Thursday, March 8, 2007

Pelaburan islam yang tidak islam


Pelaburan islam yang tidak islam

oleh:
YaWauSin aljohori
cyberjaya

Kebelakangan ini heboh mengenai pelbagai bentuk pelaburan yang menjanjikan pulangan yang besar dan amat memeranjatkan.Dan saya juga tidak terkecuali didatangi mereka-mereka ini,pelbagai pujukan dan strategi mereka lakukan tapi saya tetap tidak menaruh apa-apa pada skim-skim tersebut.Sebab apa?Sebab pertama saya adalah TIDAK MASUK AKAL.Tapi saya tidak terburu-buru dalam menghukum atau memfitnah skim-skim ini kerana saya memang tak suka cara begitu tapi saya lebih suka menyiasat (macam CSI pula).Alhamdulilah semalaman saya study skim-skim ini dengan pelbagai sudut dan sumber,sama ada dari sudut syariahnya,muamalatnya dan dari sudut konvensionalnya,dan apa yang saya temui amat memeranjatkan.

Dan pada hari ini di Universiti saya akan didatangi mereka-mereka ini yang mahu mempromot skim ini atas dasar membangunkan ekonomi Islam.Aduhai malang sungguh penyataan ini dinyatakan oleh mereka yang berstatus dalam organisasi Islam.sekarang ini pelbagai usaha dijalankan agar perkara ini dihalalkan sama ada melalui organisasi-oraganisasi Islam atau mereka-mereka yang bergelar Ustaz atau ustazah.Tidakkah mereka-mereka ini pernah membaca Firman Allah :

[2.41] Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa.

Dalam membincangkan permasalahan ini,saya melihat janji-janji yang diberikan cukup memberansangkan.Antara janji yang diberikan jika masuk skim-skim ini ialah mereka-mereka yang melabur dalam skim ini mereka akan menikmati pulangan yang tetap.Misalnya pelaburan streimbergkasta*(nama skim ini terpaksa direka2 atas sebab keselamatan selepas dinasihati oleh beberapa rakan,bukannya takut utk berterus terang tapi saya kena juga menjaga keselamatan saya),mereka menjanjikan pulangan tetap iaitu jika melabur Rm 1000 maka pulangan sebanyak Rm 2000 dalam masa 8 bulan (precentage 200% pulangan setiap pembelian lot-lot ini).Ini bermakna pelaburan ini adalah tetap dan jika ini berlaku ini bukanlah pelaburan tapi riba’. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan.

Kerana Pelaburan yang diiktiraf Islam tidak dibenarkan menjamin sebarang keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja serta pihak pengurusannya tidak membuat sebarang janji untuk memberi untung itu. Dan mengikut teori keuntungan juga ialah “risk and return have direct relationship”,ini bermakna keuntungan itu bukanlah tetap tanpa ada sebarang risiko,oleh itu dalam pelaburan sebenar ialah hanya andaian bukan penetapan.Is just potential not actual.

Demikian keputusan yang disebut secara sepakat oleh ulama silam, iaitu kontrak pelaburan itu tidak sah menurut Islam. Dan semua untungnya juga tidak sah. (Rujuk Bada'i as-Sonai', Al-Kasani, 5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ; Mughni Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/44)

Manakala Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI telah membuat keputusan berikut, berikut teks fatwanya :-

إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة

Ertinya : "Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu" ( Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240)

Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut :

أن الخراج بالضمان

Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)

Masakan skim ini dibawah landasan islam jika mengandungi unsur riba’????Saya hairan bila perkara ini didalangi mreka yang beragama Islam yang tidak tahu menahu tentan sistam muamalah islam kemudian teriak sana sini mengatakan ini adalah PRODUK ORANG ISLAM..Allah sendiri menyuruh hambanya berusaha untuk mencari rezeki bukan hanya duduk diam tiba-tiba duit bertambah.Allah berfiman :

[62.10] Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Disini juga saya mahu menyenaraikan beberapa pendapat ulama dan hadis nabi mengenai Riba’.Antaranya ialah:

imam An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma' seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi" (Rujuk Al-Majmu', 9/391 )

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :

Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT" (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : " Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan" (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :

Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )

Berkata Imam Qatadah rh : " Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada" (at-Tabari, 3/72 )

Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa" ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Berkatalah Ibn Abbas r.a :

Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina dengan ibu bapa sendiri,
Nabi SAW bersabda :

Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

Perniagaan atau pelaburan dalam Islam mestilah mempunyai beberapa syarat yang perlu diikuti bagi menjamin sebarang unsur syubhat dan unsure-unsur yang boleh merosakkan akad tersbut. Antara syaratnya ialah ia:

a) Mestilah diserahkan dalam masa yang sama. Jika tidak berlakulah Riba Nasiah. Maka streimbergkasta , serah duit hari ini, dapat semula 8 bulan kemudian sebagai contoh, jelaslah ia Riba.

b) Mestilah nilai yang diberi adalah sama. Iaitu Jika beri RM 1000, pulang juga mesti RM 1000. Tetapi streimbergkasta beri RM 1000 pulang RM 2000 dalam masa 8 bulan Ini lah yang dinamakan Riba Al-Fadhl. (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Khatib Ash-Sharbini, 2/28 ; Al-Bada'I As-Sonai' , Al-Kasani, 5/183 ; Qadhaya Iqtisodiyyah Mu'asiroh, Dr Sulaiman Al-Asyqar, 2/592 )

Kedua-dua syarat ini diambil dari hadith :

الذهب بالذهب , والفضة بالفضة , والبر بالبر , والشعير بالشعير , والتمر بالتمر , والملح بالملح , مثلاً بمثل , سواء بسواء , يداً بيد , فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم

Ertinya : Emas dengan Emas ( ditukar atau diniagakan termasuk wang kertas), perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam mestilah sama timbangan dan sukatannya, dan ditukar secara terus ( pada satu masa) dan sekiranya berlainan jenis, maka berjual-belilah kamu sebagaimana yang disukai" ( Riwayat Muslim, no 4039 no hadith , 11/9 )

Dan akhir sekali saya mahu mengingatkan kepada mereka-mereka yang mengCLAIMkan skim streimbergkasta ini halal maka saya memohon jasa anda untuk membetulkan ia kembali kerena anda seperti menjual agama atas dasar kononnya mahu MEMBANGUNKAN EKONOMI ISLAM..Kerana Islam menolak konsep matlamat menghalalkan cara

الغاية تبرر الوسيلة

Ertinya : Matalamat Menghalalkan Cara

Kerana Islam memegang konsep matlamat tidak menghalalkan cara:

النية الحسنة لا تبرر الحرام

Ertinya : Niat yang baik tidak akan menghalalkan yang haram.

(Rujuk al-Halal wal Haram Fil Islam, hlm 36):

Dan kepada mereka yang masih musykil pergilah ke Jabatan Agama dan pergilah membuat pengesahan dengan badan-badan kerajaan tentang ini,Kerana skim ini bukan sahaja melibatkan pelaburan yang tak tentu arah tapi juga melibatkan kesuciaan Agama Islam dengan menyandarkan perniaagaan ini atas dasar Mudharabah dan musyarakah yang keliru dan mengandungi pelbagai jenis keraguan yang tidak ternyata.Dan saya harap penulisan ini dapat mengembalikan kembali kewarasan mereka-mereka yang menjaja skim ini kepada anak bangsa saya (saya dapat tahu ianya terbuka kepada orang melayu islam saja) agar anak bangsa saya tidak tesungkur di pintu streimbergkasta!!!!!!!

*kepada sesiapa yang terasa saya berharap tidaklah kecil hati kerana saya hanya menjalankan tugas menyampaikan apa yang saya tahu dan ia adalah benar.

Firman Allah bermaksud "dan jgnlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran sedangkan kamu mengetahuinya"(surah al-baqarah;42).

16 comments:

  1. firstly,thanx for the very informative article.

    kpd sdr Badruz Nasrin,sy dok tercari-cari gak mane quote yg mengatakan sdr Yus isytihar secara langsungnya perkara ini haram? emm,mungkin telepas baca.jgn kita terlalu zalim atau kejam dlm meletakkan sesuatu hukum.malah sy sendiri takut untuk memberi pendapat sebenarnye tentang perkara ni,sbb tak cukup ilmu.sbb org2 tua greek ckp "silent is golden".maklum la org tak berilmu.tp kalo kite nk kata halal,kite kne kemukakan secara ilmiah, bukan logik akal.begitu juga pengharaman tersebut.

    mungkin sdr Yus tak pasti dgn apa dgn perkara sebenar yg bincangkan st******* ni.tp apa yg disampaikan nye tentang pelaburan Islam tu betul.jgn melulu dgn amarah sendiri,sbb kengkadang manusia melakukan kesilapan.sbb apa?

    because we are nothing to blame the imperfection.ok?

    kalau nk bincangkan secara logik perkara ni,sy ada byk perkara nk ajak rakan2 fikir.bak kata org "points to ponder".bincang secara ilmiah,boleh kn?

    ReplyDelete
  2. salam,
    merujuk kpd abd bad ,saya rasa bukan riba yg patut kita bincangkan.kalau ikut laman web ust zaharudin ;

    [Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).]

    sekarang ini,persoalannya,perlu ke kita bayar RM500 untuk 2 set Stromberg (khususnya ; Stromberg Power Booster,yang harganya sekitar 70USD).kalau perlu,apa kita kaji balik apa yang UZAR cakap tu?

    kalau tidak perlu,saya tak ambil pusing sangat.

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah kerana usaha saya untuk menyedarkan pelajar2 mmu berfikir telah tercapai.dan saya ingin menyatakan disini SAYA TIDAK PON KELUARKAN STATEMENT MENGATAKAN SKIM INI HARAM ATAU HALAL..Cuma saya memberi guide line dalam memahami skim2 ini..dan disini saya insyaAllah saya akan memebetulkan artikel saya ni,cuma saya mula bertambah tidak yakin dalam proses pembelian bayar RM500 untuk 2 set Stromberg (khususnya ; Stromberg Power Booster,yang harganya sekitar 70USD)..Kalau saudara Diminggo yang juga sahabat saya yg saya hormati memahami konsep mudharabah dan musyarakah pasti saudara akan merasa pelik dalam hal ini..BAIKLAH kalau betul sistem ini melaksanakan sistem al-bai' bi samani ajil(belian secara ansran dan mendapat keuntungan atas jalan tersebt) itu saya setuju tapi kesetujuan saya di kalahkan kembali dalam keraguan dalam beberapa siste m skim ini..Dan saya sebanrnya merasa tidak senang apabila sistem ini mengunkan nama PPIM dan Ustaz zaharudin.Kerana dalam pengeahuan saya,ustaz zaharudin pun sama macam saya masih dalam pengkajian dan beliau sudah buat beberapa knyataan tentang em-pay dan sebagainya,Masakan ustaz zaharudin mnyokong ketika beliau sendiri belom pasti..Adakah ini satu penipuan diatas penipuan?erm...baiklah saya akan menilai kembali artikel saya,,dan saya akan kembali dengan artikel2 yang terbaru dan saya berharap kita sama2 berfikir,jgn ADA PEMIKIRAN MAHU CEPAT KAYA TANPA USAHA!!!!

    ReplyDelete
  4. dAN SAYA MENGALU2 KAN SAUDARA ANONYMOUS UTK TERUS MEMPERBINCANGKAN PERKARA INI DALAM BLOG SYA...TIADA MASALAH..DAN SAYA MULA GEMBIRA KERANA KITA SENTIASA BERFIKIR

    ReplyDelete
  5. wow...
    cool la
    im not the previous anonymous
    bincang lg benda ni pls...
    4 da sake of da truth

    - charlie -

    ReplyDelete
  6. Dalam meneliti kembali artikel saya,para pembaca sendiri rasnya dapat apa yang ingin saya sampaikan kerana apa yang saya nyatakan adalah:
    Misalnya pelaburan Stromberg,mereka menjanjikan pulangan tetap iaitu jika melabur Rm 1000 maka pulangan sebanyak Rm 2000 dalam masa 8 bulan (precentage 200% pulangan setiap pembelian lot-lot ini).Ini bermakna pelaburan ini adalah tetap dan jika ini berlaku ini bukanlah pelaburan tapi riba’.

    kalao kita lihat balik artikel ini kita akan mndapati bahawa saya hanya beri guide line bahawanya jika skim ini mengamalkan apa yg saya nytakan diatas maka ia adalah riba,dan saya langsung tak mnyatakan ia haram atau halal cuma beri guide bahawa jika ada unsur ini maka mngikut kesepakatan ulama maka ia adalah haram.dan jika tidak kenapa mahu mengentan.Jika benar2 produk ini mengunakan sisitem al-bai' bi samanil ajil maka saya menarik balik pendapat saya tadi,tapi penarikan saya telah dipatahkan oleh beberapa keraguan lagi dalam skim ini..Erm,,saya sebnrnta tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana bak kata sifoo saya(ustaz hasrizal :kalau mereka pertikai isinya, dan anta yakin isinya betul, ana cadangkan esok anta basuh kasut sekolah, kapur kasut, buat kerja rumah dan hidup macam biasa.... buat deek je...

    erm,,saya berterima kasih kepada semua yg respond dan kepada bad terutamanya,,perbincagan kita hanya berdasarkan ilmiah dan fact,,harap tidak terbawa2 ke dalam persahabatan kita..dan saya harap bad boleh baca artikel saya dalam tajuk respon....Jika benar yang dicari InsyAllah itu yg ditemui,dan jika skim ini benar dan ada kenyataan dari mana2 pihal berwajib seperti mana dalam artikel saya "respon terhadap pelaburan islam yang tidak islam' maka saya akan menarik balik dan memohon maaf..Kerana itula sikap yang saya perolehi dari Yusuf Qaradhawi dalam manhaj nya yag cukup beserderhana...Dan saya tetap merasakan bahawa usaha saya utk mengoncang pemikiran student mendapat hasilnya sedikitLebih baik ada usaha utk membangunkn pemikiran pelajar dari langsung takde usaha tersebut.Dan saya menulis bukan ikut musim kerana menulis adalah jihad saya.Saya bukan seorang penulis yang menulis jika ada isu atau musim yang hangat,itu bukan gaya penulis yg ikhlas tapi hanya sekadar mengisi ruang yang teruang..Fikir2kanlah kerana sesiapa yg mengikut tulisan saya,saya menyentuh semua perkara yang dapat membuka minda orang,Saya tertanya dimana pemikr yang memikirkan tulisan saya kali ni apabila ada isu yang lebih besar saya utarakan??semua senyap seperti angin sepintas lalu...Dan saya berharap semua faham obkejtif saya dalam menulis artikel ini.

    Dan Akhir sekali emngenai pengunaan Islam dalam konteks ini membuatkan saya terfikir adakah berniaga sambil berdakwah atau berdakwah sambil berniaga,,da jika saudara bad kata"saya tidak akan semudahnya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran kerana semua ayat dalam al quran adalah suci dan benar" maka pengunaan brsama membangunkan ekonomi islam juga patut tidak digunakan .Kerean mngikut konteks sad zaroik,,takper la,,kita berhentilah setakat ni,,kita tunggu jawapan mereka yang lebih autentik,,berkenaan dengan ustaz zaharudin saudara kata tiada lagi artikel megenai stromberg ini,tapi dimana pula artikel/kenyataan bahawa ustz zaharudin mengatakn skim ini diperbolehkan??erm,,takper la,,saudara pon rasanya lagi byk kot kontradik nyer...marilah kita berlapang dada dan moga berlapang dada kita ini akan membuka mata lebih ramai pelajar utk menilai dan mnegkaji nya....sekian

    ReplyDelete
  7. sekarang ni,bukan soal riba yang kita perbincangkan yg melibatkan s*******.kejelasan sistem nye yg menjadi persoalan.kalau kita lihat dr segi akad, sale and purchase contract form, kaedah Bai` Bithaman Ajil,kesemuanya tu mmg molek skali.begitu juga jika kita lihat sebelah sahaja sebiji buah epal.

    kalo nk makan sebiji epal,kne tengok keseluruhan epal tu.dlm Islam, bukan amik sekerat-sekerat.persoalan skang, ialah ada unsur gharar (uncertainty) dlm program ni.

    pedapat PPIM? sedangkan pendapat qardhawi pn org suke-suki je tolak.katenye,hujjah daif.kite tengok kekuatan dan kesahihan hujjah mereka.jgn berakarkan logik sahaja.

    kalau diri kita dah dari2 awal2 memikirkan keuntungan yg bakal kita dpt,jgnkan larangan kerajaan, sebarang hujjah sekali pun mmg tak lut.

    buka hati,buka minda untuk menerima pendapat org.

    pada hemat sy,sdr juan tak membahaskan kegunaan stomrberg power booster tu,beliau mungkin mempersoalkan knp perlu beli 2 set semasa pendaftaran.kalau salah btolkan sy wahai sdr juan.

    ReplyDelete
  8. im not that good
    but i think that the halal or haram depends on the way of thinking or the way people accept this thing for this issue
    the people only want to make a better life
    what do you all think especially ibnuyusof and dominggo???

    ReplyDelete
  9. im not that good
    but i think that the halal or haram depends on the way of thinking or the way people accept this thing for this issue
    the people only want to make a better life
    what do you all think especially ibnuyusof and dominggo???

    - charlie -

    ReplyDelete
  10. agree but not all i agree,because islam the way of life we should follow what ever it is,If we think the halal or haram depends on the way of thinking or the way people accept this thing for this issue i worry if have somebody taking or do crime and it will said,"i think this is good way and for me i accepted this way, because for me is ok!!"...Oh God..I hope charlie get it what i mean..thanks for ur concern and ur opinion,im very appreciate...

    ReplyDelete
  11. saya ada menjual syamil quran, rm 38 utk biasa dan Rm40 utk yg berbentuk diari. Kecil, beserta terjemah melayu, boleh dibawa kemana2, yg penting perniagaan saya halal, no doubt!! sila2...beli hehe

    ReplyDelete
  12. Berdakwah dan BerniagaMarch 10, 2007 at 8:14 AM

    Assalamualaikum,
    Saya ada menjual buku bagus karangan Ustaz Ismail Omar bertajuk Manhaj Aqidah Ahl Sunnah wa al-Jamaah. Buku setebal 517 mukasurat mengupas secara terperinci tentang aqidah ahl Sunnah dan yang paling penting disusun secara sistematik untuk memudahkan pembaca merujuk. Hanya RM30 sahaja sebuah. Seperti yang disebutkan huzaifah perniagaan saya halal, no doubt!! sila2...beli hehe.

    contact: 013-2928570

    ReplyDelete
  13. Ha bagus tu berniaga sambil berdakwah,,haiwa ya syeikh..erm..saya kenal siapa ni..huhuuhu..takpe2 jual belilah,,sila2...

    ReplyDelete
  14. i understand what u were saying
    is there something like killing for justice or whatsoever???
    hahaha...maybe u think im crazy
    this is the last comment from me for this thread
    thanks alot

    - charlie -

    ReplyDelete
  15. so k charlie..i hope u still want to go into my blogger next time

    ReplyDelete
  16. Ustaz zaharuddin comment on Jai Network

    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=453&Itemid=95

    ReplyDelete