Wednesday, January 31, 2007
FORBIDDEN MARRIAGES
FORBIDDEN MARRIAGES
I think I should write some article in English because it is important to make my da’wah effective and efficient. For this time I want to talk about Forbidden Marriage, in Islam we can’t marry mushriks people. Allah had said in Quran in surah Al-baqarah verses 221
“Do not marry mushriks(unbelieving) women until they believe,A slave woman who believes is better than a free Mushriks((unbelieving) women.Even though the Mushriks (unbelieving) women may appear very attractive to yaou.Likewise do not marry(your girls)to mushriks (unbelieving) men until they believe, A slave men who believes is better than a free Mushriks((unbelieving) men. Even though the Mushriks (unbelieving) men may attrack you.These mushriks(unbelievers) invite you to the fire.But Allah by this grace invites you to his jannah and forgiveness by his leave.And Allah makes clear his message to mankind,so they might bear them in mind”
the way work for Allah,
YaWauSin aljohori
13 muharam 1428 H/ February 1, 2007
after ‘seeking’ sponsorship
Individuals who have to travel frequently prefer cheap flights and usually go for same hotels. They often use car rental for inter-city transport. Their business trips are nothing like cruises.
Tuesday, January 30, 2007
berita tergempar Michale Jackson serius mahu memeluk Islam
Iman itu tidak diwarisi tapi diperolehi
Betullah seperti Firman Allah:
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik”
Saya berasa terkejut dan bersyukur kehadrat Illahi apabila saya membaca
Saya merasakan pengaruh Dari Abangnya juga adalah satu sebab dia mahu mengenali Islam..Alhamdulilah......Ini adalah nikmat terbesar yang Allah beri pada Michale.Allah telah berfirman“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”..Demi nyawa manusia ditangan Allah yang Esa,saya begitu bersyukur keatas keinginan Michale untuk kembali kepada Fitrah,dan saya berharap ramai lagilah orang diluar
Jermaine yakin Jacko serius fikir peluk Islam
“Saya merasakan Michael perlu menjadi seorang Muslim kerana dia akan mendapat perlindungan daripada segala tuduhan palsu terhadapnya.
“
Beliau berkata demikian sewaktu temu bual dengan BBC Asia Network selepas menduduki tempat kedua di belakang aktres Bollywood, Shilpa Shetty dalam rancangan realiti televisyen Celebrity Big Brother (CBB).
Jermaine berkata, beliau percaya adiknya itu telah memikirkan secara serius untuk memeluk Islam semasa tinggal di
“Saya mendorongnya ke
Jermaine berkata, Islam membantu mententeramkan beliau sepanjang menyertai program realiti yang menghendaki peserta diawasi 24 jam sehari itu.
“Sekiranya saya tidak mengingati Allah dan bersolat, saya tentu tidak dapat bertahan, Islam membolehkan saya fokus dan menenangkan fikiran,” katanya.
– Reuters
ceritera mencari sponsorship
Macam tu la aku ayat pakcik syukri time aku nak mintak sumbangan dia bagi program usrah kali ni.Erm..aku kali ni dimasukkan dalam bahagian sponsorship,nasib baik aku dah ada pengalaman dalam perkara tu.Tadi petang aku pergi ke Pustaka Taubah di bukit lanjan untuk cari sponsor,Alhamdulilah nasib baik pakcik syukri tuk baik ngan aku (sama fikrah la katakan,huhuhuh).Mesra dan selesa,dua perkataan yang aku boleh ucapkan bila berurusan dengan pakcik syukri(moga Allah membalas jasanya),tadi dia ada sumbangkan 100 buku kecil yang bertajuk Sifat solat nabi dan sifat wadu' nabi.Selepas selesai urusan dengan dia,kitorng ke masjid sebab ketika itu sudah masuk waktu maghrib.Selepas solat pada awalnya perancangan ingat nak sambung cari sponsor tapi tak jadi sebab dah nak pukul 9,lagipun pukul 9.30 mlm ada meeting pula tu.Last2 decide tuk cari sok pulak.Aku gembira sangat pada hari ini,entahlah aku dapat rasakan bahawa ukhwah islamiah diantara aku dan rakan2 sangat 'ngam' lagi2 dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Pakcik Syukri.Adakah ini yang dijajikan oleh Allah tentang betapa tenang dan lapang nya hati ini bila hati menjurus ke arah mencari keredhaan Allah.Ya Allah jadikanlah persahabatan diantara kami berkekalan semata-mata atas redhaMU ya Allah.
*tulisan santai oleh aljohori
2.30 pagi dengan perut yang kenyang.
Monday, January 29, 2007
Muharram - antara fadhilat dan kepalsuan
Muharram - antara fadhilat dan kepalsuan
"Saban tahun fadhilat-fadhilat ini disebarkan melalui media-media tertentu. Kalau dahulu, perawi hadith-hadith palsu ini menyebar dari mulut ke mulut, tapi kini, perawi-perawinya semakin advance! Mereka cuma perlu menekan tombol FORWARD didalam perisian e-mail masing-masing......... "
Bulan Muharram merupakan bermulanya tahun baru didalam kalendar Islam. Artikel lalu telah membicarakan mengenai beberapa kelemahan fakta apabila membicarakan mengenai peristiwa hijrah Nabi :saw. Kelemahan-kelemahan ini adalah disebabkan oleh beberapa kitab-kitab sirah yang mengambil cerita berdasarkan kepada hadith-hadith dhaef.
Masyarakat kita telah didedahkan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini dengan upacara membaca do'a akhir dan awal tahun. Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si-penerima do'a ini bahawa : "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun." dan juga "Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan".
Komentar kami adalah bahawa do'a ini tidak datang dari Nabi :saw, dan haram kita menyandarkan do'a kepada kepada Rasulullah :saw, kerana do'a ini tidak terdapat didalam mana-mana kitab sunnah. Mungkin persoalan yang timbul adalah : kepada siapa pula syaitan ini berjanji? Kami mengandaikan bahawa ini merupakan harapan dan cita-cita si-penulis do'a ini, dimana seolah-olah syaitan telah berjanji dengan dia.
Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca do'a ini, kerana maknanya pun tidak menyalahi syara'. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama do'a ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah do'a ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan do'a tersebut.
Semua orang maklum bahawa do'a tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi :saw sahaja. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syara', tidak berbunga-bunga atau keterlaluan, maka bacalah apa sahaja do'a yang kita hajati.
Bulan Muharram juga terdapatnya hari yang dinamakan Hari Asyura' yang berlaku pada 10 Muharram setiap tahun. Kebanyakkan kita banyak menerima e-mail yang menceritakan mengenai fadhilat hari Asyura'. Diantara fadhilat-fadhilatnya adalah :-
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri. Fadhilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menunjukkan orang sesat. Fadhilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
4. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Fadhilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
5 Bersedekah. Fadhilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
6. Mandi Sunat. Fadhilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
7. Bercelak. Fadhilatnya - tidak akan sakit mata pada tahun itu
8. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
9. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
10. Membaca - "ham biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru". Fadhilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
11. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilatnya - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
12. Puasa - Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Jika diberi penilaian kepada amalan diatas, hanya satu amalan sahaja yang sahih digalakkan kita melakukannya pada hari Asyura', iaitu berpuasa. Akan tetapi, fadhilatnya yang menjanjikan ganjaran 1,000 kali haji adalah DUSTA! Fadhilat berpuasa terdapat didalam riwayat Abu Qatadah ra, beliau berkata : Rasulullah saw bersabda :
صوم يوم عرفة يُكفِّر سنتين: ماضية ومستقبلة، وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
"Puasa pada hari Arafah menghapuskan (dosa) 2 tahun : yang lepas dan yang akan datang, dan puasa pada hari 'Asyura' menghapuskan (dosa) setahun yang lepas" -[Hadith diriwayatkan oleh semua kecuali al-Bukhari dan Tirmudzi, Nailul Authar, 4/323].
Punca-punca fadhilat amalan-amalan hari Asyura' kebanyakkannya berunsurkan hadith-hadith yang sangat lemah dan palsu. Tidak cukupkah fadhilat berpuasa yang menghapuskan dosa kita lalu? Fadhilat mana yang lebih baik dari fadhilat Allah mengampuni dosa-dosa hambanya?
Berkata Imam Ibn al-Qayyim rh :-
أحاديث الاكتحال يوم عاشوراء، والتزين، والتوسعة والصلاة فيه، وغير ذلك من فضائل، لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء، غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل. وأمثل ما فيها: "من وسَّع على عياله يوم عاشوراء، وسع الله عليه سائر سنته"، قال الإمام أحمد: لا يصح هذا الحديث.
"Hadith-hadith tentang bercelak pada hari Asyura', berhias, meluaskan sesuatu perkara, solat khusus pada harinya dan lain-lain kelebihan tidak ada sesuatupun yang sahih, Ia tidak thabit dari Nabi :saw mengenainya selain dari hadith-hadith tentang puasa. Perkara yang selain dari amalan berpuasa adalah Batil. Misalnya : "Sesiapa yang meluaskan memberi makan keluarganya pada hari 'Asyura, Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun." [Fiqh al-Shiyam, al-Qaradhawi, ms 144].
Saban tahun fadhilat-fadhilat ini disebarkan melalui media-media tertentu. Kalau dahulu, perawi hadith-hadith palsu ini menyebar dari mulut ke mulut, tapi kini, perawi-perawinya semakin advance! Mereka cuma perlu menekan tombol FORWARD didalam perisian e-mail masing-masing. Kaedah penyebaran semakin moden, akan tetapi nilai-nilai ilmiyyah masih lagi di takuk lama. Kita masih lagi dihanyutkan dengan fadhilat bubur Asyura'.
Semua umat Islam harus menyahut seruan meneliti kesahihan sesuatu berita sebelum menyebar atau mengamalkannya. Jika kita lihat perkembangan kitab-kitab berbahasa Arab, walaupun judul dan pengarangnya merupakan sarjana-sarjana dahulu, akan tetapi kitab-kitab tersebut telah dinilai semula (tahqiq) dan pelbagai percetakan. Hadith-hadith yang terdapat didalam kitab-kitab tersebut telah di takhrij dan diberikan statusnya. Inilah kekuatan kesarjanaan Islam, saling memperkukuhkan diantara satu sama yang lain, dari zaman ke zaman.
Ayoh kawan-kawan sekalian, kita didik bangsa dan keturunan kita dengan ilmu-ilmu Islam yang tulen. Kita bukan sahaja memberi mereka makan makanan yang halal dan baik, kita juga memberikan rohani mereka makanan dari ilmu-ilmu Islam yang tulen, yang jauh dari kepalsuan. Jauhilah jiwa-jiwa mereka dari menghayati cerita-cerita yang tidak tidak ada sandaran. Persoalannya : apakah tahun hadapan kita masih lagi menjadi perawi digital kisah-kisah dusta ini??
petikan dari tulisan kamin(al-ahkam.net)
9 Muharram (28 Jan 2007), 5:20pm.
Sunday, January 28, 2007
HADIS NABI DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
HADIS NABI DAN SEJARAH PERKEMBANGANNYA
Dizaman ini Sumber syariat yang kedua iaitu Hadis tidak ramai mahu mengikutinya sehinggakan munculnya golongan yang mengelar diri mereka golongan Anti-Hadis.Jika diMalaysia tokohnya ialah Kasim Ahmad.Tidakkah mereka membaca firman Allah
“kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59].
dan juga Maksud firman Allah:
“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) adalah memberi petunjuk ke jalan yang lurus, Iaitu jalan Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada dilangit dan yang ada di bumi. Ingatlah! Kepada Allah jualah kembali segala urusan”. [asy-Syura 42:52-53]
.Hadis adalah sumber yang paling ramai manusia mahu selewengkan.Sama ada seleweng atas kepentingan individu,politik dan kemazhaban,dan perkara ini amat meruncing dewasa ini yang dimana sumber ini amatlah mustahak dijaga dengan teliti.Tidakkah mereka-mereka ini membaca sabda nabi “sesiapa yang berdusta atas namaku,maka siap-siaplah tempatnya didalam neraka”(hadis sahih).Dan penjagaan keatas ketulenannya adalah tanggungjawab umat islam bersama tidak kira sama ada arab atau bukan arab semuanya atas dasar persaudaraan dan takwa kepada Allah SWT.
Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami, Iaitu orang-orang yang MENGIKUT Rasulullah (Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi…… [al-A'raaf 7:156-157]
Artikel saya pada kali ini lebih menjuruskan kepada sejarah periwayatan hadis dan bagaimana berkembangnya hadis-hadis nabi serta usaha-usaha untuk menjaga ketulenan hadis tanpa sebarang penyelewengan.Saya memulakan dengan memperkenalkan Apa sebenarnya itu hadis.Makna Hadis adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW sama ada dari ucapan,perbuatan,taqrir(diam). “Hadis adalah penerang kepada Quran.Jika tidak ada sunnah nescaya umat islam tidak akan tahu banyak tentang hukum-hukum islam,tentang muamalah ataupun ibadah”.(petikan dari buku Panduan memahami syariat oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi).Setelah saya menerangkan makna Hadis secara ringkas dan fungsinya maka seterusnya kita akan membincangkan sejarah dan masa perkembangan hadis sejak dari zaman Nabi hinggalah ke zaman sekarang.
Menurut para penulis sejarah hadis,mereka sendiri berbeza pendapat dalam pembahagian zaman hadis. “Ada yang membahagikan kepada 3 zaman hadis dan ada yang membahagikannya kepada 5 bahkan ada yang membahagikannya kepada 7 zaman”.(M.Hasbi Ash-Shidique dalam karyanya sejarah hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis).Saya lebih tertarik membahaskan sejarah pengembagan hadis ini kepada 7 zaman kerana perbahasannya lebih sistematik, teliti dan jelas.Dan sesuailah dengan fitrah dimana Sunnah itu adalah petunjuk yang jelas tiada kesamaran, “Sunnah,seperti halnya Quran memberikan penjelasan tentang hakikat-hakikat yang paling agung pengetahuannya yang paling mulia,petunjuk yang paling tinggi, dalam bentuk yang jelas dan mengagumkan,sederhana dan mudah.Tidak mengada-ada dan juga tidak mempersulitkan”[ Yusuf al-qardhawi dalam kitabnya panduan memahami syariat].Allah berfirman kepada rasulNYA, “katakanlah(hai muhamad),aku tidak meminta upah sedikit pun kepadamu atas dakwahku,dan b ukanlah aku termasuk orang-orang yang MENGADA-ADAKAN” (surah shod:86 ). Bagi meneruskan perbahasan mengenai sejarah perkembangan Hadis ,eloklah saya menerangkan serba sedikit motif atau tujuan utama saya dalam menulis artikel ini.Tujuan utama saya menulis artikel ini adalah semata-mata untuk berkongsi ilmu dan saling menasihati dan memberi pengajaran (ibrah) diantara satu sama lain.Dan saya memahami situasi sebagai seorang pelajar yang tidak banyak masa untuk membaca buku-buku agama dan yang berbentuk islamik.Selain itu disebabkan tugasan yang berlambak dan pelbagai ‘kerja’ yang perlu dibereskan,terutamanya pelajar yang bukan dari jurusan agama.Oleh itu saya berusaha mencari altenatif lain bagi memangkin keupayaan dan minat semua pembaca bagi lebih tertarik untuk mendekati islam melalui penulisan yang tidak terlalu berat.Dan saya memikirkan bahawa menceritakan sajarah hadis sacara ringkas InsyaAllah dapat memberi sedikit para pembaca ruang untuk berjinak-jinak dalam mengenali sumber ke-dua islam ini secara jelas dan dekat..Baiklah penulisan saya pada kali ini akan menyentuh secara ringkas perkembangan hadis dan tokoh-tokoh utama dalam bidang ini.
Menurut M.Hasbi Ash-Shidique dalam karyanya ‘sejarah hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis’ zaman hadis terbahagi kepada 7 zaman,zaman itu adalah :
· Zaman pertama ialah semenjak dari Rasullullah Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul sehinggalah Baginda wafat.Zaman ini dinamai dengan nama “asrul wahyi wat takwin”.Ketika ini hadis-hadis nabi disampaikan melalui banyak medium,antaranya ialah majlis ilmu,pertemuan-pertemuan umum,kutbah di masjid,secara perseorang(jika seseorang sahabat malu untuk bertanya dihadapan orang ramai),melalui isteri-isteri nabi ,melalui utusan-utusan nabi yang dikirimkan ke daerah-daerah lain,dan melalui para sahabat.Ketika ini semua persoalan agama terus ditanya kepada Nabi tanpa berlakunya ijtihad dan sebagainya(kecuali jika utusan-utusan yang dihantar ke daerah-daerah yang jauh dari nabi).Dan tiada ketakutan munculnya hadis-hadis palsu kerana semua hadis boleh terus diperiksa kepada nabi.Dan ini adalah zaman yang terbaik sekali dalam islam.
· Zaman kedua ialah semenjak permulaan masa pemerintahan Abu Bakar As-sidiq sehingga berakhirnya Zaman Ali bin Abi Talib atau dari tahun 11 H sehingga tahun 40 H.Zaman ini dinamakan “Asrut tatsabbuti wal iqlali minar riwayah”.Zaman ini adalah juga dalam linkungan zaman yang terbaik,ia bertepatan dengan Hadis nabi “sabaik-baik manusia adalah kaumku kemudian selepasnya,kemudian selepasnya pula” (Hadis sahih).Dan Kepercayaan Nabi terhadap khulafak rashidin juga terbukti melalui hadis “Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak.Maka hendaklah kalian berpegang pada sunnah ku dan sunnah KHULAFA” AR_RASYIDIN yang mendapat petunjuk.Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan garaha.Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan(dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan adalah bidaah dan bidaah adalah sesat” (HR Abu Daud dan Tirmidzi.Tirmidzi mensahihkan.Hal ini dipersetujui oleh Az-zahabi di dalam Tahqiq al-mustadarak).
· Zaman ketiga ialah zaman dari berakhirnya Zaman Khulafa’ Ar-rashidin,atau permulaan masa sehinggalah penghabisan Abad pertama hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama “asrul intisyarir riwayah ilal amsar”.Pada ketika ini muncullah golongan-golongan yang banyak memalsukan hadis demi kepentingan politik,mazhab dan lain-lain.Pada ketika ini jugalah kemunculan secara berani Golongan Syiah dan Khawarij serta perpecahan berlaku dikalangan umat islam.Syiah dengan akidahnya yang bertentangan,khawarij dengan fiqh yang sonsang dan berbagai lagi.Namun Alhamdulilah,disebalik semua ini umat islam bangkit dengan menubuhkan lembaga-lembaga hadis bagi menjaga ketulenan dan keutamaan hadis dari tangan-tangan kotor yang ingin merosakkan sumber islam yang kedua ini.Diantara lembaga hadis yang tertubuh adalah lembaga hadis Makkah yang ditubuhkan oleh para sahabat yang masih hidup yang dipimpin oleh Abdullah ibn Abbas dengan kerjasama sahabat-sahabat yang masih ada.Kemudian lembaga hadis Madinah yang dipimpin oleh Zaid bin Tsabit (wafat 45H) dan para sahabat yang lain.Seterusnya lembaga hadis kufah dippimpin oleh Abdullah ibnu Masud,lembaga hadis Syam pula diketuai oleh Ubadah ibn Shamit seorang sahabat yang menghafal seluruh Quran,ahli dalam bidang Feqh dan sangat komited dalam menegakkan kebenaran sehinggakan menurut riwayat beliau kerap kali menyanggah perbuatan Mu’awiyah yang tidak selari menurut batas-batas agama.Dan Lembaga Hadis Mesir yang diketuai oleh Abdullah ibn Amr ibn Asb seorang sahabat yang menerima banyak hadis dari Nabi dan sahabat dan menulis hadis-hadis yang diddengarinya.Selain menubuhkan lembaga-lembaga hadis,pada ketika itu juga ramai para ulama berkelana di keseluruh tempat bagi memperolehi hadis dari para sahabat ,tabien,menyemak hadis yang dihafal Disamping itu para ulama mula menekankan kepentingan mengetahui status perawi hadis sama ada lemah daya ingatan, tidak dipercaya dan sabagainya.Selain untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan saling bertukar-tukar pendapat dan sebagainya.
· Zaman keempat ialah sejak dari bermulanya abad ke-2 Hijrah hinggalah akhir abad ke-2 Hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama “asrulkitabati wat tadwien”.Zaman ini jugalah baru hadis-hadis nabi diusahakan untuk dibukukan,antaranya usaha yang dijalankan oleh Khalifah umar ibnu Aziz di penghujung tahun 100H.[Namun beberapa riwayat mengatakan usaha untuk membukukan hadis sudah dimulakan lagi ketika di Zaman Khalifah Bani Umaiyah tapi tidak berapa sempurna,oleh itu ketika kepimpinan di zaman Bani Abasiah barulah sempurna usaha-usaha tersebut]..Beliau menulis surat kepada Gabenor yang juga Hakim di Madinah iaitu Abu Bakar ibn Hazm untuk membukukan hadis yang ada pada Amrah binti Abdur Rahman al-Anshari dan Al-Qasim ibn Muhamad ibn Abu Bakar, serta menghantar surat kepada seluruh Gabenar di kota-kota besar agar mengumpul hadis yang ada pada para ulama ketika itu untuk kegunaannya.Dizaman ini jugalah muncul ilmu Tajieh dan ta’diel,dan untuk mengkritik dan menilai rijalulhadis muncullah 2 orang hafiz besar iaitu Yahya Ibnu Saad Al-Qaththan (meninggal 189H) dan Abdur Rahman ibnu Mahdi(meninggal 198H).Para ulama memberi kepercayaan kepada 2 tokoh ini,menurut mereka jika sesiapa yang dipandang tsiqah(percaya dan adil) oleh 2 orang tokoh ini maka diterima riwayat dari orang tersebut,jika sebaliknya maka ditolak riwayatnya.Dan kitab hadis yang terhebat pada ketika itu adalah Al-Muwatha’ yang disusun oleh Imam Malik ada yang berkata bahawa kitab ini diusahakan selama 40 tahun.Menurut Ibnu Hubab pada awalnya hadis yang terdapat dalam muwatha’ adalah 10 ribu hadis ,namun Imam Malik membetulkan hadis-hadis tesebut sehinggalah tertinggal 500 hadis sahaja.Kemasyuran Al-Muwatha’ dikatakan sehingga menyebabkan Seorang Khalifah Bani Abasiyah mahu mengantungkan Kitab tersebut di dinding kaabah dan mengharuskan umat islam mengikutnya namun Imam Malik menolak cadangan tersebut dan tidak membenarkan ia diperbuat begitu kerana beliau mengingatkan bahawa Rasul sendiri berbeza pendapat dengan para sahabat dalam bidang Furu’.
· Zaman ke lima ialah dari awal abad ke-3 Hijrah sehinnga Akhir abad ke-3 Hijrah.Zaman ini dinamakan dengan nama “Asrut tajridi wat tashihi wat tanqihi”.Pada zaman ini bermulalah perselisihan faham antara ahli hadis dan Ahli Kalam yang menetapkan dasar-dasar agama seluruhnya dan akidah berdasarkan akal semata-mata.Ia bertambah rancak apabila seorang tokoh di Basrah iaitu Washil bin Atha’ (anak murid Hasanul basri)meninggalkan majlis ilmu yang disampaikan oleh Hasan Al-Basri dan menetapkan dasar-dasar lain yang tidak sesuai dengan Mazhab Hasanul Basri serta para ulama salaf yang lain.Dan pengikut-pengikut Washil dinisbahkan sebagai Golongan Muktazilah,dinamakan muktazilah kerana Washil mengasingkan diri dari majlis ilmu gurunya iaitu Hasan Al-Basri.Antara kesalahan besar Golongan Muktazilah adalah mengatakan bahawa Al-Quran itu adalah Makhluk bukannya Kalam Allah.Dan pada ketika ini juga usaha pembukuan hadis diteruskan oleh para ulama,antara kitab yang masyhur pada ketika itu adalah: musnad Ahmad,tawilu mukhtsfili hadis,sahih Bukhari,Sahih Muslim,Sunan Nasai’,Sunan Abu Daud,At-Tirmidzi dan Sunan Ibnu Majah.
· Zaman keenam ialah dari permulaan abad ke-4 H hinggalah kepada masa jatuhnya kota Baghdad pada tahun 565 H.Zaman ini dinamakan “asrut tabzibi wat tartibi wal istidraki wat takhriji wal bahtsi ‘aniz zawaid”.Zaman ini bermulalah masa penelitian,penerbitan dan pengumpulan hadis-hadis yang khusus.Menurut riwayat sejarah yang sahih abad ini(111H) [M.Hasbi Ash-Shidique dalam karyanya sejarah hadis dan pengaruh tokoh-tokoh utama dalam hadis zaman] adalah abad yang paling gilang gemilang bagi perkembangan hadis.Dalam abad ini lahirlah tokog-tokoh hadis yang terkenal dan imam-imam riwayat.Dalam abad ini juga lahirlah kitab enam(sahih bukhari,muslim,Muwatha’,Nasai,Abu Daud, dan Tirmidzi) yang mengumpul segala hadis yang sahih,sejarah perawi dan kedudukan mereka dalam bidang jarah dan ta’dil.Antara tokohnya ialah Al-Hakim,Daraquthni,Ibnu Hiban,At-Thabarani,Qasim ibnu Asbagh,Ibnu Sakan dan ath-Thahawi.Selain itu pada zaman ini pelbagai usaha dilakukan bagi memperkembangkan ilmu hadis ini,antaranya ,mengumpul hadis-hadis yang terdapat dalam pelbagai kitab,mengumpulkan hadis hokum(iaitu kitab Muntaqal Akhbar oleh Ibnu Taimiyah kemudiannya disyarahkan oleh Asyaukani dalam kitab Nail Authar,Kitab As-sunanul Kubra oleh Al-Baihaqi Ahmad Ibnu Husain dan juga al-Baihaqi mempunyai sebuah kitab lagi iaitu sunanul Sughra,Kitab Al-Ahkamusi Sughra dan kitab Amdatul Ahkam oleh Abdul Ghani ibnu Abdul Wahid.Selain itu mengumpulkan juga hadis-hadis mauidhah(tarhib wa targhib) dan juga menyusun kitab-kitab athraf.
· Zaman ketujuh .Zaman sejak 656 H sampai sekarang. Zaman ini dinamakan dengan nama “'Ashmsy syarhi wal jam'il 'am wat takhriji wal bahti 'za zawaid”.ZAman ini adalah zaman yang terakhir dalam perkembagan hadis,pada masa ini usaha mensyarah,mengumpul hadis yang umum,mentakhrij dan membahaskan hadis tambahan berlaku dengan rancak dikota-kota islam.Pada zaman ini jugalah lahirlah seorang penghulu hafiz hadis iaitu penulis kitab Fathul Bari Al-Hafiz Abul Fadlli Ahmad ibn Ali ibn Muhammad ibnu Ali Ibn Hajar Al-Asqolani(meninggal 825 H).Pada ketika ini jugalah banyak sekolah,Universiti dan madrasah-madrasah hadis dibina oleh pemerintah yang ketika itu diperintah oleh Daulat Mamalik Bahriah dan Daulat Mamalik Burjiah.Dan ada Pemerintah yang menjadi hafis hadis iaitu Adh-Zahir .Dan pada ketika ini juga setelah kemorosotan dan kejatuhan Daulat Mamalik di Mesir ia menjadi titik tolak kemunculan cahaya ilmiah di Negara India.Selain itu gerakan ilmiah terutama dalam bidang hadis juga giat dijalankan di Arab Saudi.Pelbagai usaha dijalankan antaranya Raja Abdul Aziz mengeluarkan belanja untuk mencetak kitab-kitab hadis yang mempunyai kedudukan yang penting dalam perkembangan perpustakaan Islam.Pada ketika ini juga muncul ulama-ulama penghafal hadis mentakhrij hadis-hadis dalam semua kitab-kitab dan menerangkan sumber-sumbernya.Disamping itu ada juga para ulama mensyarahkan dam memukhtasarkan kitab-kitab besar dalam usaha untuk memudahkan para pembaca untuk memahaminya.
Alhamdulilah selesai juga Al-Mukhtasar sirat tul Hadis Nabawi atau ringkasan sejarah hadis nabi.Usaha penulisan diharap dapat diteruskan oleh Dai’-dai’ yang diluar agar sejarah ini tidak dilupakan oleh Umat islam terutamanya Remaja.Ada orang kata pada saya yang tulisan saya ini banyak menjurus pada remaja bukan pada umum.Tapi sejujurnya dan yang sebenarnya semua tulisan saya ditujukan kepada semua orang tapi yang utamanya adalah remaja kerana remaja adalah pewaris bangsa dan agama.Oleh itu saya berharap usaha ini tidak sia-sia dan dapat membuahkan hasilnya dengan lahirnya umat islam yang celik sejarah dan umat islam yang menghargai Hadis.Untuk menjadi orang yang celik hadis bukan hanya perlu menghafal hadis,tapi yang utamanya menghayati hadis,memahami hadis dan mengamalkannya dalam seluruh aspek kehidupan.Tidak guna banyak menghafal hadis tapi langsung tak mengamalkannya.Akhir kata bersama-samalah kita menghidupkan kembali pernghormatan terhadap sumber kedua islam ini iaitu Hadis dengan bersama-sama kita mengamalkan sunnah Rasullullah SAW dengan sedapat yang mungkin insyaAllah.
Sekian wasalammualaikum WBT.
hamba yang mendambakan tuhannya:
yussamir yusof aljohori
January 26, 2007/n9/dalam kedinginan malam
Maksud firman Allah:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. [al-An'aam 6:153]
dah habis dah cuti semester...
Dan sementelahan aku duduk di rumah,aku dah tulis 3 artikel,dan salah satunya aku dah post kan blog ni,iaitu 'PEMBONGKARAN KEPALSUAN BUKU ASHAARI PEMIMPIN PALING AJAIB DIZAMANNYA'...
Moga artikel itu ada manfaatnya,bukan untuk menjatuhkan sesiapa atau menyesatkan sesiapa(kerana bukan hak saya untuk menyesatkan hamba Allah),tapi hanyalah kajian secara ilmiah terhadap buku tersebut,Saya megemukakan semua jawapan berdasarkan Quran dan Sunnah.
Seperti mana firman Allah:"Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak kepada (Kitab) Allah dan (Sunnah) RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan."(Surah annur:51)
Dan pada semester ini aku bertekad untuk mencapai banyak kejayaan sama ada dalam akademik mahupun Koko.Aku fokus dalam semua perkara dan akan perbuat banyak perkara yang dapat menyumbang kepada Dakwah ISlam..InsyaALLAH...
ok la,,sekian..Wasalamualaikum WBT.
bilik 3012 multimedia university
9muharam 1428H/28 januari 2007
Thursday, January 25, 2007
Alamah Syeikh Yusuf Qardhawi mengesa penyatuan antara Sunnah dan Syiah
[quote:30efe6b5b4]Usai sudah "Muktamar Internasional Pendekatan Antar Madzhab" yang digelar di Dhoha Qatar. Pada penutupan Forum Pendekatan Antar Madzhab, DR. Yusuf Al-Qaradhawi menegaskan bahwa gagasan untuk mendekatkan antara berbagai madzhab harus dilakukan dengan terus terang, tanpa basa basi.
Qaradhawi kembali meminta agar kelompok Syiah menyampaikan sikap secara terus terang dan jelas dalam masalah terkait penghinaan sejumlah sahabat Rasulullah saw. Karena menurut Qaradhawi, tak mungkin terjadi pendekatan antara Syiah dan Sunni, jika keyakinan Syiah masih terus menerus mencela para sahabat radhiallahu anhum. Qaradhawi juga meyinggung tentang proyek pensyi’ahan secara terorganisir yang terjadi di sejumlah lokasi yang dihuni orang-orang Sunni.
Hari pertama pertemuan di Dhoha Qatar itu, sempat diwarnai dengan perdebatan seru terkait perbedaan antara Sunni dan Syiah. Ini disebabkan ungkapan Qaradhawi yang meminta kelompok Syiah untuk menghentikan upaya mensyi’ahkan kaum Sunni dan memandang kaum Syiah kurang memiliki upaya untuk melakukan pendekatan dengan kelompok Sunni. Akan tetapi Sekjen Forum Internasional Pendekatan Antar Madzhab Islam yang berpusat di Teheran, Syaikh Ayatullah Taskheri, menolak anggapan adanya proyek pensyiahan kaum sunni. Ia malah mengangkat pemikiran lain tentang sikap Sunni yang hendaknya tidak lagi mengkafirkan orang Syiah.
Qaradhawi pada sambutan penutupan menyampaikan agar tidak ada basa basi dalam upaya mendekatkan antar madzhab Islam, utamanya Sunni dan Syiah. “Saya ingin pada forum pertama ini, adanya keterbukaan, keterusterangan. Tanpa ini kita tidak mungkin mencapai hasil yang diharapkan. Ide untuk mendekatkan antara madzhab ini pasti menghadapi tantangan berat. Karena itulah saya katakan kepada Syaikh Taskheri, sudah tutup saja organisasi Anda dan katakan kepada karyawan Anda, jika kita tidak bisa mendekatkan antara umat Islam.”
Terkait dengan pencelaan kaum Syiah terhadap sejumlah sahabat yang dimuliakan oleh kaum Sunni, Qaradhawi mengatakan, sulit terwujud pendekatan bila kaum Syiah masih tetap melanjutkan penghinaan terhadap sejumlah sahabat Rasulullah saw. “Tidak mungkin ada pendekatan antara orang yang mengatakan Umar radhiallahu anhu dengan orang yang mengatakan Umar la’anahullahu. Atau antara orang yang mengatakan Aisyah radhiallahu anha dengan orang yang mencaci dan menghinanya dengan tuduhan yang sangat keji…”
Qaradhawi melanjutkan, hendaknya kelompok Syiah juga menghentikan upaya pensyi’ahan yang dilakukan di sejumlah kelompok Sunni. Ia mengatakan tidak sependapat dengan jawaban Syaikh Taskhery yang menyebut bahwa upaya pensyi’ahan itu dilakukan secara individu tidak terorganisir. “Pensyi’ahan adalah program yang terorganisir dan juga dibiayai serta mempunyai program aksi sendiri, ” kata Qaradhawi.
Ketua Asosiasi Ulama Islam Internasional itu juga menyebutkan bahwa pendekatan antara Sunni dan Syiah membutuhkan kesepakatan tentang titik titik perbedaan prinsipil antara keduanya. Menurut Qaradhawi, masalah pendekatan yang harus dicapai bukan pendekatan antara pemahaman fiqih versi Sunni dan versi Syiah. “Ini tidak terlalu penting di sini. Tapi yang diinginkan adalah pendekatan yang dimulai pada masalah prinsipil dalam madzhab Sunni dan Syiah. Kita harus sepakat tentang sejumlah masalah yang bisa meghentikan aksi saling perang antara Sunni dan Syiah, ” ujar Qaradhawi.
Lebih tegas lagi Qaradhawi juga menyinggung tentang kondisi Sunni di Irak. Ia mengatakan, “Yang memiliki kunci masalah di Irak adalah orang-orang Iran.” Qaradhawi merencanakan mengirim utusannya ke Iran untuk membicarakan masalah Irak.
Dalam konferensi dialog antar madzhab Islam ini, hadir 216 orang utusan penting dari para ulama dan peneliti, termasuk menteri dari 44 negara. Diselenggarakan dengan kerjasama antara Universitas Al-Azhar di Kairo Mesir dan Forum Internasional Pendekatan Antar Madzhab Islam di Iran. Sementara itu, para ulama Iraq tegas mengatakan, “Tidak ada gunanya pendekatan antar madzhab bila tidak mempunyai efek yang menghentikan pertumpahan darah di Irak.” (na-str/iol)[/quote:30efe6b5b4]
Petikan: http://www.eramuslim.com/news/int/45b6e605.htm
-saya memetik dari laman Al-ahkam-
Tuesday, January 23, 2007
MEMBONGKAR KEPALSUAN BUKU ASHAARI
MEMBONGKAR KEPALSUAN BUKU ASHAARI PEMIMPIN PALING AJAIB DI ZAMANNYA
Alhamdulilah selesai juga proses menalaah buku Pemimpin paling ajaib di zamannya yang dikarang oleh Khadijah Aam oleh saya.Sebenarnya pada awalnya saya tidak mahu juga untuk membaca dan menelaah buku ini,tapi apabila melihat ianya satu kewajipan bagi saya untuk mencari kebenaran maka saya membuat keputusan untuk meminjam buku ini daripada salah seorang kawan saya.Manhaj penulisan saya “tidak akan menulis selagi tidak melihat dan mengkaji sendiri perkara yang diceritakan tersebut”(tidak bertaklid) ia juga bertepatan dengan Firman Allah “dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya” [maksud surah al-isra’ 36] dan “Apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa berita fatabayyanu,maka selidiklah”,,oleh itu saya dengan enisiatif sendiri cuba mengkaji apa yang sebenarnya isi dalam buku tersebut sehinggakan JAKIM mengharamkan buku tersebut.Saya sentiasa berdoa agar semasa saya membaca dan mengkaji buku ini penulisan saya tidak prejudis dan sentiasa adil dalam membahaskan buku ini,kerana saya teringat Firman Allah “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5) Oleh itu segala perbahasan dalam artikel ini saya akan berusaha sedaya upaya bersikap adil dan kepada Allah segalanya saya berserah,harap artikel ini ada manfaatnya,InsyaAllah.
*(m/s) ini adalah muka surat didalam buku ashaari pemimpin paling ajaib dizamannya-harap maklum-
Antara kepalsuan AShaari:
Didalam buku ini mengatakan bahawa Ayah Ashaari meninggal dunia sebanyak 3 kali sepertimana yang ditulis “sewaktu budaknya,di segambut, beliau (ayah shaari)masih bersekolah lagi,beliau mengalami kejadian ajaib iaitu mati sebanyak 3 kali”(m/s 4).Hujah ini ditulis oleh khatijah Am adalah untuk menjadikan suatu sokongan menunjukkan bahawa Ayah Ashaari adalah manusia ajaib dan kemudian keajaiban itu diwarisi oleh anaknya dikemudian hari nanti.Namun bagi mereka yang berpegang kepada Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman para sahabat perkara ini tidak ini tidak boleh diterima sama sekali.Hujah menolak keajaiban palsu ini ialah:
Nabi Muhammad SAW nabi yang diutuskan oleh Allah sebagai ikutan manusia sendiri tidak pernah mati sebanyak tiga kali seperti firman Allah “tidak aku turunkan keatas kamu (umat manusia) rasulluALLAH itu sebagai satu ikutan yang baik”,dan jika secara logiknya jika Allah mahu mengkuhkan lagi mukjizat nabi sudah pasti Allah akan perbuat begitu tapi mengapa Allah tidak berbuat begitu??Adakah Allah lupa??Firman Allah “Dan tidaklah Tuhanmu lupa”(maryam:64)
Para sahabat adalah mereka yang dimuliakan oleh nabi dan ada mereka yang telah dijamin oleh ALLAH masuk kedalam syurga seperti 4 khalifah seperti mana firman Allah “orang-orang terdahulu lagi yang pertama-tama(memeluk agama islam) diantara orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik,Allah redha kepada mereka dan mereka redha KepadaNYA.Allah menyediakan bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,mereka kekal di dalamnya,Itulah kemenagan yang besar” (At-taubah :100).Namun adakah sejarah mengatakan mereka ada mati lebih dari sekali??TIDAK ADA SAMA SEKALI!!!
Dan adakah sama orang yang mengetahui dan orang tidak mengetahui???Wahai para pembaca berfikirlah dalam lingkungan Quran dan Sunnah dan janganlah terlalu obsess dengan cerita-cerita pelik sebegini,ini adalah satu hujah bagi mereka yang berpegang pada perkara-perkara pelik bagi mengukuhkan kebenran palsu mereka. Sepertimana Firman Allah “kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara,maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada KITAB ALLAH (QURAN) dan SUNNAH Rasul,jika kamu benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat,Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.[maksud surah an-nisa 59]….Berpegang la pada Quran dan Sunnah!!!Berdasarkan kefahaman para sahabat..
Semua kenyataan dalam buku ini tidak berdasarkan kepada Fakta-fakta dan bukti yang jelas,semuanya berdasarkan hikayat-hikayat atau pun cakap-cakap orang.Lihat petikan ini “Menurut cerita Kiyai Shahid”(m/s 37), “menurut Abuya”(m/s 36)..Adakah cakap-cakap ini dapat diterima dan dijadikan bukti??Saya serahkan kepada pembaca untuk berfikir….
Menolak akal dan menerima Ilham sebagai satu hujah (Abuya mengangap ilham adalah salah satu cara Allah memberi tunjuk ajar kepada nya).Hujah saya menolak pendapat ini ialah “menurut pendapat jumhur ulama ilham tidak boleh dijadikan hujah dalam agama,ilham sebagai hujah hanyalah untuk para rasul dan nabi sahaja.Kewafatan Nabi Muhammad adalah penamat ilham sebagai hujah.Oleh itu kenyataan dalam buku ini tentang penggunaan ilham adalah satu kenyataan yang batil,Lihat petikan ini “tafsiran-tafsiran yang mereka buat tentang agama tidak lagi oelh ilham tapi akal semata-mata.Sedangkan mereka yang menulis kitab-kitab kuning dengan tulisan Jawi kuno itulah adalah ulama-ulama muktabar yang sudah lama meninggal dunia.Mereka mewarisi agama yang masih murni yang bersumberkan wahyu atau ilham dan sedikit sahaja dicampuri akal.Ashaari menyamakan ilham sama dengan wahyu,YaALLAH batil sungguh kata-kata beliau,kerana wahyu terputus selepas Allah berfirman dengan Firman “Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi Agamamu.Aku telah sempurnakan untukmu nikmat-Ku dan Aku telah redha untukmu agama Islam menjadi agamamu” (al maidah:3)..Apa lagi dalil yang beliau boleh utarakan bagi menyokong kenyataannya bahawa ilham itu sama dengan wahyu?
Di kesempatan ini saya mahu bertanya kepada Khadijah Amm penulis buku ini(jika beliau membaca artikel ini) apa yang beliau faham tentang WAHABI? Jika saya bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
Jika Abuya itu ajaib dan selalu diajar oleh Allah pelbagai Ilmu mana mungkin dia sedangkal ini dalam melabelkan orang wahabi??
Lihat petikan ini“Namun Abuya Ashaari tidak boleh terima semua itu.Apa yang ada di dalam hatinya menolak semua ilmu,ajaran dan amalan berbentuk wahabi itu“(m/s40).....
Tekankan KETURUNAN dalam asas menjadi seorang pemimpin.
Adakah ini kebenaran bahawa keturunan adalah asas seseorang itu boleh menjadi pemimpin??Tidak benar sesekali,kerana kepimpinan itu berdasarkan kelayakan,tidak kiralah dari mana keturunan seseorang pemimpin tersebut,Kalau keturunan seseorang itu dijadikan kayu pengukur dalam menjadi pemimpin maka ini bukannlah dari ajaran Islam kerana Islam tidak membedakan antara satu keturunan dengan keturunan yang lain, kerana Allah hanya melihat Takwa seseorang bukan melihat keturunan dan sebagainya seperti mana Allah berfirman“ Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-nabi: Musa dan Isa, dan sekalian Nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (Islam)"(al-imran :84)..Dan Nabi juga bersabda “bahawasanya Allah tidak akan memandang rupa dan hartamu melainkan hati dan amalanmu’..Lihat petikan ini “Pernah disebut oleh sayidi bahawa siapa-siapa yang direzikan untuk beriman dan berjuang dalam jemaah kebenaran adalah seorang yang berketurunan baik,sama ada dari Bani Hayim atau Sahabat RasulluLLAH.Ini adalah ungkapan oleh seseorang yang digelar sayidi oleh Shaari bukan ungkapan Nabi atau Sahabat Nabi.(sedangkan ucapan Sahabat pun boleh ditolak inikan pula ucapan mereka yang tidak ada dalam liputan hadis nabi).
Fakta yang tidak dijelaskan dari mana sumbernya,lihat petikan ini “Dan ketahuilah juga wahai umat islam bahawa kemampuan Mustafa Kamal Atartuk menghancurkan agama yang dibangunkan oleh Muhammad Al-fateh adalah kerana beliau itu dilahirkan oleh bapa-bapa syaitan yang teramat jahat.Yang kekuatan kejahatannya sanggup mencabar Allah dan Rasul.Program untuk melahirkan Mustafa berlangsung selama 200 tahun oleh Yahudi dengan mengahwinkan anak-anak zina sesamanyan untuk ke sekian banyak generasi.Ertinya cukup jahat“(m/s47).Saya tertanya-tanya dimana sumbernya perkara ini dan memang tidak dinafikan bahawa Mustafa Kamal seorang pemimpin yang jahat namun sebagai seorang yang sentiasa mendambakan bukti, maka minda sedar saya tidak boleh menerima fakta ini yang tidak disertakan dengan sumbernya yang jelas...Dan saya pun merasakan para pembaca pun tidak dapat menerima sesuatu tanpa bukti....
FITNAH TERHADAPAP MUHAMMAD ABDUL WAHAB..Lihat petikan ini“Demekian juga halnya dengan orang yang membunuh agama Turki Usmaniah,iaitu seorang wahabi(merujuk kepada MUHAMMAD ABDUL WAHAB)di Makkah,sebenarnya seorang yang dilahirkan oleh syaitan.Yang kejahatannya dibina dalam dirinya sampai sanggup jadi perosak agama atas nama agama.Ertinya keturunannya juga jahat.(m/s 47)..Namun penulis suka membawakan kenyataan 2 Ulama besar iaiatu Syeikh Prof.Dr Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr Wahbah Zuahaili tentang siapa sebenarnya Muhammad Bin Abdul Wahab ini. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid'ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Penulis tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.
Penulis merasa janggal apabila Penulis buku ini mengaitkan bahasa Inggeris dengan jiwa agama.Lihat Petikan dari buku tersebut“Muhammad(ayah Shaari)tidak berhutang,sakit tidak pernah ke Hospital.Walaupun boleh bercakap Inggeris tapi dia tidak berbahasa Inggeris.Kalau kawan-kawannya datang ke rumah,mereka cakap inggeris tapi Abuya berbahasa Melayu.Kerana jiwa Agamanya terlalu mendalam,terbentuklah peribadi pelik begitu“(m/s 48).
Apa masalahnya Bahasa Inggeris dengan kedalaman jiwa beragama?Bagaimana pula masyarakat eropah ketika itu yang berbahasa Inggeris?Adakah jiwa beragama mereka cetek??Apakah yang ingin dibawa oleh Penulis buku ini wahai Khadijah Amm??Bagaimana Salman Alfarisi yang berbangsa Parsi?Adakah Agamanya cetek??Tidak sama sekali!! Malahan Beliau adalah SAHABAT NABI !!!!
Peranan sebagai seorang yang beragama Islam adalah ’Amar Makruf Nahi Munkar’ lagi-lagi terhadap seorang yang digelar Ulama.Namun apabila saya membaca buku ini sebaliknya berlaku,cuba lihat petikan dari buku tersebut “Kalau ada pesta di kampung Pilin seperti Ronggeng dan sebagainya,lebai Ibrahim(penjaga dan pengasuh Shaari) akan hilang selama seminggu,Dia akan pergi ke lubuk cina,rumah adiknya.Alasannya tidak mahu subahat,takut bala Allah menimpanya”(m/s 49).Kalau kita baca petikan ini,sebagai seorang yang dianggap peribadi contoh salafusolleh yang hidup dizaman itu(seperti yang didakwa oleh Ashaari di m/s 49) agak ganjil melarikan diri bila ada perkara maksiat berlaku,jika beliau seorang yang alim mustahil beliau tidak pernah membaca hadis Nabi iaitu “Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya,sekiranya dia tidak mampu ubahlahnya dengan lisan,sekiranya dia tidak mampu maka ubahlahnya dengan hati,yang sedemikian itulah selemah-lemah iman”(HR imam Muslim).Dalam hadis ini Nabi tidak menyuruh pun lari dari tempat yang diduduki tapi nabi Menyuruh kita berusaha untuk mencegahnya,walau dengan pelbagai cara sekalipun dan jalan terakhir ialah dengan membenci akan perbuatan tersebut dengan hati.BUKAN LARI!!!
Bertemu dengan Ulama dan belajar dengan mereka dalam mimpi???Ia satu persoalan yang sangat besar,kalau begitu mudah sebegitu tidaklah Imam Bukhari bersusah payah mencari Hadis dari para-para imam hadis di pelbagai negara dengan menaiki unta,kuda dan sebagainya.Selama 16 tahun Imam Bukhari melakukan sebegitu dalam mengumpulkan hadis yang sahih.Tidakkah Allah mengasihani hambanya yang begitu komited dalam mengumpul hadis dengan memudahkannya dengan memberi mimpi supaya bukhari dapat bertemu dengan imam-imam hadis dengan mudah????Fikir-fikirkanlah para pembaca terutama Shaaari yang mendakwa beliau belajar berdasarkan mimpi.Lihat petikan ini “Diantaranya dapat melihat Syeikh Mahmud Bukhari datang dan merepair(membentuk-bentuk)badannya supaya menjadi lebih baik.Setiap kesempatan dapat tidur yang memperolehi di celah-celah sakit teruknya itu,rohnya melalui mimpi,mengalami perjalanan indah dari masjid ke masjid yang besar-besar dan cantik-cantik,bertemu ulama-ulamadan mengaji dengan mereka”(m/s 88)..Aduhai Ashaari!!Tidakkah berasa bersalah dalam mereka cerita sebegini?????
Menolak wirid-wirid dari doa ma’thurat.Saya tidak faham kenapa Ashaari menolak doa-doa mathurat sedangkan ia berumberkan Hadis-hadis nabi.Jika beliau menolak mathurat ia seperti menolak hadis-hadis nabi.Saya dengan suka-citanya menyeru Ashaari membeli mathurat dan kaji doa-doa yang terdapat dalam mathurat,antara hadis yang dikutip Riwayat Abu daud,Hakim,Darimi,albaihaqi,At-tirmidzi dan lain-lain.Lihat petikan ini “Gurunya berfahaman wahabi.Sering mensyirikkan orang dan perbahasannya tinggi-tinggi.Mengamalkan wirid mathurat dan selalu marahkan Saidina Muawiyah(dalam maksud menafikan mathurat tersebut)”(m/s95)
Berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW dengan mengatakan Nabi mewariskan satu tarekat khusus iaitu Tarekat Muhammadiah.Tidak ada satu Hadis Sahih yang mengatakan Nabi mewarisi tarekat muhammadiah keatas umatnya,jika ada tentu sudah para sahabat mengamalkannya.Tidakkah mereka membaca hadis ini “Barangsiapa berdusta keatas diriku,maka hendaklah dia menduduki tempatnya didalam neraka”(hadis sahih diucapkan oleh Az-Zubair bila ditanya mengapa tidak pernah meriwayatkan hadis).Namun yang nabi pesan hanyalah berpegang pada Quran dan Sunnah.Allah juga ada berfirman “Dan kami turunkan kitab(quran)kepadamu untuk menerangkan TIAP-TIAP sesuatu dan menjadi hidayah dan rahmat serta khabar gembira bagi orang-orang islam”.. Perkataan “Tiap-tiap” yang ALLAH sebut itu telah mencakupi segala-segalanya tidak perlu lagi tarekat yang tidak pernah disebut dalam Quran mahupun Hadis.Kenyataan mengenai nabi mewarisi tarekat adalah BATIL!!!!
“Kami benar kerana kami tetap wujud walaupun dah kena tangkap dan sebagainya.”..Ini hujah yang mereka gunakan bagi menyokong kumpulan mereka.Tidakkah mereka sedar bahawa Yahudi,kaum Khawarij,miuktazilah yang dahulunya dikenakan pelbagai tekanan dan sebagainya terhadap mereka tapi sehingga kini mereka ada didunia ini!!!!Adakah sebab kekekalan mereka hingga sekarang boleh kita mengatakan mereka benar dan dilindungi Allah?Fikir-fikirkanlah...
Wajarkah seorang yang kononnya diajarkan oleh Nabi dan Imam Mahadi(yakazah) menggunakan hadis palsu??Lihatlah petikan ini “Perbezaan pendapat dengan Abuya kita yang anggaplah rahmat Allah kerana RasulluALLAH SAW bersabda : “Perbezaan pendapat antara umatku adalah rahmat” (m/s 109)..Hadis ini adalah palsu kerana tidak ada asalnya menurut Syeikh Nasiruddin albani muhadissin abad ini.Inikah yang dikatakan manusia ajaib???
Nabi SAW melawat Ashaari dan mengajarnya??Lihat petikan ini “sebenarnya RasullALLAH dan Imam Mahadi selalu menziarahi Abuya waktu sakitnya dan memberi harapan-harapan sihat serta kemenangan”(m/s 142).DAkwaan beryakazah dengan Nabi adalah perkara yang amat dusta,saya memetik kata-kata Dr Asri Mufti Perlis “kalaulah dalam agama ini ada kaedah dimana boleh berjumpa dengan nabi terus secara jaga,tak perlulah nabi tinggalkan hadis-hadis kepada kita,ada masalah terus rujuk pada nabi,malah apabila Abu bakar ada perselisihan sama ada nak diperangi orang murtad atau tidak,dia tidak beryakazah dengan nabi SAW.Dalam isu saidina Ali ,muawiyah dan Saiditina Aisyah,tidak ada siapa beryakazah dengan Nabi SAW sehingga para sahabat sendiri keliru nak sokong siapa.Banyak isu yang berkaitan dengan Sahabat sangat penting,tapi tiada siapa yang dapat beryakazah.Adakah Ashari lebih baik daripada mereka sebab dia jadi sahabat,lebih besar pangkat dari Sidina Umar dan Abu Bakar?(majalah I Feb 2007 m/s 20)
BERTAWASUL DENGAN JANGGUT ASHAARI dan namanya..Baca petikan ini “Air doa dengan mencampurkan apa-apa yang baik dari seorang mursyid yang dimintakan doanya itu juga dianggap ada berkat disis Allah dan Rasul.Bukan doanya sahaja,janggutnya pun boleh diterima Allah sebagai Sumber doa dan berkat”(ms 198) dan “power Abuya ialah kekuatan bantuan Allah kepada sesiapa yang melakukan kerja-kerja perjuangan Islam dengan syarat seseorang itu berdoa dengan bertawasul kepada Abuya”(m/s 241).Adakah tawasul sebegini diterima Oleh Islam??Saya bawakan jawapannya daripada Ulama Syeikh Prof.Dr Yusuf Alqaradhawi “jelaslah bahawa wasilah(tawasul)seperti ini tidak ada dalam islam.Bahkan setiap muslim diperintahkan untuk selalu mengadakan hububungan terus dengan Allah dalam keadaan apa pun.Dan dia harus pula berkeyakinan bahawa doanya akan didengari Allah tanpa ikut campurnya orang lain,betapapun tinggi darjat orang itu.(m/s 83) Seterusnya Beliau berkata “Beraneka macam khurafat mengelilingi masalah wali dan kewalian.Sehingga orang menyangka bahawa keadaan dunia berada di tangan para wali.Merekalah yang mengendalikan dunia dengan sesuka hati”(m/s 84) [*lihat buku karangan Yusuf Qaradhawi dan Syeikh Muhamad Ghazali dalam ‘mengenal bida’ah dan syirik dalam agama’ terbitan Jasmin]
Allah berfirman “Apakah orang-orang kafir itu mengira bahawa mereka boleh menjadikan hamba-hambaku itu sebagai penolong selain Aku,sesungguhnya aku telah mempersiapkan Jahanam untuk orang-orang yang kafir sebagai tempat tinggal mereka”(al-kahfi :102)
Ashaari obses dalam memperkatakan tentang penggunaan jin dalam perjuangannnya,Misalannya Ashaari mengatakan bahawa kita boleh menggunakan khidmat jin dalam membantu perjuangan islam.Namun jika kita boleh berfikir secara rasional dan releven,tidakkah ini semua perkara yang karut dan songsang dalam agama Islam?Jika Penggunaan jin itu dibolehkan dan sangat berguna pada perjuangan mengapa NAbi SAW semasa berlakunya peperangan-peperangan di awal kebangkitan Islam Baginda tidak menggunakan khidmat Jin?Tidak ada satu riwayat yang sahih tentang penggunaan Jin dalam perjuangan baginda.Memang tidak dinafikan tentang kewujudan Jin tapi dalam hal ini ia tidak dapat diterima sama sekali,kerana perjuanga dalam islam adalah bersandarkan kekuatan diri dan disokong oleh Kekuatan Yang MAHA ESA.Itu sahaja…
Awas!! kepada semua umat Islam di Malaysia kerana sesiapa yang tidak memakai tutup kepala adalah FASIK!!MasyaAllah sampai begitu sekali Ajaran yang dibawa oleh Ashaari.Lihatlah di muka surat 224 “sebab dalam Islam,lelaki yang tidak menutup kepala dianggap fasik”…Dari mana ashari dapat hukum sebegini?Dimana dalilnya yang Ashaari ambil?Tidak ada satu dalil pun yang terdapat dalam Quran dan Sunnah mengatakan bahawa FASIK keatas mereka yang tidak menutup kepala.Batil sungguh dakwaan ini….Inikah yang dikatakan Ajaib?langsung tidak ajaib!!!
Alhamdulilah selesai juga pembongkaran kepalsuan dalam buku “ASHAARI PEMIMPIN PALING AJAIB DI ZAMANNYA”.Terus terang saya katakana disini,tidak ada niat langsung untuk berbuat onar atau ingin menjatuhkan sesiapa melalui tulisan ini,tapi saya hanya menjalankan tugas sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk menjalan ‘AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR’.Kerana Allah berfirman “sebaik-baik umat dikalangan manusia ialah mereka yang melakukan perbuatan makruf dan meninggalkan perbuatan mungkar dan mereka beriman dengan Allah..”.Dan alasan utama saya membongkar segala-galanya ini kerana saya sentiasa berpegang dengan Firman Allah ini “"dan jgnlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya"(surah al-baqarah;42) dan ayat ini “ Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan Ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”(al-imran:29)
.Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dalam penulisan ini,namun disebalik itu saya sentiasa memohon ampun dan taubat daripada Allah kerana keredhaanNya adalah keutamaan bagi saya.Dan saya berharap jika tulisan ini ada manfaatnya maka pahala yang saya dambakan jika kesalahan yang tercoret dalam artikel ini keampunan yang saya harapkan. Dan saya berharap dapatlah artikel ini disebar-sebarkan jika ada manfaatnya,dan kerahmatan Allah yang kita pohonkan.Saya berharap dengan adanya usaha saya menulis artikel ini dapatlah sedikit sebanyak ia menyumbang kefahaman umat islam tentang ajaran islam yang sebenarnya.Pesan saya,marilah kita berpegang pada Quran dan Sunnah berdasarkan kefahaman para sahabat ,tabii dan tabieen.
Akhir sekali wasalammualaikum warahmatuLLAH wabarakatuh……..
“Hamba yang mendambakan tuhannya”
Yussamir yusof aljohori
1muharam 1428H/20 January, 2007
12 malam dalam kedinginan di lot banglo 526 ,n9
“ (Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya dalam surat-surat amalnya); dan demikian juga apa sahaja kejahatan yang telah dikerjakannya. (ketika itu tiap-tiap orang yang bersalah) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan amalnya yang jahat itu. Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah Amat belas kasihan kepada hamba-hambaNya.(al-imran:30)
Saturday, January 6, 2007
coretan perjalanan ke KL
pertama2 sekali akhi panjatkan kesyukuran kehadrat Illahi,selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad SAW serta salam bahagia keatas para sahabat tabi' dan tabien yang sentiasa menjunjung QURAN DAN SUNNAH dalam kehidupan mereka.
Hari ni perjalanan akhi ke KL memang mengundang seribu satu perngertian dan pengajaran,dan akhi cukup bergembira perjalanan tersebut.Hati mana tidak gembira bilamana perjalanan dihiasi dengan pelbagai hiasan duniawi yang tidak kekal selamanya namun sebagai penghias santapan mata para pencinta keindahan dan pengajaran.Adakah ada manusia menyangkal kententuan Illahi tentang perkara yang ditakdirkan olehNYA??Jika ada maka rugilah ia menjadi hamba kepada Pencipta yang maha agung.Ke KL dengan satu tujuan iaitu ingin membelek dan membeli beberapa buah buku ilmiah di PUstaka Indonesia,akhi pergi ke sana bersama sahabat brader Syeid menaiki kereta kancil yang banyak berjasa kepada tuannya.Sesampai saja akhi dan brader syeid disana,terus menuju ke pustaka dan membelek beberapa buah buku tulisan Dr Qardawi sama ada yang rerbaru atau lama.Hati ini mengeletek tuannya,
+ko nak beli berapa banyak buku ni?
-ntahla,aku ingat nak belek2 jer kejap,kalo ada yang nak aku beli aku belilah.
+ceh ye2 je ko tu,kalo dah nama nafsu mesti bukan nak belek2 jer kan,mesti beli punyer.
-memangla nafsu beli,tapi nafsu tu aku alihkan kepada benda yang diredhaiNYA,bkn aku alihkan ke lembah maksiat.takkan ko lupa pesan nabi "menuntut ilmu itu adalah wajib keatas umat islam"(hadis sahih)...ini adalah satu cara aku untuk menuntut ilmu.
+ala ko bukan ambik course agama pon,kan ko ambik accounting kan?Tak payah la beli banyak2..simpan je duet ko tu beli hp baru ke,,baru gerek.
-erm..pelik aku dengan ko ni,tadi menyindir aku belek2 buku,pastu ko suruh aku tak payah beli pulak.Erm memang dasar hati yang selalu membolak balikkan hati.Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati ini,ko tetapkanlah aku dengan hidayah mu Ya ALLAH.
+Ko ni pe hal lak ni,nak doa2 lak..nak beli buku belilah,,malas aku nak kacau ko..
Akhi beli beberapa buku karangan Dr Qaradawi antaranya ialah:
- memahami khazanah kelasik,mazhab,dan ikhtilaf
- kumpulan ceramah pilihan
- detik-detik masa
- feqh daulah
- feqh hiburan
- fatwa antara ketelitian dan kecerobohan
- perjalanan kehidupanku-1
Erm..kemudian akhi jumpa dengan kawan baik akhi diKL,mmg kami dah berjanji untuk keluar bersama bila akhi berada disan,brader syeid balik kerumahnya dan meninggalkan akhi di masjid india bersama brader Syafik,tapi berada lebih selesa memangilnya MAMAT sbb nama itulah yang megeratkan kami.PErgi ke lowyat,time square dan lot 10..Beli sepasang baju berjenama JEEP,erm keluar lagi duet akhi..heheh..takperle sekali sekala...
Jam menunjukkan pukul 10.20mlm,sabagai satu tanda bahwa akhi perlu balik segera ke MMU..Brader Mamat hantar akhi ke stesyen star di jalan jamek.sampai di MMU pada pukul 11.40...ALhamduliLLAH..selamat pergi dan balik..moga perjalanan ini menjadi kenagan yang bisa membuatkan diri ini sentiasa berfikir kejadian ILLAHI yang cukup unik dan ajaib..Maha Suci Allah yang menghidupkan dan mematikan manusia..kepadaNya akhi berserah dan kepadaNya akhi berdoa Agar memudahkan Akhi menjawab peperiksaan pada hari esok...esok peperiksaan quantitative analysis jam 2.30..kepadaMu aku berserah.....
~yang sentiasa mendambakan keampunan dariNYA~
Friday, January 5, 2007
LANGGANI PARADIGMA
E-mail: Anda boleh juga melanggan menggunakan e-mail. Jika ada artikel terbaru diblog ini, e-mail akan dihantar untuk memaklumkan kepada anda. Gunakan borang di bawah untuk melanggan menggunakan e-mail.
cerpen qaradawi dan misyar
cerpen qaradawi dan misyar
SEANDAINYA seorang wanita berhasil menggenggam dunia, berhasil
mendapatkan semua anugerah penghargaan dari dunia dan berhasil
mendapatkan semua kehebatan dunia, namun tidak mempunyai suami,
sebenarnya wanita tersebut sangatlah miskin.
Dalam-dalam saya tanamkan persepsi itu ke jiwa saya. Persepsi itu
didatangkan dari lidah seorang nisa yang sudah memacakkan besi tekad
yang tidak boleh digoyang gugat. Sebagai rafik yang setia, saya cuba
menghulurkan seulas persefahaman.
Namun ruang fikir saya yang waras ini payah untuk menjumlahkan
persetujuan. Saya risaukan nasibnya pada hari-hari mendatang. Nasib
bakal zuriatnya yang akan dikemudi seorang pendayung sahaja.
Sepatutnya, berat dayung di tangan suami, berat jugalah dayung di
tangan isteri dalam menongkah samudera kehidupan yang sesekali dipukul
gelora.
Biarlah masa depan itu datang sendiri. Jangan cemas dengan hari esok.
Kalau hari ini aku mampu lakukan yang terbaik, insyaallah esok akan
baik juga Nafeesah, kan?
Zulaikha yang saya kenali memang bijak menangkis hujah. Barangkali
kerana kebijaksanaan itu jugalah tiada lelaki yang berani menitipkan
cinta. Zulaikha, wanita bijak yang sudah terlajak usia, payah diajak
mencari cinta kerana istiqamahnya terhadap kerjaya payah diinjak-injak
dan sukmanya hanya terletak kasih ayahanda bonda. Cuma akhir-akhir ini
dia telah terserempak dengan satu rasa yang menggetarkan tetapi indah!
Zulaikha menggilai Yusuf? Saya menduga. Polos.
Bukan menggilai. Mengagumi. Aku, Zulaikha, cintakan kesolehan seorang
Yusuf. Aku pencinta akhlaknya! Aku mahu Yusuf menuntun aku ke pintu
jannah.
Ayat Zulaikha tampak bersungguh. Saya memancing lagi.
Jangan kau carikkan pakaian takwanya, Zulaikha.
Insya-Allah tidak sama sekali, Nafeesah. Aku bukanlah Zulaikha yang
mencintai Yusuf kerana ketampanannya hingga sanggup mencemar maruah!
Aku sedar tanggungjawabnya untuk bahtera yang lebih berhak. Aku tidak
akan membiarkan bahunya sendeng di akhirat nanti kerana gagal berlaku
adil.
Iman
Saya rasa terpukul. Saya mafhum, ucapan itu mewakili perasaannya
sendiri. Benar, Yusuf idaman Zulaikha tidaklah setampan mana. Kalau
dibandingkan dengan Zulaikha, bagaikan pekatnya langit malam dan cerah
bersinarnya suria pagi. Yusuf bukanlah jejaka pujaan gadis. Apatah
lagi, Yusuf hanyalah penjual ikan di pasar borong. Namun, setelah
mengenali Yusuf yang bergelumang dengan kehanyiran ikan itu, persepsi
saya lantas gugur terjunam! Yusuf itu memiliki kewangian iman yang
tidak jemu untuk dihidu! Yusuf itu memiliki sepersil ketenangan yang
menjalarkan kebahagiaan!
Mata saya menombak ke wajah Zulaikha. Kecantikan yang sulit saya
zahirkan. Wajah putih mulus, kening bertaut dan berhiaskan dua lekuk
di tebing pipi, rupanya masih sulit untuk membeli hati lelaki.
Barangkali kecantikan yang dilengkapkan dengan setambun ilmu dan
kerjaya yang mantap itulah menjadikan lelaki ketakutan. Maka jadilah
Zulaikha, peguam hebat yang bukan saja digeruni di dunia perundangan,
malah turut digeruni oleh kumbang untuk cuba-cuba menghinggap di
hatinya!
Nafeesah, kebahagiaan itu tidak terletak pada keturunan, harta benda
dan kecantikan lahiriah, tapi kebahagiaan itu terletak pada agama,
ilmu pengetahuan, kesopanan akhlak dan tercapainya cita-cita. Dalam
hadis riwayat Imam Tarmizi pun ada menyatakan, semulia-mulia seorang
suami ialah yang memberi agama kepada isterinya.
Begitulah kilah Zulaikha tatkala saya mempertikaikan mengapa mesti
Yusuf? Yusuf yang kurang pada material, wajah, kedudukan, malah paling
menjengkelkan kurang pada usia. Sedangkan Zulaikha dilebihkan
segalanya, apatah lagi, Zulaikha yang telah dilebihkan usianya 10
tahun daripada Yusuf!
Ketika di dunia kampus bukan tidak ada yang cuba-cuba memetik mawar
semerbak mengharum itu. Tetapi dia sendiri yang memejamkan mata
terhadap panahan mata arjuna. Tidak hairanlah dia telah menukilkan
dirinya sebagai pelajar terbaik.
Pengetahuan adalah tempat untuk kita berehat dan tempat berlindung
pada hari tua. Jika kita tidak menanamnya semasa masih muda, ia tidak
akan memberi perlindungan bila kita tua nanti, Nafeesah.
Itulah alasan sahabat saya yang degil itu. Apabila melangkah ke alam
guaman pula, dia komited tanpa mahu menoleh-noleh lagi kepada
cacamarba warna kehidupan.
Bekerja itu adalah medium yang terbaik supaya manusia cinta kepada
penghidupan. Walaupun bekerja itu akarnya pahit Nafeesah, tetapi
buahnya amat manis!
Itu falsafahnya sesudah mengejar cita-cita. Falsafah itulah
menghadiahkan sebuah firma guaman yang gah, kereta dan rumah mewah
hingga dia terlupa akan perjalanan sebuah naluri yang memerlukan
sebuah perhentian. Dia lupa untuk jatuh cinta dan mengabaikan manis
senyuman sang Adam. Dia membuat anologi, jangan tertipu dengan
senyuman kerana sesungguhnya racun itu kadangkala dalam manisan juga.
Cuma akhir-akhir ini, setelah gemulah ayahanda bonda kesayangannya
berangkat pulang ke alam barzakh, Zulaikha telah dihimpit kesunyian.
Kesunyian itulah mendorongnya secara tiba-tiba mencari pelengkap hidup.
Betullah Nafeesah, orang pernah cakap, semua pengetahuan diperoleh
melalui proses pembelajaran. Kecuali cinta. Cinta itu tumbuh sendiri
tanpa perlu berguru.
Buat pertama kalinya dalam ukhuwah kami ini, dia tiba-tiba bersuara
membenarkan cinta! Sungguh-sungguh buat saya rasa terpana.
Jangan terpaksa berkahwin kalau untuk hilangkan status andartumu,
Zulaikha.
Nafeesah, kau tentunya arif sirah Khadijah dan Muhammad, bukan?
Soalannya sinis. Saya termalu. Ternyata Zulaikha cuba mengirimkan
cintanya kepada Yusuf sebagaimana Khadijah cuba melakukannya kepada
Muhammad. Khadijah, saudagar wanita yang sudah berusia, namun
diberikan kekayaan oleh-Nya, terpikat dengan Muhammad yang jujur
membawa barang-barang dagangan Khadijah yang diniagakan di Syam. Lalu,
Zulaikha menjadikan saya seperti Nafisah binti Muiyyah, teman Khadijah
untuk memanjangkan lamaran. Ya, saya mewakili Zulaikha untuk
meleraikan hasrat kepada Yusuf. Bunyi macam sumbang, tapi itulah
realitinya. Dan, reaksi Yusuf sendiri, terkebil-kebil, linglung, gumam
dan hampir kehilangan diksi.
Nafkah
Tetapi kisah ini bukan benar-benar menyalin sirah Khadijah-Muhammad.
Zulaikha menginginkan Yusuf yang sudah beristeri. Ketidakmampuan
kewangan Yusuf, membuatkan Zulaikha merelakan sebuah perjanjian.
Perjanjian bertulis, Yusuf sebagai suami hanya perlu memberi nafkah
batin, sedang nafkah zahir sepenuhnya akan ditanggung oleh Zulaikha.
Zulaikha tidak kisah Yusuf jarang-jarang bermalam di rumahnya.
Sedangkan, Muhammad-Khadijah susah senang bersama.
Zulaikha mencuplik pandangan Mufti Mesir, Fadhilah al-Syeikh Dr. Ali
Jum'ah, yang menyatakan jika rukun-rukun nikah telah sempurna, maka
sahlah perkahwinan itu dan dibenarkan jika wanita mahu menggugurkan
hak yang berhak diperoleh daripada hal yang berkaitan dengan kewajipan
suami. Seperti Sayyidah Saudah binti Zam'ah yang tidak mengambil hak
bermalam bersama Rasulullah, sebaliknya memberikan hak itu kepada
Aisyah r.a. Buat Zulaikha, dia berhajatkan ada buah cinta yang bakal
tumbuh daripada pohon cinta mereka dan dia mahu membesarkan sendiri
buah cintanya.
Cinta sejati tidak memandang wang, Nafeesah. Tetapi wang sangat
penting untuk memelihara cinta, bukan?
Itu pendiriannya berkaitan prinsip-prinsip yang harus berdiri bersama
cinta. Ya, kerana punya wang Zulaikha merelakan Yusuf tidak memberikan
sesen sekalipun. Dia hanya menagih statusnya sebagai isteri yang
dimuliakan dan dijanjikan jannah oleh-Nya.
Kau tahu, Nafeesah, wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pula pintu-pintu syurga.
Wanita boleh masuk dari mana-mana pun pintu yang dia hajatkan tanpa
dihisab. Malah, wanita yang taat pada suaminya, berpuasa dan bersolat,
semua ikan di laut, burung-burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar buatnya.
Kelihatan Zulaikha mengumbar senyuman tatkala menceritakan sabda-sabda
Nabi s.a.w itu kepada saya.
Zulaikha, perjanjian sebegitu tidak memenuhi maksud sebuah institusi
perkahwinan. Surah An-Nisa' ayat 34 jelas mengatakan suami diwajibkan
mencari nafkah untuk isteri dan keluarganya. Lagipun, nanti apa kata
masyarakat? Masyarakat kita tidak boleh terima perkahwinan sebegini,
Zulaikha.
Aku hanya akan fikirkan tentang orang-
orang yang aku cintai. Sedetik pun aku tidak izinkan waktu aku untuk
memikirkan tentang orang-orang yang aku benci. Kita diciptakan di alam
keimanan yang begitu luas, namun acapkali kita menyempitkan jiwa kita
dengan ketakutan, kesedihan dan ketidakpastian, Nafeesah?
Saya terkedu dengan hujah Zulaikha. Betapa beruntungnya hati yang
dijadikan kediaman cinta, kerana cinta membuatkan Zulaikha melupakan
urusan dunia!
Aku ingin menjadi seorang ibu. Aku amat berharap benih cinta kami
segera subur dan menjadi buah yang boleh dipelihara penuh kasih
sayang. Doakan aku, Nafeesah!
Pahit saya menelan impian Zulaikha. Zulaikha dan ibu tunggal tiada
bezanya. Cuma beza dari segi istilah. Tetapi dia tetap adalah ibu yang
ditinggalkan. Punya suami tapi boleh pulang sesuka hati saat
mengidamkan tubuhnya. Pastilah benih yang akan lahir itu tidak akan
mempunyai ayah sebagai model hidupnya. Berkali-kali saya mengingatkan
tentang nasib anaknya yang pastilah akan kekurangan kasih sayang ayah
andai dia memilih perkahwinan begitu. Saya terimbas ujaran Prof. Dr.
Wahbah Az-Zuhaily yang mengklasifikasikan perkahwinan pilihan Zulaikha
ini sebagai makruh dan wajar dielakkan. Hukumnya makruh jika
pernikahan ini tidak merealisasikan semua tujuan dan motif
perkahwinan, kemanusiaan dan kemasyarakatan dalam keadaan yang sempurna.
Mendidik adalah pekerjaan hati, Nafeesah. Cukuplah doa solehnya
sentiasa mengiringi aku dan anak-anak. Di luar sana, betapa ramai ibu
tunggal yang mampu mendidik anak-anaknya hingga menjadi sebaik-baik
umat. Tidak mustahil pun sekarang ni, seorang ibu dapat mendidik
sepuluh anak tanpa suami.
Ahh, Zulaikha terlalu realistik. Hujahnya payah dipatah-patah. .. Dia
terburu-buru mahu merasai perit nikmat mengandung. Dia terlalu menagih
janji-janji pahala oleh-
Nya. Zulaikha tidak sabar saat mengandungkan janin dalam rahimnya,
para malaikat akan beristighfar untuknya. Dia mahu Allah mencatatkan
setiap hari dengan 1,000 kebajikannya dan menghapuskan 1,000
kejahatannya.
Zulaikha tidak sabar untuk melalui saat-
saat sakit hendak bersalin. Keperitan itulah yang dijanjikan Allah
kepadanya bagaikan pahala orang yang berjihad kepada jalan Allah.
Saat-saat dia melahirkan anak, dia akan dikeluarkan dari dosa-dosa
seperti keadaan ibu yang melahirkan. Apabila menyusui anak itu, maka
setiap satu tegukan daripada susu ibu akan diberikan satu kebajikan.
Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah memberikan pahala seperti memerdekakan 70 orang
hamba dengan ikhlas untuk membela agama Islam. Itulah bunga-bunga
impian Zulaikha sedang berkembang.
Saya amat takut andai Yusuf sudah puas, rasa bosan akan menjelma tanpa
bertunda-tunda. Saya takut Zulaikha akan dilepaskan tanpa belas, lalu
menciptakan rafik saya itu seorang janda. Nauzubillah. Tetapi itulah
yang paling saya takutkan. Kesolehan Yusuf belum cukup kuat untuk
meyakinkan saya. Seperti sabda Rasulullah: Jika sesuatu urusan
diserahkan kepada orang yang tidak layak, maka tunggulah saat
kehancuran. Adakah Yusuf impian Zulaikha layak menggalas amanah ini?
Sahabat
Wajar atau tidak, ijab dan kabul sudah pun menjadi milik Yusuf dan
Zulaikha dalam walimah ringkas. Saya hanya dapat menjadi sahabat yang
mendoakan kebahagiaan mereka. Meskipun Yusuf mendapat keizinan isteri
pertamanya, namun keizinan itu tidaklah didatangkan dengan nilai
kerelaan yang sepenuhnya. Maka mafhumlah saya, mengapa malam giliran
Zulaikha bertunda-tunda. Zulaikha pula tidaklah memendam rasa kerana
memang itulah kesediaannya selama in. Malah, dia makin memperdiarkan
rasa terkilannya apabila dia disahkan bunting pelamin! Maha Mencipta
Rabb!
Aku mahu Yusuf sendiri yang mengazankan anak ini nanti.
Itulah doa Zulaikha. Dia tidak jemu-jemu berbual dengan janin itu. Dia
semacam tiada kerinduan kepada penanam zuriat itu meskipun sepanjang
hampir sembilan bulan mengandung hanya beberapa kali saja Yusuf
pulang. Alhamdulillah, mungkin berkat sabarnya juga, saat mengandung
langsung tidak mendatangkan masalah. Sesekali, setiap malam Jumaat
Yusuf menelefon, Zulaikha akan menekapkan telefon genggamnya ke perut.
Yusuf sedang mengalunkan ayat-ayat al-Quran ke pendengaran anak mereka!
Hari ini, pada 17 Rabiulawal yang indah, Yusuf menelefon saya
mengkhabarkan seorang lagi umat Muhammad akan melihat dunia. Saat saya
dan suami tiba di wad, syahdu mengiringi suasana tatkala Yusuf sedang
mengalunkan qamat dan azan ke telinga suci bayi itu. Saya terkenangkan
hajat Zulaikha yang sudah terlunas.
Saya menghampiri Zulaikha. Zulaikha yang masih lemah pucat, dengan
lembutnya menggenggam jemari saya sembari tersenyum indah.
Nafeesah, putera bernama Al-Qaradhawi ini, akan aku tarbiahnya hingga
menjadi ulama terkenal! Aku mahu tahu pula apakah pandangannya
terhadap perkahwinan yang dipilih umminya ini.
Sukma saya sungguh berkocak-kocak tatkala menadah ayat terakhir
Zulaikha itu.