Monday, September 5, 2011

KISAH-KISAH RAMADHAN

Walaupun Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita. Saya ada banyak perkara nak bercerita tentang apa yang berlaku sepanjang Ramadhan.

Bukan sedikit tetapi banyak hal yang berlaku sepanjang Ramadhan tahun ini. Bermulanya dengan perkahwinan kami pada awal bulan Julai, kemudian terus masuk bulan Ramadhan yang kurang dari sebulan.

Pertama kali berpuasa sebagai suami isteri, merupakan pengalaman paling indah buat kami.

Manakan tidak, semuanya telah disediakan isteri saya seawal jam 4.45 pagi setiap hari. Kemudian selepas  bersahur, kami solat subuh berjamaah dan kemudian bersiap-siap untuk ke tempat kerja dan belajar.


Sepanjang Ramadhan juga, isteri saya sering jatuh demam dan lemah seluruh badan. Pada awalnya saya ingat ia hanyalah symptom kepenatan bangun awal pagi. Rupa-rupanya Allah telah anugerahkan sebuah hadiah yang tak ternilai pada kami berdua. Syukur….


Sejak dari itu, kami jarang makan dirumah. Kalau tidak, kami beli makanan di bazzar dan makan bersama-sama di rumah. Terima kasih juga kepada makcik dan pakcik kami, busu dan busuman, yang selalu jemput kami datang ke rumah untuk bersahur dan berbuka bersama.

(Busu dan BusuMan)

Kadang-kadang tak dijemput pun, kami serbu juga ke rumah mereka. Senyum tetap terukir, walaupun kadang-kadang jam 11 baru sampai.

Seminggu sebelum menyambut Aidilfitri, kami sibuk mencari baju raya. Ke sana-sini, tapi akhirnya masjid india juga tempatnya.

Ramadhan tahun ini, teserempak dengan dua orang kawan lama. Seorang jumpa di bazzar Ramadhan, dan seorang jumpa di restoran Ayam Penyet. Seorang kurus, seorang semakin kembang. 

Kami terkejut melihat perubahan diri masing-masing. Paling menarik, kawan yang dulunya takut dengan polis, kini sudah bergelar anggota polis. Haha!

Ah banyak sangat nak cerita, tapi biarlah Ramadhan tahun ini pergi dengan  kerinduan. Moga, taqwa dan iman yang kita perolehi sepanjang Ramadhan dapat terus kekal dan semakin bertambah.

Moga-moga Ramadhan tahun hadapan dapat kita tempuh dan rasai…..

No comments:

Post a Comment