Friday, May 19, 2017

UNTUK PERTAMA KALI BERNIAGA


Assalamualaikum.. Fuhhh dah berabuk blog ini. Last saya update bulan Febuari. Lama juga lah, kalau dulu setiap hari (masa belajar dulu) boleh pula update tiap-tiap hari kan. heheh...

Sebenarnya semangat nak menulis bali ini pun, sebab saya ada niat baru. Niat baru dalam menulis, iaitu nak banyakkan memberi/ berkongsi. Selain dari Facebook, saya rasa blog antara tempat paling sesuai untuk saya berkongsi. 

Kalau sesiapa yang sebelum ini kenal saya dan selalu baca blog paradigma. Mesti dah cam trend tulisan saya, iaitu agama dan isu semasa kan. Jadi, kali ini saya nak tukar sikit mood menulis. 

Nak tulis pasal bisnes, dan bagaimana kita nak survive dalam dunia sekarang ini. Mungkin awal-awak korang akan rasa boring, tapi bagi can-lah..

Okay....

Untuk entri kali ini saya nak berkongsi BAGAIMANA NAK BERNIAGA BUAT PERTAMA KALI.

Matawang 

Semalam saya berkongsi secara LIVE tentang BAGAIMANA ORANG YANG PERTAMA KALI NAK BERNIAGA.

Wednesday, February 17, 2016

SI KAKI TAKSUB BUTA

TAKSUB 

“ZIKIR MENARI!” Saya usap dada, membaca tajuk ini pun saya sudah hilang selera. Akhbar semasa memainkan sentimen dan provokasi luarbiasa. Memetik pendapat-pendapat dari orang yang tidak arif dalam agama. Malah ada yang terlalu fanatik dengan satu-satu pandangan. Orang jawa kata, TAKSUB.

Melebih-lebihkan seseorang malah jika sesiapa yang berbeza pandangan dengan orang yang ditaksub, maka akan dilawan dan ditentang habis-habisan. Inilah taksub. Sebuah tindakan manusia yang diberi akal, tetapi tidak digunakannya. 

Mudah, saya fikir mereka yang taksub ini malas. Malas menggunakan akal, malas membaca, dan malas berfikir!

“Ustaz aku cakap macam ini. Takkanlah aku nak bantah.”
“Kau ini sikit-sikit dalil, kalau betullah perkara ini salah, takkanlah nenek moyang kita buat zaman-berzaman.” 
“Sekali lagi kau kata ustaz aku salah, aku sepak muka kau.” 

Saturday, January 9, 2016

ISTERI PERTAMAKU



Hari ini genap sebulan saya kemalangan. Kenangan yang takkan saya lupa sampai bila-bila. Allah berikan saya kesakitan dan Allah berikan saya seribu hikmah. Melihat Allah dengan pandangan hamba yang kerdil. Tuhan yang menciptakan dan menguruskan kehidupan ciptaanNya.

“Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (Suragh al-Hadid: 22-23)

Cinta Allah dan kasihnya Allah kepada para hambaNya merentasi bangsa dan warna kulit. RahmatNya untuk pendosa dan pencintaNya. Allah sentiasa dekat dengan hambaNya, dan sentiasa mendengar keluh kesah yang sering keluar dari mulut kita. Hanya kita sahaja, adakah kita ingin dekat dengan Allah atau terus berjauh denganNya? 

Thursday, December 31, 2015

DOKTOR MACAM GILA!



Doktor buat keputusan macam gilaa......

Cepat! ya memang gila cepat. Aku sekadar nak berkongsi pengalaman semasa berada di Hospital Gomen (kerajaan). Ya hospital Gomen yang selalu kena bash dan selalu kena komplen.

Aku kemalangan pada 9 Disember, selepas terlanggar kereta yang keluar dari simpang. Alhamdulilah orang ramai banyak membantu, dan tak sampai 30 minit ambulans pun sampai. Dari Desa Duyung ke hospital ambil masa 20 minit.

Sakit?  Memang sakit, tapi pegawai yang iring dalam ambulans sangat mesra. Sedar-sedar dah sampai hospital, terus dimasukkan ke Zon Kuning (separa kritikal).

Okay. Berapa lama jururawat dan doktor uruskan kaki aku? On the spot! Sampai-sampai, kaki dibersihkan pedih macam nak mati . Lepas Cuci, kena tunggu doktor Pakar Tulang untuk check sama ada boleh terus bedah atau tidak. 

Tuesday, November 10, 2015

BUKIT BERUANG | BERUANG HILL


Orang bercuti bersama keluarga pergi makan-makan. Aku dan kawan-kawan buat pasal pergi panjat Bukit Beruang. Rancang tak sampai seminggu, dengan tiada apa-apa persiapan terus redah naik bukit beruang. Orang kata bukit beruang ini geli-geli saja. A'ah memang geli-geli sampai ada kawan aku yang muntah bagai sebab tak biasa memanjat. 




Kitorang semua dalam 25 orang, dari kelab Nutrisi Active Fit Cell Mara. Ada yang bawa anak, ada yang datang suami ister. Aku tak pasti semua ini pernah memanjat ke tidak, tapi muka semua teruja nak memanjat. Kalau pengsan ke atas pepandailah bangun sendiri ya. hehe :)

Sebelum memanjat, kita panaskan badan dulu. Takdelah badan itu terkejut bila memanjat nanti.


Abang Azam, jurulatih Tinju lead warm up pagi tadi.

Thursday, October 8, 2015

GIAN KOPI - COFFEE ADDICT - HAIPENG - QAWWA


Assalamualaikum semua. Rasanya dah lama kot tak update apa-apa artikel dekat blog. Jadi, hari ini nak update sedikit tentang perjalanan ke Kuantan - Terengganu dan Kelantan. Tapi secara khsususnya nak cerita tentang 2 kafe femes kebabom dekat Terengganu.

Memandangkan saya dan isteri memang gila lepak kedai kopi (isteri suka hot chocolate yang ada art), dan saya memang gila kopi. Jadi artikel kali in saya nak cerita tentang dua tempat menarik yang perlu korang pergi kalau ke pantai timur.

Pertama ialah Kedai Kopi Haipeng. Jangan risau, makanan dan minunan dekat sini semuanya halal dan sedap! Haa macam mana nak ke kedai haipeng? 

Tak silap saya kedai kopi Haipeng ada tiga lokasi, satu dekat Chukai, Kemaman dan dekat Kuantan. Tapi yang saya dan isteri pergi dekat Kemaman, tempat yang agak cantik dan selesa. Tapi nama kedai dah tukar kepada SuKiyang Coffee.


Wednesday, September 2, 2015

BERKAT DUIT PERGI HAJI

Selepas pulang dari menunaikan fardhu Haji pada tahun 2004, ibu saya terus mendaftarkan kembali nama saya, ayah, dan adik ibu untuk fardhu haji seterusnya. Setahu saya, untuk pendaftaran Haji, sekurang-kurangnya setiap akaun perlukan RM1300. Jadi ibu saya perlu ada RM5200 untuk mendaftarkan kami semua. 

Waktu itu saya tidak pernah ambil pusing tentang bagaimana ibu dapat kumpulkan duit sebanyak itu selepas pulang dari tunaikan Fardhu Haji. Umur masih muda, tambahan waktu itu adalah tahun SPM saya. Cerita ini berlalu begitu sahaja, dan sehinggalah 11 tahun selepas itu ibu, ayah dan adik ibu dapat tunaikan fardhu Haji kali kedua tanpa saya.

Pada awalnya, saya termasuk dalam musafir kali kedua ini. Tetapi perancangan Allah lebih baik dan saya pasti ada hikmah untuk semua ini. Selepas 11 tahun, 16 Ogos 2015 ibu, ayah dan paksu saya berangkat menunaikan fardhu Haji.