Friday, February 9, 2007

Adakah kita adil dalam berbicarakan sesuatu


Adakah kita adil dalam berbicarakan sesuatu

Adakah kita adil dalam membicarakan sesuatu,perkara ini kadang-kadang diambil oleh kita semua secara sambil lewa.Tidak kiralah sama ada perbualan kita di pejabat,kedai kopi mahupun didalam tulisan-tulisan di makalah atau surat khabar.Situasi ini bagaikan suatu perihal picisan yang tak perlu diambil peduli oleh masyarakat gayanya,tapi sebanarnya kita lupa dalam membicarakan sesuatu perkara kita tidak boleh memihak pada sesiapa,tapi kita memihak kepada kebenaran.Jika kebenaran itu berada dipihak A kita berpihak kepada A dan juga sebaliknya begitu,selain itu sebagai masyarakat yang rasional dan berpendidikan kita juga tidak hanya mendegar dari sebelah pihak sahaja,kerana ini akan menimbulkan sikap perjudis dalam menilai sesuatu.

Dan perkara yang paling utama saya inigin tekankan ialah janganlah memisahkan penilaian kita terhadap sesuatu dengan Agama,kerana batasan agama adalah penilai yang terbaik dalam segala aspek masalah.Ada sesetengah insan yang saya pernah jumpa dan berbual,bila saya memberikan pandangan saya dengan bersertakan dalil dalam masalah politik dan muamalah mereka dengan sinis mengatakan “kita jangan cakap pasal dalil tapi kita bercakap berdasarkan ekonomi’.Yang saya pelik yang bercakap ini adalah orang Islam sendiri,tidakkah mereka lupa bahawa Quran juga mencatatkan perihal muamalah dan pelbagai aspek yang lain.Selain itu orang-orang seperti ini juga hanya melihat satu pandangan sahaja,dan tidak mahu melihat pandagan yang tak selari dengan selera mereka.Sikap begini yang kita tidak boleh terima dalam menilai kerana Allah telah berfrman “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5) berlaku adillah dalam menilai sesuatu perkara.

Dan ada sesetengah mereka hanya berpandukan Internet sebagai sumber-sumber informasinya,tidakkah mereka sedar bahawa internet juga adalah tempat menyebarkan Fitnah dan segala macam coretan sampah!Allah telah berfirman ”Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan“. [al-Hujurat 49:6] ayat ini memberikan peringatan kepada mereka-mereka yang menerima sesuatu berita haruslah siasat dahulu sebelum membuat keputusan.Dan bila saya memberikan dalil ini kepada seorang sahabat saya kerana beliau hanya berpandukan internet dalam menilai,beliau berkata ’itu orang fasik yang aku cakap ini bukan orang fasik’ memang nyata beliau tidak faham dalam menafsirkan kata-kata Allah dalam konteks ’pengajaran’ yang ingin disampaikan kepada hambaNYA.Selain dari ayat itu Allah juga telah berfirman Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar. [al-Baqarah 2:111] ..Dalam membicarakan seuatu kita mesti bersikap adil,jangan disebabkan kita tidak sukakan seseorang maka kita hanya melihat keburukannya dan membutakan mata dan menulikan telinga tentang kebaikan-kebaikan yang pernah dibawa olehnya.Sikap mereka yang ghulu dapat dilihat bilamana mereka membicarakan dalam persoalan politik, antara persoalan yang besar sering mereka2 ini menunjalkan kepada saya ialah adakah Islam Hadhari itu bertepatan,adakah negara ini negara islam,adakah mereka adil dan berbagai adakah lagi yang saya pun sudah muak nak terangkan.Kadang-kadang bila saya memberikan jawapan,mereka dengan tidak sabar-sabar mahu untuk mencelah bagi membuktikan pandangan mereka sajalah yang benar ,tanpa mahu mendengar pandagan orang lain.Sikap begini memang tidak boleh diperaktikan kerana ia seolah mahu jawapan tapi dah tahu jawapan. Situasi ini dan orang-orang begini pun sudah banyak dikupas oleh ulama-ulama besar antaranya Yusuf Qaradhawi dalam Feqh Iktilafnya.Mereka tidak boleh menerima perbezaan pendapat dalam membincangkan sesuatu perkara,kerana mereka telah disogok dengan idoelogi-ideologi berat sebelah.Sogokan inilah yang perlu dicantas dalam pemikiran pemikir.Jika benar mereka mahu menjadi pemikir maka cantaslah pemikiran sebegitu sebelum layak untuk menisbahkan diri mereka sebagai seorang pemikir.

Sebenarnya saya tidak mahu panjang-panjangkan isu ini tapi saya merasakan situasi ini sudah menjadi barah dalam masyarakat kita utamanya.Barah jika tidak dapat dikesan dan dirawat dengan segera ia akan merebak dengan cepat dan seterusnya akan memasuki peringkat yang terakhir yang kemungkinan akan membawa maut.Begitu jugalah dengan masalah ini,kita seharusnya perlu bersikap husnu Zan dalam mana-mana perkara sebelum menilainya dengan teliti.Bersangka baik adalah satu tuntutan dalam Agama,Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam sebuah karyanya iaitu “kebangkitan para pemuda islam“ beliau menekankan tentang HUSNU ZAN perlu diperaktikan dan diamalkan oleh masyarakat dalam sesebuah negara.

Islam sendiri menggalakkan umatnya menjauhi dari banyak melakukan sangkaan yang sebenarnya kita tidak tahu adakah sangkaan kita itu tepat atau tidak,sepertimana Firman Allah “ Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani“ (surah al-hujrat 11-12)
Oleh itu saya berharap kepada semua sebelum menuduh atau menyatakan sesuatu siasatlah dengan betul dan bersikap adillah dalam menilai sesuatu perkara,dan janganlah pisahkan agama dengan segala aspek kehidupan kita semua.Akhir sekali saya berharap kita semua akan menjadi MASYARAKAT YANG ADIL DALAM BERBICARA

Yussamir yusof aljohori
22 muharam 1428H/10 februari 2007
sebelum bertolak ke Johor dalam misi pertolongan mangsa banjir

No comments:

Post a Comment