Wahai sahabatku inilah tarbiah kita
dari sahabatmu yussamir yusof aljohori
“Apakah perkara yang perlu kita lakukan apabila kita berhujah dengan mereka yang jahil?”Adakah kita kan terus-menerus dengan hujah kita dan adakah kita akan terus dengan menyogok mereka dengan kebenaran sedangkan mereka tidak mahu menerimanya?Adakah kita masih mahu teruskan ketegangan dengan mereka?Jika kita masih berdegil untuk berhujah walaupun ia nya benar,sebenarnya kamu adalah orang yang kalah dan bodoh walaupun kamu berilmu.Sikap orang yang berilmu adalah berhenti dan berdiam diri jika menghadapi situasi berdepan dengan mereka yang jahil yang berhujah dengan emosi dan kata-kata nista.Kerana berdiam diri itu lebih baik bila berdepan dengan orang-orang begini jika kamu teruskan maka kamu akan hidupkan api yang mulanya kecil menjadi besar,bukan orang yang menyalakan sahaja akan terbakar tapi kamu turut terbakar.” Pesan ustas Ilham guru hafazan dan khat saya.Memang pesannya cukup berkesan dalam diri ini apabila menghadapi situasi diatas,saya juga merasakan berdiamnya saya adalah satu perkara yang wajar kerana saya tak mahu termasuk mereka yang terbakar.Saya juga teringat dengan satu pepatah melayu iaitu mengalah tidak semestinya kalah.Terima kasih sahabat dalam susah senang kamu semua tetap bersama saya,dan jika saya salah dan tersasar kamu membetulkan saya dan bila saya betul kamu tambah lagi kebenaran itu.Terima kasih sahabat kerana persahabatan kita atas cinta yang sama iaitu untuk mengangungkan Allah,minda ini sentiasa teringat-teringat dengan hadis nabi “Dari Abu Hurairah katanya RasullAllah bersabda “sesungguhnya Allah Taala berfirman pada hari kiamat kelak , “MANA ORANG-ORANG YANG SALING MENCINTAI KERANA KEAGUNGANKU?Hari ini Kunaungi mereka ,dimana tidak ada naungan yang lain selain naunganKU” (Hadis riwayat Muslim bab kebajikan ,silaturahin dan adab ms 207 kitab sahih muslim)
Dan saya juga teringat akan sabda nabi mengenai mereka sentiasa memaafkan orang yang berbuat jahat pada diri mereka iaitu“Dari Abu Hurairah dari RasullAllah SAW sabdanya “sedekah tidak mengurangi harta seseorang .Seseorang yang pemaaf Allah menambahkan kemuliaan baginya.Dan seorang yang tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya” (Hadis riwayat Muslim ms 217) dan dek kerana hadis diatas la saya akan InsyaAllah sentiasa memaafkan orang.Bila kita lihat trend cabar mencabar dan debat berdebat yang tidak kunjung padam saya berasa terkilan kerana tidakkah mereka sedar akan satu hadis nabi “orang Mukmin sesame orang mukmin bagaikan sebuah rumah.Satu sama lain hendaklah saling menguatkan”(hadis riawayat Muslim).Berdiamnya saya bukanlah satu perkara yang sukar dan kepada sahabat saya yang menyuruh saya menyangkal mereka-mereka ini,saya mohon maaf kerana saya takut hati ini penuh dengan rasa marah dan kebencian bila lakukan semua itu.Sahabatku tidakkah kita sama-sama mengetahui bahawa junjungan besar kita pernah berpesan pada kita melalui sunnahnya iaitu “Yang bernama hebat bukanlah orang yang banyak menjatuhkan lawannya,tetapi orang yang handal dan sejati adalah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah” (hadis riwayat Muslim).Nah!Junjungan kita telah berpesan sebegitu dan inilah jalan terbaik buat saya dan kita semua,berdiamlah sebentar tapi ingat jiwa kita pada Islam dan perjuangan kita dalam menegakkan kebenaran atas dasar cinta kita pada Allah tidak akan sesekali padam dan terdiam.Kita akan teruskan perjuangan kita dalam pelbagai medium,sama ada penulisan atau sebagainya,dan bagi saya selagi nyawa ini didalam tanganNYA ini tidak diambil selagi itu tangan ini tetap terus untuk menulis.Dan perjuangan kita tidak akan pernah padam sahabatku.Biarlah mereka-mereka mahu menghina atau perbuat apa-apa pun kerana kita sentiasa ditarbiah dengan hadis nabi “seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannay teraniya dan janganlah menghinany.Taqwa tempatnya disini!sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesame muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesame muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya”(Hadis Riwayat Muslim ms205).Dan sahabatku yang saya sangat sayangi tidak perlulah lagi kita berterusan menulis di shout box saya untuk menyangkal mereka kerana diri kita tidak ditarbiah sepertimana mereka perlakukan.Sahabatku biarlah keadaan dan masa yang dibawah kawalan Allah yang mengadilinya,teruskan perjuangan kita mencari kebenaran dan membongkar penyelewengan dan kepalsuan.Dan jangan biarkan agama Islam terus diperlekeh oleh mereka yang tidak tahu,inilah tarbiah kita wahai sahabatku.
Dan sahabatku ini pesanku yang terakhir dalam artikel ini,janganlah ada setitik pun permusuhan kita terhadap mereka ini didalam hati kita,hayatilah pesan Nabi ini sahabatku “Pintu syurga dibuka setiap hari isnin dan khamis,maka Allah akan ampuni setiap dosa hambaNYA yang tidak musyrik kecuali orang yang bermusuhan dengan saudaranya(sesama muslim).Maka dikatakan,tunggulah dahulu dua orang uni berdamai!Tunggulah kedua orang ini berdamai!Tunggulah kedua orang ini berdamai!(hadis Riwayat Muslim ms 205)…Kita ditarbiah dalam tarbiah Islam maka tunjukkanlah keagungan Islam itu melalui sikap kita wahai sahabatku,sahabatku teruskan perjuangan kita walau diri kita dihimpit dengan pelbagai dugaan dan cubaan.Tidakkah kita selalu membaca firman Allah “[2.286] Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
sekian dari sahabatmu ~~wasalam
pergh, muke aku masuk blog yus..femes nye... hehe
ReplyDeleteterharu aku bace artikel ni..terkelu sebentar.pada yus,tabahkan diri menghadapin segalanya.baru semalam Bro Lim kasi talk,bentang ayat yg same.:D
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteTahniah buat saudara ibnuyusofaljohari kerana memberikan ulasan yg cukup bernas dan kritikan dengan nada sinis yg terkawal dalam isu Stromberg.
Blog saudara sy lihat cukup lengkap dgn pelbagai bidang ilmu.Tetapi sy tahu saudara juga seorang manusia yg mempunya kelemahan.
Beristighfarlah brother.Kerana apa yg saudara buat ini bukan lagi satu perjuangan menegakkan Islam tetapi saudara sedang kalah kepada hawa nafsu.Perjuangan apakah namanya yg saudara perjuangkan sekiranya saudara tidak adil kepada diri saudara sendiri??Saudara menulis seperti sedang menjaga kepentingan peribadi dan saudara kuatkan hujah dgn ayat2 Al-Quran dan Hadith sesedap rasa.
Saya x katakan justifikasi anda salah.Tetapi anda tidak langsung berbincang atau memberi peluang kepada pihak yg saudara anggap sbg 'pemangsa',iaitu pihak Stromberg memberi penjelasan kepada masalah2 yg saudara 'timbulkan'.Antaranya isu penyelewengan dan halal/haram plan perniagaan.Sekiranya saudara pandai bermain dgn ayat suci Al-Quran dan hadith,di sini sy akn menjawab hujah2 saudara dgn logik dan bukti yg kukuh.
Sy x bermaksud utk mencari kelemahan saudara.Tp daripada hujah2 saudara,saya dapati saudara telah menunjukkan sendiri kerakusan diri saudara utk mempertahankan hujah;
1) Saudara tidak berlaku adil.Dalam artikel 'Bukti penyelewengan Syarikat ini',saudara memberikan bukti yg tidak sahih kerana hanya mendengar drpd pihak yg lain.MR RON mendakwa pihaknya sbg pengedar 'pioneer' di Malaysia.Itu mmg x dapat disangkal kerana sebelum Syarikat JNSSB di entitle sebagai 'Pengedar Tunggal' Produk Stromberg Fuel Saver bagi Asia Pasifik pada 3 September 2006,Mr Ron dan Hj Razak yg meneraju produk ini di Malaysia.Kalau anda mahukan bukti,sila hubungi sendiri Director,Dr Mazuki Bin Jusoh,X Senior Lecture MMU Melaka(0136306900) atau CEO syarikat,DR Jailani Bin Jabar(0199468185).
Sebenarnya saudara sendiri telah ditipu oleh MR Ron kerana beliau bukan lagi pengedar bagi produk Stromberg Fuel Saver sejak 2005.Di sini kita semua boleh conclude bahawa saudara seorang yg suka berprasangka,suka menimbulkan kontroversi dan mencari publisiti murahan daripada kejatuhan org lain.
2)Saudara mendakwa Ustaz Zaharuddin tidak mengiktirah dan mengesahkan status plan perniagaan Stromberg.Sy bersetuju bahawa beliau belum lagi mengiktiraf secara rasmi.Buat pengetahuan saudara,Ustaz Zaharuddin merupakan kenalan ibu saya.Ibu saya sendiri telah bertanya kepadanya secara individu.Buat pengetahuan saudara,apa yg dikatakan kesilapan di dalam Plan perniagaan JNSSB hanya pada akadnya.Ustaz mengesahkan sekiranya akad jual beli tidak dilakukan secara teliti,ia akan terbatal dan sekaligus menjatuhkan plan perniagaan ini sebagai haram.Tetapi sekiranya ia dijalankan dengan betul,maka hukumnya sah.
Satu perkara lagi,di dalam artikel,saudara hanya copy n paste perbualan x langsung antara pengunjung laman web dan ustaz Zaharuddin dalam 'shout box' yg tidak mempunyai kesimpulan.
Saya tidak tau apa motif saudara mengeluarkan lagi artikel ttg pelaburan dan membalas semula komen pembaca artikel 'Bukti penyelewengan Syarikat ini' sekiranya saudara betul2 pasti dgn hujah dan bukti yg telah saudara tunjukkan.Sy kira,saudara cuba mencari simpati pembaca dgn cara penakut dan menggunakan ayat Al-Quran dan hadith utk menegakkan hujah saudara.Sy minta Maaf sekiranya ayat2 sy ada menyinggung perasaan saudara.Saya pulangkan hadith ini kepada saudara.
"Mukmin sesama orang mukmin bagaikan sebuah rumah.Satu sama lain hendaklah saling menguatkan”(hadith riwayat Muslim)
yg benar,
Muhammad Rasyid Bin Abdul Razak
Bachelor IT(HONS)Artificial Intelligent,MMU MELAKA
rasyd85@yahoo.com
AstagfiruAllah..saya bersitigfar...
ReplyDeleteJIka benar yang diperkatakan saya akan degan rendah diri meminta maaf,,,bukanlah niat saya untk berhujah mgunakn hadis dan Quran utk menakut2kan pembaca blog saya.Demi ALlah tidak ada langsung,,.dan saya akan terus berdiam dan apa yg saudara katakan saya sudah lari dari perjuangan dakwah saya,maka saudara sudah salah dan tidak mungkin saya akan lari dari kerja saya untk cinta saya iaitu Allah,,,Hidup dan Mati utk Allah...dan saya mengalah dengan anda semua....dan kalau saudara kata saya mencar publisiti,maka saudara silap lagi.Jika saya mahu publsiti,saya sudah hantar artikel saya ini keseluruh meddia massa.dan sedarlah saudara,anda mengatakan saya bermacam2 tapi saaudara sendiri yang teruk..Dan saya suka berikan kata2 ibnu mAsud pada anda "carilah redha Allah walaupun dr tidak diredhai manusia" dan saya mncari redha Allah bukan redha manusia terutama redha anda!!!"
Alhamdulillah,sy bersyukur jika saudara telah sedar.Sy amat bersetuju dgn pendekatan saudara berdakwah melalui blog ini,cuma mungkin kerana godaan syaitan,niat saudara terpesong sedikit.Saya cuma boleh menyeru untuk saudara sedar apa yg telah saudara lakukan terhadap usaha sahabat2 lain untuk mencari keredhaan Allah seperti saudara.
ReplyDeleteFirman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud; “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”
aslamualaikom,saya rasa saudar telah tersilap..saya bukan tersedar dek kpada tekanan sudara dan kekeksalan saya menbongklar semua ini..tapi hanya sekadar utk mengalah utk merepatka kembali silaturahim..kerana itu lah prinsip seorang dai..merka akan berlepaas diri walaupun mereka sedar mereka benar..iNsyaallah lepas ini saudara tidak perlulah bertukunglumus utk menulis dan menerjah blog saya...:) sekian
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSaudara silap faham,saudara tidak membongkar tetapi saudara memperbodohkan diri saudara memberi bukti2 yg tidak kukah lantas menjatuhkan imej blog saudara yg sekian lama saudara jaga.Wallahualam
regard,
Muhammad Rasyid Bin Abdul Razak
BIT(HONS)Artificial Intelligent
MMU MELAKA
rasyd85@yahoo.com
terima kasih saya ucapkan pada saudara,,,ukhwah betul saudara ini..:)
ReplyDeletetakpaham betol dgn abg rasyd.tak abih-abih,kate niat orang terpesong,tergoda dgn syaitan.pastu kate org bodoh.
ReplyDeletelenkali pi bukak blog sendiri..leh la kutuk sesape kat sini.orang kalau nk tegur,tegur secara berhikmah dan berilmiah.ini tak,ade kate budak tu bodoh?
bawak ayat Al-quran,suruh tegur secara berhikmah,dan cara yang lebih baik,inikah yg dikatakan yang lebih baik?
eleh same je..kate org jahil dalam artikel lagi teruk.siap ramai2 lagi kena jahil dgn si yus...
ReplyDelete