Tuesday, January 30, 2007

ceritera mencari sponsorship


(gambar tidak ada kena mengena dengan cerita ni)
"Takper la, apa je yang pakcik nak sumbangkan pun kami tak kisah,yang penting ikhlas".
Macam tu la aku ayat pakcik syukri time aku nak mintak sumbangan dia bagi program usrah kali ni.Erm..aku kali ni dimasukkan dalam bahagian sponsorship,nasib baik aku dah ada pengalaman dalam perkara tu.Tadi petang aku pergi ke Pustaka Taubah di bukit lanjan untuk cari sponsor,Alhamdulilah nasib baik pakcik syukri tuk baik ngan aku (sama fikrah la katakan,huhuhuh).Mesra dan selesa,dua perkataan yang aku boleh ucapkan bila berurusan dengan pakcik syukri(moga Allah membalas jasanya),tadi dia ada sumbangkan 100 buku kecil yang bertajuk Sifat solat nabi dan sifat wadu' nabi.Selepas selesai urusan dengan dia,kitorng ke masjid sebab ketika itu sudah masuk waktu maghrib.Selepas solat pada awalnya perancangan ingat nak sambung cari sponsor tapi tak jadi sebab dah nak pukul 9,lagipun pukul 9.30 mlm ada meeting pula tu.Last2 decide tuk cari sok pulak.Aku gembira sangat pada hari ini,entahlah aku dapat rasakan bahawa ukhwah islamiah diantara aku dan rakan2 sangat 'ngam' lagi2 dengan kemesraan yang ditunjukkan oleh Pakcik Syukri.Adakah ini yang dijajikan oleh Allah tentang betapa tenang dan lapang nya hati ini bila hati menjurus ke arah mencari keredhaan Allah.Ya Allah jadikanlah persahabatan diantara kami berkekalan semata-mata atas redhaMU ya Allah.
'Gian beli buku' aku rasa tu boleh dinisbahkan pada diri aku,ye la apa tak nya kalau singgah kedai buku mesti nak beli kalau ada duet(walaupun banyak lagi buku yang aku tak habis baca),kalau takde duet selak2 pun jadi.Erm,,aku bersyukur sebab aku Gian beli buku daripada aku gian benda yang tak elok..huhuuhuh...Eh! lupa lak nak beritahu nama program kitorang tu,nama program tu adalah wanita dan emansipasi.Hehehe..mesti korang tertanya-tanya apa maksud emansipasi tu kan?Aku tetiba dapat idea emansipasi tu sebabnya aku pernah buat karangan time SPM gunakan perkataan tu.MAksud perkataan tu adalah 'kebebasan wanita'..Tapi kali ni dalam program usrah ni,kitorang mendefinisikannya dengan maksud 'kebebasan wanita berlandaskan syariat'...InsyaAllah program ni akan berjalan lancar,bagi sesapa yang berminat untuk datang program ni beritahulah aku tau (emphasis pada wanita saja)....erm..okla aku nak basuh muka jap,baru balik makan kat mapley putrajaya bersama para israel.OKlah...

*tulisan santai oleh aljohori
2.30 pagi dengan perut yang kenyang.

No comments:

Post a Comment