BERUBAH MANHAJ ILMU
*pada minggu ni saya tidak sempat untuk meuulis artikel terbaru,kerana sibuk dengan pogress ‚pembikinan semula’ blog ini...hayatilah artikel yang bermanfaat ini dari
Dalam soal ilmu, isunya berbangkit juga.
Ketika saya tiba di Jordan, saya tidak Salaf, tidak juga Khalaf. Hanya insan biasa.. seperti kebiasaan yang ada.
Saya dan rakan-rakan menadah kitab mengaji Syarah Ibn Aqil dan Kutaib Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah setiap hari selepas subuh. Di peringkat itu, saya mengukuhkan kefahaman saya tentang apa yang telah saya pelajari semasa di Malaysia. Mengemaskan hujah-hujah dan cara berfikir sebagai seorang Khalaf.
Tetapi walaupun ketika itu saya kira saya seorang yang selesa dengan manhaj Khalaf, syukur Alhamdulillah saya tidak mencaci Salaf. Saya tidak bernafsu besar membongkar dan mengumpul hujah bagi menentang lawan, kerana semasa saya mendalami manhaj Khalaf, saya mendalaminya kerana mahu menyembah Allah, bukan kerana mahu menyembelih Ibn Taimiyah.
Walaupun saya amat kasih dan cinta kepada guru yang mendidik saya itu, ia tidak sampai saya mengikat diri kepada peribadinya. Penghormatan dan kasih sayang saya kepada Ustaz Ahmad al-Kaf adalah setinggi-tinggi kasih sayang seorang murid kepada gurunya.
Bersama Ustaz Ahmad al-Kaf di sebelah kiri saya
Sebab itulah, apabila Ustaz Ahmad al-Kaf menegur kemungkaran segelintir pelajar dan mereka mahu membelasah beliau, saya tidak teragak-agak bersama rakan yang lain untuk mempertahankan Ustaz Ahmad al-Kaf, walaupun terpaksa mengangkutnya lari di malam hari.
Tetapi proses pengajian itu berterusan. Selepas satu demi satu subjek di universiti diambil, dan atas keterbukaan diri yang saya syukuri, saya memberanikan diri mengkaji pula aliran Salaf.
Saya percaya, isu ini sensitif. Maka untuk mengkaji dan memahami tentang seseorang atau sesuatu topik, maka jangan mulakan kajian dengan membaca komen penyokong atau komen musuh. Pergi kepada hasil kerjanya sendiri.
Apabila saya mahu memahami tentang Ibn Taimiyah, saya mulakan dengan meneliti kitab-kitab karangan Ibn Taimiyah. Bermula dengan kitab sekecil Ubudiyyah, hinggalah kepada Minhaj al-Sunnah, saya bertemu dengan Aqidah, Ibadah, dan Akhlak yang sejahtera. Memang ada satu dua tempat yang keras dan kasar, tetapi apabila terkenangkan ganasnya jiran-jiran Arab di sekeliling rumah saya, maka saya boleh berusaha memahami dan bertolak ansur pada pendekatan Ibn Taimiyah kepada manusia di zamannya. Pendekatan tidak jadi masalah, tetapi fakta yang dikaji untuk jadi penentu.
Semasa kita kecil, kita mungkin berdendam sehari dua apabila ayah mencubit kita yang bermain hujan. Tetapi semasa kita menjadi ayah, tanpa sedar kita melakukan perkara yang sama semasa anak kita bermain hujan. Ia soal pendekatan… lain zaman, lain caranya, lain umur, lain kaedahnya.
Saya tidak membaca kitab-kitab musuh Muhammad bin Abdul Wahhab atau kitab-kitab pemuja dan pemujinya. Tetapi saya pergi kepada kitab yang dikarang oleh Muhammad bin Abdul Wahhab sendiri.
Alhamdulillah, saya boleh bertenang.
Apabila saya semakin selesa (saya tidak guna istilah ’saya rasa semakin betul’) dengan manhaj Salaf, saya menoleh ke belakang dan Alhamdulillah jika saya mahu beralih manhaj, saya tidak ada luggage yang terbeban di dalam sirah hidup. Maka saya berubah dengan tenang. Kasih sayang saya kepada guru-guru yang mendidik manhaj Khalaf, tidak terusik walaupun sedikit. Malah saya dapat memahami apa yang mereka fikirkan dan saya berubah tanpa perlu bermuka-muka.
SALAFI VERSI CELUPAR, KHALAFI VERSI ‘LASER’
Tiba-tiba dirinya tersedar bahawa dia telah terlalu banyak melukakan orang. Dan dengan pertimbangan yang sungguh tidak rasional, dia menyalahkan manhaj Salafnya itu sebagai punca dirinya berlaku buruk. Dia berubah menjadi Khalaf tetapi dengan lidah yang terpaksa ditajamkan, menyerang golongan Salaf dengan cara yang tidak berhikmah, demi untuk menjustifikasikan perubahan dirinya. Ramai sungguh x-Salafi yang saya temui sedemikian rupa.
Begitu juga bagi yang Khalaf…
Sebab itulah saya pesan, selagi kita masih hidup, selama itu jugalah kita akan menempuh perubahan. Sama ada berubah ilmu, berubah sikap, berubah gaya, apa sahaja… Itu fitrah namanya. Apakah segala-gala yang saya putuskan hari ini sudah muktamad? Mungkin ya, mungkin tidak. Andai ada lagi perubahan yang mahu dibuat, saya menyediakan diri untuknya, di jalan abdi saya kepada-Nya.
Ketika membaca kisah hidup Imam Syafi’e, Abu al-Hasan al-Ashaari, malah terutamanya riwayat hidup Abu Hamid al-Ghazzali, mereka menempuh pelbagai peringkat perubahan diri dan manhaj… sesuai dengan challenge vs. response.
Maka lapangkanlah jalan di liku-liku usia agar perubahan diri tidak dikhianati.
MENGUBAH SIKAP TERHADAP SESAMA KUMPULAN ISLAM
Mungkin atas sifir yang sama, mereka yang agar senior di dalam PAS, IRC dan ABIM sukar untuk mencari damai. Dalam hal ini juga manusia itu boleh berubah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Sebab itulah jangan kita terlalu mencederakan lawan. Sampai satu masa, kita mungkin perlu berubah. Mungkin tidak mengubah jemaah, tetapi mengubah sikap terhadap sesama jemaah.
Sudah binasa umat kita dimakan hedonisma dan maksiat yang menggila. Kezaliman makin melampau, dan setiap kita lemah untuk pergi ke medan sendirian. Di peringkat kepimpinan, kesedaran telah ada untuk saling bekerjasama. Tetapi di peringkat yang lain, sukar benar untuk kita berlapang dada.
Mengapa?
Kerana semasa kita di kumpulan A, kita sangat rakus mencederakan kumpulan B dan C. Semasa kita di kumpulan B, kita membina kejayaan dengan memijak dan mengkhianati kumpulan A dan C. Maka kita telah menyulitkan perubahan.
Apabila tiba masa kita bekerjasama, kita sukar berlapang dada. Kerana luggage kita berat dengan perbuatan silam.
Maka bagi generasi amilin Islam yang baru, bersederhanalah…
Izinkan diri untuk menempuh perubahan dari satu usia ke satu usia, kerana ia sebahagian dari proses kematangan Bani Insan.
No comments:
Post a Comment