Monday, April 23, 2007

MENGISLAMISASIKAN BUDAYA SKINHEAD


MENGISLAMISASIKAN BUDAYA SKINHEAD

oleh:Yussamir yusof aljohori

*artikel kali ini menggunakan kata nama 'aku 'untuk kenakan dengan tajuk kali ini.Harap maklum

Berpakaian kemas dengan baju berjenama Ben Sherman,Lonsdale,fred Perry dan Merc,berkasut Dr Marteen kemudian seluar pula pula berjenama Levi’s ,wrangler dan lee dan berambut botak memang cukup bergaya dan smart.Namun itu semua sudah berlalu,aku hidup tidak tentu arah ketika itu,dengan menghafal beberapa Fanzine bagi memantapkan’knowledge’ antaranya Anarchy and chaos zine dan youth of culture dan berbagai lagi.Dan yang aku tak dapat lupakan aku pernah mengkhatam Bible Skinhead spirit of 69(atau lebih dikenali dengan nama SHAM 69) semata-mata untuk menunjukkan aku sebagai Da tru skinhead.

Pengalaman semua itu membuatkan aku lebih matang menghadapi atmosfera globalisasi yang kemaruk dengan budaya-budaya barat yang hanya mengenal erti untuk menghacurkan remaja-remaja timur.Aku dah rasa semuanya,tapi dalam memperkatakan tentang Skinhead ini,tidak semua aku merasakan idealogi mereka teruk dan haprak.Aku berani kata begitu sebab aku pernah bersama mereka selama 2 tahun lebih.Tak tahulah kalau korang semua tidak setuju dengan bicara aku kali ini,aku sebenarnya sudah lama mahu menulis perihal ini,tapi aku takut korang tak dapat menerimanya lagi.Tapi akhirnya aku coretkan bagi panduan kita bersama.


Sebelum aku cerita panjang aku nak ceritakan serba sedikit apa itu Skin head dan apa tujuan idealogi in.Budaya Skinhead bermula pada tahun 60-an,time tu ekonomi Britain merrosot,time tu jugalah wujud kumpulan anak muda di Chelsea dan East End di London yang mengangap diri diorang ini tersisih dari masyarakat.Kemudian diorang memang anti kapitalsime, diorang rasa kapitalisme ini hanya mengkayakan sebahagian masyakat dan memiskinkan sebahagian lagi masyarakat.Dan bagi memastikan kewujudan kumpulan mereka disedari diorang ini membawa satu budaya dan fesyen yang baru pada era itu.Dan mereka menggelarkan diri diorang sebagai SKINHEAD.(taktaula kalau salah sejarah ini,sebab aku dah ingat-ingat lupa,saper2 yang masih ingat kalau salah tolong betulkan).Dan mereka terbahagi kepada dua budaya kecil iaitu MOD dan RUDE BOYS.MOD diorang lebih pada fesyen dan RUDE BOYS lebih pada lagu macam Reggae dan ska.(kalau kita ikut dengar lagu-lagu dari ACAB dan GSC kita akan dapat tahu macamner bentuk lagu tu.Lagu dua-dua kumpulan yang aku cakap in boleh dicari kat kedai-kedai di Malaysia)

Skin head kalau kat Malaysia ini terbahagi kepada beberapa mazhab atau idealogi iaitu TRAD,SHARP,NAZI DAN JUGA SCAR(ini antara yang aku masih ingat).Dan yang menarik minat aku untuk menceritakan pasal skinhead ini adalah mengenai idealogi SHARP.
Perkataan SHARP ini diperoleh daripada perkataan SkinHead Anti Racial Prejudice.SHARP diasaskan bagi membersihkan nama skinhead dari sikap perkauman,kerana ketika itu skinhead dikaitkan dengan sikap perkauman.Antara slogan perkauman yang dilaungkan ialah White power dan mangsanya ialah orang kulit hitam.


Dan disebabkan idealogi ini lah aku tertarik untuk menceritakan disini.Dan aku merasakan jika idealogi ini dapat diislamisasikan mungkin ia akan menjadi senjata ampuh umat islam untuk berdakwah,Dan idealogi ini juga selari dengan ajaran Islam,sepertimana Rasulullah sendiri telah mengumandangkan pernyataan, bahawa orang yang berbuat demikian (assobiah) tidak akan diakui sebagai ummatnya. Sabda Nabi: "Bukan dari golongan kami siapa saja yang mengajak kepada ashabiyah, bukan pula dari golongan kami orang yang berperang kerana ashabiyah, dan tidak juga termasuk golongan kami orang yang mati kerana ashabiyah." (Riwayat Abu Daud)

Oleh disebabkan itu lah aku memandang baik idealogi ini,(walaupun pada ketika itu aku tidak tahu apa pon pasal hadis ini).

Selain daripada idealogi ini mereka juga ada prinsip yang aku rasa ia pon selari dengan islam iaitu brotherHood (persaudaraan).Prinisip ini membuatkan kitorang betul-betul rasa selamat dan kemana saja kitorang gerak kitorang akan gerak sama-sama kumpulan.Kalau sekarang ini boleh dikatakan bergerak dalam satu jamaah.(hehehehe) .Dan kalau dalam jamaah tu kitorang akan kongsi apa sahaja yang kitorang ada,dan tidak ada erti kedekut atau pentingkan diri sendiri.Dan aku masih ingat lagi ada satu pergaduhan besar kat JB antara idealogi Sharp dari Kumpulan Jb riot dan Malay Power yang beridealogikan Nazi dan time tu aku belum jadi otai lagi.Pergaduhan itu bagi aku ia adalah satu kejadian yang menunjukkan persaudaraan kitorang memang kuat dan jitu(pandagan aku pada masa tu).Dan pada masa sekarang aku merasakan kalaulah prinsip Brotherhood Jb riot dapat diISLAMISASIKAN alangkah bagus,Kerana prisnip persaudaraannya itu juga adalah selari dengan islam.Sepertimana dengan Sabda Nabi“Tidak sempurna Iman seseorang itu sehingga dia mencintai sahabatnya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri (hadis sahih).Dan aku cukup-cukup berharap jika cita-cita aku ini iaitu untuk mengIslamisasikan budaya Skinhead dapat dilaknsanakan dan dapat sokongan dari semua pihak.Kerana peradaban islam pernah mengIslamisasikan beribu budaya kuno pada zaman silam antaranya budaya India,melayu dan lain-lain.Dan aku mengharapkan idea ini dapat membuka minda semua masyarakat agar kita dapat melihat kebaikan pada keburukan.Kerana tidak semua yang buruk adalah rosak dan tidak semua yang baik adalah intan. Tidak ada yang mustahil~sekian........

17 comments:

  1. One of my favorite movie...
    "AMERICAN HISTORY X"
    kene tgk saper yg blum tgk..huhu
    baru boleh menjiwai artikel ini...hahaha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...
    Terlebih dahulu,aku ingin ucapkan bebanyak tima kasih buat saudara,kerana sudi menaikkan isu ini untuk sama-sama kita bincangkan.Tujuan aku menulis ni adalah untuk menyambung tulisan saudara dan juga membetulkan mana yang silap.Bukannya ingin menunjuk diri ini baik tetapi ingin berkongsi maklumat.

    Seperti yang saudara katakan,SPirit of 69 : A Skinhead Bible,yang saudara katakan dikenali sebagai SHAM 69??,ianya adalah salah sama sekali kerana SHAM 69 adalah sebuah band muzik Oi! manakala Spirit of 69 pula adalah sebuah buku.Lihat bukan?.Mengenai keterangan :A Skinhead Bible,ramai masyarakat yang menyalah tafsirkan mengenai petikan tajuk itu. "BIBLE" mereka menganggapnya sebagai satu kitab,yang berbentuk ajaran sama seperti agama.Disinilah kelemahannya orang-orang kita,melihat keburukan lebih banyak daripada kebaikan."BIBLE" yang dikatakan disini,jika kita lihat daripada kamus dewan bahasa,"BIBLE" bermaksud sebuah kitab/buku yang mengandungi perkara yang lengkap mengenai sesebuah perkara.Faham ertinya?.Skinhead bukanlah satu pegangan hidup/agama ianya adalah satu budaya,satu bentuk musik,satu bentuk cara hidup.Ada yang mengatakan cara hidup Skinhead yang bertentangan dengan agama,sepeti minum arak,seks bebas.Oh besar sungguh tuduhan ini,ya ianya memang benar tetapi bukan untuk SKINHEAD DI MALAYSIA!!!,jika dibarat "YES",tetapi di Malaysia budaya SKinhead ini telah diubahsuai untuk menyesuaikannya dengan adat kita di Malaysia ini.Ya mungkin ada segelintir pemuda Skinhead yang terlalu taksub dengan budaya ini,kononnya ingin menjadi true SKINHEAD,hey jangan jadi bacullah,kita masih ada pegangan agama,mengapa ingin menjadi kafir dengan hanya menjadi SKINHEAD???sungguh tidak rasional.

    Saudara,saudara mengatakan yang Skinhead mempunyai cabang iaitu MODS dan RUDEBOYS,kedua-dua budaya ini,MODS dan RUDEBOYS,bukannya cabang SKINHEAD tetapi GODFATHER of SKINHEAD,Skinhead terhasil daripada gabungan 2 budaya ini.

    Alamak,nampaknya azan maghrib dah berkumandang... di lain kali,sya akan menyambung tulisan saya... Insya-Allah...

    ReplyDelete
  3. bagus gak kw cite benda ni..bagi org yg memandang serong terhadap budaya skin head baca..br dorang phm..

    ReplyDelete
  4. jangan kita sesekali hendak cuba betulkan apa yang memang tidak betul.apa yang anda tulis itu hanyalah berlaku di atas kertas namun apa yang kita lihat di luar hakikatnya berlaianan.cara yang anda ketengahkan disisni mungkin..mungkin betul..namun apa yang sedang berlaku,bercanggah sangat..anda bercakap tentang skinhead yang berkaitan dengan budaya yang berunsurkn konsep jemaah,tolong menolong dan bersatu padu..tapi cuba kita lihat,skinhead melakukan semua perkara itu atas tujuan apa? jemaah mereka hanya bila nak pergi bergaduh,melepak dan sebagainya...pernahkah mereka terfikir tentang agama..begitu banyak sunnah dan ajaran yang lebih sesuai untuk kita praktikkan dalam hidup ini..kenapa nak timbulkan sesuatu yang tidak releven

    ReplyDelete
  5. Dalam pergaduhan tersebut sorang telah meninggal dunia.

    ReplyDelete
  6. ya ..btul tu...

    aku pun bercita2 spt kau!!

    ingin mmbawa imej skinhead yg positive,clean..

    biar org nmpak sket kita...


    p/s- nazi is not skinhead family

    -SHARp kedah

    ReplyDelete
  7. hey oi.....cite american history x dh lapok.......korang tngok greenstreet hooligan lgu show.....dah tngok part 1 bru pham prt 2.....i2 bru brother hood giler vavi!

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum wBt ? Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan berbanyak-banyak ribuan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang support isu ini atau unsupport isu ini... hehe.. Dont judge A book by is cover ( jangan menilai melalui gambaran luaran ).
    Okey.. lets get thru.. skin8 asal memang kontroversi dari zaman perkembangan ekonomi kapitalisme dan perindustrian eropah.Budaya ini memang sangat banyak percambahannya dari segi politik,kaum,agama,kepercayaan dan fahaman.
    Tetapi apa yang kita lihat pada hari ini adalah banyak perbezaannya dari segi-segi yang ternyata tadi.
    Apa yang ingin saya suarakan untuk menjadi seseorang individu yang sempurna adalah bermula dari HATI..
    walaupun anda bukan skinhead ataupun siapa sekali anda ingin gelarkan diri anda,hendaklah bermula dari HATI..
    Saya SkinHead Malaysia.. Saya mengakuinya dahulu sebelum saya kenal benar akan skinhead,saya memang taksub.Ingin sangat jadi skinhead seperti luar negara.Tapi apabila saya meningkat dewasa,saya mulai sedar,SkinHead adalah apa yang ada dalam diri ANDA SENDIRI ..Barulah thru skinhead bukan SkinHead Followers.. IM malaysians SkinHead who believe in my race my religion.. im muslims im working class im responsible to my family my wife parents brother sister my kids daughter and boy.. ops! sorry tercampur bahasa inglis plak..haha.. Kita manusia tidak sempurna untuk menilai sesuatu yang baik pasti buruk yang buruk mungkin akan jadi baik.. text ini adalah sesuai untuk yang betul2x waras!!! tanx oi! oi! oi! NSC

    ReplyDelete
  9. Aku bukan nazi,bukan jgak sharp. aku hanyalah pejuang hak,working class,dan seorang remaja..aku skinhead trad

    ReplyDelete
  10. skinhead,punk,rudeboy,mod,teddyboys atau yang seanreo dngnya...lets unite n fight!!!

    ReplyDelete
  11. wow! aku dah ambik serba sedikit drpd isi ni utk dijadikan penulisan aku bg menyiapkan sebuah karangan...
    keyakinan serta kepercayaan penting~ pegangan hidup juga penting...
    cuba korang tgk I/C korang!~~
    da...

    ReplyDelete
  12. Assalam...

    siga saga! =)


    artikel yang mengingatkan zaman remajaku.. ada 1 benda yang sampai sakang xleh nak tinggal, botakkan kepala.. haha

    sunnah juga membotakkan kepala..

    salam kenalan & ukhwah.. =)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...saya berminat tentang artikel2 yang anda semua jelaskan...
    saya pelajar ijazah sarjana muda seni halus,uitm perak..mengkaji tentang budaya '' skinhead'' ini...apa yang saya cari terdapat pada artikel dan ulasan anda semua...meremang bulu roma saya bila membacanya..sebenarnya terpulang pada diri kita sendiri kan..kita ada pegangan agama dan tidak salah untuk '' jadi'' skinhead..tetapi kenalah ada batas2 nya kan...kajian saya adalah untuk menghasilkan beberapa painting atau lebih dikenali sebagai lukisan..sebab saya bidang seni halus...pendekkan cerita..saya rasa tidak puas hati kenapa sesetengah masyarakat memandang serong..kmgkinan masyarakat itu tidak tahu apa itu skinhead..atau masyarakat itu hanya tahu menuduh tanpa mengetahui apa itu skinhead...jadi saya sudah pon memperolehi serba sedikit tentang usaha untuk membersih nama skinhead...terima kasih ya...assalamualaikum..

    ReplyDelete
  14. Its been a while.. maybe kome2 ni adik2 je kot bagi hakak ni.. but i read thru both write up dgn komen.. well said. The good point is, all of you or most of you ada pegangan kuat terhadap Allah SWT. Thats all matters. Uishh those days.. giggles.

    ReplyDelete
  15. Salam...sebuah nurkilan yg menarik,walaupon aku tidak berpakaian seperti skinhead lagi tetap Dalam jiwa masih skinhead...siga saga.

    ReplyDelete