Sunday, December 30, 2007

tahun baru


Selamat tahun baru 2008


Terima kasih saya ucapkan, kepada semua para pembaca Paradigma sepanjang tahun 2007.Moga persahabatan maya kita semua berterusan,dan menjadi lebih kukuh pada masa hadapan.
Saya dengan rendah diri,memohon maaf jika ada silap dan salah sepanjang saya berkarya di blog ini.


Dari Abu Hurairah dari RasullAllah (saw) sabdanya:

“sedekah tidak mengurangi harta seseorang .Seseorang yang pemaaf Allah menambahkan kemuliaan baginya.Dan seorang yang tawaduk kepada Allah maka Allah akan menaikkan darjatnya” (Hadis riwayat Muslim)



Moga kita terus bersaudara,dan saling menasihat-nasihati antara satu sama lain.Jika saya tersilap jalan,maka sudi-sudilah membetulkan langkah saya,jika saya benar maka bantulah saya untuk menyebar kebenaran itu.Moga hadith di bawah ini memberi kekuatan pada kita semua.


“seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesama muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya”(Hadis Riwayat Muslim)



Moga Allah terus memberi kekuatan dan umur yang panjang kepada saya,agar dapat terus menulis dan berbakti kepada agama Islam.
Salam ukhwah dan selamat tahun baru….


Al-faqir ilaAllah,
Yussamir Yusof
“Kerana memberi kita merasai”


-------------------------------------------------------------------------------------------

Dibawah ini saya pautkan juga hukum menyambut sambutan tahun baru dari Ustaz Zaharuddin:

Adapun, menyambut tahun baru Masehi (yang dikira menurut awal kelahiran Nabi Isa as), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat. Syarat-syaratnya seperti berikut :-


* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam keagamaan, maka saya masih merasakan HARUSNYA kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.



Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat "

ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)



* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali di Kelantan atau dalam sebuah Negara yang pemimpin dan rakyatnya mempunyai ilmu agama yang baik. Justeru, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.



* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).



* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.



Saturday, December 29, 2007

Nabi Muhammad saw


Letak atau tak letak SAW?

Yussamir Yusof
Cyberjaya
30 Disember 2007



Perletakkan perkataan SAW atau seumpanya selepas nama Nabi Muhammad (SAW) secara tradisinya memang dilaksanakan oleh para ulama sejak dahulu lagi.Persoalannya yang saya ingin bangkitkan adalah,adakah apabila kita membaca buku dan terdapat nama Nabi Muhammad (SAW) kita sebagai Umatnya sekadar membisu dan meneruskan pembacaan yang selanjutnya?



Jangan bakhil dan sombong

Kalau kita lihat dari konteks ini,sememangnya saya juga secara peribadi tidak bersetuju tidak meletakkan perkataan SAW selepas nama Nabi Muhammad (SAW).Nabi Muhammad (SAW) saban kali mengingatkan umatnya, agar tidak menjadi orang yang bakhil kerana tidak berselawat keatas baginda.


Dari Hussein bin Ali ra. bin Abi Thalib bahawa Nabi (SAW) bersabda:

البخيل الذي من ذكرت عنده فلم يصل عليَّ

"Orang yang bakhil adalah mereka yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu"(Hadith Riwayat al-Tirmidzi, dikelaskan sahih oleh didalam Irwa' al-Ghaleel)



Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi (SAW) bersabda :

رغِم أنفُ رجلٍ ذُكرتُ عنده فلم يصلِّ عليَّ

"Semoga digosokan hidungnya dengan debu bagi lelaki yang di peringatkan aku disisinya akan tetapi tidak berselawat diatasKu"(Hadith Riwayat al-Tirmidzi, dikelaskan sahih didalam Irwa' al-Ghaleel)



Banyak lagi hadith yang menunjukkan, tentang peri pentingnya kita berselawat keatas nabi Muhammad (SAW).Anjuran dari hadith-hadith ini sebenarnya bukanlah satu beban kepada kita,malahan ia membawa kebaikan kepada mereka yang berselawat.Kebaikan yang dimaksudkan ialah,ganjaran pahala yang dijanjikan kepada mereka yang berselawat ke atas Nabi Muhammad (SAW).


Dari Abu Hurairah ra. bahawa Nabi (SAW) bersabda :

من صلى عليَّ واحدة صلى الله عليه بها عشراً

"Barangsiapa yang berselawat keatasKu 1 kali, Allah akan berselawat keatasnya 10 kali"(hadith sahih riwayat Muslim)



Peroleh syafaat

Selain daripada mendapat ganjaran pahala,dengan berselawat juga kita akan mendapat syafaat dari Nabi Muhammad (SAW) di akhirat kelak dan diampunkan dosa.Perkara ini telah dijelaskan oleh baginda sendiri dalam satu hadith:


Dari Ibn Mas'ud ra., telah bersabda Nabi (SAW):

أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم علي صلاة

"Manusia yang utama di sisiku pada hari Kiamat adalah yang paling banyak berselawat keatasKu" (Hadith Riwayat Ibn Hibban, al-Tirmidzi dan beliau(Tirmidzi) mengatakan bahawa hadith ini Hasan Gharib)


selain daripada hadith di atas,terdapat juga hadith ini:

من صلى على حين يصبح عشرا و حين يمسي عشرا أدركته شفاعتي يوم القيامة

“Sesiapayang bersalawat keatas-Ku pada waktu pagi dan petang sepuluh kali,akan memperolehi syafaatku di akhirat kelak”(Hadith ini dinilai Hasan dalam Sahih wa dhaif jami’ wa saghir)




Diampunkan dosa oleh Allah:

Dari Anas bin Malik,Nabi Muhammad(SAW) berkata:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحَطَّ عَنْهُ عَشْرَ خَطِيئَاتٍ

“Sesiapa yang berselawat keatas-Ku sekali,maka Allah akan berselawat keatasnya sepuluh kali dan mengampunkan sepuluh kesalahannya”(HR Ahmad,dalam Musnad Ahmad)




Keutamaan

Keutamaan berselawat ini dikukuhkan lagi, dengan perintah Allah terhadap Malaikat dan orang-orang yang beriman agar berselawat keatas Nabi (SAW) sebagaimana firman Allah swt :

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. "(surah al-Ahzab : 56)



Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Bazz,matan Mufti Am Arab Saudi,beliau berkata:

"Bahawa berselawat keatas Nabi (SAW)merupakan perkara yang disyariatkan didalam tashahud dalam solat, didalam Khutbah, ucapan , doa, istighfar, selepas Azan, ketika masuk masjid, ketika keluar dari masjid, berzikir dengan berselawat ditempat-tempat lain, memastikan buku-buku ditulis namanya, atau pengarang, atau dalam risalah, artikel atau seumpamanya, dan disyariatkan menulis penuh sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah"(Majmu' Fataawa bin Baaz, (cetakan Dar al-Watan, 1416H) 1/445)



Akhir kata, sebagai umat islam yang mengaku tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah,maka letaklah perkataan SAW atau seumpamanya selepas menulis nama Nabi Muhammad(saw).Walaubagaimanapun,ini hanya sebuah pandangan yang dhaif dan tidak semestinya diterima bulat-bulat,oleh itu fikir-fikirlah.

WaAllahualam.


Thursday, December 27, 2007

periksa



Doakan saya tenang dan sukses!

Oleh:Yussamir yusof
Cyberjaya


Minggu depan saya akan menduduki peperiksaan akhir semesta,untuk semesta 5 tahun dua saya.Moga semuanya berjalan lancar dan sukses!
Entri kali ini tak banyak yang nak ditulis,sekadar ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua pelajar MMU.


Multimedia University EXAM SLIP

Student ID : 0000000 Name : YUSSAMIR BIN YUSOF

Trimester : 2 Session : 2007/2008

Degree : Bachelor of Accounting (Honours)

Branch : MMU - CYBERJAYA

Faculty : FOM

Course ID

Course Title

Hour

Date

Venue

Seat No

Time

BEL1017

E-COMMERCE

3

31/12/07

MPH

122

9.00 AM

BHR2037

HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

3

02/01/08

MPH

141

9.00 AM

BAC2067

PUBLIC SECTOR ACCOUNTING

3

05/01/08

MPH

173

9.00 AM

Renungan untuk minggu ini:

Janganlah kita menderhaka kepada kedua ibu-bapa kita.Drama “Janji seorang anak” yang sebentar tadi saya tonton,benar-benar menginsafkan.Moga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah.


Beberapa dalil dari Quran tentang keutamaan ibu dan ayah:

  1. "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa..”(An-Nisa:36)

  1. "Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa..”(Al-An’am:151)

  1. “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”(Al-Isra’ :23)


Manakala dari Hadith:

  1. “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”(HR Tirmidzi-Sahih)

  1. Abi Bakrah ra berkata,Nabi Muhammad (saw) pernah bertanya 3 kali: "Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?"Maka para sahabat menjawab: "Sudah tentu Ya Rasullullah(saw)" Kemudian menjelaskan: “Syirik kepada Allah,derhaka kepada ibubapa(perawi menerangkan bahawa bagindan ketika itu duduk sambil bersandar,lalu menyambung) dan sumpah yang palsu”(HR Bukhari)

  1. “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian menderhaka kepada ibu,meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup.Dan Allah membenci kalian menyebarkan gossip(berita angin),banyak bertanya dan mensia-siakan harta”(HR Bukhari)

Namun begitu, Ketaatan itu tidak mutlak.Taat hanya pada perkara yang dibenarkan oleh Syarak sahaja,jika ia telah melanggar syara’ dan memasuki fasa kemaksiatan maka menafikan ketaatan itu.


Berdasarkan Firman Allah :

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik”


Kesimpulannya,bukti sudah jelas,bahawa Allah meredhai ibubapa dan Nabi Muhammad benar-benar menyanjungi ibubapa.Adakah kita masih mahu beralasan untuk tidak berbakti dan mentaati mereka?Fikir-fikirkanlah,dan muhasabah diri kita.Tanyakan pada diri kita,adakah kita sentiasa mengingati mereka?Adakah kita terasa membazir menelefon mereka,dan lebih berkepentingan untuk menelefon orang lain selain dari ibubapa.Anda sahaja yang tahu jawapannya….

Monday, December 24, 2007

CinTA


Keserasian Cinta dari kaca mata Islam dan Henry A.Bowman yang sudah melepasi 1400 tahun lalu

Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya
25 december 2007

Kita sering bercerita tentang cinta,dan ia sudah tidak pasti lekang di bibir remaja yang meningkat dewasa.Namun sebenarnya,kita sendiri tidak memahami erti cinta yang sebenar.Bila ditanya apa itu cinta?Pelbagai jawapan yang akan diberi,dan berbeza-beza mengikut kefahaman orang yang ditanya.


"When two people love each other, nothing is more imperative and delightful than giving." - Guy de Maupassant


Menurut Henry A. Bowman dalam buku Marriage for Moderns (1960),cinta berbeza dari satu orang ke satu orang yang lain.Mustahil untuk sama pengertiannya,makna cinta berbeza berdasarkan latar belakang dan juga zaman yang dilalui oleh seseorang.Kepelbagaian ini disebabkan,tidak ada keseragaman dalam memaknakan Cinta!Cinta terlalu subjektif,bukan objektif.Manusia akan bingung apabila cuba menetapkan erti cinta,sebab cinta tidak boleh dipaksa-paksa maknanya.Makna cinta berevolusi mengikut masa,tempat,latar belakang keluarga dan pelbagai lagi.


Cinta dirasai melalui perasaan kemudian difahami melalui akal.

Cinta bukan hanya berdasarkan perasaan,ia perlu dikawal melalui akal yang sihat.Teori yang diterokai oleh Bowman ini amat selari dengan roh islami.Perasaan perlu dikawal oleh akal yang dinaungi dengan wahyu Allah dan juga Sunnah Nabi.Apabila perasaan sudah dikawal dengan kedua-duanya,maka cinta yang diperolehi melalui perasaan beroleh keberkatan.

Di dalam sebuah hadits shahih diceritakan kisah seseorang wanita yang bernama Barirah yang mana suaminya yang bernama Mughits selalu mengikutinya dari belakang setelah mereka bercerai, maka Rasulullah ShallallaHu ‘alaiHi wa sallam berkata kepada Abbas,

Wahai Abbas, tidakkah engkau takjub terhadap cintanya Mughits kepada Barirah dan kebencian Barirah kepada Mughits ?”[1]

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah kemudian menjelaskan dalam Mukhtashar Raudhatul Muhibbin bahawa Rasulullah ShallallaHu ‘alayHi wa sallam tidak melarang tumbuhnya cinta Mughits yang membara di dalam keadaan seperti itu. Ini kerana, cinta merupakan sesuatu yang tidak boleh dibendung dan ia bukan merupakan inisiatif diri sendiri.Namun,ia perlu dikawal berdasarkan akal yang sihat dtunjangi dengan nilai-nilai Islami.


Cinta memerlukan proses

Bowman menolak isitlah cinta pandang pertama.Bagi beliau,hadirnya cinta dalam diri seseorang memerlukan proses yang berperingkat.Menurut beliau lagi,tidak mungkin cinta sejati akan terbina tanpa mengetahui dengan mendalam tetang si dia.Latar belakang,keluarga,perangainya,dan serba serbi tentang si dia yang dicintai perlu diketahui.Cinta bukanlah suatu perkara remeh dan boleh dibuat main-main,kerana destinasi akhir cinta adalah perkahwinan.

Begitu juga dengan konsep Islam yang berperingkat-peringkat dalam hal cinta.Merisik,bertunang dan kemudian berkahwin.Dalam setiap peringkat ini,kedua-dua pasangan dibenarkan mengetahui latar belakang masing-masing.Sama ada sekufu atau tidak,ada kecacatan atau tidak,bersedia atau tidak dan semuanya adalah persediaan sebelum bergelar suami isteri.Setiap proses ini pula,dibatasi dengan kaedah-kaedah syarak,seperti tidak boleh berdua,perlunya mahram apabila berjumpa dan kebiasaannya si lelaki akan berkunjung ke rumah keluarga si wanita.Membuktikan bahawa,benar cinta perlu melalui pelbagai proses sebelum dapat disatukan dalam perkahwinan.

“Wahai Rasulullah, kepala saya tidak dapat bertemu dengan kepala Tsabit buat selama-lamanya. Saya menyingkap ruang kamar, dan melihatnya bersiap-siap. Ternyata dia sangat hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan sangat buruk wajahnya....”[2]

*Hadis yang memberi petunjuk tentang bolehnya kita merisik sebelum berkahwin.




Cinta untuk bersama dirasai bukan menguasai.

Ramai yang melakukan kesilapan ketika bercinta.Sikap terlalu mengongkong pasangan ataupun terlalu mengalah, sehingga pasangan pijak kepala adalah konsep yang salah.Konsep sebenar adalah give and take ataupun menang-menang.Sama rata,masing-masing tahu peranan dan tangungjawab yang perlu digalas.Namun bila kita berperasaan untuk menguasai pasangan kita (mengongkong aktiviti hariannya, mengatur pakaian,makanan dan sebagainya) ataupun melulu mengalah(tidak menegur kesilapan, tidak kisah apabila dibuli,tidak ada perasaan cemburu) , itu bermakna kita belum bersedia untuk bercinta.



Cinta yang bermotivasi

Barangkali ungkapan “mandi tidak basah,tidur tidak lena,makan tidak kenyang” ini perlu dibuang jauh-jauh,walaupun ia warisan melayu.Cinta bukan untuk menghancurkan diri manusia,tetapi ia membawa motivasi dalam diri setiap pasangan yang bercinta.Merancang masa depan dengan teliti,bersungguh dalam mencari rezeki,serta bersikap positif dalam apa jua yang dilakukan.Seharusnya nilai-nilai yang positif yang perlu diserlahkan apabila bercinta.



Cinta tidak menghilangkan masalah


Ada orang kata,apabila bercinta semua masalah boleh hilang sebab hati senang.Tapi yang nyatanya ialah,cinta memberi kita dorongan dan kekuatan untuk menghadapi masalah.Kita akan lebih ada kekuatan untuk mengatasi segala masalah bersama pasangan kita.Lihat sahaja bagaimana Nabi Muhammad dapat menghadapi masalah dengan tenang,apabila Saiditina Aisyah difitnah orang kaum musyrikin.Peristiwa ini menjadi sebab ayat Quran ayat 11 dari surah An-nur diwahyukan kepada Nabi Muhammad,dikenali sebagai asbabul Nuzul.


Maksud Ayat:

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahwa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka mendapat balasan dari dosa yang dikerjakannya. Dan siapa di antara mereka yang mengambil bahagian yang terbesar dalam penyiaran berita bohong itu baginya azab yang besar.


Berita bohong ini mengenai isteri Rasulullah s.a.w. 'Aisyah r.a. Ummul Mu'minin, setelah perang dengan Bani Mushtaliq bulan Sya'ban 5 H. Perperangan ini diikuti oleh kaum munafik, dan turut diikuti 'Aisyah dengan Nabi berdasarkan undian yang dilakukan antara isteri-isteri beliau. Dalam perjalanan mereka pulang dari peperangan, mereka berhenti di suatu tempat. 'Aisyah keluar dari tempat duduknya(semacam tempat tandu) untuk suatu keperluan, kemudian ke tempatnya semula. Tiba-tiba rantainya hilang, lalu dia pergi lagi mencari. Ketika dia sedang asyik mencari, rombongannya berangkat pulang dengan menyangka bahwa 'Aisyah masih ada dalam tandu. Setelah 'Aisyah mengetahui, tandunya sudah berangkat,dia duduk di tempatnya dan mengharapkan rombongan itu akan kembali menjemputnya. Kebetulan, lewat ditempat itu seorang sahabat Nabi, Shafwan ibnu Mu'aththal, sahabat tersebut terlihat seseorang sedang tidur sendirian dan dia terkejut kemudian mengucapkan: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un, isteri Rasul!" 'Aisyah terbangun. Lalu dia dipelawa oleh Shafwan menaiki untanya. Syafwan berjalan menuntun unta sehingga sampai mereka tiba di Madinah. Orang-orang yang melihat mereka bercakap-cakap menurut pendapat masing-masing. Mulailah timbul desas-desus. Kemudian kaum munafik membesar- besarkannya, maka fitnahan atas 'Aisyah r.a. itupun bertambah luas, sehingga menimbulkan kegoncangan di kalangan kaum muslimin.Maka turunlah ayat ini.




Cinta bukan tertumpu pada batang tubuh pasangan

Jika cinta kita bukan hanya terbatas pada kecantikan atau kegebuan pasangan kita,tetapi cinta itu meliputi segala aspek.Jika aspek fizikal sahaja yang diutamakan,maka cinta itu bukanlah cinta yang sebenar,kerana cinta itu didasarkan pada hawa nafsu semata!Sebab itu Nabi mengajar umatnya, apabila ingin memilih pasangan pilihlah agamanya dulu.Kemudian barulah diikuti dengan keturunan kecantikan dan harta.



Sekadar gambar hiasan

Direkodkan dari Abu Hurairah r.a., dia berkata: Rasulullah bersabda:
“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karena kedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Direkodkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))



Cinta tidak buta

Cinta sama sekali tidak buta.Orang yang bercinta akan memandang semua sisi kekasihnya.Sama ada buruk atau baik,dia akan tetap menerimanya.Saling mengamalkan sikap toleransi dan sentiasa bersangka baik terhadap pasangannya.Orang yang bercinta atas dasar agama,keburukan yang ada pada pasangannya akan dibaiki dan diperelokkan.Kebaikan pasangannya pula,akan disulami dengan kebaikan yang ada pada dirinya.Namun,kalau cinta didasari nafsu,keburukan pasangan tidak diendahkan namun akan meninggalkannya setelah puas memenuhi tuntutan nafsu!Itu sebab,cinta kerana agama adalah cinta terbaik.

Siapa yang ingin merasakan lazatnya iman maka cintailah seseorang hanya karena Allah(HR Muslim)




Cinta memperhatikan kelansungan hubungan

Orang yang bercinta akan mengambil berat akan hubungan dengan kekasihnya.Seboleh mungkin, dia akan cuba mengelak perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungannya.Orang yang bercinta,akan lakukan apa saja untuk menggembirakan pasangannya.Kerana dia sedar,apabila dia memberi dia juga akan merasai kegembiraan tersebut.

Cuba anda fikirkan sejenak,mengapa seorang bapa sanggup menghadiahkan sesuatu yang berharga pada anaknya?Kerana bapa gembira melihat anaknya gembira dengan pemberiannya.Dia berasa puas sebab dapat menyenangkan orang yang dia sayangi.Begitu jugalah dengan pasangan yang sedang bercinta..

Sesungguhnya orang ramai berusaha untuk memberi hadiah kepada Rasulullah s.a.w ketika baginda s.a.w berada di rumah Aisyah. Mereka berbuat demikian untuk mendapatkan keredaan Rasulullah s.a.w (Hadis direkodkan Muslim)




Cinta berani melakukan perkara yang tidak disukai

Selain berusaha untuk mengembirakan kekasihnya,orang yang bercinta akan sanggup melakukan perkara yang tidak disukainya.Misalnya,kalau pasangannya tidak suka untuk berjumpa sebelum berkahwin, pada saat itu juga dia memang teringin sangat nak berjumpa,namun disebabkan ketidakmahuan pasangannya itu dia sanggup melupakan hasrat tersebut.Seharusnya,sikap begitulah yang perlu ada dalam setiap pasangan yang bercinta.




“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(An-Nur: 32).


Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka, dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (Hadis Riwayat Ahmad 2: 251, Nasa'i, Tirmidzi, Ibnu Majah hadis No. 2518,
dan Hakim)


[1] (HR Bukhari).

[2] HR Bukhari dan Nasa’i

Sunday, December 23, 2007

Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi



Moga kekasihku terus dibawah jagaan Allah

Oleh:Yussamir Yusof
Cyberjaya.




Air mataku mengalir bila memandang dia terbaring menangung sakit.Hatiku meronta-ronta mahu ke sana,biar pun dia tidak mengenaliku.Mahu sahaja aku ke sana memeluk dan menjaganya sehingga dia pulih sediakala.Air mata tidak henti-henti,bila mengetahui dia masih memerah otak menggerakkan jari untuk menyemak manuskrip kitab terbarunya walaupun dalam kesakitan.Aku tidak henti-henti mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya.Pilu hati ini tidak tertahan-tahan,apabila menatap wajahnya di komputerku,membaca karyanya dan mendengar khutbahnya.


Ya Allah,berikanlah dia kekuatan,kesihatan dan umur yang panjang.Ya Allah,hiburkanlah dia dengan ganjaran-ganjaran Mu di akhirat sana.Kau redhailah dia,kau ampunilah dia dan kau peliharalah dia dari fitnah dunia dan akhirat.

Ya Allah,betapa aku sayang padanya walau aku tidak pernah ketemu.Betapa aku mencintai dan teringin untuk menjadi sepertinya malahan mahu menandingi dia.Walau cinta ku pada –Mu dan Muhammad melebihi segalanya,namun cinta pada pewaris Nabi juga adalah salah satu cinta yang ada padaku.


Ya Allah…makbulkan doaku,agar Al-Imam Yusuf Al-Qardhawi cepat sembuh dan dapat terus berbakti pada agama-Mu.Tak bisa aku lihat dia terbaring kesakitan.Jadikanlah kesakitan itu sebagai penambah iman dan taqwa dia pada-Mu ya Allah.Moga cintaku dapat dirasai oleh dia,walau aku dan dia tak pernah bertemu.Moga kekasihku itu terus dibawah jagaan-Mu ya Allah……….

#untuk membaca lebih lanjut berita tentang kesihatan Ulama besar ini sila ke QARDHAWI

Wednesday, December 19, 2007

Eid Al-Adha


By:Yussamir Yusof


Eid Al-Adhha is the "feast of sacrifice" and is celebrated from the tenth through the thirteenth days of Zul-Hijjah, the twelfth month of the Muslim calendar. This marks the anniverary of Abraham's attempt to sacrifice his son Ishmael on God's. At this time special prayers are said either in mosques or in fields designated for that purpose.

It is during this time of the year that people generally make the Haj, or the pilgrimage to Mecca. Whether on the Haj or at home, people celebrating this begin the first day with sacrificing an animal as a commemoration of the Angel Gabriel providing Abraham with a lamb as a substitute. An animal sacrifice in Arabic is called Zabiha or Qurban. In the Islamic context an animal sacrifice referred to as Zabiha meaning sacrifice as a ritual, is offered only in Eid al-adha. The sacrificial animal may be a lamb, a sheep, a goat, a camel or a cow. The animal must be healthy and conscious.

Qurbani is an Islamic prescription for the affluent to share their good fortune with the needy in the community. On the occasion of Eid ul Adhaa, affluent Muslims all over the world perform the Sunnah of Prophet Ibrahim (Abraham), by sacrificing a goat or sheep. The meat is then divided into three equal parts. One part is retained by the person who performs the Qurbani. The second is given to his relatives. The third part is distributed to the poor. The Muslims say that this has nothing to do with blood and gore,Allah said in Quran 22:37:

“It is neither their meat nor their blood that reaches Allah, but it is Taqwa from you that reaches Him”

The sacrifice is done to help the poor, and in remembrance of Prophet Abraham's willingness to sacrifice his son Ishmael at God's command. This allegiance showed by Prophet Ibrahim (PBUH) to Allah, is now lacking between the government and the governed, between the people and the Almighty Allah, and between families as well.
Relationships between families are devoid of this type of trust between Prophet Ibrahim and his family. May the fruits of obedience and trust, which the Eid ul Adha teaches, prevail and continue after celebrating this blessed day.

*Saya tinggalkan anda dengan artikel ini selama seminggu.Saya balik cuti raya!!Yey!!

Monday, December 17, 2007

IU D'Cherating



IU D’Cherating- Allah yang menentukan

Oleh:Yussamir Yusof
Cyber, 2007-12-17

Tajuk artikel kali ini, sebenarnya menyimpan maksudnya yang tersendiri.Bagi ahli-ahli IU yang mengikuti program rehlah kali ini,pasti akan tersenyum dan tak kurang juga yang ketawa terbahak-bahak.Peristiwa,didatangi seorang lelaki misteri yang terkinja-kinja di waktu dinihari,sambil bercakap-cakap macam orang gila membuatkan kami terus digamati dengan gelak tawa.Peristiwa itu terus di bawa sehingga ke malam kebudayaan program.Melucukan!

Program Usrah kali ini,di rancang dan dilaksanakan dengan baik oleh Biro Kebudayaan,kesenian dan rekriasi(KKR).Dibantu anak-anak buah yang cukup bertenaga dan kreatif,membuatkan program ini cukup bermakna bagi kami semua.Saya secara peribadi,mengkagumi dan berbangga dengan gerak kerja yang dilakukan oleh semua ajk Program kali ini.Tidak lupa juga,semua Tanzim-tanzim yang sudi melapangkan masa dan tenaga untuk menjadi Fasilitator dan peserta program.




Kronologi IU D’Cherating

10.30 malam

Bertolak dari MMU.Seramai 37 orang mengikuti program ini,termasuk 2 orang pemandu dan 5 orang pegawai pengiring.(Abg Zaki dan anaknya,Abg Lan dan Isteri,Abg Rey dan isteri,Ustaz Toha dan Isteri).


11.10 malam

Berhenti di Stesyen Minyak Pertronas.

Saya pening dan perut memulas(muntah-muntah).Semua ini disebabkan ketidakstabilan cecair didalam telinga,dek kerana terlantun-lantun ketika duduk di kerusi bahagian belakang bas.~hehehe.

Setelah muntah-muntah dan makan ubat yang dibeli oleh Ifwan(terima kasih Ifwan,ketua biro Da’wah dan Tarbiah).Penulis terus tertidur di sebelah Khalid(ketua biro Kebajikan,terima kasih sebab pinjamkan bahu untuk penulis bersandar! :D).

Perjalanan diteruskan~


1.30 pagi

Tiba di R&R Temerloh.Keadaan gelap kerana sumber elektrik diberhentikan bagi mengelakkan dari litar pintas berlaku.Namun ada beberapa kedai yang masih buka,hanya berbekalkan lilin.Alhamdulilah,ada juga tempat nak minum-minum.Minum air teh halia,orang-orang tua kata bagus untuk buang angin dalam badan.~hehehe,,habislah bau busuk nanti dalam bas!

Sessi berteka-teki berlansung dengan hangat!Masing-masing meneka-neki.Teka-teki yang paling lucu ialah pasal Syafiq-Mazlan!~heehhehe

“Ada seorang ini,nama dia syafiq-mazlan.Dia boleh lompat dari tingkat satu ke tingkat 3,dari tingkat tiga ke tingkat satu tanpa ada sebarang kecerdaan.Korang hairan tak?macam mana dia boleh buat macam tu?” Teka Izuan setiausaha agung Iu pada semua.Adik-adik junior semua tercegang-cegang,termasuk jugalah tanzim-tanzim yang terpejam-pejam mata mencari jawapan.

“Sebab dia ada kuasa macam spiderman” Jawab seorang junior ini.

“Salah” Jawab Izuan.

“Dia guna sihir”

“Dia memang terer la”

“Dia guna tali”

Semua jawapan yang diberi salah!

Setelah semua tak dapat menjawab teka-teki itu,Izuan pun memberi jawapan kepada teka-teki tersebut.

“Jawapan dia ialah,Syafiq Mazlan tu burung.Sebab itu lah dia boleh lompat dari tingkat satu ke tingkat tiga,dari tingkat tiga ke tingkat satu!”

HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAH!!!!!Semua gelak terbahak-bahak.Memang tak sangka jawapan teka-teki itu Syafiq Mazlan itu burung!

Penulis juga ketawa tak henti-henti!Dah nama teka-teki,tak semestinya kena logik!Hahaha!Sebenarnya,selain dari menghabiskan masa dengan berteka-teki,ia adalah antara penyumbang kepada penghubung antara para tanzim dan ahli-ahli usrah yang lain.Kami bergelak tawa bersama,berkongsi cerita dan pelbagai lagi.Seronok!


4.30 pagi

Tiba di Cherating.Menginap di Ranting Resort.Peristiwa Lelaki Sarawak!
Masing menuju ke bilik chalet.Satu bilik memuatkan 6 orang.Penulis satu bilik dengan Fakhru(President IU,Naim(Ketua Biro Informasi dan Publisiti(BIP),Izuan(setiausaha Agung IU),Zack,Ifwan(ketua biro da’wah dan tarbiah(BDT)),


6.10 pagi

Solat Subuh berjamaah.Kemudian para fasilitator berkumpul di dewan untuk membincangkan aturcara program yang akan bermula jam 9.30 pagi nanti.


9.30 pagi

Berkumpul di tepi pantai.
Aktiviti pertama,bola penawar.
Aktiviti kedua Istana Takeshi.

Aktiviti dijalankan sehingga jam 11.30 pagi.


1.30 petang

Solat Zuhur berjamaah.


2.00 petang

Aktiviti ketiga kebanyakkan semuanya berkisar tentang kerjasama dan ukhwah.


6.00 petang

Aktiviti bebas.Mandi-manda laut.


7.20 petang

Solat maghrib berjamaah.
Berbincang tentang aktiviti seterusnya iaitu IU Fantasia.
Penulis bersama-sama dengan kumpulan budak-budak nakal,mempersembahkan sketsa 60 minit bersama Menteri.~hehehehe...


8.40 malam

Makan malam.BBQ


10.00 malam

Program tamat dan masing-masing balik ke bilik.Rehat dan tidur.



Keesokkan hari,Ahad bersamaan dengan 16 December 2007

9 pagi

Sessi bergambar.

Dan ucapan dari Ketua program dan President bagi menutup program rehlah D’Cherating.


10.30 pagi

Bertolak ke tempat penetasan pemuliharaan telur penyu.


1.00 tengahari

Singgah ke Masjid Geliga,untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar(jamak) secara berjamaah.


1.30 tengahari

Singgah di tempat membeli belah.Kawasan ini banyak menjual keropok lekor,satar,cenderahati dan bermacam-macam lagi.


4.00 petang

Bertolak balik ke MMU.


8.40 malam

Tiba di MMU!



Tahiah dan kelainan

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.Erm..Pasti ada yang tertanya kenapa tak banyak pengisian yang dibuat dalam program ini.Selalunya kalau dah nama Institusi Usrah,pasti pengisian rohani seperti kuliah subuh,qiamulail dan sebagainya dilaksanakan.Tapi kenapa kesemua aktiviti luar yang dijalankan Insititusi Usrah Cyber tak macam tu?

Persoalan sebegini memang selalu diutarakan kepada Hicom IU Cyber.Memang benar,kami tak banyak mengisi program dengan kuliah dan sebagainya.Kenapa?
Mudah saja,setiap organisasi tidak akan sama,ia berbeza mengikut apa yang organisasi itu alami dan rasai.Kami tak merasai,bahawa program yang didalamnya terdapat pengisian seperti Qiamulail,kuliah subuh dan sebagainya sesuai dilaksanakan di Cyber.Kami menyedari hakikat itu,tapi kami tidak menolak aktiviti seperti itu.Cuma kami mencari altenatif lain,untuk menyampaikan isi-isi yang terdapat dalam kuliah subuh,qiamulail dan sebagaiya melalui aktiviti-aktiviti luar yang lebih santai.

Misalnya pengisian mengenai AKIDAH ISLAMIAH,yang menjadi tunjang kepada Muslim.Kami sampaikan melalui aktiviti luar yang bernama ISTANA TAKESHI.



Mari kita lihat segnifikannya aktiviti ini.

Melalui aktiviti ini,para peserta akan diarahkan untuk membina sebuah binaan.Tidak kiralah,sama ada mahu membina rumah,masjid ,atau sebagainya.Yang penting BINAAN!!

Dalam setiap kumpulan akan terdapat seorang fasilitator,tugas fasilitator adalah membantu dan memusnahkan binaan.Kemudian setelah siap binaan yang dibina,setiap kumpulan perlu menerangkan konsep binaan yang dibuat kepada fasiltitator.Kemudian Fasilitator, akan menilainya dari segi kekukuhan tapak binaan tersebut,idea reka bentuk,sistem keselamatan ada atau tidak dan sebagainya.Kemudian akhir sekali ketua fasilitator akan menerangkan tujuan program ini.


Segnifikannya.

Kekuhan tapak binaan adalah majazi(misalan) kepada akidah muslim.Untuk membina sebuah binaan,tapak adalah asas kepada pembinaan tersebut.Jika tapaknya kukuh,maka binaan itu akan terus membangun dan menjadi satu binaan yang hebat dan sempurna.
Sistem keselamatan yang dibina di sekeliling binaan,mengambarkan muslim perlu mengambil berat akan keselamatan akidah mereka.Jika tidak dijaga akidah dari dicemari unsur-unsur luar,maka dengan mudahnya akidah muslim itu akan goyah.


Seterusnya,fasilitator yang bersama setiap kumpulan,digambarkan sebagai duri dalam daging ataupun unsur-unsur dalaman yang mencemarkan akidah muslim.Sejarah membuktikan,bahawa ketamadunan Islam misalnya empayar Uthmaniah jatuh dek kerana unsur-unsur dalaman yang didalangi musuh-musuh islam dan juga muslim itu sendiri,yang memasukkan unsur-unsur kurafat,bidaah,syirik dan sebagainya secara halus.Oleh itu,muslim perlu berhati-hati dengan semua ini,perkara syirik,bidaah dan lain-lain akan terus berusaha untuk memasuki dalam akidah muslim,dan secara perlahan dan halus menghancurkan akidah muslim.


Akhir sekali,perpaduan,kerjasama,perkongsian idea dan kekuatan bersama membina binaan dari pasir pantai,digambarkan sebagai satu element penting dan menjadi tunjang kepada kekuatan Muslim.Selagi mana Muslim bersatu dan saling membantu antara satu sama lain,maka Islam akan terus mekar berkembang dan dihormati oleh orang lain.Begitulah pengisian yang kami berikan kepada para peserta.Pengisian yang dibuat bukan didalam dewan kuliah,tetapi dilakukan di tepi pantai dengan suasana yang cukup santai dan harmoni.Jangan jadikan pengisian islam sesuatu yang membosankan dan mengerunkan,carilah altenatif yang dapat menyegarkan dan memberi impak kepada para peserta.Dan aktiviti-aktiviti yang lain juga,kami terapkan dengan pendekatan sebegini,dan alhamdulilah berhasil untuk menyampaikan isi kerohanian secara tidak langusng.


Oh ya!Terlupa,IU Cyber tidak membezakan setiap seorang dengan seorang yang lain.Bagi kami semuanya sama,dan yang membezakan antara kami semua ialah TAQWA.Selain itu,kami juga mengalu-alukan kepada semua muslim,tidak kiralah yang menutup aurat atau tidak,yang stylo ,yang rugged ke,atau apa-apa la.Sebab bukan kami yang menilai,tetapi Allah.Moto kami sejak dari dulu ialah, “we here not to judge,but to share”.Untuk makluman para pembaca,program ini juga diikuti oleh peserta muslimah yang tidak bertudung.Kami cukup menjaga dan menatang peserta ini dengan ukhwah yang indah.Peserta ini juga tidak merasa janggal dan terasa dipinggirkan,kerana tanzim-tanzim muslimah memberikan keutamaan kepada mereka.Bukan kerana mereka lain dari pada yang lain,tapi kami tidak mahu mereka berasa takut-takut dan janggal apabila berada dalam lingkungan muslimah yang bertudung(menutup aurat).


Alhamdulilah,ada beberapa muslimah yang pada awalnya tidak menutup aurat tetapi selalu mengikuti program yang dilaksanakan,kini sudah manis menutup aurat.Allahu Akbar!!Moga sistem dan pendekatan yang dilaksanakan IU Cyber terus mendapat redha Illahi dan mendapat tempat dihati pelajar-pelajar MMU Cyber.Jangan lupa,program IU yang bakal akan dilaksanakan.Kami akan memberi sesuatu yang pasti anda tidak akan lupakan.



#gambar-gambar lain akan di upload secepat mungkin :)

Gambar yang lain-lain boleh dilihat di tekongfotopages

~Salam sayang dari penulis.
~Timbalan presiden 1, Insititusi Usrah MMU Cyber

“We here not to judge, but to share”