assalamualaikom
segala puji kepada ALLAH dan selawat salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW..ama ba'du.....
hari ini saya ingin mengutarakan sebuah persoalan yang saya rasakan satu kontroversi..kerana perkara yang dah lama sebati dalam diri bila ingin dibuang adalah satu perkara yang amat susah.Namun saya terpanggil untuk membahaskan perkara ini yang saya rasakan tak ramai yang mengetahuinyer dan saya tak kisah kalau di TERJAH dek perbahasan yang saya akan paparkan sebentar lagi..kerana saya tahu kebenaran akan dimusuhi kebatilan,saya taknak di MURKA oleh PERNCIPTA SAYA..Dan saya selalu berpegang kepada firman ALLAH "dan jgnlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya"(surah al-baqarah;42).Oleh itu saya merasakan tidak moleknya sebagai orang ISLAM saya sembunyikan kebenaran dek saya takutkan dengan cemuhan dan kritikan..Dan saya berharap ulama2,guru2 agama yang lebih mahir dari saya silalah komen @ kritik hujah saya ini jika ada salah dan celanya dengan ilmiah dan rasional bukan emosional...
Baiklah kita mulakannya,maklum semua umat islam tahu bahawa berwuduk hanya boleh diambil dengan air mutlak sahaja dan sejak kecil lagi kita dah diajar sebegitu,dan air mutlak ada 7 jenis..Betul tak begitu..dan hari ini saya nak mengatakan air mustamal pon boleh dibuat berwuduk,baiklah mari mengenal apa itu air mustakmal:
air mustakmal adalah air yang suci tapi tidak menyucikan.Ustaz Ismail Kamus menyatakan air mustakmal ialah air yg telah digunakan sama ada hadas kecil atau besar.ini bermakna air yang telah dibasuh kpd anggota yang wajib sekiranya ditadah semula dan air tidak sampai dua kolah maka air itu dikira sebagai air mustakmal iaitu tidak boleh berbuat suci.Ia hanya boleh dibuat minum dan membasuh saja.Begitu juga jika ada air basuhan wajib terjatuh atau tertitik kedalam air yang tidak sampai dua kolah.
manakala menurut Ensiklopedia Hukum Islam,bab air.Air Mustakmal didefinisikan Air yang kurang dari 2 kolah(216 liter) yang terpisah @ mengalir dari pada anggota badan seseorang yang berwuduk @ mandi wajib...jadi kesimpulannya air yang kurang dari 2 kolah maka air tersebut dihukumkan sebagai air mustakmal,maka tidak sah berwuduk dengannya.Betul ke??
Disini saya kemukan beberapa dalil yang saya cari..ANTARANYA:
- Telah diriwayatkan dari Humran (hamba abdi Utsman),bahawasanya dia melihat Usman bin Afan minta dia bawakan sebuah benjana,lalu menuangkan air dari benjana itu ke telapak tangannya dan mencuci keduanya tiga kali.Kemudian dia memasukan tangan kannannya kedalam tempat wuduk itu(benjana)lalu berkumur-kumur suraya memasukkan air kehidung serta mengeluarkannya.Setelah itu dia membasuh mukanya 3 kali...kemudian usman bin affan berkata "aku melihat RasulluLLAH berwuduk sebagaimana wuduk ku ini....."(hadis riwayat imam al-bukhari dalam sahih al-bukhari ,kitab al-whuduk,hadis no 164)
- Jabir bin Abdullah RA memerintahkan keluarganya untuk berwuduk dengan sisa air yang dia pakai bersiwak.(jabir adalah sahabat yg hidup sezaman dengan RasulluLLAH .Athar riwayat imam al-bukhari dalam kitab al-ghsul,bab"mempergunakan sisa air whuduk orang lain)
- diriwayatkan daripada zainab binti ummu salmah katanya "bahawa ummu salamah pernah mandi hadas bersama-sama RasulluLLAH menggunakan dari satu bekas..(sahih muslim no 488)
- Abu Juhaifah berkata:"RasulluLLAH SAW keluar menemui kami waktu tengah hari,lalu dibawkan air daripada beliau untuk berwuduk.Maka manusia mengambil sisa air wuduknya,kemudian menyapukan kebadan mereka..."(riwayat al-bukharidalam sahih bukhari,kitab wuduk no 187)-komentar:berkenaan hadis ini al-hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:"di sini terdapat keterangan yang jelas mengenai air mustakmal"(keterangan ini boleh dirujuk di FATHUL BARI PENJELASAN KITAB SAHIH AL-BUKHARI TAHQIQ SYAIKH ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH BIN BAZ,pustaka azzam jakarta 1997,jilid 2 ms/196)
apa yang saya nak bawakan disini bukannlah pengaijian hadis tapi nk menunjukkan bukti yang menyokong pendapat saya ,dan boleh saya simpulkan disini bahawasanya air mustakmal itu suci lagi menyucikan tanpa ragu.Sayid Sabiq rahimahullah berkata"hukumnya (air mustakmal)suci lagi menyucikan sebagaimana halnya air mutlak tanpa berbeza sedikit pun.Hal itu ialah disebabkan asalnya yang suci sedangkan tidak dijumpai satu alasan pun yang mengelauarkannya dari kesucian itu"
saya berhujah bukan dengan cerita dongeng yang direka tapi berdasarkan dalil yang rojih,saya memegang al-quran dan sunnah..Ini selari dengan firman ALLAH "...kemudian jika kamu berbantah2 dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu kembali kepada quran dan sunnah ,jika kamu benar beriman kpd ALLAH dan hari akhirat.yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya"(surah annisa':59).
Dan tidak berani saya untuk membuat hadis yang palsu semata-mata ingin meyokong hujah saya,,sebab saya teringat kata-kata RAsulluLLAH yang cukup keras "sesungguhnya berdusta keatasku (menggunakan namaku)bukanlah seperti berdusta keatas orang lain(mggunakan nama orang lain).Sesiapa yang berdusta keatas ku dengan sengaja,maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.(hadis ini mutawatir)
Dan setelah saya mengutarakannya saya harap para pembaca dapat menghilangkan keraguan tentang air mustakmal tersebut.Air yang kita simpan di tong2 dan kolah dan sebagainya adalah hukumnya sama dengan air mutlak selagi tidak bercampur dengan najis @berubah bau ,warna dan rasanya.Dan sekali lagi saya nek tekankan bahawa apabila RasulluLLAH diberi pilihan baginda akan pilih jalan yang paling mudah bagi umatnya asalkan perkara tersebut tidak mendatangkan dosa.Kata-kata Saiditina Aisyah RA "tidaklah RasulluLLAH jika diberi 2 pilihan kecuali baginda akan memilih paling mudah diantaranya selagi tidak mendungi dosa"(riwayat bukharidalam sahih bukhari no 6786)
Dan ALLAH juga ada berfrman "ALLAH inginkan kamu beroleh kemudahan dan tidak inginkan kamu menanggung kesukaran"(surah annisa/28)
oleh itu ubahlah pendirian anda kerana ISLAM jgn kerana ketaksuban hnya ingin megikut amalan yang sudah diwarisi dari zaman nenek moyang kita lagi dan menolak semua pendapat2 yang tidak selari dengan apa yang sudah diwarisi walaupun sudah dibentangkan dengan pelbagai bukti.Sebenarnya kita perlu menilai sesuatu perkara berdasarkan AL-QURAN DAN ASSUNNAH bknnya warisan yang kita tak pernah nak menganalisis dahulu itu.kerana budaya pasrah kepada amalan nenek moyang yg diwarisi adalah budaya jahiliah yg pernah diperangi RasulluLLAH....Dan anda boleh lihat bagaimana ALLAH menceritakan tentang mereka yang bertaklid buta walaupun bukti sudah dihidangkan didepan mata,iaitu di surah AL-ZUKHRUF(43):23-25)
SEKIAN saja daripada saya INSANUL DOIF yang dahagakan ilmu pengeahuan.Dan saya mengalu-alukan pandangan dan kritikan yang membina kpada ulama2,ustaz2 dan mereka yang mahir dalam bidang agama ISLAM.Di bawah ini saya sertakan bahan rujukan yang saya rujuk:
- tafsir quran
- sahih bukhari dan muslim
- selangkah memahami ASWJ
- pedoman2 bermazhab dalam ISLAM,saudara hafiz firdaus
- laman al-islam,dari kerajaan arab saudi
oleh itu sekian dari saya,,,,
IBNU YUSOF al-ittibai
ashabul_kahfiislamic@yahoo.com
Assalamu 3alaikum warahmatulLah!
ReplyDeleteIzinkan saya memberi sedikit pandangan mengenai tajuk ini.
Kalau tuan menganggap musta3mal masih tergolong dalam bahagian air, dan mengakui bahawa air muta3mal itu suci pada dirinya dan tidak menyucikan yang lain. Bagaimana tuan boleh mengatakan pulak air musta3mal itu suci lagi menyucikan? Maknanya tuan telah menyamakan air mutlaq dengan air musta3mal dari segi hukum penggunaan.
Lainlah halnya kalau tuan kata tak ada air musta3mal yang ada air mutlaq sahaja, kerana air musta3mal boleh dibuat berwuduk (macam air mutlaq juga).
Ini sebenarnya hanya salah faham mengenai hadith2 yg tuan bawa dalam artikel tuan. Air yg digunakan oleh Nabi SAW tidak musta3mal, kerana basuhan yg pertama (angota wuduk) tidak masuk semula kedalam bekas yg digunakan walaupun airnya jauh dari kadar 2 kolah.
Kalau saya berwuduk dengan mengunakan cerek, atau botol minirel... air yg tinggal biarpun hanya sedikit tetap dengan kemutlaqannya kerana air basuhan tidak akan masuk semula kedalamnya (lainlah kalau sengaja nak dimasukkan) jadi sisa air yg terdapat dalam botol atau cerek tersebut masih MUTLAQ... bukan musta3mal.
Kalau basuhan pertama termasuk (menetes) semula kedalam bekas yg kurang dari 2 kolah itu barulah air itu dihukumkan musta3mal. kalau air basuhan yg kedua dan seterusnya tidak memusta3malkan air.
Sebenarnya hadith tersebut ingin menunjukkan bahawa Nabi SAW tidak membazir air. Demikian disebutkan Nabi SAW mandi dengan air yg sedikit bersama isteri baginda. Ini bukan bermakna Nabi menadah semula air yg telah digunakan kali pertama. Kalaupun Baginda menadahnya hanyalah air basuhan kedua dan ketiga.
Kitab-kitab yang muktabar seperti Iqna3, Kifayatul akhyar, Matla3ul badrain dan lain2 yg dikaitkan dengan Imam yg empat kesemuanya membahagikan air kepada mutlaq, musta3mal, musyamas dan mutanajjis. Ana rasa mereka benar. Tidak silap.
Jadi kalau tuan berpendapat bahawa air musta3mal sama dengan air mutlaq iaitu suci lagi menyuccikan, tak perlu ada air musta3mal kerana ia sama taraf dengan air mutlaq.
Kadang-kadang kita terlalu mengambil mudah sehingga terjebak ke dalam penyelewengan. Biarpun agama itu mudah dan suka memudahkan namun dalam hal-hal yang sudah tentu hukumnya kita kena timbang-timbangkan jangan sampai kita tergelincir.
Wallahu a3laamu bis sowab.
Untuk pengetahuan ana dapat capai artikel ini apabila mencopy artikel "RASUL ALLAH TERAKHIR" oleh:Yan Norayhunt.
Sekian,
Wassalam....
Akhukum filLah.
Ambuyat.
waalaikumusalam
ReplyDeleteterima kasih dengan pandangan saudara,kalau saudara mahu berpegang pada apa yang saudara percaya,berdasarkan hujah yang dipegang melalui Quran dan Hadith,maka teruskan.Saya mempunyai pandangan yang berbeza dan pandangan2 ini diselarikan dengan pandangn2 ulama muktakhir...Moga saudara juga berlapang dada dengan lontaran ini.
Terimakasih dengan pandangan tuala..hehehe..
ReplyDeleteSudah 1 tahun artikel ini bersarang di blog ini,tapi sejak akhir2 ni pula ramai yang datang mengomen..takper2..
Adakah sebuah kajian ilmiah perlu disimpan didalam jeriji atas alasan tidak mahu memeningkan kepala????? Saya pun tidak faham apa yang perlu dipeningkan.Sedangkan cara pembayaran dan hal-hal lain berkenaan zakat di Malaysia pun bukan berdasrkan mazhab Syafie.So bagaimana tuala nak katakan "kalau duduk kat negara lain boleh la,ni negara Malaysia so peganglah Mazhab syafie je.." so macam mana pula dengna pddk negeri pulau pinang yang bermazhab Hanafi majoritinya yang keturunan Mamak?
Anda suruh simple,tetapi kaedah sesimple menggunakan air tanpa membezakan musta'mal ini pun anda tak nampak.Sebab lama sangat disogok dengan perkara yang tak pernah nak kaji dan selidik,maka sebab itu kepala kita pun macma tu je...tak pernah berfikir dan berfungsi sedikit...Anda kena tgk movie the truman show agaknya,baru anda boleh berfikir dan berfungsikan minda..Sebab bila minda berfungsi,ia akan senantiasa bertanya dan memikirkan sesuatu,dan ia memerlukan bukti dan sebagainya..
Saya sndiri tak faham apa yang anda nak sampaikan,sedangkan sebuah pengkajian itu tidak usah dijerijikan.Anda sendiri kata ia hal khilaf,so tak perlu kita kata "jangan" sebab perkara khilaf perlu diterima dengan lapang dada.So no point syeikh tuala..hehehee..
Oleh itu,mari sama-sama kita belajar menerima pandangan orang lain dan belajar untuk berfungsikan otak kita...BUkan syok sendiri...
Kata-kata Saiditina Aisyah RA "tidaklah RasulluLLAH jika diberi 2 pilihan kecuali baginda akan memilih paling mudah diantaranya selagi tidak mendungi dosa"(riwayat bukharidalam sahih bukhari no 6786)
ReplyDeleteDan ALLAH juga ada berfrman "ALLAH inginkan kamu beroleh kemudahan dan tidak inginkan kamu menanggung kesukaran"(surah annisa/28)
Saya tertarik ngan ayat quran dan hadis di atas...ni pandangan peribadi la....kalau nak sebut pasal mudah, zaman kita sekarang ni kat Malaysia, org tak guna air mustaqmal ni, pasal banyak sangat air.ambil wudhu' pun guna paip..rasanya kita kena tekankan bab pembaziran...hmmm
Assalamua'laikum.
ReplyDeleteSetuju dengan dalil dan hujah yg dibawa oleh yussamir.
Maaf kalau komen ini menyinggung para pemberi komen terdahulu.
Saya tak tahu dari dalil mana datangnya konsep air mustakmal ini. Jika ada pun, adakah ianya sahih? Setahu sy konsep air mustakmal ini tidak ada dalam mana2 nas sekalipun, tapi hanyalah ijtihad para ulama.
Para ulama tidak maksum. Mereka selalu betul, tapi boleh juga tersilap. Ada juga dalam sesetengah hal mereka tidak semuanya sepakat. Ada yg dapat dalil tertentu dan ada yg tidak. Malah Imam Syafie wafat pada 204H, ketika itu Imam Bukhari (mujadid bidang hadith) baru berusia 10 tahun. Jadi Imam Syafie tidak berkesempatan menerima khazanah kumpulan hadith2 imam bukhari. Ada hadith2 imam bukhari tak sampai kpd imam syafie. Namun Imam Syafie cukup cintakan sunnah. Antara kata-katanya yg cukup terkenal ialah "Apabila ditemui sebuah hadith yg sahih, itulah mazhab saya". Inilah peninggalan beliau yg perlu kita pegang. Jika dilihat drpd kata2 ini, sebenarnya pengikut sebenar mazhab syafie adalah pengikut sunnah.
Kita hormat kesemua ulama, merekalah pembela agama ini. Tapi kebenaran sebenar tetap menurut nas Quran dan Sunnah yang sahih.
Sekitar isu ini, sy ingin ingatkan ada kaedah usul fiqh yang cukup terkenal: Segala sesuatu itu halal melainkan ada dalil yang mengharamkannya.
Di sini prinsip perbincangan dah jadi salah. Kasihan pula sy tengok saudara yusamir.
Macam ini. Mrk yg yang mahu mengatakan air mustakmal itu ada, mrk perlu datangkan dalil mengatakan mmg ada hadith yang menyebut ttg air mustakmal.
Bukannya saudara yussamir pula yg perlu bawakan dalil bahawa air mustakmal itu tidak ada. Ini dah terbalik. Nampak tak? Kalau berbincang mcm ni, sampai bila-bila pun takkan selesai..
Walau apapun, saya harap kita tidak bertengkar dalam hal2 sebegini. Penjagaan ukhwah itu satu tuntutan syariat. Akhlak mulia membawa ke syurga. Semoga Allah memberi petunjukNya kpd kita semua.
Wassalam
sy sokkong pendapat yussmir...bukan kitab iqna n matlain badrain jee..tp dlm kitab2 lain spt kitab kifatul muthadi,bukhyatu thulab,i'ana tholiin,baijuri pun ada di sebutkan pasal pembahagian air2....ape2 pun kita same2 belajar terima pendapat orang lain..agama tu mudah tp jagan laa dipermudahkan...bagi sy lebih baik ambik cermat bab hukum...kongsi2 ilmu ustz2...sy baru belajar...
ReplyDelete