Tuesday, January 2, 2007

sembelihan yahudi dan nasrani(kristian) halal??


Assalamualaikom WBT….

Saya mempunyai rakan yang belajar diluar Negara(korea) dan dia selalu merungut betapa payahnya nak mencari makanan halal yang disembelih oleh Orang Islam.Semenjak dari itu saya mula berfikir,susah juga macam itu kalau nak pergi luar negara ni..Tapi persoalan itu terjawab bila saya menelaah kitab fiqh dan perundangan Islam (Dr wahbah zuhaili),halal dan haram dalam islam(dr yusuf qaradawi),dan buku karangan Kapten Hafiz Firdaus(panduan ibadah dalam musafir)…

Dan saya menjumpai keindahan islam dalam perkara ini,disamping itu saya bersyukur kerana Islam adalah agama yang amat mudah dan tolenransi dalam semua aspek..Berbalik kepada persoalan sahabat saya tersebut,setelah saya buat penelitian saya menjumpai penyelesaian kepada masalah tersebut.

Baiklah sebelum saya bermula, saya ingin menegaskan bahawa jgn memegang kata2 saya tapi peganglah hujah2 dari kitab dan hadis yang akan saya bentangkan sebentar lagi,saya hanya menerangkan saja yang terkandung dalam Quran dan Hadis.Saya ingin memetik Firman ALLAH “….jika kamu berbantah2 dalam suatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada Quran dan Sunnah,jika kamu benar2 beriman kepada ALLAH dan hari kiamat .Yang demikian adalah lebih baik dan lebih elok kesudahannya”(an-nisa’:59)

Oleh itu saya berharap pembaca melihat apa yang dikatakan(bersandarkan dalil) dan jgn melihat siapa yang mengatakan perkara ini(iaini saya)..

Baiklah saya bermula dengan firman Allah yang bermaksud “pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik2,makanan(sembelihan)orang2 yang diberi AL-KITAB itu halal bagimu dan makanan kamu halal pula bagi mereka.”(maksud surah al-maidah 05:05)

Ayat diatas menunjukkan bahwa kita(orang islam) boleh makan makanan Ahli kitab(nasrani dan yahudi),dan makanan orang islam juga boleh dimakan oleh ahli kitab.Namun pasti ramai yang masih was2 dengan lontaran ayat ini,baiklah mari kita meneruskan pembacaan dan penelitian.

Seluruh ahli hadis ,tafsir dan fiqh sepakat mendefinisikan Ahli ktab itu adalah umat2 yang dimana agama mereka berasal dari kitab2 yang telah diturunkan mereka berasal dari kitab2 yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT kepada nabi2 mereka dimana nabi2 tersebut disebut jelas didalam kitab AL-QURAN.Umat2 lain seperti budha,hindu bahai dan sebagainya tidak termasuk dari golongan ini.

Ahli Kitab ini adalah tergolong dari kategori mereka sendiri iaitu tidak beriman dan tidak musyrik,seperti mana yang dijelaskan dalam Quran “bahwasanya orang2 yang beriman dan orang2 yahudi,dan orang2 sabiin dan orang2 nasrani,dan orang2 majusi serta orang musyrik,Allah akan memberi keputusan diantara mereka pada hari kiamat..ssghnya ALLAH menyaksikan segala sesuatu”(al-haj ;17)

Melalui ayat tersebut maka kita akan dapati bahwa mereka ada kelas mereka tersendiri disisi Islam,dan mereka mmpunyai kedudukan yang berbeza dengan kaum lain dan disbbkan kedudukan tersebut maka Islam menghalalkan penyembelihannya dan menghalalkan pernikahan dengan perempuan2 mereka.Keistimewaan ini diberikan pada mereka kerana mereka percaya kepada Tuhan,percaya malaikat,rasul dan juga mempunyai ktab sendiri.*(boleh rujuk pada kitab halal dan haram Yusuf qaradawi dalam bahagian sembelihan ahli kitab dalam bab penyembelihan menurut syara’)

Dan jika kita lihat kebolehan kita memakan sembelihan mereka,ia bertepatan dengan Firman ALLAH “Dialah yang memilih kamu(untuk mengerjakan suruhan agamaNya),dan Ia telah tidak menjadikan kamu menangung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”(maksud surah al-haj:78). Namun nak saya ingatkan disini bahawa keistimewaan ini hanya pada urusan duniawi bkn ukhrawi kerana mereka tetap akan ke api neraka.


HUKUM

Di dalam Quran tidak ada ayat yang meletakkan syarat2 tambahan mengenai hokum kebolehan sembelihan Ahli Kitab padahal didalam Quran Allah telah menerangkan kesempurnaannya iaitu dengan Firman “Dan kami turrunkan kepada kamu Quran yang menjelaskan tiap2 sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita mengembirakan bagi orang2 Islam”(maksud an-nahl :89). Dan semua perkara ALLAH telah jelaskan masakan ALLAH lupa seperti Firman Allah “Dan tidaklah Tuhanmu itu lupa”(maksud surah Maryam :64)..

Dan kita rujuk pula kepada Sunnah RasulluLLAH dimana Nabi telah berpesan segala hokum2 agama Islam yg sedia disyariatkan adalah lengkap dan sempurna dan apa2 kekosongan diantaranya adalah satu kebolehan yang merupakan anugerah dari Allah kepada hambanya. Sabda Nabi “Halal adalah sesuatu yang dihalalkan Oleh Allah di dalam Quran dan haram adalah sesuatu yang diharamkan oleh ALLAH dalam Quran.sedangkan sesuatu yang didiamkanNYA maka itu adalah termasuk sesuatu yang diampuniNYA”(maksud hadis dari Salman Alfarisi R.A, Sunan Ibnu Majah)

Konklusinya dari hujah2 yang telah dibentangkan maka sembelihan Ahli kitab adalah Halal bagi Umat islam tanpa apa2 syarat tambahan.Kebolehan ini berkuatkuasa tidak kira kaum tersebut masih berpegang kepda ajaran mereka yang asli atau yang telah diubahsuai..

*MESTI PARA PEMBACA AKAN KATA “APA DALILNYA” YANG KATA AHLI KITAB YANG TIDAK BERPEGANG KEPADA KITAB YANG ASLI MASIH BOLEH DITERIMA??”

JAWAPAN

Kita rujuk kembali kepada Ayat Quran Yang menghalalkan sembelihan AHLI KITAB bagi umat Islam dalam surah al-maidah,ayat tersebut adalah antara ayat yang terakhir diturunkan sebelum lengkapnya Quran dan sebelum wafatnya Nabi Muhammad SAW yang disayangi, dan ia adalah serangkap dengan ayat yang menerangkan tentang kesempurnaan Islam iaitu firman Allah “Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu”(al-maidah:3).Ayat yang mengatakan kebolehan sembelihan Ahli kitab itu turun ,setelah turunnya beberapa ayat yang sedia menghabarkan perbuatan kaum Ahli kitab yang telah mengubah suai,menukarkan serta mencampurkan ajran agama mereka,masakan Allah itu lupa nak memberitahu tentang ketibolehan sembelihan mereka setelah mereka tersesat dari kebenaran?????

Semasa turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab,Quran sejak awal telah menghabarkan perbuatan kaum ini yang mencampur adukkan ajaran mereka.Quran menyatakan “dan janganlah kamu mencampuradukkan kebenaran dan kebatilan,dan kamu menyembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya”(maksud surah Baqarah :85)

Selain itu saya bawa lagi satu dalil,..Apabila turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab, Quran sejak awal telah menghabarkan perbuatan kaum ini yang menjadikan nabi Isa A.S sebagai tuhan mereka dan pendita2 sebagai yang berhak untuk menukar ajaran kitab mereka…Quran menyebut “mereka menjadikan pendita2 dan ahli2 sebagai pendidik2 selain daripada Allah dan juga(mereka mempertuhankan)Al-masih ibni maryam,padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa,tiada Tuhan yang layak disembah Allah.Maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.(maksud surah taubah :31)

Dan banyak lagi dalil2nya,dan saya bagi surah dan ayat mana yang Quran ada sebut lagi mengenai kesesatan Nasrani dan yahudi setelah turunnya ayat menghalalkan sembelihan Ahli Kitab ,

• Surah Yunus :68

• Surah annisa’:171

• Surah al-imran:65

Apa yang saya nak sampaikan disini tidak lain, adalah nak menunjukkan bahawa apabila hokum kebolehan memakan hasil sembelihan Ahli kitab diturunkan, Quran telah pun dari awal menerangkan akan perbuatan mereka. kaum Yahudi dan nasrani(kristian) itu yang menyeleweng dan menyimpang dari ajaran mereka yang sebenar.Namun perbuatan mereka ini tidaklah menjadi penghalang bagi Allah SWT untuk tetap menurunkan hokum ,dan menghalalkan sembelihan mereka kepada Umat Islam seluruhnya..

Oleh itu tiada bezanya Umat2 ahli kitab zaman dahulu dengan Umat Ahli Kitab pada masa zaman sekarang,maka dengan itu juga tidak ada sebarang perbezaan bagi kebolehan hokum2 Quran terhadap mereka,sama ada masa dahulu atau sekarang dan akan datang…

Dr Yusuf qaradawi berkata “perkataan makanan ahli kitab itu ada satu ungkapan yg bersifat umum,meliputi seluruh mcam makanan,sembelihannya ,biji-bijiannya dan sebagainya.Semua ini halal buat kita selama barang2 itu tidak termasuk kategori haram kerana zatnya seperti bankai,darah,daging babi,semua itu tidak boleh kita makan dengan ijma’ ulama’,baik barang2 tersebut makanan ahli kitab ataupun milik orang muslim”(muka surat 94 dalam kitab halal dan haram dalam islam)

*antara tokoh ulama yang membahaskan kebenaran ini adalah Prof Dr yusuf Qaradawi,Prof Dr Wahbah Zuhaili,Dr Ahmad syarbashi dan majority ulama’ tafsir da fiqh.

Soalan: Jenis haiwan apa yang boleh disembelih?

Jawapan: Majoriti fuqaha mengatakan daging yang telah diharamkan dalam islam adalah haram untuk dimakan oleh umat islam sekalipun disembelih oleh Ahli Kitab.Oleh itu daging babi dan anjing tidak bolehlah makan,hanya haiwan yang halal dalam syariat saja boleh dimakan

Soalan: Bagaimana pula dengan sembelihan yang tidak sebut nama Allah?

Jawapan: sembelihan menyebut nama Allah adalah salah satu syarat dalam syariat seperti firman Allah “dan janganlah kamu Makan dari sembelihan binatang2 halal yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya”(maksud surah al-an’am:121)…Namun tidak menjadi syarat bagi kaum Ahli kitab ,ini kerana ayat menghalalkan sembeliham ahli kitab diturunkan Allah setelah turunnya ayat2 yang memerintahkan agar sesuatu sembelihan itu perlu dibacakan BismiLLAH .

Kita rujuk pula Hadis sahih ini “Aisyah R.A berkata,sekumpulan orang2 telah datang bertemu RasulluLLAH lalu bertanya:beberapa orang telah menghadiahkan kami daging padahal kami tidak tahu samaada mereka menyebut nama ALLAH atau tidak ketika menyembelihnya.Nabi SWT menjawab:SEBUTLAH NAMA ALLAH KEATASNYA DAN MAKANLAH.(maksud hadis dari sahih bukhari)….

Hadis diatas menunjukkan bahawa umat islam boleh makan jika tidak tahu samaada disebut atau tidak nama ALLAH dalam sembelihan dengan hanya menyebut Nama ALLAH bila ingin memakannya….Mengikut kaedah usul fiqh,sememangnya tidak diwajibkan untuk menyelidik sesuatu yang tidak mungkin dapat diketahui hakikat asal-usulnya.

Prof Dr Yusuf Qaradawi juga telah menulis “yang tidak kita ketahui tidak kita tanyakan dan kita tidak perlu bertanya mengenai sesuatu yang bukan urusan kita.Hanya saja apabila kita ketahui bahawa makanan tersebut berasal dari Ahli Kitab maka pada saat kita hendak memakannya kita sebut sahaja nama ALLAH.*(yusuf qaradawi dalam kitab fatwa muashirah)

Namun jika kita tahu bahwa sembelihan tersebut diatas nama selain ALLAH maka haram hukumnya memakannya seperti mana Firman Allah “Diharamkan kepada kamu (memakan bangkai(bintang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi dan binatang2 yang disembelih kerana yang lain selain dari ALLAH .(maksud surah Al-maidah :3)…

Selain itu ahli fiqh berpendapat bahwa sembelihan Kaum Ahli kitab yang dilakukan sempena perayaan2 mereka adalah dihalalkan tanpa apa2 syarat hukuman,

*dalam kitab halal dan haram Syekh qaradawi menukilkan pendapat Imam Malik. Nukilannya “imam Malik pernah ditanya tentang sembelihan ahli kitab untuk hari2 besar dan gereja mereka ,maka kata Imam Malik “aku memakruhkannya dan aku tidak menganggapnya haram”.Imam Malik memakruhkannya kerana termasuk dalam kategori wara’(berhati-hati supaya tidak jatuh kedalam maksiat ) kerana khuatir kalau2 dia termasuk kedalam apa yang disebut “binatang2 yang disembelih yang disebut selain nama ALLAH”.Dan Imam Malik tidak mengharamkannya,kerana erti dan maksud “apa yang disembelih bkn kerana ALLAH” itu menurut pendapatnya sepanjang yang dinisbatkan kepada ahli kitab iaitu yang disembelih untuk taqarub kepada tuhan sedang mereka (ahli kitab) itu sendiri tidak memakannya .Dan apa yang disembelih dan dimakan adalah termasuk makanan mereka,sedangkan dalam hal ini ALLAH telah menegaskan “bahawa makanan ahli kitab itu halal bagimu”(muka surat 94,bahagian binatang yang disembelih untuk gereja dan hari2 besar)

Soalan: Apa kaedah atau cara sembelihannya yang dibolehkan?

Jawapan: saya mengutip kembali kata2 Yusuf Al-Qaradawi yang telah berkata “Apa saja kaedah sembelihan yang dikatakan sebagai halal oleh Ahli kitab adalah juga halal bagi kita sekalipun kaedah sembelihan mereka berlainan dengan kaedah sembelihan kita.Dan apa saja kaedah sembelihan yang dikatakan haram oleh mereka maka kita juga menerima keharamannya(iaitu tidak memakannya).Apabila mereka Kaum Ahli Kitab melakukan peyembelihan,mereka menyembelih dengan tujuan agar sembelihan mereka itu adalah halal dijadikan sebagai makanan mengikut syarat2 agama mereka.Ini adalah merupakan hujah pendapat sebahagian dari para fuqaha MAzhab MAliki.Dari keterangan ini,maka dapat kita yakini bawha daging2 yang diimport dari negara2 ahli kitab seperti ayam dan daging lembu adalah halal untuk kita makan sekalipun ada kemungkinan bahawa ia telah disembelih dengan menggunakan kejutan elektrik atau apa2 yang seumpama.Asalkan saja mereka Kaum Ahli Kitab berpendapat bahawa kaedah ini adalah halal menurut syariat agama mereka, maka ia juga adalah halal untuk kita.Inilah sebenarnya tujuan surah Al-maidah yang telah menghalalkan sembelihan mereka”.(YUSUF QARADAWI halal dan haram dalam islam)

Bagi negara2 ahli kitab seperti Amerika,israel,Australia,Canada,England,Germany dan sebagainya adalah sembelihan mereka adalah halal bagi kita untuk dimakan.Namun Negara2 yang bukan majorotinya bkn Ahli Kitab maka harus kita mencari komuniti mereka bagi melakukan penyembelihan(atau kita sediri sebagai orang Islam boleh menyembelihnya)…Dan menjadi kewajipan kita memastikan sama ada sembelihan dilakukan Ahli Kitab atau tidak bagi Negara2 yang mana YAhudi dan Kristian kurang didalamnya seperti di Jepun,Korea,Rusia dan China.

Soalan: sama ke sembelihan dengan masakan?

Jawapan:sembelihan adalah halal namun masakan pula wajib mengikut kehendak syariat Islam.Maksudnya masakan daging tersebut tidaklah dimasak dengan arak,minyak dari lemak babi dan sebagainya.Dan janganlah pergi ke restoran yang menyediakan makanan Babi dan Juga Lembu didalam menunya,kerana kemungkinan besar peralatan untuk memasak kedua2 daging tersebut adalah sama,ini tidak boleh diterima oleh kita.

Dan ALTENATIF yang paling bagus adalah pergi ke restoran yang menyediakan pemakanan KOSHER DIETRY,Kosyer dietry ini adalah sember pemakanan disediakan secara betul dan lengkap mengikut syarat hokum agama yang tertera dalam kitab taurat,kitab mousse yang lima(the Pentateuch) dan kitab Injil.Selalu disediakan oleh Yahudi Ortodox.Antara syarat2 masakan makanan ini adalah:

• Tukang sembelih adalah yahudi orotdox yg kuat pegangan agamanya.

• Binatang yg hendak disembelih bknlah sesuatu yg telah mati dan juga bukan yag mati kerana tercedera.

• Binatang yang disembelih adalah dari jenis haiwan yg dihalalkan oleh agama,babi dan hasil2 sampingannya tidak termasuk sbagi salah satu haiwan yang dihalalkan.

• Gunaka pisau yang tajam

• Minyak masaknya tidak boleh digunakan yang berasal dari lemak binatang.

• Dan setiap Kosher mempunyai sijil2 pengesahannya yang disahkan oleh badan2 agama Yahudi Ortodox

*sila lihat buku karangan Kapten Hafiz firdaus panduan ibadah dalam musafir penerbangan, muka surat 343.Lanjutan bacaan sila lihat The kosher companion:A guide to food Cooking,shophing and services oleh Trudy Garfunkel:The Shengold Jewish Encyclopedia-kosher/dietry law

Itulah serba sedikit syarat2 nya yang saya dapat sampaikan.Makanan kosher mudah didapati terutama di amerika Syarikat dan Eropah.Dan akhir sekali ialah kalau ada restoran Islam,itu lebih utama untuk kita pergi dan makan makanannya…..Dan akhir sekali saya utaraka sebuah ayat yang bermaksud “Katakanlah: sesiapa yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba2nya dan demikian juga benda2 yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya??katakanlah :semua itu adalah (nikmat2)untuk orang2 yang beriman dalam kehidupan Dunia…..(surah Al-araf :32)



Sekian sahaja dari saya insanul Doif,

Yussamir ibnu yusof al-johori

Waktu masa’…15syaban 1427H

*sumber rujukan:

• Kitab hadis bukhari dan muslim

• Tafsir Quran

• Fiqh dan perundangan Islam(Dr Wahbah Zuahaili)

• Halal dan haram dalam islam(DR yusuf Qaradawi)

• Panduan Ibadah dalam musafir(Kapten Hafiz firdaus)

7 comments:

  1. aslamualaikom,,,boleh saya katakan bhawa sanggahan saudara tidak kukuh..hanya berdasarkan kepada jawapan peguam syarie tidak memadai dapat mengalahkan hujah Quran dan Sunah..kerana jawapan peguam tersebut longgar dan peguam tersebut tidak menggunakn feqh Taisir,..dan bagi pengetahuan saudara bahwa pendapat ini bukanlah dari ijtihad saya,tapi ia diambil dari ijtihad ulama 4 mazhab dan ulama feqh masa kini iaitu Yusuf Al-qaradhawi dan Wahbah Zuhaili...harap maklum,,,walau bagaimana pun perbezaan pendapt begini saya terima dengan hati yg tenang dan terbuka,,,,dan jika saudara mahu ikut pndapat peguam tu,saudara ikutlah..sekian dari saya....

    ReplyDelete
  2. oh satu lagi,,,kalau saudara kata pandagan ini songsang,,maka saudara juga mengaatakan Yusuf Alqardhawi,wahbah zuhaili dan sebahagian ulama lain songsang,,,AstagfiruLLAH...saya sarankan saudara banyakkan mengkaji,,jgn hanya beriman tapi tak yakin,,kita perlu beriman dan yakin...sekian....

    ReplyDelete
  3. (quote)"Dalam satu riwayat, Ibrahim bin Muhammad dari Abdullah bin Dinar dari Sa'ad al-Faljah berkata, bahawa Umar al-Khattab berkata, “Tidaklah Nasrani Arab itu ahli kitab. Dan tidaklah halal bagi kita sembelihan mereka. Tidaklah saya membiarkan mereka, sehingga mereka itu masuk Islam atau saya pukul leher mereka.”

    memang Nasrani ARAB bukan ahli kitab kerana Islam sampai dahulu kepada bangsa Arab berbanding Nasrani, berlainan dengan bangsa Yahudi atau orang barat yg mana Nasrani & Yahudi sampai dahulu kepada mereka. panjang lagi perbincangan tentang ini sebenarnya. ni pendapat para sahabat. dengan itu mereka berijtihad yang orang ARAB yg memeluk Nasrani@Yahudi bukan ahli kitab. wAllahua'lam

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah..
    Komen yang saya balas semuanya di atas adalah semasa saya belum 'cukup umur'.
    Kepada Aiman yang menimbulkan kembali isu ini, cukuplah saya katakan bahawa pandangan al-Imam Yusuf al-Qardhawi ini sebenarnya harus diulang-teliti semula. Walaubagaimanapun, saya masih berpegang dengan pandangan beliau.Lagi pula hujah/dalil yang dibawa oleh Aiman tidak disertakan riwayat siapa hadith tersebut, dan juga tidak menyatakan darjat hadith tersebut.Jadi saya menganggap dalil saudara masih lagi tidak boleh mengalahkan hujah al-Imam Yusuf al-Qardhawi..
    WaAllahualam...

    ReplyDelete
  5. Maafkan saya kalau apa yg bakal saya nyatakan disini menyakiti mana2 pihak tetapi ianya adalah sebahagian dari pengetahuan saya yang ada. Injil dan taurat telah dihapuskan setelah turunya al-quran. ahli kitab yg dimaksudkan oleh syeikhul yusof alqhadawi sebenarnya telah tidak wujud. Sesiapa2 yg benar2 beramal dgn taurat dan injil yg asli maka jalan akhir bagi mereka melengkapkan ibadahmereka ialah dengan memeluk Islam. Kenapa Allah meletakan sembelihan ahlikitab halal di makan kerana ahli kitab yg benar akan akan membenarkan kenabian nabi Muhammad seterusnya akan terus mengikuti ajaran islam. Sebenarnya ahli kitab dah tak wujud dah....

    ReplyDelete
  6. saya ingin menyanggah pandangan koboi BM. saya paling tak minat pandangan yg mengatakan "ahli kitab sudah tidak wujud" . Bukan kah Al-Quran itu bersifat kekal? Ini sama seperti mengatakan apa yang terkandung dalam Al-Quran sah sepanjang hayat. Jikalau Al-Quran ada menyebut ahli kitab, maka ahli kitab ini akan selalu ada dan tidak akan pupus. Hujah koboi BM boleh dilihat sebagai menyanggah sifat Al-Quran sebagai kekal. Bukan begitu? Renungkan lah. Satu lagi, Islam ini agama mudah dan banyak rukhsah nya. Ini boleh diaplikasikan dalam isu penyembilahan ini. Mungkin senang bagi sesiapa yang belum 'experience' hidup di luar negara untuk senang menyanggah pendapat ini. Saya yang sedang belajar di Canada sudah merasa apa rasanya hidup di negara bukan Islam. Ia bukan nya mudah. Tetapi, saya tidak akan mahu mengatakan Islam ini agama yang menyusahkan. Jadi, terpulang lah kepada individu masing-masing bagi menerima pendapat-pendapat sebegini. Jangan terlalu sempit minda dan buka lah hati untuk menerima Islam sebagai agama yang mudah dan praktikal. Sesungguhnya ALLAH Maha-Memahami.

    ReplyDelete
  7. satu kaedah fiqh ialah: sesuatu ijtihad tidak boleh dihapuskan dengan ijtihad yang lain. Oleh itu sementara ada di antara kita yang mungkin tidak bersetuju dengan pandangan Qaradhawi dan Wahbah Zuhaili yang disimpulkan oleh Sdr Yussamir kita tidak boleh mengatakan ianya salah. Kalau kita telah menyampai tahap mufassir dan muhadith maka buat lah ijtihad sendiri, pilih lah apa yang hendak kita makan berdasarkan ijtihad itu, tetapi jangan sekali-kali mengatakan orang lain tidak boleh makan - melainkan ada nas yang qataie. hebatnya Islam ialah ia memudahkan dan tidak menyusahkan.

    ReplyDelete