Tuesday, January 30, 2007

berita tergempar Michale Jackson serius mahu memeluk Islam



Iman itu tidak diwarisi tapi diperolehi

Betullah seperti Firman Allah:
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik”

Saya berasa terkejut dan bersyukur kehadrat Illahi apabila saya membaca surat Khabar utusan pagi ini (31 January 2007) mengenai khabar bahawa Michale Jackson akan kembali kepada Fitrah iaitu menganut Agama Islam.Ya Allah!!Tkabir!!! walaupun diudang dengan pelbagai konflik yang teruk sehinggakan beliua dijangka akan muflis,beliau tetap bertahan.Sekarang Michale berada di Bahrain dan sedang memahami Islam dengan lebih jelas.

Saya merasakan pengaruh Dari Abangnya juga adalah satu sebab dia mahu mengenali Islam..Alhamdulilah......Ini adalah nikmat terbesar yang Allah beri pada Michale.Allah telah berfirman“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”..Demi nyawa manusia ditangan Allah yang Esa,saya begitu bersyukur keatas keinginan Michale untuk kembali kepada Fitrah,dan saya berharap ramai lagilah orang diluar sana kembali kepada Fitrah.Saya turut meletakkan petikan Akhbar tentang hal tersebut:

Jermaine yakin Jacko serius fikir peluk Islam

LONDON 30 Jan. – Penyanyi Jermaine Jackson berkata, beliau yakin adiknya, Michael Jackson sudah memikirkan secara serius untuk memeluk Islam.
“Saya merasakan Michael perlu menjadi seorang Muslim kerana dia akan mendapat perlindungan daripada segala tuduhan palsu terhadapnya.
Ada kekuatan dan perlindungan dalam agama ini,” kata bekas penyanyi Jackson Five yang kini menetap di Bahrain itu.
Beliau berkata demikian sewaktu temu bual dengan BBC Asia Network selepas menduduki tempat kedua di belakang aktres Bollywood, Shilpa Shetty dalam rancangan realiti televisyen Celebrity Big Brother (CBB).
Jermaine berkata, beliau percaya adiknya itu telah memikirkan secara serius untuk memeluk Islam semasa tinggal di Bahrain.
“Saya mendorongnya ke Bahrain kerana saya mahu dia tinggalkan Amerika dan menetap di tempat yang tenang dengan penduduknya sembahyang lima kali sehari,” tegasnya.
Jermaine berkata, Islam membantu mententeramkan beliau sepanjang menyertai program realiti yang menghendaki peserta diawasi 24 jam sehari itu.
“Sekiranya saya tidak mengingati Allah dan bersolat, saya tentu tidak dapat bertahan, Islam membolehkan saya fokus dan menenangkan fikiran,” katanya.

– Reuters

No comments:

Post a Comment