penuh. Tapi sekarang dah setengah cawan pula.” Kakak saya memandang saya dan cawan yang ada di atas meja kehairanan.

“Entah, mana tahu.” Saya terus berlalu kemudian masuk ke bilik. Haus yang tadi terpaksa di tahan-tahan, sudah beransur lega dan basah. Saya tidak puasa!

Ketika itu saya baru sahaja berumur 8 tahun. Tidak tahu makna sebenar tentang puasa. Hanya sekadar ikut-ikutan, tidak ada langsung perasaan dosa atau pahala yang bermain di kepala ketika meneguk air tebu yang dibeli.

“Kalau puasa penuh tahun ini, ibu bagi duit raya banyak.” Umpan ibu saya.

“Berapa banyak?” Saya membuat tawaran.

“Erk…300.” Ibu saya terkedu dan tersengih.


“Ok, tahun ni puasa penuh.”

Ketika itu berpuasa harus ada pemangkinnya. Bukan pahala atau ganjaran yang besar menjadi pemangkinnya, tetapi ganjaran berbentuk material. Ya, mungkin itu ketika dahulu, ketika kita semua masih kecil dan kanak-kanak.

Tetapi sekarang, adakah pemangkinnya tetap perkara yang sama atau lain? Saya percaya, bahawa kita semua berpuasa kerana yang memangkinnya bukan lagi berbentuk material. Ia lebih ke arah sipirutual, yang berbentuk ganjaran pahala dan keampunan dari Allah.

Allah telah memangkin para hamba-Nya sejak berzaman dahulu dengan ganjaran-ganjaran yang besar. Ganjaran-ganjaran ini kerap kali dikhabarkan oleh Rasulullah saw dalam berbagai tempat dan keadaan. Antaranya Rasulullah bersabda, “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu.” (Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim)



Berlumba-lumbalah.

Mari kita sama-sama berlumba untuk meraih ganjaran pahala yang berlipat kaliganda, dan menunduk istigfar memohon keampunan dari Allah. Bulan ini penuh dengan pengampunan dan ganjaran.

Bulan ini bagaikan jualan murah dan pesta diskaun yang dianjurkan. Bukan diskaun harga dan juga bukan jualan barangan, tetapi diskaun keampunan dan ganjaran pahala yang melimpah ruah Allah tawarkan.

Ganjaran pahala bukan sahaja 10 kali ganda, mahupun dengan jumlah yang lain. Tetapi Allah sendiri yang akan menetapkannya, dan sudah pasti ganjaran tersebut berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa. Sesuai seperti yang dikhabarkan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang direkodka oleh Imam Muslim, “Setiap amalan kebaikan yang dilakukan oleh manusia akan dilipatgandakan dengan sepuluh kebaikan yang semisal hingga tujuh ratus kali lipat. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), ‘Kecuali amalan puasa. Amalan puasa tersebut adalah untuk-Ku. Aku sendiri yang akan membalasnya. Disebabkan dia telah meninggalkan syahwat dan makanan karena-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapatkan dua kebahagiaan yaitu kebahagiaan ketika dia berbuka dan kebahagiaan ketika berjumpa dengan Rabbnya. Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.’”


Basahkanlah lidah dengan bacaan Quran dan Zikrullah, hidangkanlah telinga dengan bacaan-bacaan Quran, dan hiasilah pandangan dengan bacaan yang membawa faedah, dan gerakkanlah diri kita melakukan amalan-amalan sunnah yang digalakkan.

Khususnya membaca Quran. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bertadarus al-Quran bersama Jibril a.s pada setiap malam di bulan Ramadan. Ibn Abbas r.a berkata,

“Jibril a.s menemuinya (Nabi saw) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga bulan itu berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya.” (Hadith direkdokan Imam Bukhari)

Dan tinggalkanlah amalan-amalan buruk dan tidak berfaedah kerana ia akan mengurangkan pahala.

“Puasa adalah perisai. Oleh itu, janganlah seseorang mengerjakan rafath (perkataan yang keji) dan berbuat sesuatu perkara yang jahil (menyalahi hukum). Jika seseorang itu diperangi atau dicaci, dia hendaklah berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa (Nabi menyebutnya dua kali).” (Hadis direkodkan Imam al-Bukhari)


Istiqomahlah.

Ramai di kalangan kita, termasuk saya terasa sangat berat apabila mendengar perkataan istiqomah. Ya, tidak ramai yang boleh meneruskan kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan sama seperti pada bulan-bulan lain. Kebanyakkan dari kita akan kembali kepada tabiat lama. Ia seolah-olah berpura-pura dan menipu Allah ta’ala. Nau’zubillah min zalik, moga kita tidak tergolong dari kalangan orang-orang yang menipu Allah. Sesungguhnya Allah sebaik-baik pembalas tipu daya.

Mungkin jalan istiqomah terlalu berat dan terbeban, tetapi adakah berat dan beban itu membawa keburukan? Saya tidak percaya jika itu berlaku, dan lebih-lebih lagi kebelansungan kebaikan yang ada pada bulan Ramadhan banyak memberi impak positif kepada individu dan masyarakat sekeliling.

Tetapkanlah jalan yang telah kita pilih di bulan ini. Jangan dan tidak perlu lagi memilih jalan lain selepas kita disinari cahaya iman dan taqwa semasa ramadhan ini. Jalan lurus dan jalan yang penuh dengan berkat dan redha dari sisi Pencipta.

Pohonlah ke hadrat Illahi, agar Dia terus memberi kekuatan kita untuk terus kukuh di jalan ini. Sepertimana doa yang diajarkan oleh Allah dalam surah al-Imran (3:8),

“Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”



Tiada jalan mudah untuk menuju ke Syurga. Itu sudah pasti...




Salam Ramadhan al-Mubarak dari saya.
Yussamir Yusof
Kerinchi, Kuala Lumpur.

_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Tuesday, August 10, 2010

PROMOSI RAMADHAN



Bismillahirrahmanirrahim!

Assalamualaikum.

Saya nak tanya ni.
Ada sesiapa antara awak yang NAK jadi sihat di bulan Ramadhan ni?

Kalau ada, BAGUSSSSSSS sangat!

Sebab, banyak sangat BONUS yang awak akan dapat, awak taw tak?.

Antaranya:

* Turun berat/ maintain berat
* Reshape your body, :)
* Jadi cantik
* Kulit pun cantik
* Detox
* No negative stress, awak HAPPY!
* ENERGETIC!
* Bahagia!

Nak tahu ke cara dia macam mana?.

Very easy!

Hanya ikut steps yang saya list di bawah:

1. Click on the picture the largen the size



2. Baca dan fahami gambar tersebut dengan baik.

3. Jika awak faham, segeralah ambil telefon bimbit awak, dan dial nombor ni: 0132730807 untuk bercakap dengan Yus. Minta untuk berjumpa dengan lelaki itu, pasti dia akan bantu anda dapatkan apa yang anda mahu! :D

4. Atau, anda email sahaja ke alamat ini: yussamiryusof@gmail.com untuk menetapkan temu janji dengannya:)

5. Akhir sekali, awak cuma perlu dengan dan hayati perkongsian oleh lelaki tersebut.

Jika awak kurang faham, awak cuma perlu duduk diam2, dan istikharah, minta Allah berikan kefahaman kepada awak. Kemudian, awk lakukan steps yang sama seperti di atas. Hehe

Be HEALTHY. Ask me how. NOW! :)

Salam Ramadhan Kareem :)













_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Monday, August 9, 2010

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Ahlan Wasahlan Ramadhan Mubarak.

Akhirnya saya berkesempatan untuk menulis kembali, itupun selepas beberapa kali saya mencuba untuk menulis di sini.

Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan saya baru-baru ini. Sama ada ia akan mengubah paradigma saya atau tidak, saya belum pasti kemana arah tujunya.

Ramadhan sudah kembali, dan ia semestinya ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Bulan yang penuh barakah dan bulan yang penuh dengan keampunan. Saya antara orang yang menunggu-nunggu kedatangan bulan tarbiah dan bulan berkat ini.

Saya mengharapkan bulan ini banyak mengubah sisi negatif dan buruk saya ke arah yang lebih baik dan positif.


Ramadhan ini adalah Ramadhan pertama saya sebagai Penolong Pengurus di sebuah syarikat Telekomunikasi dan Ramadhan pertama di rumah sewa. Saya tidak pasti adakah peralihan dari seorang pelajar ke seorang yang berkerjaya, menjadikan hidup saya lebih matang dan tersusun.

Ia mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri. Tetapi saya percaya, bahawa diri saya akan lebih baik dan bermotivasi berbanding sebelum-sebelum ini. Saya bersyukur kerana mendapat rakan-rakan kerja yang memahami dan membantu. Walaupun kebanyakan dari mereka sudah berumur lebih 40 tahun.

Pengalaman mereka saya harus pelajari, kebaikan mereka harus saya tauladani. Saya sering mengingatkan diri bahawa, saya harus utamakan Manusia berbanding Jawatan. Tidak kira siapa yang saya berurusan, saya harus menghormati mereka sebagai seorang manusia yang ada harga diri, maruah dan ego yang tersendiri.

Tidak kira tinggi mana jawatan yang dipegang, ia tidak memberi apa-apa makna jika kita tidak pandai berurusan dengan manusia. Ya terutama jiwa-jiwa manusia.



Selamat datang Ramadhan.

Saya tidak tahu adakah Ramadhan ini adalah ramadhan terakhir atau tidak. Tetapi saya yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa memberi peluang dan ruang untuk para hambanya mengabdikan diri dan memohon ampun dari-Nya.

Bulan ini adalah bulan membersihkan diri. Bulan yang akan menjadi titik tolak dalam perubahan diri yang lebih baik. Dan moga-moga ia akan terus istiqomah dan terus menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Itu yang saya harapkan dan dambakan. Moga Allah sentiasa membantu saya ke arah itu.

Saya mengharapkan bulan Ramadhan ini adalah bulan yang paling produktif bagi saya. Bukan sahaja soal ibadah khusus, seperti puasa dan solat yang terus produktif. Tetapi ia turut memberi kesan kepada kerja-kerja saya di pejabat, kerja saya sebagai jurulatih kesihatan herbalife, gerak kerja dakwah yang bakal kembali semula, dan apa sahaja yang saya lakukan.

Moga bulan ini dipermudahkan segala-galanya oleh Allah. Saya mengharapkan segala doa dimakbulkan oleh Allah. Kerana saya percaya bahawa Allah tidak pernah memungkiri janji.
Mari kita sama-sama memperbaiki diri, dan menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya.

Selamat Kembali bulan yang ditunggu-tunggu.


Yusssamir Yusof
Kerinchi, Kuala Lumpur.


_______________________________________________________________
© YUSSAMIR.COM (2007-2009)Hak cipta terpelihara.

Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.


"memperkasakan paradigma"Yussamir Yusof @ www.yussamir.com