Hukum perlaksanaan sambutan Maulidur rasul
Oleh:YaWauSin Aljohori
Assalamualaikom…
Artikel kali ini saya akan sambung berkenaan dengan Hukum menyambut perayaan Maulidur rasul.Pada mulanya saya mahu menyatakan 3 pendapat dalam artikel kali ini,tapi bila saya memiakirkannya kembali saya rasakan dengan ruang yang tidak mengzinkan dan masa yang suntuk maka saya akan memberikan anda semua dengan pendapat ketiga iaitu pendapat golongan yang bersederhana.Iaitu tidak mengharamkan secara mutlak dan juga tidak membenarkannya secara mutlak.
Sejak kebelakangan ini ramai reformis-reformis Islam ghairah untuk berdakwah dan menegakkan islam,tapi pendekatan mereka tidak selari dengan naluri Islam itu sendiri.Lagi-lagi jika kita bangkitkan soal sambutan Maulidur Rasul,bilamana saya perkatakan ini tidaklah saya berniat untuk merendahkan semangat mereka sedangkan saya juga salah seorang dari mereka yang mahu melihat keagungan Islam kembali.Tapi kita perlu ingat dan sedar bahawa pemikiran kita mestilah tidak terlalu rigid dalam membincangkan Islam yang kadang-kadang kita bercakaran hanya dek kekhilafan diantara para ulama.Mengapa sampai begitu wahai muslimin?
Allah berfirman ,"Berpegangl ah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai" (Ali-Imran: 103)
Bila membincangkan mengenai Maulidur rasul,ramai yang beraggapan bahawa saya akan mengatakan tidak boleh atau mereka menganggap saya akan berpegang pada hujah Bin Baz ,Syeikh Utsaimin(moga Allah sentiasa merahmati ulama-ulama yang hebat ini) dan lain-lain yang mengharamkan sambutan ini.Tapi saya tidak,kerana dalam permasalahan ini,terdapat beberapa pintu untuk kita masuki dan perbincangkan perihal hal ini.
Saya suka membawakan satu komentar dari Imam Mutawalli Sha'rawi,menurut beliau[1], "Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"
Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya". Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri."
Bertitik tolak daripada hadis tersebutlah Umat Islam kini tercari-cari bagaimana cara untuk kita mengingatkan kembali Umat Islam agar mencintai Nabi SAW dan memberikan kesedaran dan kefahaman kepada Umat Islam tentang perjuangan dan pengorbanan baginda dalam menyebarkan Islam.(lagi-lagi lah dalam zaman ini yang sudah ramai yang jauh dari cahaya Iman).
Dan persoalann ini juga telah bermain didalam minda Salahudin Al-ayubi ketika umat Islam sedang berjuang keras mempertahankan diri dari serangan tentara salib Eropah, yakni dari Prancis, Jerman, dan Inggris. Kita sudah maklum bahawa zaman itu dikenali sebagai Perang Salib atau The Crusade. Pada tahun 1099 M tentara salib telah berhasil merebut
Kita menyambut Maulidur rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan ibadah tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan. Menurut Ibnu al-Hajj[3], "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awwal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan islam.
Dengan adanya sambutan Maulidur rasul maka kita akan dapat memperkenalkan muslimin siapa itu Muhamaad dan secara tak langsung kita akan membuatkan hati Muslimin tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) ,meniru akhlak nabi dan meniru segala perbuatan baginda dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya"[4]. Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh dilakukan secara bersendirian.
Dan kemudian bila kita rujuk kembali didalam sahih Bukhari berkenaan dengan Abu Lahab yang akan dihentikan siksaan kubur yang diterimanya, kerana beliau telah membebaskan hambanya, Thuwayba yang telah mengkhabarkannya kelahiran anak saudaranya, Nabi Muhammad (s.a.w). Hadith ini terdapat didalam kitab Nikah oleh Bukhari , Dan kemudian Ibnu Kathir pula membicarakannya didalam kitab-kitabnya Sirat al-Nabi Jilid 1: ms 124, Mawlid al-Nabi ms 21 dan al-Bidaya ms.272-273. Seorang hafiz (hafal al-Quran), Shamsuddin Muhammad ibn Nasiruddin ad-Dimashqi berkata[5], "Jika seorang kafir yang memang dijanjikan tempatnya di neraka dan kekal didalamnya "hancur tangan-tangannya" ; diizinkan untuk direhatkan daripada siksa kubur setiap hari Isnin kerana bergembira dengan kelahiran Ahmad, inikan pula hamba yang seluruh hidupnya bergembira dan bersyukur dengan kehadiran Ahmad dan meninggal dengan menyebut "Ahad"? Tentu lebih lagi ganjarannya”.
Boleh diperkatakan disini bahawa sambutan ini dilakukan adalah semata untuk Memperingati hari kelahiran baginda dan ia secara tidak langsung akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlaq baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.Kerana baginda adalah ikutan kita dan ia mempunyai akhlak yang mulia sepertimana Firman Allah didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4)
Dan bila kita melewati kembali sirah Nabi,antara cara Nabi mahu meningkatkan semangat juang para sahabat yang lain ialah memuji-muji diri baginda dan bercerita mengenai akhlah baginda dengan bersayembara syair.Ini telah dinyatakan oleh Al-hafiz Ibnu Kathir didalam kitabnya bahawa para Sahabat ada meriwayatkan bahawa Nabi (s.a.w) memuji nama baginda dan membaca syair mengenai diri baginda semasa peperangan Hunayn untuk membakar semangat para Sahabat dan menakutkan para musuh. Pada hari itu baginda berkata,"Aku adalah Rasulullah! Ini bukanlah dusta. Aku anak Abdul Mutalib .Rasulullah (s.a.w) sebenarnya amat bergembira dan menyenangi mereka yang memuji baginda kerana ianya merupakan perintah Allah dan baginda memberi kepada mereka apa yang Allah anugerahkan kepada baginda. Apabila kita bersama-sama berkumpul untuk mendekati Nabi (s.a.w), kita sebenarnya juga, melakukan sesuatu untuk mendekatkan diri kita kepada Allah justeru kerana mendekati Nabi (s.a.w) akan membuatkan Allah redha kepada kita.
Terdapat juga hadith riwayat Bukhari didalam al-Adab al-mufrad(bukan semua hadis didalam ini adalah sahih) dan kitab-kitab lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda,"Terdapat hikmah di dalam syair"; dan kerana itu bapa saudara Nabi (s.a.w) al-'Abbas mengarang syair memuji kelahiran Nabi (s.a.w) seperti didalam rangkap berikut:
Dikala dikau dilahirkan , bumi bersinar terang Hinggakan nyaris-nyaris pasak-pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahaya mu, Dan kami dapat terus melangkah Lantaran kerana sinar dan cahaya dan jalan yang terpimpin[6].
Sekarang kita sudah tahu mengapa sambutan ini dibenarkan dan diperbolehkan tapi kita semua kena ingat bahawa kebenaran ini bukanlah secara mutlak tapi tetap dibatasi dengan syarak.Apa yang dikatakan dengan syarak ialah kita tidak mencipta atau melakukan satu ibadah khusus ketika Sambutan itu dilaksanakan.Misalnya kita mewajibkan puasa pada Mualidur rasul atau kita diwajibkan berakikah dan sebagainya.Tapi kita lebih kepada memperingatkan kembali dan menyoroti kembali siapa itu Muhammad rasul Allah.Dan sambutan ini bukan sahaja tertakluk pada hari tertentu saja,tapi sepatutnya sambutan ini perlu dilakukan acap kali agar kita hati kita sentiasa bersama Allah dan Junjungan besar kita.Dalam majlis-majlis sambutan ini kita perlu dedahkan masyarakat tentang segala perilaku nabi dan sebagainya,dan bagi peminat sunnah dan mereka yang betul-betul bersemangat dalam menghidupkan sambutan ini maka saya galakan juga untuk berpuasa setiap hari isnin kerana hari ini adalah juga hari kesukaan baginda. Muslim menulis didalam Sahihnya, Rasulullah (s.a.w) bersabda, Aku telah dilahirkan pada hari Isnin dan pada hari yang sama juga wahyu yang pertama telah diturunkan kepadaku." Rasulullah (s.a.w) mengutamakan hari kelahiran baginda dan memuji serta bersyukur kepada Allah, dengan berpuasa pada hari tersebut (Isnin) seperti yang diriwayatkan oleh Abu Qatada didalam sebuah hadith.
Oleh itu berdasarkan pada pendapat para ulama dan dalil-dalil maka kesimpulannya sambutan ini boleh diadakan tapi ia perlu diawasi dan diperjaga agar sambutan ini tidak tercemar dengan kegiatan yang tidak membawa kepada penghayatan Sirah nabi,dan kandungan program-program juga perlu ditekankan yang berbentuk mengenali nabi.Dan saya berharap artikel ini dapat merungkai persoalan dalam minda kita semua sekian lama ini dan jadilah muslim yang berfikiran terbuka dan sentiasa berlapang dada dalam persoalan khilafiah.Dan sekall lagi saya katakan bahawa jika ada kesilapan fakta dan sebagainya,saya dengan rendah diri memohon agar para pembaca segera maklumkan pada saya.Akhir sekali “jika pemahamanku silap,aku akan menariknya semula semasa hidupku atau sesudah matiku“(imam syafie)
[1] kitabnya iaitu Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms.295)
[2] Ibid
[3] al-Madhkal (jilid 1, ms. 261)
[4] (Al-Ahzab:56)
[5] kitabnya Mawrid as-sadi fi Mawlid al-Hadi
[6] (Petikan ini tercatat didalam kitab Imam as-Suyuti, Husn al - Maqsid ms.5 dan didalam kitab Ibnu Kathir, Maulid ms.30 dan juga didalam kitab Ibnu Hajar, Fath al-Bari.)
ijtihad = menggali hukum terus daripada al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana para imam fiqh atau ahli hadis
ReplyDeleteittiba' = Berkemampuan mengetahui dalil2 para imam kemudian berpindah daripada mazhabnya kepada mazhab imam lain yang memiliki dalil lebih kuat dan pemahaman lebih jelas.
Faham istilah2 ni maka mudah untuk kita tahu seseorang tu tengah berijtihad atau berittiba'. Takdala nanti berlaku tuduh menuduh yang salah bahawa si fulan itu berijtihad dan perasan hebat sebagainya :)
wallahua'lam.