Perbincangan hukum memakai gelang magnet
الحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على سيد المرسلين ، القائل فيما جاء في "
الصحيحين " : " من يرد الله به خيرأ يفقهه في الدين " ، وعلى آله وصحبه اجمعين ،
ومن تبعهمعلى فقههم وهديهم إلى يوم الدين
Segala puji bagi Allah,Tuhan yang sentiasa merahmati dan menyayangi hamba-nNya.Aku bermohon,lindungilah aku daripada menulis kerana kepentingan diri atau orang tertentu.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa penulis berdoa sebegitu,sedangkan selalunya artikel-artikel penulis tidak didahului dengan doa.Benar,memang ada sebab mengapa penulis berdoa sebelum menulis artikel kali ini.
Artikel kali ini berkaitan dengan hukum memakai gelang magnet dan penulis sendiri memakai gelang magnet,oleh sebab itu penulis berdoa agar terlindung dari berat sebelah dalam menulis artikel ini.Ramai yang dah maklum dengan fonomena pemakaian gelang di kalangan masyarakat kita.Pemakaian ini tidak lain dan tidak bukan,adalah kesedaran masyarakat kita tentang penjagaan kesihatan berteraskan teknologi magnet.Namun,ramai yang masih keliru dalam permasalahan hukum memakai gelang magnet ini.Sebahagian ada yang terus menghukumkan pemakaian gelang ini dengan hukum haram.Sebahagian lagi,membenarkannya secara mutlak tanpa menetapkan jenis dan sebab pemakaian gelang itu.
Setelah meneliti beberapa pandangan dan hujah yang dibawa oleh kedua-dua pihak.Penulis mendapati kedua-dua pandangan ini adalah tidak selaras dengan roh islam itu sendiri.Penelitian ini bukanlah berdasarkan nafsu serta kepentingan tersendiri,tetapi ia berdasarkan ilmu-ilmu yang berpasakkan kepada Quran dan Sunnah.Penulis bukanlah mengaku atau berlagak sebagai Mufti(sehinggakan ada yang menuduh penulis ‘berijtihad’.Sedangkan penulis hanya menaqalkan pandangan para ulama yang mu’tabar),tetapi apalah guna kita belajar agama,tetapi tidak tahu untuk memberitahu kebenaran kepada orang yang terkeliru!
Jika kita meneliti kembali hujah yang dibawa oleh mereka yang mengatakan HARAM memakai gelang magnet,sebenarnya hujah mereka tidak kukuh.Mereka cuba membawa dalil dari hadis yang menghukumkan pemakaian gelang adalah haram.hadis yang dimaksudkan itu ialah;
أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا
"Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: "Apakah ini?" Orang itu menjawab: "ianya daripada al-Wahinah." Sabda Nabi saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya."
Kalaulah mereka berhati-hati dalam pengambilan sesuatu hadis dan meneliti kembali hadis ini,pasti mereka akan mengetahui bahawa hadis ini masih lagi dalam perselisihan akan darjatnya.
Para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada 'Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada 'Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith.Namun demikian telah berkata Syeikh Al-Bani bahawa hadis ini adalah Dhaif dalam Dha'if Ibn Majah.
حدثنا علي بن أبي الخصيب حدثنا وكيع عن مبارك عن الحسن عن عمران بن الحصين أن النبي صلى الله عليه وسلم رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال ما هذه الحلقة قال هذه من الواهنة قال انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنا.
تحقيق الألباني : ضعيف
Bagaimanakah titik persetujuan yang mereka ambil, untuk menyatakan bahawa dengan menggunakan hadis ini mereka mahu mengharamkannya secara mutlak?Sedangkan hadis ini masih dalam perselisihan para ulama hadis!
Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, kita perlu benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.[1]
Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menjelaskan berkenaan pertanyaan Nabi saw: "Apakah bendanya ini." Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.
Manakala jawapan lelaki tersebut: "ianya daripada al-Wahinah." Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan
melindungi dari penyakit tersebut. [2]
Manakala Al-Syeikh 'Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut.Hal ini di jelaskan oleh Mohamad Abdul Kadir bin Sahak dalam salah satu artikelnya, bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.[3] Maka untuk mengatakan bahawa haram atas zahirnya hadis tersebut tanpa meneliti kembali illah hadis tersebut,maka tertolak pendapat mengatakan bahawa haram secara mutlak pemakaian gelang!
Berdasarkan hujah Al-Syeikh ‘Abdul Hakim di atas,pendapat kedua juga adalah tertolak.Kerana untuk membenarkan pemakaian gelang perlulah ada illahnya,aiitu sebab kenapa memakainya.Jika hanya untuk menunjuk-nunjuk dan berhias semata(untuk lelaki),maka hal ini amat ditolak oleh Islam.Maka sebab itu,pandangan pertengahan dalam permasalahan ini amatlah sesuai untuk meletakkan hukumnya.
Untuk bahagian ini,penulis akhiri dengan kata-kata Syeikh Muhammad Sa’di:
إذا ثبت نفع السوار طبيَّا فلا بأس به، أما إن لم يكن له نفع ما، فلا يلبس لأنه يكون حينئذ من جنس لبس التمائم والودع
.
"Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat." [4]
Jika ada pandangan dan penulisan ini menyalahi mana-mana pandangan yang lebih rajih,maka penulis bersedia menukar pandangan ini dengan serta-merta.
assalamualaikum,
ReplyDeletesamalah hukumnya dengan orang memakai gelang kristal,sebab sesetengah batu permata/hablur menyimpan tenaga dan berbeza dgn spesies hablur yg berlainan. pokok kristalpun diletak dlm almari dan buka sekali sekala. sama juga dgn pokok2 /herba yg mempunyai khasiat masing2.
cuma kita sebagai hamba-Nya kena yakin itu ialah pemberian Allah kpd kita. tiada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatan-Nya.
tengok pada jadual yus sibuk betul ya. baguslah orang muda!
betul cikgu..setuju...
ReplyDelete:) cumanya sekarang ni kan,ramai yang dah pakai gelang magnet,so ramai yang keliru dengan hukum pemakaian tersebut.Gelang kristal mahal cikgu..huhuhu...tak ramai yang bleh beli...
#takdela sibuk sangat cikgu.. :)lag 3 minggu lagi bersamaan dengan seminggu sebelum bertolak ke Indon(tarikh dah bertukar kepada 14-18 january)saya dah start Final Exam,,doakan saya :)
adakah penggunaan gelang magnet ini diiktiraf dunia sains perubatan effectnya atau ianya sekadar memberikan placebo effect? sebab kalau sekadar placebo effect then tiada beza dengan tangkal.Need to diffrenciate between earth magnetic field yang menyumbang kepada penyembuhan dalam teks kajian kuno china dengan static magnet (yang digunakan dalam gelang sebagainya). Static magnet hanya menghasilkan magnetic field dan bukan electric field dan electromagnetic radiation. Tiada bukti meyakinkan bahawa magnatic field dengan apa kadar sekalipun ada kesan significant pada tisu manusia, penyembuhan dan sebagainya. (rujuk Schenck, JF. Physical interactions of static magnetic fields with living tissues. Prog Biophys Mol Biol 2005.)jadi kalau kajian sains perubatan so far cannot prove scientifically yang gelang magnet boleh bertindak sebagai agent menyembuh.maka apakah hukumnya pakai gelang magnet?adakah yang memakai tu sudah check betul-betul benda ni?
ReplyDeleteTerima kasih kerana perihatin dngan masalah ini.Saya tak pasti sama ada saya tersilap pandang atau apa.Tapi kalau saudara mahu tahu gelang tersebut macam mana dan apakah faedah nya,,saudara boleh lawat website ini.Pengedar gelang tersebut..
ReplyDeleteini link ke maklumat gelang tersebut : http://www.edymium.com/new/web/articles.asp
dan yang ini
aku pakai gak gelang magnet. so far xde apa pon :P janji keep on running, jaga makan, kurangkn rokok huhuhu, main hoki jom bro.
ReplyDeleteha betul tu macintorch...InsyAllah,selasa minggu depan aku turun main..
ReplyDelete#bila lah nak panjat gunung lagi ni??heheh, nak gak rasa panjat gunung tahan..hehehe...Kinabalu dah...apa lagi,organise la bro....
tapi saudara,perbahasan dalam web tu tentulah menyokong gelang magnet sebab itu website penjual gelang tu.if you look at the argument pun, they are talking a lot about earth magnetic field,then relatekan dengan produk mereka yang merupakan static magnet.macam yang saya dah sebut,static magnet hanya menghasilkan magnetic field dan bukan electric field dan electromagnetic radiation yang mampu berikan kesan.pada pandangan saya,kajian agak bias kalau hanya dengar hujah pihak yang dapat manfaat dari gelang tu.in this case,hujah pengeluar gelang tu.saya harap saudara boleh berikan journal perubatan yang establish menyokong bahawa static magnet ada asas saintifik disisi dunia perubatan.
ReplyDeleteTerima kasih saya ucapkan kepada Hasansyamil...saya akan buat kajian lagi berkenaan dengan magnet tu.Setakat ini saya tidak akan tukar penjelasan saya dalam artikel ini,kerana pendapat tu berteraskan kepada pengetahuan saya berkenaan maklumat yang saya dapat mengatakan ada faedahnya penggunaan gelang tu..InsyaAllah,saya akan buat peneltian lagi berkenaan dengan gelang ini...Kalau ada apa-apa perubahan saya akan lakukan.. terima kasih sekali lagi...
ReplyDeleteHasansyamil, placebo effect dan tangkal adalah dua perkara yang berbeza dan tidak ada saling mengait, dalam hal akidah.
ReplyDeleteJika kita memakan satu pil yang sebenarnya hanyalah placebo untuk mengubati sakit perut, sakit perut kita tidak akan baik. Tidaklah ada kaitan dengan iktiqad dan akidah dengan memakannya. Ia jalan ikhtiar yang tidak perlu pun.
Sebaliknya jika memakai tangkal, sakit perut juga tidak akan baik, tetapi sandaran penyembuh itu kita halakan puncanya selain dari Allah.
Keadaannya sama jika menyandarkan penyembuhan kepada doktor dan tidak pada Allah, walaupun doktor itu terpaling pakar.
Biarlah puak western medicine bergaduh dgn puak alternative, non-western medicine, tanpa mengaitkan dengan perkara akidah.
Yus, saya syak, larangan Rasulullah ada kaitan dengan pemakaian gelang tembaga. Mungkin gelang tembaga boleh membawa kemudaratan kepada manusia? Lagipun tak ulama bukanlah doktor atau ahli kimia, jadi mereka berhujah dengan disiplin fikh dan usul(masalah tangkal). Jadi mereka tidak memberikan pandangan dari segi perubahan kerana bukan kepakaran mereka. Lagipun nabi memakai cincin perak dan perak memang ada manfaat dari segi perubatan.
Hujah fikh yang paling kuat melarangnya ialah menyerupai wanita dengan memakai gelang, bukan kerana tangkal.Jika hujjahnya tangkal, masih juga haram walaupun magnet itu ditambah pada jam tangan. Hahaha...
Pemakaian perhiasan wanita pula mengikut budaya dan kita tidak akan menghadapi persoalan ini jika gelang bukan perhiasan wanita, Bila gelang merupakan perhiasan wanita, maka jam tangan pun jadi haram di tempat yang tidak kenal jam tangan.
Pada saya, cara pemasaran mungkin ada salah dari segi perubatan dan fekah. Saya ada cuba memakainya, tetapi tidak meneruskan kerana merasa tidak selesa, rasa pergelangan ngilu, mungkin kuasa magnet itu terlalu kuat bagi badan saya. Jadi pemakaiannya perlu mcm ubat, perlu dpt pengesahan doktor (menanyakan pada yang ahli dan berpengetahuan atau membuat pembacaan). Salah perskepsi, ubat boleh jadi racun.
Masalahnya marketing rantai ini mcm over-the-counter medicine, mcm ubat batuk cap ibu dan anak. Kalau benar tiada kesan sampingan, ok, tapi kalau ada, tidakkah boleh membahayakan kesihatan jika salah pakai.
aslamualaikom Bro Hanif Zuhdi,,
ReplyDeletePertama kali saya rasa komen saudara menjurus kepada artikel dan tidak melelong ke tempat lain.Maaflah,hanya komen yang menjurus kepada artikel saja yang saya akan lepaskan.Saya bukan memilih bulu atau sebagainya.Yang terus dan kritik pon tak kisah,asalkan ia menjurus kepada artikel bukan nak melelong ke tempat lain.. :)
Hari rabu ini(esok) ada talk by Ustaz Hasrizal.Marhaban,,dijemput untuk hadir..Hebah2kan la ye..
aslamualaikom
assalamualaikum, saya search dalam internet utk pemakaian gelang magnet ni dan saya jumpa blog ni, terima kasih atas maklumat yang dikongsi.
ReplyDeletesaudara, manusia bijak membuat justifikasi. "Pemikiran kreatif seorang manusia bijak mencari ruang2 di celah hukum utk mengharuskan perlakuan mereka."(Abu Saif)
ReplyDeleteKita cuba ambil kisah dpd Bani Israel yg melanggar larangan menagkap ikan pd hari sabtu. Mereka diharamkan menangkap ikan pd hari sabtu,supaya mereka menumpukan sepenuh perhatian kpd ibadah mrk. Tapi mrk bermain helah dgn memasang perangkap ikan supaya ikan2 tu tersangkut dgn sendiri. lalu mereka menghujjahkan bhwa mereka tak tangkap ikan tu,sebaliknya ikan tu t'tangkap dgn sndiri.maka mereka menghalalkan perbuatan mrk.disebabkan perbuatan mereka yg cuba menipu ALLAh,mrk pun disumpah menjadi kera. "dan sesungguhnya kamu telah megetahui (bagaimana buruknya akibat) org2 di antra kamu yg melanggar larangan pd hari sabtu, lalu Kami berfirman kpd mrk:jadilah kamu kera yg hina" (al-Baqarah 65)
Nauzubillahiminzalik.
Saudara, dpd sini sy tak berani menyatakan sesuatu hukum,dan sy juga bukan seorang yg Taqlid. Yg sy ketahui,hukum lelaki menyerupai prmpuan adlh haram. Dan dpd apa yg sy perhatikan n survey dpd mrk yg lebih 'arif,hanya prmpuan shj yg memakai gelang,tak kira la gelang magnet atau gelang getah (jam tangan dimaafkan).
Lagipun, apabila memakai gelang,kita menyerupai org2 hindu dan penganut2 voodoo. kita beragama islam,punya identiti tersendiri.
Kalu tak haram pun, Rasulullah s.a.w tak pernah memakai atau menyuruh umatnya memakai gelang. Sahabat2 baginda pun tak pernah pakai.Jadi, tak termasuk dlm sunnah Nabi s.a.w.
Ni bersesuaian dgn sabda Baginda s.a.w "Barangsiapa yg mengada-adakan sesuatu yg baru dalam urusan (agama) kami yang tidak termasuk bahagian darinya, maka ia (amalan itu) ditolak." (HR Bukhari dan Muslim)
wallahu'alam..
maaf kalu terkasar bahasa.
asaalamualaikum,
ReplyDeleteND nur,
Saya pernah pakai gelang magnet,bermula minit pertama memakainya saya rasa sendi-sendi saya panas,beberapa minit kemudian sendi-sendi saya lenguh lepas itu semua kesakitan yang rasakan hilang dan saya rasa selesa. Salahkah saya memakainya? Semua ilmu datang dari Allah apa salahnya ambil wuduk buat sembahyang istikharah. Sekian.
salam..artikel ni mmg awak yang karang ke? i mean d real author..=)
ReplyDelete