Tuesday, December 4, 2007

Laman rasmi Yussamir di SUARAMINDA


sekadar gambar hiasan.Tidak ada kena mengena dengan entri kali ini.

Laman rasmi Yussamir di SUARAMINDA

Oleh:Yussamir yusof
Cyberjaya

“Berat sangat pengisian kat blog kau ni Yus.Bukan semua orang faham fasal hadis-hadis ini.Bukan tak boleh kau tulis semua ini,tapi kau kena faham bukan semua yang mahir dan memahami istilah-istilah ini semua.Aku cadangkan kau buat satu lagi blog,blog yang satu lagi tu kau isi dengan bahan-bahan yang ringan.Macam tazkirah ringan-ringan ke.Tambahan pula,kau akan ada buku sendiri dan ada pembaca tersendiri.So kalau boleh buatlah satu blog lagi.”

Panjang lebar saranan yang diberi Saudara Firdaus kepada penulis.

Memang dah lama memikirkan hal ini.Sebabnya penulis rasa tidak semua yang dapat hadam apa yang penulis coretkan kat blog ini.Akhirnya penulis membuat keputusan untuk membina satu lagi laman blog, yang akan menjadi laman rasmi penulis sebagai Penulis bebas.Dalam blog itu bukan hanya akan memuatkan artikel-artikel yang ringan selain memuatkan semua info tentang buku-buku dan projek yang sedang penulis laksanakan.

Alhamdulilah,setelah selesai menyiapkan buku pertama penulis(masih menunggu ‘approval’ dari Editor,sebelum diterbitkan) penulis kini giat mencari bahan untuk projek seterusnya bersama Saudara Firdaus dan seorang lagi sahabat.Projek ini melibatkan 3 orang penulis dari bidang pengajian yang berbeza.Namun tujuan dan harapan yang sama telah membuahkan sebuah idea, yang diterjemahkan melalui sebuah buku yang bakal dihidangkan kepada para pembaca.InsyAllah buku ini bukan hanya sekadar sesuai dibaca oleh Muslim,tetapi ia juga akan menarik minat bukan Muslim untuk memilikinya.Seperti kata Puan Ainon,orang besar PTS.katanya, “kita mahu memandaikan bangsa”!

Semangat dan komitmen beliau untuk memandaikan bangsa,memberi kami suntikan edrinalin untuk menghasilkan sesuatu yang dapat memandaikan bangsa.Bukan hanya sekadar memandaikan sebangsa,tapi ia akan bakal merentasi sempandan bangsa,fikrah dan agama.

Mungkin orang akan kata ini hanya sebagai satu retorik atau ayat promosi,namun penulis merasakan sudah tiba bahan-bahan yang memandaikan bangsa membanjiri semua toko-toko buku.Malu rasanya bila mendapat tahu,kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah mendapati Mahasiswa Malaysia hanya membaca 12 buah buku dalam masa 3 tahun.Ah!! “Itu hanya kajian secara rambang”,perkataan ini selalunya akan keluar di mulut Mahasiswa Malaysia.Namun kenapa kita tidak mahu tunjukkan kebenaran dengan membawa bukti?

Akhirnya kita seperti ‘anjing yang menyalak pada harimau’ (pepatah yang direka,masakan tidak boleh!Karam Sigh Walia mereka-reka tidak pula mahu dibantah).Hanya pandai menyalak tapi tak berkuasa untuk melawan,malahan lari dari berhadapan dengan harimau.

Kepada pembaca paradigma yang mahukan sedikit kelainan dan keringanan dalam pembacaan.Penulis berharap anda semua dapat berhijrah ke blog SUARAMINDA.Mungkin pada awalnya,bahan-bahan pengisiannya tidak terlalu menepati citarasa.Namun sedikit sebanyak dapat memberi sesuatu kepada para pembaca setia PARADIGMA.Paradigma akan meneruskan kehidupan seperti biasa,tidak mati ditelan SUARAMINDA.Para pembaca mempunyai hak,sama ada mahu ke Paradigma atau ke Suaraminda.Blog suaraminda akan lebih aktif apabila buku projek kedua saya ini aktif.Kepada para pembaca,jangan keliru,saya akan kendalikan kedua-dua blog ini tanpa ada berat sebelah. :D

Untuk lebih jelas,blog suaraminda adalah blog rasmi bagi saya sebagai penulis sambilan.Doakan saya dan rakan-rakan untuk terus berkarya,semata-mata untuk dapat keredhaan Allah di samping memandaikan sebangsa dan yang utama seagama.

Laman Rasmi http://suaraminda.blogspot.com

No comments:

Post a Comment