Wujudnya blog ini sebagai satu tanda baru atau bermulanya penulis dalam mencari Tuhan yang Esa. Bukan tidak mengenal siapa Tuhan, tetapi pencarian itu untuk membetulkan pandangan, meluruskan pemikiran dan mencambahkan pengetahuan tentang Agama Tuhan ini. Dalam pencarian ini, penulis mengharapkan bantuan dan keredhaan Tuhan. Keyakinan ini timbul bila membaca sebuah hadith Sahih yang bermaksud “Sesiapa yang Allah inginkan pengetahuan baginya, Allah akan memahamkan dia kepada Agama.”
Pencarian ini bukan sebuah pengembaraan sesat Sang Kelembai, tetapi pencarian insan kepada pencipta-Nya, dengan rasa rendah diri dan rasa hina disisi-Nya. Doa penulis panjatkan, agar sentiasa diberi petunjuk dan sentiasa melindungi penulis dari kesasatan dan kebatilan yang nyata.
Tentang Penulis
Yussamir Yusof adalah penulis dan pemilik blog ini. Seorang Muslim yang taat, anak terakhir dari 6 adik-beradik, seorang penulis bebas, seorang pemikir, pengkaji ilmu perbandigan Agama (Islam-Kristian), Mantan Naib Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Multimedia Universiti sesi 2008-2009. Beliau juga adalah Mantan Timbalan Presiden 1 Institusi Usrah Multimedia (Persatuan Mahasiswa Islam) Universiti selama dua tahun 2007-2008/2008-2009., dan seorang pelajar Perakaunan di Multimedia Universiti.
Pendidikan awal di: Tadika (Cina) di Taman Daya, Johor Bahru. Kemudian bersekolah rendah di School Education Development Centre (S.E.D.C), Johor Bahru sehingga darjah Enam.
Pendidikan Menengah: Madrasah Al-Arabiah Islamiah An-Nur, Benut Pontian, Johor sehingga tingkatan 3. Kemudian menyambung persekolah ke SMKA Pedas, Negeri Sembilan sehingga tingkatan 5.
Pengajian Tinggi: Sebelum menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda, beliau belajar di Matrikulasi Perlis selama setahun. Setelah selesai dan mendapat Biasiswa Telekom Malaysia, beliau terus ke Multimedia Universiti dalam bidang Perakauanan.
Beliau aktif dalam aktiviti berpersatuan dan aktif dengan program-program motivasi, penulisan, pengatur-caraan, dakwah kepada bukan Islam, outdoor dan suka mengembara. Selain itu beliau kini menjadi aktivis dan sukarelawaan di Islamic Information and Service (IIS).
Beliau juga adalah penulis sambilan, dan tulisan-tulisan beliau pernah tersiar di Berita Harian dan juga majalah. Antara rencana-rencana yang pernah tersiar ialah:
1. RASULULLAH TIDAK MENETAPKAN JUMLAH RAKAAT SOLAT TARAWIH - Berita Harian 17 Ogos 2009.
2. SEBAR NIKMAT & ISLAM DALAM AGENDA DAKWAH - Berita Harian 13 Jun 2009.
3. Islam terapkan amalan demokrasi pilih pemimpin - Berita Harian
4. Senyuman Rasulullah banyak bantu misi dakwah – Berita Harian.
5. Sebuah Perjuangan – Cerpen di Majalah I
6. Hadith Maudhuk di bibir para penasyid – Majalah Milenia Muslim
7. Zikir Dan Fikir – Majalah Milenia Muslim
8- Ilmuan Munafik yang menyesatkan akidah - Berita harian 5 Oktober 2009.
9. Allah sembunyikan hikmah ibadah sebagai ujian - Berita harian 24 November 2009
10- Rasulullah mengingatkan ummah agar berakhlak mulia - Berita Harian 7 December 2009
11- Ummah mundur selagi membelakangkan Islam - Berita Harian 30 December 2009
12- Meraikan as-Sunnah secara beransur-ansur - Majalah I bulan Januari
Setakat ini Penulis sudah mengembara ke Tanah Suci Makkah, Madinah, Indonesia, dan Singapura. Semasa di Makkah penulis sempat belajar dengan seorang Ulama besar di sana.
Selain itu penulis adalah seorang peminat dan pengumpul buku, buku-buku sama ada yang berbahasa Melayu, mahupun English dan Arab. Mahir dalam 3 bahasa, iaitu Melayu, English dan Arab.
salam
ReplyDeletenak tyer cmne nak mantopkn pemahaman n percakapan dlm bhs english n arab trutama nya
syukran
ana jealous sgt klo org teror arab ni
senang jer...g la menetap kat negeri arab...3bln confirm fasih nye...
ReplyDelete