Friday, March 9, 2007

RESPON KEPADA ARTIKEL PELABURAN ISLAM YANG TIDAK ISLAM

RESPON KEPADA ARTIKEL PELABURAN ISLAM YANG TIDAK ISLAM

Oleh:
YaWauSin aljohori

Alhamdulilah segala puji tuhan yang memiliki alam ini dan tiada tuhan yang dilayak disembah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.Artikel saya kali ini bukan lagi mahu menambahkan lagi ‘kepanasan’ pihak-pihak tertentu yang tidak senang dengan artikel saya yang lepas tapi lebih kepada menambah baik.Saya melihat usaha saya untuk mengoncangkan pemikiran para pelajar MMU alhamdulilah sudah nampak hasilnya sedikit walaupun ada yang masih tidak boleh digoncangkan,namun bersyukur setelah adanya artikel tersebut ramai yang mula mengkaji dan bukan lagi hanya terima bulat-bulat apa saja yang datang kepada mereka.

Dan artikel saya yang bertajuk ‘PELABURAN ISLAM YANG TIDAK ISLAM’ itu adalah cetusan dari hawa dalaman saya yang tidak mengizinkan Nama Islam dijual beli begitu sahaja.Dan ia juga mendatangkan idea yang sentiasa berimansipasi dalam minda dan hati yang tak kujum padam mahu membela Islam dari tercemar dari perkara yang tidak layak baginya.Bila Skim ini menjaja dengan slogan mahu membina ekonomi islam saya merasa cangung,kerana mereka mahu berubah tanpa merubah minda orang melayu islam itu sendiri yang mentalitinya mahu kaya tanpa usaha.Jika benar mereka mahu membangunkan ekonomi Islam sekalipun namun biarlah tanpa menjaja atau memperjudikan nama Islam itu sendiri.Saya bercakap bukan atas dasar peribadi atau popular dengan kontroversi tapi saya menulis atas dasar tidak mahu Agama Islam dilekehkan oleh orang yang tidak bertangungjawab dengan slogan2 mereka yang berlatarkan Islam.Konsep saya ini lebih kepada kaedah Feqh iaitu Sadar zaroik iaitu menutup pintu-pintu kejahatan atau keburukan

Saya bertegas dalam hal ini kerana saya tak mahu Islam ikut terpalit kedalam lembah kehinaan jika skim ini benar2 dalam kekalutan dan kesalahan dan keribaa’an.Dek kerana itu juga,non-muslim akan memandang islam itu mengajar penganutnya kepada penipuan dan sebagainya.Selagi skim ini tidak ada pengesahan yang mutlak dari badan berwajib kerajaan maka ia masih dalam keraguan.Dalam apa-apa kondisi yang mengunakan islam sebagai sandaran sepatutnya disahkan oleh JAKIM atau PERSATUAN ULAMA MALAYSIA atau MUZAKARAH MUFTI. yang mempunyai kepakaran dalam mensahkan apa-apa yang berbentuk sandaran agama Islam.

Seterusnya saya mahu menegaskan bahawa SAYA TIDAK PERNAH MENGATAKAN BAHAWA SKIM STROMBERG HARAM ATAU HALAL tapi saya lebih menjurus kepada guide line dan menceritakan perihal buruknya riba dalam mana-mana system yang menjadikan riba sebagai satu rempah dalam pelaburan mereka.Dan saya menyarankan kepada semua diluar sana,kajilah,carilah dan pertimbangkanlah segala apa yang anda mahu lakukan.Itulah gunanya akal yang diberi oleh Allah kepada sekalian manusia,maka zalimlah mereka yang tidak mahu gunakan akalnya pada tempat yang selayaknya.Dan kepada sesiapa yang merespon artikel saya didalam blog2 mereka atau web site sila-sila2 lah dan saya mmemang mengharapkan lebih ramai merespon terhadap apa yang saya utarakan.Kalau takut kepada risiko jangan bicara tentang perjuangan,perjuangan saya ialah mahu menyedarkan dan membangunkan kualiti pemikiran para mahasiswa yang masih lagi terperoosk dalam kelazatan buku-buku akademik sehingga melupakan pengetahuan diluar kampus dan buku-buku akdemik.Dan saya juga sentiasa memperjuangkan kebenaran dan memperjuangkan istilah ‘JANGAN LIHAT PADA SIAPA YANG BERKATA, TAPI LIHATLAH APA YANG DIKATAKAN’ dan saya harap rakan-rakan diluar sana kita bersama-sama berpegang tangan dan bergerak kehadapan menjadi penegak kebenaran dan pembangun bangsa yang bertamadun.

Dann saya berharap kita dapat membudayakan pemikiran sejagat yang mahukan bukti dan tidak lagi sekadar ikut-ikutan.Dimana dalam Islam mengistilahkan mereka-mereka yang mengikut membuta tuli ini ialah muqolid, Kita tidak mahu menjadi MUQALID membuta tuli dan Allah melarang perbuatan ini sepertimana firmannya “dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya,sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota2 itu tetap ditanya tentang apa yang dilakukannya” [maksud surah al-isra’ 36],.Tapi kita mahukan mahasiswa yang sentiasa mendambakan bukti dan keterangan-keterangan sebelum mengikut sesuatu atau masuk kedalam sesuatu,seperti mana firman Allah dalam surah Al-Baqarah [2.111] Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".

Dan akhir sekali saya berharap janganlah lagi menjaja nama Islam dalam perkara yang masih dalam keraguan dan saya kalau boleh dalam apa yang kita lakukan jangan lah menyandarkan nama Islam atas dasar mahu mengukuhkan kepercayaan orang terhadap perniagaan kita,kerana ini satu perbuatan yang menjelikkan,kerana tidak ada dalam sejarah Islam para sahabat maju dalam perniagaan keranan menyandarkan kepada Islam tapi semata-mata menyandarkan kepada perkhidmatan dan barangan yang berkualiti yang mereka jaul.Termasuk jugalah akhlak mereka yang mulia yang sentiasa mendapat perhatian para pelanggan mereka.Sekian wasalam.

2 comments:

  1. Salam,
    Tahniah buat saudara ibnuyusofaljohari kerana memberikan ulasan yg cukup bernas dan kritikan dengan nada sinis yg terkawal dalam isu Stromberg.

    Blog saudara sy lihat cukup lengkap dgn pelbagai bidang ilmu.Tetapi sy tahu saudara juga seorang manusia yg mempunya kelemahan.

    Beristighfarlah brother.Kerana apa yg saudara buat ini bukan lagi satu perjuangan menegakkan Islam tetapi saudara sedang kalah kepada hawa nafsu.Perjuangan apakah namanya yg saudara perjuangkan sekiranya saudara tidak adil kepada diri saudara sendiri??Saudara menulis seperti sedang menjaga kepentingan peribadi dan saudara kuatkan hujah dgn ayat2 Al-Quran dan Hadith sesedap rasa.

    Saya x katakan justifikasi anda salah.Tetapi anda tidak langsung berbincang atau memberi peluang kepada pihak yg saudara anggap sbg 'pemangsa',iaitu pihak Stromberg memberi penjelasan kepada masalah2 yg saudara 'timbulkan'.Antaranya isu penyelewengan dan halal/haram plan perniagaan.Sekiranya saudara pandai bermain dgn ayat suci Al-Quran dan hadith,di sini sy akn menjawab hujah2 saudara dgn logik dan bukti yg kukuh.

    Sy x bermaksud utk mencari kelemahan saudara.Tp daripada hujah2 saudara,saya dapati saudara telah menunjukkan sendiri kerakusan diri saudara utk mempertahankan hujah;

    1) Saudara tidak berlaku adil.Dalam artikel 'Bukti penyelewengan Syarikat ini',saudara memberikan bukti yg tidak sahih kerana hanya mendengar drpd pihak yg lain.MR RON mendakwa pihaknya sbg pengedar 'pioneer' di Malaysia.Itu mmg x dapat disangkal kerana sebelum Syarikat JNSSB di entitle sebagai 'Pengedar Tunggal' Produk Stromberg Fuel Saver bagi Asia Pasifik pada 3 September 2006,Mr Ron dan Hj Razak yg meneraju produk ini di Malaysia.Kalau anda mahukan bukti,sila hubungi sendiri Director,Dr Mazuki Bin Jusoh,X Senior Lecture MMU Melaka(0136306900) atau CEO syarikat,DR Jailani Bin Jabar(0199468185).

    Sebenarnya saudara sendiri telah ditipu oleh MR Ron kerana beliau bukan lagi pengedar bagi produk Stromberg Fuel Saver sejak 2005.Di sini kita semua boleh conclude bahawa saudara seorang yg suka berprasangka,suka menimbulkan kontroversi dan mencari publisiti murahan daripada kejatuhan org lain.

    2)Saudara mendakwa Ustaz Zaharuddin tidak mengiktirah dan mengesahkan status plan perniagaan Stromberg.Sy bersetuju bahawa beliau belum lagi mengiktiraf secara rasmi.Buat pengetahuan saudara,Ustaz Zaharuddin merupakan kenalan ibu saya.Ibu saya sendiri telah bertanya kepadanya secara individu.Buat pengetahuan saudara,apa yg dikatakan kesilapan di dalam Plan perniagaan JNSSB hanya pada akadnya.Ustaz mengesahkan sekiranya akad jual beli tidak dilakukan secara teliti,ia akan terbatal dan sekaligus menjatuhkan plan perniagaan ini sebagai haram.Tetapi sekiranya ia dijalankan dengan betul,maka hukumnya sah.

    Satu perkara lagi,di dalam artikel,saudara hanya copy n paste perbualan x langsung antara pengunjung laman web dan ustaz Zaharuddin dalam 'shout box' yg tidak mempunyai kesimpulan.

    Saya tidak tau apa motif saudara mengeluarkan lagi artikel ttg pelaburan dan membalas semula komen pembaca artikel 'Bukti penyelewengan Syarikat ini' sekiranya saudara betul2 pasti dgn hujah dan bukti yg telah saudara tunjukkan.Sy kira,saudara cuba mencari simpati pembaca dgn cara penakut dan menggunakan ayat Al-Quran dan hadith utk menegakkan hujah saudara.Sy minta Maaf sekiranya ayat2 sy ada menyinggung perasaan saudara.

    yg benar,
    Muhammad Rasyid Bin Abdul Razak
    Bachelor IT(HONS)Artificial Intelligent,MMU MELAKA
    rasyd85@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. aaa..
    salam...
    personal opinion sy, sy lbih mnyokong duit /harta yg sy dpt dri hasil titik peluh pkerjaan yg sy lakukan dgn mnggunakan anggota bdn sndiri..
    so, bab2 invest ni, bg sy mcm duk goyang kaki tnggu duit dtg mlayang je..
    aaa.. itu je la.. bab invest2 ni mcm x best je dgr..walaupn kaya cepat.. hoho..

    ReplyDelete