Thursday, February 15, 2007

MURTAD dan perbincangan Ilmiah


*salah faham terhadap Islam bagi episode-4 terpaksa ditunda kerana saya dikhendaki membuat artikel ringkas mengenai Murtad dan saya harap artikel ringkas ini bermanfaat kepada semua.........

MURTAD

Surah An-Nahl [16.106] Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

Murtad adalah satu isu yang cukup sensitive bagi umat islam,namun adakah persoalannya disini ialah adakah mereka betul-betul sudah mengenali MURTAD.Artikel ringkas saya kali ini akan menjelaskan:

  1. Apa itu murtad
  2. Apakah hukuman bagi murtad

Murtad dalam segi bahasa adalah ‘kembali dan berbalik’,manakala menurut istilah syarak ialah “orang yang keluar dari agama islam berbalik menjadi kafir” (kitab feqh syafiee jilid 2 oleh ustas H.Idris Ahmad S.H). Manakala dalam kitab feqh sunnah “riddah adalah kembalinya orang islam yang berakal dan dewasa ke kafiran dengan kehendaknya sendiri tanpa paksaan dari orang lain”(feqh sunnah dalam bab riddah m/s 159).

Kesimpulannya ialah “murtad adalah kembalinya orang islam yang berakal dan dewasa ke kafiran dengan kehendaknya sendiri”

Berkenaan dengan syarat berakal dan dewasa itu ia selari dengan hadis nabi “diangkat kewajipan daripada 3 golongan ,dari pada orang yg tidur hinggalh ia terjaga,daripada kanak2 hinggalah dia baligh dan daripada orang yang terencat akal sehinggalah dia berakal”(HR Imam Ahamad dan ashabusunnan).

Seterusnya perbincagan mengenai hukuman keatas mereka yang murtad.

Terdapat beberapa hadis yang saya jumpa ia berlainan lafas tapi maksudnya tetap sama. Hadith2 ini didatangkan dari beberapa orang sahabat utama seperti Saidina Uthman Affan ra, Saidina Ali kw, ‘Aisyah, Ibn Abbas, Ibn Mas’ud, Abu Musa as-Sya’ary, Muadz bin Jabal, Anas Bin Malik, Abu Hurairah radhiyallahuanhum ajma’in.

Antara hadis yang kuat dan popular berkenaan dengan hukuman Murtad ini ialah:

  1. Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya” ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282)
  1. Mafhumnya : …Inilah wahai Rasul seorang lelaki yang dahulunya Yahudi kemudian telah Islam dan kemudian telah kembali kafir (murtad) kepada agamanya yang buruk, Bersabda Nabi : Aku tidak akan duduk sehingga dibunuh, menurut hukuman Allah dan Rasulnya, Maka Muadz (mempersilakan Nabi utk duduk) berkata : Silakan duduk..Sabda Nabi : Aku tidak akan duduk sehinggalah ia dibunuh, hukuman Allah dan Rasulnya sebanyak 3 kali, maka diarahkannya untuk membunuh lelaki murtad tadi, lalu dibunuh…( Riwayat Bukhari bab hukuman murtad ( no 6923) ; Muslim ( no 4695) dan Abu Daud dalam kitab aqdhiyah dan Hudud(no. 4354); Riwayat An-Nasaie, Jld 7/104, dan lihat juga Tuhfatul Asyraf. Juga diriwayatkan oleh Imam Syafie Jld 2/280)
  1. Dari Ikrimah ,Ia berkata: “Ali R.A pernah membawa beberapa orang yagn murtad,lalu semuanya dibakar.Maka setelah berita itu sampai ke Ibnu Abas ia berkata : “Kalau aku tidak akan membakarnya,kerana RasulALLAH pernah melarang iaitu bersabda : “janganlah kamu menyeksa seseorang seperti siksaan Allah”.Tetapi aku akan membunuhnya,kerana Rasul pernah bersabda “barangsiapa menukar agamanya (dari Islam ke agama lain) maka bunuhlah dia” .(HR Jamaah kecuali Muslim,dalam kitab Nailul Authar imam Syaukani)
  1. Riwayat dari Muadz dan dianggap hasan oleh Hafiz Ibnu Hajar bahawa Nabi Muhamad SAW ketika mengutus Muadz ke Yaman beliau berpesan: “Setiap lelaki yang bertindak Murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali lagi kedalam Islam maka penggallah lehernya!begitulah pula setiap perempuan yang bertindak murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali ke dalam Islam maka penggallah lehernya”(Feqh Sunnah m/s 167 bab riddah)
  1. Muadz Bin Jabal dan Abu Musa As-Sya’ari juga pernah melaksanakan hukuman bunuh di Yaman, terhadap seorang Yahudi yang Islam kemudian kafir kembali. Berkata Muadz setelah itu (Hukuman Allah Dan Rasulnya) - (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dan Ahmad; Sila lihat Nailul Authar bab hukuman tentang Murtad m/s 2695)

Diatas adalah beberapa hadis tentang Pelaku Murtad dihukum bunuh,namun terdapat beberapa persoalan atau perbezaan pandapat mengenai murtad yang macam mana yang layak dihukum bunuh.Saya mulakan dengan pendapat bahawa hanya murtad yang memberi kesan kepada tercetusnya memerangi Islam dan mengajak orang Islam kepada kekufuran adalah mereka yang layak dihukum bunuh Seperti Salman Rushdie.

Mereka yang berpandangan sedemikian membahagikan murtad ini kepada al-Khafifah (ringan) dan al-Ghalizah (berat)

Berkata Syeikhul Islam Ibn Taimiyah (Lihat As-Sorim al-Maslul hlm 368, Ibn Taimiyah) : “ Sesungguhnya Nabi SAW telah menerima taubat sekumpulan murtad manakala telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada sekumpulan murtad yang lain. Ini kerana, selain murtad mereka juga membuat jenayah2 lain yang membawa mudharat kpd Islam dan Muslimin, spt:

i) Arahan Nabi membunuh Maqyas Bin Hibayah pd hari Fathul Makkah, kerana selain murtad ia telah memerangi muslim dan mencuri harta serta tidak bertaubat selepas berkemampuan berbuat demikian,

ii) Nabi juga memerintah membunuh sekumpulan ‘uraniyyin juga dengan sebab yang sama,

iii) begitu juga Nabi mengarahkan membunuh Ibn Khattal akibat murtad disertai dengan penghinaan, cacian dan memerangi muslim,

iv) dan Nabi mengarahkan membunuh Ibn Abi Sirh akibat murtad disertai celaan dan pembohongan terhdp muslim.”

Lalu Ibn Taimiyah membahagikan murtad kpd 2 jenis :

i) Murtad semata-mata maka boleh diterima taubatnya.

ii) Murtad yang bersamanya muharabah (memerangi) Allah dan RasulNya serta menyeru kefasadan atas muka bumi, taubatnya tidak diterima.(sila lihat beberapa komentar dari Ustaz Zaharudin)

Berdasarkan beberapa hadis dan kenyataan diatas benarlah Nabi pernah melaksanakan hukuman bunuh ini, dan seterusnya menolak dakwaan Nabi tidak pernah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap si murtad. Menurut Dr Yusof al-Qaradhawi, kiranya benar sekalipun,(mengenai pendapat bahawa nabi tidak pernah membunuh perlaku murtad) ia adalah kerana murtad tidak terzohir di zaman baginda.Oleh itu sudah nyata dan terang bahawa pelaku murtad hukumannya adalah bunuh berdasarkan Quran dan Sunnah atas kefahaman salafusolleh.

Menurut Ibnu Taimiyah lagi bahawa, kumpulan Murtad yang tidak dibunuh adalah kerana mereka bertaubat dan tidak memerangi Islam ( iaitu sekali dua) !, lalu Taubat bagi si Murtad yang tidak memerangi Islam adalah diterima Nabi SAW.

Adakah hukuman terhadap perempuan sama seperti lelaki?.

  1. Hukuman keatas perlaku murtad adalah sama,tidak kira lelaki atau perempuan [Jumhur (Saidina Abu Bakar as-siddiq, Imam Hasan al-basri, Imam Az-Zuhri, Imam Al-Awza’ie, Imam al-Laith, Imam Ishak Rahuwiyyah serta majority termasuk tiga mazhab kecuali Hanafi)].,dalilnya adalah:
  • Riwayat dari Muadz dan dianggap hasan oleh Hafiz bahawa Nabi Muhamad SAW ketika mengutus Muadz ke Yaman beliau berpesan: “Setiap lelaki yang bertindak Murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali lagi kedalam Islam maka penggallah lehernya!begitulah pula setiap perempuan yang bertindak murtad maka panggillah dia,bila ia menolak untuk kembali ke dalam Islam maka penggallah lehernya”(Feqh Sunnah m/s 167 bab riddah)
  1. Namun menurut Pendapat Imam Hanafi bahawa wanita yang murtad tidak dibunuh tetapi hanya dipenjara dan diminta kembali kpd Islam.

Hujah Imam hanafi dapat disanggah berdasarkan riwayat bahawa Abu Bakar telah bertindak menganjurkan seorang wanita bernama Ummu Qurfah yang murtad untuk bertaubat dan kembali lagi ke dalam islam.Ummu Qufah menolak maka ia pun dibunuh.Mengikut keterangan yang dikeluarkan oleh Baihaqi dan daraquthni (lihat feqh sunnah m/s 167)

Keperluan menyuruh dan meminta si murtad bertaubat (istitab)

Namun Islam itu adalah agama yang toleransi dan kasih sayang,tidaklah pelaku murtad itu terus dibunuh setelah sabit kesalahannya,tapi Islam menganjurkan mereka-mereka ini bertaubat dan tanggungjawab pihak berwajib memberi nasihat dan penerangan kepada perlaku-perlaku ini.

Menurut sebahagian Ulama kesempatan yang diberikan kepada orang yang murtad utk menghilangkan keraguannya dan kembali ke dalam Islam adalah selama 3 hari.Akan tetapi sebahagian ulama lain ada yang tidak sependapat dengan pendapat tadi.Sebahagian ulama mengatakan bahawa orang yang murtad hanya diberi penjelasan dan pandagan secara berulang-berulang sehingga dapat diperkirakan dengan mantap,apakah ia tetap murtad atau kembali kepada Islam.Bila ia tetap murtad maka ia dijatuhi hukuman Bunuh.(sila lihat feqh sunnah m/s 169)

*. Pandangan Jumhur (Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, dan dari salaf dan khalaf. : Hendaklah simurtad disuruh bertaubat.

- Ibnu Qusar al-Maliki menaqalkan bahwa para sahabat telah ijmak dalam hal ini

Pendapat ulama yang mengatakan bahawa 3 hari ialah kerana mereka bersandar kepada Qaulu Sahabi iaitu saidina Umar Al-khatab “Dan dari Muhammad Bin Abdullah bin Abdullah al-Qari dia berkata : “ ada seorang laki-laki dari tawanan Abu Musa,lalu Umar betanya kepada Abu Musa tentang (pendapat) orang banyak (sahabat lain),kemudian Abu Musa memberitahukannya.Kemudian Umar betanya lagi “ ada apa berita baru?Abu Musa menjawab “Ya ada iaitu berita seorang lelaki yang kufur setelah masuk islam,Umar betanya “Lalu apa yang kamu perbuat terhadap dia?Abu Musa menjawab “Kutarik dua kupukul lehernya,Umar berkata “mengapa engkau tidak tahan saha dia selama tiga hari dan kamu memberi makan setiap hari dengan sepotong roti,lalu kamu suruh dia supaya taubat,barangkali dia mahu taubat dan mahu menarik kemabali urusan Allah itu.Demi Allah sesungguhnya aku tidak akan hadir dan tidak rela,” kerana begitulah yang telah sampai kepadaku. (HR Syafie sila lihat Nailul Authar m/s 2696 juga sila lihat dalam feqh sunnah m/s 169)

Manakala bagi ulama yang berpegang pada pendapat kedua ialah mereka berpegang pada tindakan Muadz .Ketika Muadz datang ke Yaman dan bertemu dengan Abu Musa Al-Asyari.Disebelah Abu Musa ada seorang lelaki yang terikat.Muadz bertanya “ada apa ini?” Jawab Abu Musa “ lelaki ini asal yahudi lalu ia masuk Islam dan kembali kepada Agama Asalnya iaitu Yahudi. Lelaki yahudi tersebut telah dinasihati untuk bertaubat selama 20 malam atau hamper 20 malam sebelum Muadz datang. Kemudian Kata Muadz “aku tidak mahu duduk selagi ia tidak dibunuh”Bunuh itu adalah keputusan RasulALLAH!Muadz mengulangnya sebanyak 3 kali maka dibunuh lelaki tersebut. (sila lihat feqh sunnah m/s 170)

Ada beberapa pendapat lai antaranya:

  • . Pandangan Thowus, Imam Hasan al-Basri, Ibn al-Majishun al-maliki, Qadhi Abu Yusof al-Hanafi, serta mazhab Dzohiriyah. : Tidak perlu istitab. Bahkan sekiranya si murtad bertaubat, ianya hanya akan memberikan manfaat kepadanya di akhirat, manakala di dunia tetap akan dibunuh.
  • Pandangan ‘ato’ bin abi ribah (ulama’ besar tab’ien) : sekiranya ia lahir muslim kemudian murtad maka tidak perlu istitab, terus dijalankan hukuman bunuh. Kiranya ia lahir sebagai kafir kemudian muslim kemudian kafir, ketika itu perlu istitab. Demikian juga pandangan Hasan al-Basri.(rujukan internet)

Ulama’ ittifaq (sepakat) bahawa jenayah riddah akan gugur (hukumannya) sekiranya si Murtad bertaubat (bagi mereka yang tidak muharabah). Ini adalah kerana maksud istitab adalah mengembalikannya kpd Islam. (al-Mabsut As-Sarakahsi; Fathul Qadir Ibn Humam ;Bidayatul Mujtahid Ibn Rusd ; Al-Mughni al-muhtaj Khatib Syarbini; al-Mughni Ibn Quddamah)

Seterusnya Alamah Yusuf Al-Qaradhawi berkata : “Adalah mesti utk kita mengasingkan di antara riddah ghalizah dan riddah khafifah, juga perlu dibeza di antara murtad dengan menyeru orang lain (agar membenci Islam dll) dan murtad yang tanpa seruan” (Yusof al-Qaradhawi, Jarimatur Riddah,hlm 35) *Beliau *memberikan contoh riddah ghalizah seperti Salman Al-Rushdie iaitu si murtad yang membawa pemikiran bid’ah dan sesatnya dengan lisan dan tulisannya.

Bagaimana pula Murtad yang dipaksa?

Firman Allah Ta’ala mengenai golongan yang murtad secara dipaksa ataupun tidak sengaja : Ertinya : “ Sesungguhnya orang-orang yang mengikrarkan kekufuran setelah mereka beriman, akan mendapatkan murka Allah. Kecuali orang yang diperintah secara paksa untuk mengucapkan ikrar itu sementara hati mereka penuh dengan keimanan . Orang seperti itu akan selamat dari murka Allah. Akan tetapi orang-orang yang merasa lega hatinya dengan kekufuran itu, dan ikrar lisannya sesuai dengan apa yang ada dalam hati, maka mereka itu akan mendapat murka besar dari Allah. Dan di akhirat kelak, Dia akan menurunkan pada mereka siksa yang besar” ~ Ayat 106 , Surah an-Nahl

Al-Imam al-Hafiz Ibnu Katsir rh memberikan komentarnya mengenai ayat di atas dengan katanya : Adapun Firman Allah Ta’ala “ Sesungguhnya orang-orang yang mengikrarkan kekufuran setelah mereka beriman, akan mendapatkan murka Allah. Kecuali orang yang diperintah secara paksa untuk mengucapkan ikrar itu sementara hati mereka penuh dengan keimanan ) ~ Maka ayat ini sebenarnya merupakan PENGECUALIAN bagi sesiapa yang mengucapkan perkataan kufur secara TERPAKSA, demi menyenangkan hati kaum msuyrikin dengan perkataannya itu , disebabkan tidak tahan menanggung penyiksaan dan kesakitan sedangkan hatinya tetap teguh beriman dengan Allah dan Rasul-nya dengan sebenar .
Al-Imam al-‘Aufi meriwayatkan daripada Saidina Ibnu ‘Abbas r.a bahawa ayat ini memang diturunkan disebabkan kejadian yang menimpa Saidina ‘Ammar Bin Yasir r.a apabila beliau teruk sangat diazab oleh kaum musyrikin sehingga dia mengucapkan perkataan yang mengengkari status Baginda Nabi Muhammad s.a.w demi menyenangkan hati kaum itu . Selepas itu , beliau pun menemui Baginda Rasulullah s.a.w dengan memohon kemaafan yang tidak terhingga , lalu turunlah ayat di atas .

Oleh itu penulisan serba ringkas ini diharapkan kita dapat memahami serba sedikit tentang hukuman Murtad.anggaplah penulisan ini adalah satu titik tolak untuk ktia sama-sama mengkaji dan memperdalami ilmu pengetahuan kita tetang Murtad.Dan jika kita ada kemampuan atau bakat maka perluaskanlah dan perjelaskanlah mengenai Murtad ini dalam pelbagai medium,agar kita sama-sama menjauhi dosa ini.Penulisan ini tidak ada hakcipta kerana semuanya adalah milik Allah dan saya mengalu-alukan sebarang pertambahan keatas artikel ringkas saya ini. Dan Akhir sekali marilah kita sama-sama teruskan kelas Brother Shah...



Yussamir yusof aljohori

http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com

email & YM : ashabul_kahfiislamic@yahoo.com

14/februari/2007:MMU Cyberjaya

No comments:

Post a Comment