Thursday, February 15, 2007

MENYOROT KEMBALI PENDAPAT IMAM SYAFIE DAN BEBERAPA IMAM LAIN TENTANG ZIKIR SELEPAS SOLAT

ketika di Genting bersama rakan-rakan.Teringin pula nak naik benda alah ini..kehkhekhe..


MENYOROT KEMBALI PENDAPAT IMAM SYAFIE DAN BEBERAPA IMAM LAIN TENTANG ZIKIR SELEPAS SOLAT

Baru-baru ini saya diberi satu amanah untuk membuat satu research mengenai zikir selepas solat.Kajian ini lebih menjurus kepada persoalan sama ada dibenarkan atau tidak berzikir selepas solat dan bagaimana perlaksanaannya jika dibenarkan.Alhamdulilah kerana saya pun sudah lama membuat beberapa kajian tentang perkara tersebut dan kini bolehlah mengeluarkan semula kajian-kajian yang telah saya perapkan didalam laci saya dan menambah beberapa perkara agar hujah-hujah saya lebih mantap.

Persoalan zikir ini selalu dijadikan modal oleh seseorang untuk menuduh atau melebel sesuatu kelompok melakukan kesesatan dan sebagainya,dan kini lebih sensasi dengan mengelarkan golongan tersebut sebagai ‘wahabi’.Sebelum saya masuk pada persoalan zikir ini,adalah tangungjawab saya untuk membersihkan nama Muhammad bin Abdul Wahab (gelaran wahabi dinisbahkan atas nama Imam ini).

Pada semua pembaca,pengalaman saya bila bertanyakan kepada pada orang yang selalu melabel orang wahabi ini apakah yang dia faham tentang wahabi, Berbagai jawapan yang mereka berikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya La ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir.

Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

sebenarnya Saya tidak mahu banyak menyentuh mengenai hal ini tapi saya terpanggil untuk menulisnya setelah berkesempatan untuk membentangkan kajian ringkas saya megenai Zikir dan Murtad di IIS ini. Dan saya rasa cukuplah cerita tentang Wahabi ini,kini saya akan bentangkan beberapa kajian yang saya lakukan dalam 3 hari ini.

Zikir adalah satu element dalam likungan solat tapi ia juga membawa beberapa persoalan dalam perlaksanaannya dan kewajarannya selepas menunaikan solat.Perbincangan kita mengenai zikir ini akan dibuat berdasarkan Pendapat Imam Syafie dan Pendapat ulama lain.(tapi lebih menumpukan kepada pendapat Imam syafie) Dan saya lebih suka sebelum meneruskan perbincangan ini dengan membawa beberapa hadis mengenai Zikir ini,antaranya:

1) Ummu Salamah (RA) berkata : "Rasulullah (SAW) apabila melakukan salam setelah solatnya, kaum wanita berdiri setelah baginda menyelesaikan salamnya ; sedangkan Nabi SAW sendiri diam di tempatnya sebentar." (Musnad Syafi'i)

2) A'ishah (RA) telah berkata : "Adalah Rasulullah (SAW), apabila mengucapkan salam, rampung dari solat ; baginda tidak duduk kecuali sekadar mengucapkan 'Allahumma antas salam, wa min kas salam, tabarakta yadzal Jalali wal Ikram." (Sahih Muslim)

3) Jabir bin Samurah (RA) berkata, "Setelah solat subuh, biasanya Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solatnya sehingga setelah matahari naik." ( Sunan an-Nasai)

4) Berkata Simak bin Harb, aku pernah berkata kepada Jabir bin Samurah (RA) :

"Pernahkah engkau duduk bersama Rasulullah (SAW). Jawab Jabir: "Ya! Biasanya setelah solat subuh, Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solatnya hingga matahari naik. Di saat itu, biasanya para sahabat ada yang bercerita tentang kisah jahiliyah, ada yang membaca puisi nasihat ; dan jika mereka sampai tertawa baginda ikut sama tersenyum." (Sunan an-Nasai)

5) Jabir bin Yazid Ibnu Aswad berkata, dari ayahnya (RA) bahawa dia pernah solat bersama Rasulullah (SAW) dalam solat subuh. Setelah selesai solatnya, maka baginda segera meninggalkan tempat solatnya. (Sunan an-Nasai)

6) Berkata Ibnu Syihab, aku diberitahu oleh Hindun binti Haarits al-Faarrasyah, bahawa Ummu Salamah (RA) pernah memberitahukan : "Bahawa di masa Rasulullah (SAW) pada umumnya kaum wanita segera meninggalkan tempat solat setelah malam. Sedangkan Rasulullah dan kaum lelaki yabg ikut solat bersama baginda masih duduk sampai Rasulullah bangkit maka kaum lelaki segera bangkit pula." (Sunan an-Nasai)

7) Al-Barra' Ibnu Azzib (RA) berkata : "Aku pernah memerhatikan solat Rasulullah (SAW). Aku dapati berdiri, rukuk, berdiri setelah rukuknya, sujud, duduk di antara sujud, duduknya di wakti tasyahud, duduknya di antara setelah salam dan waktu berdirinya dari tempat solat hampir bersamaan lama waktunya." (Sunan an-Nasai)

8) Abdullah ibnu Abbas (RA) telah berkata : "Semasa zaman kehidupan Rasulullah (SAW) adalah menjadi kebiasaan untuk orang ramai berzikir dengan suara yang kuat selepas berakhirnya solat berjemaah." (Bukhari)

9) Abdullah ibnu Abbas (RA) juga telah berkata : "Apabila aku mendengar ucapan zikir, aku dapat mengetahui bahawa solat berjemaah telahpun berakhir." (Bukhari)

10) Abdullah ibnu Abbas (RA) juga telah berkata : "Aku dapat mengetahui berakhirnya solat berjemaah yang diimami Rasulullah (SAW) apabila terdengar suara orang berzikir." (Bukhari)

11) Abdullah ibnu Zubair (RA) berkata : "Rasulullah (SAW) apabila melakukan salam daripada solatnya, mengucapkan doa/zikir berikut dengan suara yang keras- "La ilaha illAllah..." (Musnad Syafi'i)

11 hadis diatas menunjukkan bahawa Nabi ada membaca zikir selepas solat dan persoalan sama ada atau tidak selepas menunaikan solat telah terjawab dan kini timbul persoalan bagaiaman zikir itu dilaksanakan? Yang mana satu lebih diutamakan berzikir secara kuat atau secara perlahan dan bolehkah ia dibaca secara berkumpulan?

Berdasarkan pendapat imam Syafie dalam kitab Al-Um mengenai sama ada secara senbunyi atau keras ialah:

"Saya (Imam Syafi'i) memandang baik bagi Imam dan makmum, bahawa berzikir kepada Allah, sesudah keluar (selesai) daripada solat. KEDUA-DUANYA MENYEMBUNYIKAN ZIKIR, KECUALI bahawa dia itu adalah seorang imam yang harus orang belajar darinya.

Allah Azza wa jalla telah berfirman (dalam surah al-Israa' (17):110)
".... dan janganlah engkau menyaringkan bacaan doa engkau atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya.." Iaitu - Allah sahaja yang Maha Mengetahui ialah doa. Tidaklah engkau keraskan, ertinya janganlah engkau tinggikan suara. Dan tidak engkau diam sahaja, ertinya sehingga tidak dapat engkau dengar sendiri.

Saya (Imam Syafi'i) mengira (berpendapat) bahawa yang diriwayatkan daripada Ibnu Zubair adalah dari tahlilnya Nabi SAW. Dan yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas adalah dari takbirnya, sebagaimana yang kami (Imam Syafi'i) riwayatkan. [rujuk kepada hadis-hadis ( No 8, 9 dan 10) Saya (Imam Syafi'i) mengira (berpendapat) bahawa Nabi SAW mengeraskan sedikit suaranya, supaya manusia dapat belajar daripadanya. Yang demikian itu kerana umumnya riwayat yang kami (Imam Syafi'i) tuliskan bersama ini dan yang lainnya, tidak disebutkan padanya sesudah salam, akan perbacaan Tahlil dan takbir.

Kadang-kadang disebutkan bahawa Nabi SAW berzikir sesudah solat, dengan yang saya terangkan itu, dan disebutkan juga perginya Nabi SAW dari Solat tanpa zikir. Dan Ummu Salamah menyebutkan berhentinya Nabi SAW sekejap sesudah solat dan baginda tidak bezikir dengan keras (kuat).

Saya (Imam Syafi'i) mengira, bahawa Nabi SAW tidak berhenti yang sekejap itu, selain untuk berzikir dengan zikir yang tidak keras suara....."

Inilah pendapat Imam as-Syafi'i terhadap hadis-hadis zikir selepas solat. Beliau menyatakan zikir setelah solat secara keras yg diriwayatkan dari ibnu Abbas RA adalah untuk para sahabah belajar dari Nabi SAW akan tatacara untuk berzikir. Setelah para sahabah paham caranya maka zikir selepas solat itu disirkan atau disembunyikan dengan suara yg lembut dan perlahan secara individual.(pendapat Imam ini langsung tidak selari dengan pendapat pengikut mazhabnya yang mengatakan berzikir secara keras selepas solat adalah dari Mazhab Syafie,ini terbukti bahawa khabaran tersebut adalah batil.Adakah pengikut mazhab lebih mahir dari pendiri Mazhab?Kalaulah pengikut-pengikut Imam ini menelaah kitab Induknya pasti mereka juga akan mengatakan Imam Syafie adalah wahabi (senyum), dan saya berharap pengikut mazhab Syafie tidak menambah-nambah atau mengurangkan sesuatu dan kemdian menisbahkan perbuatan tersebut keatas Imam Syafie.Perbuatan ini jugalah boleh dianggap sebagai satu Fitnak kepadanya.Dan fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh.)

Perbuatan menyembunyikan dan tidak mengeraskan zikir Ini juga selari dengan frman Allah "Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai." ( al-A'raaf (7) : 205)

"Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." ( al-A'raaf (7) : 55).

Setelah saya menerangkan pendapat imam Syafie ini maka terjwab lah persoalan kita diatas iaitu adakah Zikir secara sembunyi atau keras .Kini persoalan mengenai boleh atau tidak berzikir secara berjemaah. Pendapat membolehkan berzikir secara berkumpulan seperti pendapat Ibnu Tayimiah “Alhamdulillah, telah disepakati bahawa membaca al-Qur'an, berzikir dan berdoa adalah amalan yang baik sebagaimana yang telah disepakati akan pensyariatannya dan dianjurkan selagi tidak diambil (baca: tidak dijadikan) yang sedemikian sebagai satu ADAT RATIB, dan tidak bergabung dengannya (sesuatu perbuatan) bid'ah yang munkar.

Adapun menanggalkan serban bersama yang sedemikian, maka ianya dibenci terutamanya apabila perbuatan tersebut diambil sebagai satu bentuk ibadah. (Apabila dianggap ibadah) maka sesunggunya disaat itu terjadi satu kemungkaran dan tidak boleh beribadah dengan yang sedemikian, Allah sahaja yang lebih mengetahui”

[Majmu' al-Fatawa Ibn Taimiyyah (Dar al-Wafa', Kaherah 2001), jld. 22, ms. 523]

Dan ada juga pendapat yang menyunatkan Zikir secara mengeraskannya iaitu dari pendapat Ibnu Taimiyah juga “Ibnu Taimiyah berkata dalam IKhtiyarat : “disunatkan mengeraskan tasbih,tahmid,dan takbir sesudah solat” (rujuk Nailu Authar m/s 603)

Dan saya berpendapat bahawa berzikir secara berjemaah boleh namun begitu perlu diingat bahawa Rasulullah SAW berzikir dan para sahabat juga berzikir. mereka berzikir secara beramai-ramai (berada bersama-sama) dan secara berseorangan. masing2 membaca zikir pada keadaan yang membenarkannya berzikir atau memudahkannya utk berzikir (secara khusus).Oleh itu berzikir secara bersama boleh tapi secara sendiri-sendiri dan tidak terlalu keras suaranya dan ini bertepatan dengan Zahir hadis Nabi (hadis no 8 dan 9).Dan akhir sekali saya mahu membawa kenyataan al-Hafidz Ibnu Hajar Asqalani pengarang kitab Fathul Baari mengenai kata-kata Imam an-Nawawi Rahimahullah ta'ala (kedua-dua mereka adalah tokoh hadeeth yang bermazhab Syafi'i) sebagai berikut :

"Imam Syafi'i memahami hadis ini (yakni hadis Ibnu Abbas) bahwa mereka mengeraskan suara hanya beberapa waktu lamanya untuk mengajar sifat (cara) dzikir, bukan bererti mereka terus menerus mengeraskan bacaan dzikir. Adapun pandangan yang terpilih adalah bahawa imam dan makmum sama-sama membaca dzikir dengan suara perlahan kecuali bertujuan untuk mengajar dzikir tersebut kepada orang-orang." (Fathul Baari 4/711, Pustaka Azzam)

Dan kesimpulan yang boleh saya buat adalah Berzikir secara perlahan dan tidak terlalu keras dan boleh duduk bersama-sama setelah solat tetapi berzikir secara individu.Dan saya harap penjelasan ringkas saya mengenai zikir ini(lebih tertumpu kepada Pendapat Imam Syafie) dapat membuka keinginan kita untuk mendalami dan mengkaji Islam yang tulen tanpa kotoran-kotaran bidaah yang tidak disukai oleh Nabi.



Yang sentiasa mendambakan tuhannya
Artikel kedua/kajian kedua yang diamanahkan untuk melaksanakannya
MMU cyberjaya/16 february 2007

2 comments:

  1. bertanyalah ahli zikir apa yang kamu tidak tahu

    wahai orang beriman, zikirlah dengan zikir yang banyak

    zikirlah banyak banyak sembahayang lah banyak banyak dan tafakurlah banyak banyak

    dalam rumah kamu azan nallah (ZIKIR KUAT) fi buyutin azannallah...sulied

    ReplyDelete
  2. Salam,menurut ahli tafsir ada pun yg dikatakan bertanyalah kpd ahli zikir itu ialah org alim (ulamak)yg mengetahui ttg deen ini bukanya org yg duduk berzikir banyak2 ribuan kali.Solat pun bukan boleh kita lakukan banyak2 semau kita kecuali apa yg di contohkan oleh Nabi.Zikir kuat2 ni biasenya dilakukan oleh group2 tariqat sampai sampai tak sedarkan diri. Allahua'lam

    ReplyDelete