Zuhud itu bukan yang benar...
*alhamdulilah dapat juga saya menyiapkan artikel utnk minggu ini...
Dahulu ketika saya dibangku sekolah saya telah dibajai dengan satu pemikiran yang salah tentang makna zuhud oleh ustaz saya.(menceritakan perihal ini bukanlah saya tidak mengenang jasa ustaz saya disekolah rendah dahulu,tapi sekadar memberi peringatan kepada semua).Zuhud yang saya tahu ketika itu adalah seorang muslim yang berjubah koyak sana koyak sini,berjanggut dan berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat untuk berdakwah,tidak berkerja hanya mengharap belas ehsan,tidak terurus dari segi penampilan,tidak mahukan dunia,hanya ada sehelai baju ,beribadah sepanjang masa dan serba serbi kedaifan.
Begitu lah gambaran yang saya dapat ketika itu,dan ia juga ditambah dengan unsur-unsur magis ataupun karamah seperti berjalan diatas air dan sebagainya.Siapa yang tidak takjub dengan cerita-cerita begitu pada umur seawal 11 tahun,dan ia memang sudah dijangka ramai yang terpengaruh dengan cerita-cerita begitu.Sehinggakan pada awal tahun2003 saya ada ternampak ada sebuah buku yang menceritakan tentang kekeramatan orang-orang zuhud ini tanpa ada sandaran dalil yang sahih.Saya gamam.....
Bukan cara begitu islam mahu diperkenalkan atau diperomosikan,
Islam adalah agama yang mengatur kehidupan dunia dan akhirat,memperhatikan persoalan masyarakat dan mengindahkan jasmani dan rohani.Islam menekan persoalan rohani dan jasmani,bukan hanya ditumpukan pada persoalan rohani semata-mata seperti para rahib iaitu mengharamkan dunia keatas diri mereka.Tidak!!Islam tidak inginkan begitu.
Allah sendiri telah menyatakan dengan tegasnya berkenaan hal ini “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.’’ (sura al-araf 31-32)
Dengan adanya ayat diatas,ada sesiapa lagi yang layak dan berani untuk mengharamkan perhiasan dan rezeki yang baik untuk manusia??Pasti saja tiada sesiapa yang berani untuk melakukannya......
Tubuh badan kita ada haknya tersendiri terhadap diri kita, dan ia selari dengan Sabda nabi “Sesungguhnya tubuhmu ada hak’’,.Apabila badan terasa sakit maka kita berikan ubat,bila kita lapar kita berikan makanan,apabila kotor kita bersihkan,dan apabila badan penat maka kita rehatkan dan banyak lagi hak-hak yang perlu kita perhatikan terhadap tubuh badan kita sendiri.
Saya ingin memetik beberapa perkara yang diutarakan oleh Syeikh Yusuf al-qardhawi berkenaan dengan hak tubuh badan.Syeikh membahagikannya kepada 2 dimensi atau bahagian:
Bahagian pertama adalah kesihatan dan kebebesan dari serangan penyakit.Menurut beliau seseaorang harus bertubuh sihat sepertimana sabda Nabi SAW “Barangsiapa beriman dalam dirinya ,sihat tubuh badannya,maka ia membawa bekalan hari ini.Dunia dan segala sisinya seakan-akan jadi miliknya’’.(HR Bukhari dalam adabul-mufrad dan at-tirmidzi menyatakan hadis ini tergolong hassan gharib.Selain itu hadis ini juga diriwayatkanoleh Ibnu majah dari Abdullah bin Muhsan al-kuthami r.a dan disebutkan dalam sahih hami’ sogir no 6042.Untuk perjelasan lanjut sila baca Buku Syeikh Qardhawi didalam kitabnya Al-muntaqamin kitab at-targhib wa tarhib)
Atas sandaran ini jugalah Islam mensyariatkan kebersihan didalam semua keadaan,sama ada ada ketika mahu bersolat,tempat solat,suci dari hadas dan pelbagai lagi.
Saya tertarik dengan tulisan Syeikh Sayid Abu Hasan Ali Al-Husni An-Nadwi tentang rasa kepelikan dan ketidaksenangan dia terhadap para rahib dalam hal kerbersihan ini.Menurut beliau semasa zaman pertengahan para rahib di Eropah mendekatkan diri dengan tuhan dalam keadaan kotor,dan memang sengaja mengotorkan diri kerana bermaksud ZUHUD.Maka ada sesetengah dari mereka berasa bangga kerana tidak pernah membersihkan diri dan menempelak mereka yang kerap mandi dengan mengatakan “Sungguh amat disayangkan sekali,orang-orang sebelum kita sepanjang hidup tidak pernah menyentuh air,tapi dizaman ini ramai orang-orang yang masuk bilik air untuk mandi’’
Seterusnya Qardawi juga ada membangkitkan soal mengenai beribadah hinggakan kelarut malam dan membahayakan diri.Bukannya tidak boleh,tapi perlulah bersederhana,tidak melampau-lampau hinggkan lupa pada makan dan sebagainya sehingga mendatangkan kemudaratan.Firman Allah “dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan’’.(al-baqarah 194).
Dan Nabi SAW juga pernah bersabda “Sesungguhnya tubuhmu ada hak keatas kamu(berisitirahat).Matamu ada hak keatas kamu(untuk tidur).Keluargamu ada hak keatas kamu(untuk mendapatkan kasih sayang).Dan orang-orang yang datang berkunjung juga mempunyai hak keatas kamu (untuk mendapat penghormatan).’’(sahih).
Perkara kedua ialah ketangkasan dan kemampuan bergerak cepat.Sehendaknya tubuh badan kita perlulah tangkas dan baik agar mampu menunaikan semua kewajiban sama ada kewajiban agamaa mahupun untuk kepentingan dunia.Misalannya mampu untuk bergerak ke tempat bekerja dan menunaikan solat di masjid.
Nabi SAW adalah seorang yang tangkas dan kuat,ini dapat dibuktikan dengan satu riwayat berkenaan dengan kehebatan Nabi menewaskan seorang pahlawan yang bernama Rukanah.Manakala didalam kalangan para sahabat,mereka semua mahir dalam berkuda dan melempar panah.
Salah seorang sahabat dari kalangan wanita ada yang melihat beberapa pemuda sedang berjalan mengheret kaki seakan-akan berat.Kemudian wanita itu berkata “siapakah gerangan pemuda-pemuda itu?’’ Maka yang lain menjawab “ Mereka ahli ibadah’’.Mendengar sahaja jawapan itu,wanita itu terus berkata “Ah!Umar saja berjalan dengan tangkas dan cepat,kalau berbicara pula sangatlah jelas,dan kalau memukul amatlah sakit,padahal Umar adalah ahli ibadah yang sebenar-benarnya’’.
Oleh itu Islam juga amat menitik beratkan perihal ketangkasan dan kemahiran,Tidak hanya utk beribadah tetapi ia juga merangkumi perihal mencari hak dunia.Oleh itu barulah saya sedar,bahawa zuhud yang selama ini saya mengerti dan kethui adalah menyimpang dari landasan islam yang sebenar...
KepadaMU aku terus bersandar.........sekian
No comments:
Post a Comment