Friday, March 2, 2007

Bagaimana ekonomi kita??

Bagaimana ekonomi kita??

Alhamdulilah hari ini pada 3 Mac 2007 saya berkesempatan untuk meluangkan masa untuk menulis tentang beberapa peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini.Dalam dua minggu ini terasa banyak betul kerja dan terasa masa singkat sangat,dengan kerja tutorial lagi ,kelas FCR,Usrah,kelas taranum dan silat dan bila tengok balik Ya Allah setiap malam straight saya ada program kena attend.Tak sedar pula,patut la balik2 saja malam ada tengok jam dah kul 11 atau 12..Ya Allah penat sungguh aku tapi aku bersyukur kerana penat aku ini tidak boleh diniliai seperti penatnya Nabi berkorban masa dan nyawa dalam menyebarkan Islam kepelusuk tanah arab ketika itu.Terima kasih ya Allah.

Sejak akhir-akhir ini ekonomi Malaysia mengalami peningkatan dalam struktur pasaran nasionla dan juga antrabangsa,ia juga dikenali sebagai BULLISH..Pada ketika ini nilai mata wang malaysia iaitu mengalami pertumbuhan sihat dengan kadaran USD 1=RM 3.40 dan mengikut ramalan pakar-pakar ekonomi,berdasarkan keadaan pasaran yang tak menentu kemungkinan ekonomi kita akan mengalami pengecutan seketika kemudian akan kembali stabil dan kemungkinan nilai mata wang kita akan meningkat selari dengan peningkatan pelaburan dari beberapa pelabur luar negara antaranya arab saudi dan kuwait.Dan kini bank-bank di negara kita semakin membesar dan mempunyai modal berbayar yang besar,ini disebabkan pembelian RHB oleh syarikat dari Kuwait dan juga penggabungan natara beberapa bank.

Selain itu pembelanjaan kerajaan juga meningkat dan seterusnya menjadikan pelaburan meningkat dengan adanya projek mega iaitu wilayah Pembangunan iskandar yang sekarang rancak dilaksanakan di Johor.Projek ini dijangkakan akan menarik ramai para pelabur untuk berlabur di Malaysia.Anrtara syarikat yang dah disahkan akan melabur dalam sektor perhotelan adalah Syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.Mengikut laporan Air Asia akan membina hotel dengan mengenakan kadar bayaran yang murah serendah Rm9.Pembangungan ini akan menghasilkan peluang pekerjaan sekitar !0000 pekerjaan dan seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat dan seterunya pendapatan perkapita Malaysia.Dan kemungkinan negara akan mengalami Inflasi yang memungkinkan harga barangan dan perrkhidmatan meningkat pada kadar lebih 3 peratus.Dan negara akan melaksanakan polisi mengenakan semua barang dengan cukai,SEMUA BARANG seperti burger diwarung2 kecil juga akan dikenakan setiap pembelian dan baiknya adalah cukai pendapat akan berkurangan namun ia seperti timbal balik dan ia tetap pada kadaran seperti sebelum2 nya...

Eh apa kena saya ini,tiba-tiba pula syok cerita pasal ekonomi..erm..sebenarnya saya berminat dalam memerhatikan kondisi ekonomi negara dari semasa ke semasa ia juga berkaitan dengan pengajian saya di Universiti ini..erm,,sekali sekala cerita pasal ekonomi seronok juga kan..saya cadangkan kepada para pembaca untuk membaca The Edge.,kerana dalam majalah tu terdapat berbagai cerita tentang pasaran sedunia lebih2 lagi malaysia.Oklah kepada yang tak tahu apa-apa pun yang saya cerita ni buat2 la faham yer...insyaAllah pada artikel seterusnya saya akan ceritakan tentang bahaya Syiah!!!mungkin ini semua akan lebih membuatkan para pembaca lebih hairan dan terkejut.(alhamdulilah sempat juga saya berchating dengan ustaz hasrizal iaitu pengedali web site saifulislam.com menyangkut masalah syaih ini)..dan munkin banyak benda akan membuatkan anda semuanya terperanjat ..tunggukan kertas kerja saya yang seterusnya....wasalam

No comments:

Post a Comment