Friday, December 14, 2007

Allah bersama dengan orang yang sabar




Manusia Pokok

AstagfiruAllah Makhluk apa ini?

Itulah perkataan pertama yang keluar dari mulut saya bila melihat gambar ini.Walaupun,saya lewat mendapat tahu tentang kisah ini,namun ia cukup menginsafkan saya dan membenarkan bahawa Allah itu maha Agung dan tidak ada sesuatu yang dapat menandingi-Nya.

Gambar ini memang real,tidak menggunakan sebarang super impose atau teknologi computer.Lelaki ini mendapat perhatian masyarakat Indonesia,sehinggakan Pakar dermatologi dari Amerika Syarikat datang ke rumah lelaki tersebut.Doktor Anthony Gaspari dari Universiti Maryland berikhtiar untuk mengubati dan mengenalpasti penyakit yang dialami lelaki tersebut.Cerita lebih lanjut di MANUSIA POKOK.


Moga Allah menyembuhkan penyakit lelaki ini,dan berharap lelaki ini terus bersabar dengan ujian ini.

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

“Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah boleh Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.” [1]

Allah berkata dalam surah Al-Baqarah ayat 186:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُون

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul”.






[1] (Hadis direkodkan Ibnu Hibban.Ibnu Hajar mengatakan Hadis ini sahih dan di sokong pula dari kajian yang dilakukan oleh Syeikh Qadir Al-Arnouth dalm Takhrij Al-Azkar An-Nawawi)

1 comment:

  1. O_o

    saya pun terkejut jugak. pertama kali nampak keadaan sedemikian.

    ReplyDelete