Kewajipan kita terus berdakwah tanpa ada titik notah..
“Aku dah tak larat la nak nasihatkan mamat tu lagi,letih aku dibuatnya”….Keluh rakan saya semasa kami duduk didalam halaqah sementara menunggu Syeikh Almandili di Babu Salam bagi mendengar kuliah maghrib beliau.
“Haih Said,takkan dah mengalah?”soal aku hairan dengan sikap rakan aku kali ini,selalunya dia beriya-iya dalam hal nasihat menasihati ini…Aku hairan…..
Begitulah keadaan dai’e- dai’e muda dewasa ini,bukanlah pukul rata semuanya begitu tapi itulah reality yang saya pernah hadapi dan situasi itu masih saya dengari.Termanggu dan hairan,kalaulah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat bersikap demikian ketika di hambat keseksaan yang diperbuat oleh kaum mereka sudah pasti Sinar Islam tidak akan sampai ke tanah melayu dan saya pun tidak akan merasa betapa manisnya Islam itu.SubhanaAllah segala puji bagiNYA yang menghadiahkan hambanya seorang Manusia yang bergelar Muhammad..Muhammad yang terpuji……
Allah menciptakan manusia dimuka bumi adalah untuk menjadi khalifah dan tugas sebagai khalifah adalah besar.Khalifah telah dibebani dengan satu tugas yang cukup besar iaitu memperbaiki dirinya kearah kebaikan dan juga MEMPERBAIKI ORANG LAIN..Memikul dakwah untuk memperbaiki orang lain.
Menyorot Firman Allah yang bermaksud:
[103.1] Demi Masa!
[103.2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[103.3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(surah al-asr)
Berdasarkan kepada Ayat Quran ini dapatlah kita mengambil pengajaran daripadanya,iaitu syarat untuk manusia beroleh kejayaan ialah sentiasa berpesan kepada orang lain dengan kebenaran dan kesabaran. Tidak cukup dengan amal soleh bahkan Allah memberikan syarat iaitu perlu berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran.Kesabaran dan sentiasa mengatakan yang benar walau pahit adalah key point yang ingin saya bawakan dalam artikel kali ini.Ramai rakan-rakan saya yang dahulunya hangat dengan aktiviti dakwah kini semuanya runtuh dibalik kekecewaan dan ketidaksabaran mereka untuk melihat madu’nya untuk berubah menjadi malaikat.Masakan untuk mendidik seseorang hanya mengambil masa setahun atau dua tahun,tidak!!!ia perlu mengambil masa dan perlu istiqomah dalam hal ini.Lihat sahaja Nabi Muhammad,selama 23 tahun beliau dan para sahabat membawa Islam barulah Islam dapat dikembangkan dengan terang-terangan.
Dakwah bukan lah kerja yang mudah yang boleh kita lihat hasilnya dengan sekelip mata.Perkara ini telah disebutkan Allah didalam Quran yang maksudnya:
[73.5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
Dakwah adalah perkerjaan yang amat berat dan ia sendiri telah dinyatakan Allah didalam ayat diatas.Dan kini pada zaman yang serba macam ini lagilah dugaan dan cabarannya lagi berat,manusia berpaling dari agama,mengejar dunia,hiburan haram merata-rata,banyaknya rintangan dan dugaan dalam menyebarkan kebenaran dan banyaknya perkara yang mengajak kepada kejahatan dan kerosakkan.
Saya ingin memetik kata-kata Syeikh Alamah Dr Yusuf Al-qaradhawi(untuk mengenali beliau boleh ke blog http://muridqaradhawi.blogspot.com) didalam artikel beliau yang bertajuk kewajipan generasi muda islam hari ini,beliau berkata “dari sini tanggungjawab ini semakin bertambah berat atas ahli dakwah,engkau akan mendapati rintangan-rintangan itu sehingga dalam rumah-rumah mu sendiri,mungkin engkau mendapati ayahmu,saudaramu,sahabat-sahabatmu atau manusia yang lebih dekat darimu yang akan menghalangmu dan mengatakan kepadamu: “mengapa engkau berbuat demikian?Mahukah engkau dipenjara?mahukah engkau ditangkap?mahukah engkau diseksa?mahukah engkau begini dan begitu??
Perkara yang Syekh Qaradhawi katakana itu memang benar dan perkara ini sendiri telah dinyatakan oleh Nabi Muhammad iaitu orang yang berpegang atas agamanya bagaikan orang yang mengengam bara api.Betapa beratnya untuk menghapi ini semua,tapi Allah menjanjikan pertolonganNYA dan nabi Muhammad telah bersabda “Kamu mendapati pertolongan atas kebaikan dan mereka tidak akan mendapat pertolongan atas kebaikan”
Berdasarkan ini lah kita sepatutnya tidak gentar dan lesu dalam mengajak manusia kejalan Islam sekalipun mendapat tentangan dan cubaan dari pelbagai sudut.
Bergembiralah orang-orang yang sentiasa menyeru kearah Islam kerana Allah memuji mereka didalam surah Fusilat:
[41.33] Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
Ayuh sahabatku,janganlah cepat kau kecewa dan lemah semangat dalam agenda ini kerana Dakwah adalah tugas yang cukup mulia kerana ia adalah tugas para nabi,dakwah adalah kewajipan bagi generasi muda mudi pada zaman ini..Jangan biarkan lelahan-lelahan itu membuatkan kamu terus jauh dari Dakwah,jangan larikan dirimu kerana islam memerlukan Mu..Mereka diluar
Akhir sekali marilah kita menghayati maksud Firman Allah ini:
[30.4] Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira -
[30.5] Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
[30.6] Demikian dijanjikan Allah. Allah tidak pernah mengubah janjiNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
dakwah is our priority...
ReplyDeleteitu saya pegang..namun sy perlu cari kekuatan sbb kdg2 sy takut utk nahi munkar..amar ma'aruf tu insyaAllah...
saudaraku..
saya mintak izin utk petik petikan ini utk dimuatkn dlm blog komuniti sekolah sy...
syukran 'alaik..