Monday, July 23, 2007

EMPAY, HIBAH, JAINETWORK TERSENARAI?


Artikel ini saya ambil dari website Ustaz Zaharuddin,disebabkan ramai yang menggunakan beliau sebagai sokongan kepada mana2 perniagaan maka memang moleklah saya postkan tulisan beliau...Kepada yang beriya mengatakan beliau membenarkan maka fikirkanlah kembali kata-kata anda tersebut...sekadar berkongsi..


p/s:sebonarye den maleh dah nak ceghito pasal bondo ni,sebb ramai yang tak nak percayo apa yang den cakap,,,nak juga yg ustaz atau yg ada gelaran cakap baru nak terkedu, ni den post artikel ini....Bacolah eyh...


Senarai Baru Skim & Web Tak Sah..
EMPAY, HIBAH, JAINETWORK TERSENARAI?

Berikut adalah senarai dikemaskini terbaru ( pada 17 Julai 2007, sila buka http://www.sc.com.my/) semua skim dan web yang dikira bermasalah. Saya menasihatkan agar menjauhinya bagi mengelakkan maslaah dikemudian hari. Oleh kerana ia tidak dikitiraf, semua peserta akan terdedah kepada unsur gharar (ketidaktentuan) terhadap sebarang pelaburan dan modal mereka. Ini kerana jika pihak kerajaan mengambil tindakan, nasib wang modal, transaksi serta semua perjanjian yang dilakukan oleh para peserta tidak akan diketahui tidak akan diketahui. Lihat sahaja nasib peserta Swsiscash kini, malah orang kuat swiscash (CFO) yang digembar gembur bernama 'Mansfield' tidak kelihatan, yang kelihatan hadir di mahkamah adalah 3 orang berbangsa Cina. Justeru, tatkala wujudnya unsur gharar itu, Islam menegah dari melibatkan diri. Fikrikanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

18 Julai 2007

SC kemas kini senarai laman web pelaburan

PETIKAN BERITA ASAL

Laporan Magendran Rajagopal

Simpanan berjumlah RM2.5j dibeku guna peruntukan AMLA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyekat akses lapan laman web sejak 12 Jun lalu selain menyenaraikan 67 laman tidak berlesen yang mengendalikan pelaburan internet secara haram.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, berkata laman web SC juga mengemas kini maklumat mengenai syarikat dan laman web yang tidak dilesenkan di bawah undang-undang sekuriti.

"Kita juga menyelaras usaha pemantauan bersama Bank Negara dan agensi penguat kuasa lain selain menggalakkan orang ramai sentiasa menyemak latar belakang syarikat pelaburan.

"Namun, semua usaha kerajaan ini tidak bermakna sekiranya pelabur tidak bertanggungjawab atau menghiraukan amaran yang dikeluarkan. Malah ada pelabur enggan membuat laporan selepas menjadi mangsa, sekali gus menyukarkan usaha mengelakkan lebih ramai tertipu.

"Justeru, kita tidak dapat membuat anggaran jumlah kerugian penipuan pelaburan internet ini atau membanteras kegiatan mereka dengan serta merta," katanya menjawab soalan Senator Wan Ubaidah Omar.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan aduan yang diterima selain penyiasatan yang dijalankan terhadap kes tertentu, pelaburan berbeza mengikut setiap individu iaitu antara puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

Beliau berkata, setakat ini RM5.3 juta dikesan disimpan dalam akaun di negara ini menerusi pelaburan internet tidak sah dan daripada jumlah itu, SC membekukan RM2.5 juta menggunakan peruntukan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA).

Katanya, SC juga menjalankan siasatan terperinci terhadap individu dan syarikat skim pelaburan internet tidak sah tertentu dan baru-baru ini melakukan serbuan bersama Bank Negara dan polis terhadap AB Fund, sebuah syarikat yang disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit dan pelaburan tidak sah melalui internet.

Selain itu, SC memperoleh injunksi Mareva seluruh dunia terhadap individu yang terbabit dalam skim pelaburan Swisscash, antara lain menghalang mereka menjual aset masing-masing di dalam dan luar negara.

*

ABFund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)

*

Al-Arabic Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)

*

ABB Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)

*

Artemis Wealth Management

*

Asia Wallet/ASWtrader/Splitindex Inc (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#a)

*

AM Global Management (www.nypoe.com)

B

*

BHG e-investment (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#b)

*

Bidvask Investment Ltd (www.bidvask.com)

*

Buy-e-barrel (www.buyebarrel.com)

*

Brentwood Trust Company (www.brentwoodtrust.com)

*

Belton Market ( www.betonmarkets.com )

C

*

Cambridge Capital Trading

(http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#c, www.dubaiex.com) * (Press Release)

*

Capital Enhancement Club/ CEC

*

CB.IRAQ

*

Capital Glory Holdings Ltd

*

Cfdventures

*

Colonyinvest

D

*

Data Saham (www.datasaham.com)

*

Dragon Gold Sdn Bhd / Dr Iain Gray

*

Duit Wayang

*

Dana Futures (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#d)

*

Dana Modal (www.angelfire.com/journal2/danamodal)

*

Debenture Petal Trust

E

*

Eaindex

*

Empay

*

eUK Gold (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

*

Eubond.com (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

*

Eduit2u.com (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

*

E-suisse Fund (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

*

Euro America Index (www.eaindex.com)

*

E-Barrel (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#e)

F

*

Fical (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#f / http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#f)

G

*

GC Group Asset Management

*

Good Credit Asset Management

*

Goldmill Wagner Ltd / GWA Worldwide (www.goldmillwagner.com)

*

Global Investment Network System (http://ginsystem.com)

H

*

Hibah Funds

*

Hollinger Newcastle Limited

I

*

IPC Shopping Services Sdn Bhd/Empay (http://www.sc.com.my/eng/html/licensing/investors/Alert_list.html#i)

J

*

Jai Network System Sdn Bhd



3 comments:

  1. assalamualaikum saudara penulis blog yg cerdik pandai.

    syarikat yg disenaraikan oleh sc adalah JAINETWORK SDN BHD..BUKAN JAINETWORK SYSTEM SDN BHD.

    penulisan yg salah juga boleh dikira sebagai penyebaran fitnah.
    dalam islam dosa memfitnah lebih dasyat dari dosa membunuh.jadi saya nasihatkan saudara agar selidik dahulu sedalam2 nya baru menjatuhkan hukum.
    jangan kerana posting2 saudara di blog ini turut menyumbang kpd konspirasi menjatuhkan perjuangan rakan2 seagama.

    SEKIAN, WASSALAM

    ReplyDelete
  2. aslamualaikom,,kepada saudara/i yang tidak dikenali dan disayangi,,cuba saudara/i baca balik petikan dari SC tu,,,sama ada jainetwork.sdn.bhd ke jainetwork system sdn.bhd,,,sama ada saya yang rabun ke awak yang rabun :) ...saya sarankan baca lagi sekali artikel itu yer....baca lagi sekali..
    dsini saya beri link:
    http://zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=547&Itemid=95

    ReplyDelete
  3. siapa la yang mahu melakukan konspirasi???heheheh tidak ada masa.. :)

    ReplyDelete