Tuesday, March 20, 2007

MUKHSIN YANG DILOLONG-LOLONGKAN DI MEDIA MASSA


MUKHSIN YANG DILOLONG-LOLONGKAN DI MEDIA MASSA

OLEH:YaWauSin

lepas habis exam midterm MA 1

Mukhsin?Ada apa dengan Mukhsin?Saya terasa teruja apabila diajak untuk menonton filem tersebut..Kenapa?Sebab saya ada satu perasaan untuk tahu apakah dan bagaimanakah Idea yang Yasmin olah untuk file ini sehinggakan filem ini mendapat 2 anugerah antarabangsa.Saya tak mahu terpengaruh dengan kritikan-kritikan yang kini sedang berputar didada-dada akhbar dewasa ini,hinggakan tersalah menilai buah tangan Yasmin kali ini.Sepet dan Gubra adalah filem yang sangat mendapat kritikan dan respon dari pelbagai pihak,malangnya saya tak berkesempatan untuk menonton habis filem tersebut kerana kebosanan dan kekeliruan saya terhadap kritikan dari FT iaitu penulis novel masa kini.Dipengaruh atau terpengaruh dengan kritikan beliau saya tak dapat pastikan tapi yang pasti kritikan beliau membuat saya sebagai seorang yang rigid,namun Alhamdulilah saya bersikap berdiam diri apabila ramai yang hangat mengkritikan filem-filem tersebut.

Bagus dan first class boleh saya katakan terhadap buah tangan terbaru Yasmin,filem ini lebih baik dari filem ‘kanak-kanak’ lucah yang diarah oleh Ahmad Idham baru-baru ini.Filem kanak-kanak lucah??Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana boleh dikatakan filem kanak-kanak dikatakan lucah?Jawab saya ‘YA’ memang lucah.Dan saya sendiri tak tahu apa motif dan objektif pengarah tersebut membikin filem tersebut,dan saya merasa hairan bagaimana orang diluar sana yang sentiasa terpekik terlolong apabila buah tangan Yasmin berada di pangung wayang tidak nampak filem lucah itu diedarkan dan kemana keghairahan mereka untuk mengkritik??

Saya menulis artikel ini bukan untuk menyokong atau mendokong karya Yasmin tapi saya rasa kritikan-kritikan sebelum ini tidak relevan dan banyak yang prejudis.Memanglah filem-filem sebelum ini ada yang boleh dipertikaikan, tapi orang-orang diluar itu hanya melihat buruknya sudu dari cantiknya pinggan.Tapi pasti ada suara-suara langau yang akan mengatakan bahawa saya ini liberal,dangkal agama,tidak relevan dan berbagai lagi yang selalu dilaung-laungkan oleh langau-langau tersebut?

Tapi sedarkah anda semua filem2 yang diarahkan Yasmin lebih kepada reality diMalaysia,nak taknak kita semua terpaksa menelan semuanya.Dan janganlah mengangap artikel ini hanya akan membincangkan kebagusan filem ini saja,tapi saya juga menyediakan buah tangan kritikan-kritikan terhadap file mini.

Walaupun filem ini bagus dari pelbagai sudut namun terdapat beberapa isu agama yang tidak patut dilupakan dan perlu diambil berat oleh pengarah ini semasa membikin filem ini.Antara yang boleh saya senaraikan ialah percintaan antara sepasang kanak-kanak yang belum kenal erti cinta sebenar.Sepatut adengan ini tidak perlu ditengahkan kerana ia akan mendatangkan lebih keburukan kepada pemikiran kanak-kanak yang baru mahu mengenal erti apa itu jantina dikalagan mereka.Jika kita tidak membendung perkara ini ia akan menjadi satu pemangkin dan pendorong keinginan mereka yang sekadar mahu tahu-tahu kepada perkara yang tidak kita inginkan.Saya tertarik dengan system perfileman Amerika Syarikat dimana mereka ada meletakkan umur had 12 tahun keatas terhadap filem-filem yang mana mereka rasa tidak sesuai.Dan saya rasa Malaysia perlu juga berbuat begitu tapi 13 tahun keatas,dan kalau ia dapat dilaksanakan maka saya akan meletakkan filem Mukshin dalam situasi itu.Dan adengan suami isteri yang bermanja mesra sambil dukung-dukung dan sebagainya bagi saya tidak apa-apa jika mahu menerapkan perihal laku tersebut keatas budaya kita dimana sukar sekali kita dapat lihat suami isteri bermanja dengam alasan ‘dah buang tebiat ker’ ‘ dah tua la’ dan berbagai lagi…Saya rasa perkataan dah buang tebiat dan bermacam lagi itu sepatutnya dimatikan dalam kamus suami isteri kerana ada satu riwayat yang sahih dimana Nabi SAW berlumba lari dengan Saiditina Aisyah. Sedangkan ketika itu umur Nabi juga sudah lewat 40-an.(hadis riwayat ahamd dan abu daud, HR Ahmad para pentakhrij Musnad Ahamd menyatakan sanadnya ini sahih,sesuai dengan keritiria Imam Bukhari dan Muslim).Itu kalau dilihat dari konteks yang ingin ditonjolkan maka memang bagus untuk membuka pemikiran masyarakat kita terutama melayu, tapi dari segi batas syariat maka ia memang perlu pengubahan dan Yasmin perlu ambil perhatian dalam masalah ini,kerana kita maklum bahawa kedua pasangan ‘suami isteri’ dalam cerita itu memang tidak ada hubungan yang halal untuk bermanja-manja begitu.Dan saya rasa persoalan-soalan itu sahaja bermain difikiran saya yang saya merasakan Yasmin perlu melakukan perubahan dan dapat ambil perhatian terhadap unsur-unsur yang berkaitann dengan Agama Islam.Dan ini hanyalah cebisan hati dan pemikiran saya yang dapat saya luahkan dalam blog peribadi saya ini,dan jika ada yang tidak bersetuju dengan artikel ini saya harap sangat pandagan anda dapat disalurkan kedalam box coment yang saya sediakan dibawah artikel ini..Dan artikel ini hanya satu buah pemikiran yang mahu mengoncangkan pemikiran masyarakat khususnya mahasiswa…sekian

12 comments:

  1. muhsin merupakan ceritera masyarkat zaman dulu,mungkin 20 - 30 tahun lepas.ianya sungguh mengadapkan kita kepada realtiti kehidupan sebenar, namun kita sendiri amat marah dgn realiti yang umpama dihidupkan semula.

    bagaimana ceritera 'cicak-man' yang hampir diagung-agungkan si seluruh malaya? ianya bukan realiti,namun mendapat sanjungan dari rata pelosok rakyat jelata.

    jelas sekali disini,kita dan masyarakat kita (malaya) sunggoh seronok sekali dihidangkan dgn makanan-makanan mimpi,dibandingkan dgn sirah sebenar masyarakat kita.kita marah sekali dgn sejarah kita,namun ianya pasti benar, benar yg terlalu kurang sopan untuk diterima.

    meluat sekali dgn revolusi yasmin,namun ianya harus diterima seadanya.mana mungkin perekaan ceritera berlaku tanpa tiang?cinta kanak2 mungkin jarang berlaku antara kita,namun ianya ada dicelah segelintir masyarakat.

    seronoknya,menyatakan tabiat burok masyarakat kita sendiri.cuba lihat antara, si 'hussin' dgn jiran sebelah si 'orked'.telalu nyata.namun ianya benar.realiti masyarakat yg tidak mampu diubah lg..sejak 20-30 tahun.

    harusnya,muhasabah kembali untuk kita tatapi bersama anak-cucu kita dikemudian hari.mungkin boleh diperbaiki lagi karenah-karenah 'hodoh' yg dipaparkan,yg harusnya benar sekali.

    filem perlu tonton tahun ini.

    ReplyDelete
  2. Moga ianya titik tolak percambahan pemikran bangsa kita...

    ReplyDelete
  3. "Saya menulis artikel ini bukan untuk menyokong atau mendokong karya Yasmin tapi saya rasa kritikan-kritikan sebelum ini tidak relevan dan banyak yang prejudis.Memanglah filem-filem sebelum ini ada yang boleh dipertikaikan, tapi orang-orang diluar itu hanya melihat buruknya sudu dari cantiknya pinggan.Tapi pasti ada suara-suara langau yang akan mengatakan bahawa saya ini liberal,dangkal agama,tidak relevan dan berbagai lagi yang selalu dilaung-laungkan oleh langau-langau tersebut?" - ibnu yusof aljohori

    Nasihat kepada ibnu yusof aljohori, "kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga laut yang dalam"

    Sebelum kamu mahu memuji dan memuja yasmin ahmad dan menjulangnya seperti seorang srikandi, saya syorkan kamu kaji terlebih dahulu siapa "yasmin ahmad" yang sebenarnya.

    Tahukah kamu bahawa yasmin ahmad yang kamu puja itu adalah seorang "LELAKI TULEN" yang telah melakukan TRANSGENDER untuk menjadikannya sebagai seorang "WANITA"?

    Tahukah kamu bahawasanya nama sebenarnya adalah ZULKIFLI AHMAD dan YASMIN itu adalah nama rekaannya semata-mata? Dan tahukah kamu kini dia sudah berkahwin dengan seorang lelaki!!

    Bagaimana mungkin seorang lelaki berkahwin dengan seorang lelaki!

    Bagaimana mungkin seorang yang celaru otaknya semenjak dari bangku sekolah dan tidak menghargai kurnia Allah kepadanya diangkat dan dipuja sedemikian rupa!

    Tidakkah kamu tahu betapa sakitnya masyarakat kita. Dan kamu adalah salah seorang manusia yang sakit itu. Kamu memuji dalam keadaan kamu jahil tentang siapakah manusia yang kamu puja itu.

    Hukum tidak menghalalkan cara. Sebaik mana pon karya Yasmin@ Zulkifli Ahmad itu, tetapi di sisi TuhanNya, dia telah melakukan dosa besar! Dosa yang telah dilakukan oleh kaum Nabi Luth!

    Perbuatan Transgender ini bukan saja diharamkan di dalam Islam, malah seluruh agama samawi di dunia ini mencela perbuatan terkutuk ini!

    Kepada Yusuf Al Johori- "Tahniah" kerana kamu telah menjadikan "Yasmin@Zulkifli" sebagai idola kamu. Mungkin saja kamu akan menganggap kata-kata saya ini seperti langau.

    "tapi orang-orang diluar itu hanya melihat buruknya sudu dari cantiknya pinggan" - Mungkin menukar jantina adalah cantik pada pandangan kamu, tetapi tidak kepada saya!

    Pujilah semahu mahunya..Syabas!

    ps- inilah akibatnya bila seseorang menulis tetapi tidak tahu apa yang ditulisnya.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kepada saudara..pertama sekali saya nak perkatakan disini bhawa,pujian saya adalah dari penilitian saya terhadap filem beliau dan kalau nak kata "kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga laut yang dalam" bagaimana pengiktirafan yang beliau dapat.OK kita masuk dalam sudut agama,kan saya ada kritik dia juga,dan bkn hanay memuji(macam lagu endon tu plak.huhu) dan dari sudut agama pulak,Adakah anda ada bukti bahawa Yasmin itu adlah lelaki dan kalau tidak ada bukti jgn hanya nak serkap jarang,Nnt termasuk dari mereka yang bersangka2 dan masuk dalam golongan merka yang menfitnah,,,Fikir2kan,,kalau sekadar membaca diitnternt tanpa tahu mana asal-usul cerita tersebut maka anda tidak mengendahkan Firman Allah supaya selidik setiap berita yg kita terima...pikir2kan lah..Dan saya masih seorang lelaki dan akan terus mnjadi lelaki kerana ini adalah Kurnian Allah yg cukup berharga bagi saya...=)..sekian

    ReplyDelete
  5. Braderr anonymous, yasmin bukan transgender, dia seorang hermaphrodite. Hanya kerana gambar internet wajahnya serupa lelaki adilkah kamu menilai dia sebagai homoseksual yang membawa budaya buruk? Tak payah punya khunsa bikin filem yang menghidangkan realiti pedas di panggung wayang, memang rakyat malaysia sudah terjebak dengan gejala tidak sihat. Tak payah susah2 cari di depan mata, buka saja youtube, nah, bukti.

    Bunyinya seperti saudara sudah melihat dengan mata kepala sendiri bahawa yasmin itu tulen lelaki. Saya sendiri tidak punya bukti yang dia khunsa, namun apa yang saya percaya, itu antara dia dengan Tuhan.

    Orang memuji Yasmin Ahmad bukan kerana dia menukar jantina dan berkahwin dengan seorang lelaki, orang memujinya bukan kerana adegan2 kurang manis dalam filemnya. Orang memuji Yasmin Ahmad kerana berjaya memecahkan revolusi filem Malaysia dengan realiti berani, dan tidak stereotype serta mampu mengangkat tataseni cara baru filem Malaysia ke mata dunia.

    Pendek kata Yasmin mendapat pujian kerana usahanya membangkitkan filem Melayu dari zaman kemunduran, serta membuka satu perspektif baru kepada audiens yang barangkali sudah bosan dengan babak nyanyian bawah pokok ala-ala bollywood.

    Kenapa tidak dikritik pengarah filem melayu lain yang sudah tentu sekali menayangkan pelakon2 seksi berkemban terjojol dada? Hmm?

    Cuba letakkan diri kamu dalam situasinya. Seorang khunsa berwajah kelelakian namun hati lembut persis wanita. Ataupun seorang jejaka kacak wajah keperempuanan berjiwa lelaki, atau, wanita feminin namun berwajah maskulin. Salahkah mereka jika mereka tidak tunjuk bukti status seksual mereka kepada dunia?
    Layakkah saudara mengkritik hanya kerana kekaburan status seksual mereka?

    Sedangkan majlis agama yang sudah pasti kepakarannya tidak punya banyak soal mengapa sibuk2 tanya sana-sini status seksual Yasmin Ahmad? Hmm?

    Lain kata, tak usahlah percaya sangat ura2 khabar angin gossip2 internet.


    ps- inilah akibatnya bila seseorang menulis tetapi tidak tahu apa yang ditulisnya.

    Nasihat kepada anonymous, "kalau kail panjang sejengkal, jangan diduga laut yang dalam"

    Assalamualaikum =]

    ReplyDelete
  6. Yang lepas, kalau tidak elok kita ambil iktibar dan pengajaran. Tapi saya terlintas setiap filem yang dihasilkan oleh Allahyarham seakan-akan perjalanan hidup beliau. Wallahu'alam

    ReplyDelete
  7. salam...

    Sudahla tu, jg diungkit ttg status jantina YA lagi.. Dia telah menghadap Ilahi, Hanya dia dan Allah sahaja yg mengetahui.. Jgn mengaibkan org yg telah tiada dan jgn menuduh org tanpa kita mengetahui secara peribadi...

    Doakan la beliau ditempatkan di sisi org2 yg bertaqwa... Amin... Alfatihah...

    ReplyDelete
  8. waaaa..~ mahasiswa ni pandai mengutuk jer ke..????!!!

    tak pernah nak tgok yg positif eh..????

    kalaw ade 1% yg postif, kenape tak tulis..????

    yg negatif tu ko canang kan..???!!!

    nnt aku bg duit kat ko, ko tlg buat filem yg setaraf dgn cite ni then kalah kan karya Y.A aku nak tgok ko mampu ke x..???!!!

    ReplyDelete
  9. saya bimbang bila menonton filem-filem arahan Yasmin. Tidak ada label lain yang boleh saya kategorikan melainkan beliau membawa fahaman Islam Liberal. Terdapat juga unsur-unsur pluralisme agama. Ia satu ancaman yang besar kepada kemurnian akidah umat Islam. Soal jantina, perkara yang tak pasti, tak payahlah dibesarkan. Tutuplah aibnya, semoga ALLAH juga menutup aib kita. Itu urusan diantara beliau & ALLAH 'disana'. Tugas kita ialah mencegah dari ia berulang dalam masyarakat kita (jika benar Yasmin asalnya lelaki).

    ReplyDelete
  10. Salam...setakat nak fitnah sapa pun boleh bro...CERITA KAT BUDAK DARJAH LIMA BOLEH LAH...
    PERCAYAKAH ENGKAU SITI NURHALIZA ITU PUN LELAKI SEBENARNYA..DIA BUAT PEMBEDAHAN...percaya tak?
    naaa...sendiri mau ingatlah beb!
    cerita saja lebey...bukti tara?????
    apa daa

    ReplyDelete
  11. Aku memang tak suka filem sepet ke, Gubra ke atau yg sehaluan dengannya. Anyway, kalau sesiapa nak sambung storyline yang sama, masukkan sekali character orang asli yang lagi teruk tak terbela tuhh! Next time buat citer anak dara orang asli bercinta dengan budak jual VCD rambut perang. Adakah cerita sepet itu ikhlas? Aku rasa tidak. Filem itu aku nampak hanya untuk membalas dendam pada bangsa sendiri secara halus dan merbahaya.

    ReplyDelete
  12. secara peribadi, sy suka dgn hasil karya arwah Yasmin Ahmad, lebih2 lagi hasil lakonan yang mantap oleh para pelakon. tidak ada sebab mengaitkan hasil karya seseorang dgn latar peribadinya. kalau hasil karya yang melanggar mana2 hukum hakam agama atau undang2, cukuplah dikritik ttg karya shj tidak perlu menghakimi sesama sendiri.
    saya sendiri tidak tahu kebenaran samada arwah adalah lelaki tulen atau sebenarnya KHUNSA.
    leave it behind biar Allah yang menentukan, cukup2 la menghakimi...buat dosa jer..nk mengata org jgn lupa diri sndiri sdg buat dosa ek..salam..

    ReplyDelete