Monday, July 28, 2008

Sebuah Kejayaan






Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya


Alhamdulilah, pasukan MMU berjaya menggondol 3 pingat perak dan satu pingat gangsa bagi 4 kategori yang berbeza dalam Pertandingan Wajadiri Nasional Peringkat PL, IPT & Sekolah (WAJADIRI 2008) bertempat di UTM Skudai, Johor.

Saya sendiri berjaya membuat pencapaian peribadi dengan memenangi pingat perak dalam kategori Menangkis Serangan Tongkat. Bagi kejayaan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Guru Utama, Tuan Guru Haji Md Radzi bin Hj Hanafi, Pasangan bersilat saya iaitu Ezwan, kepada penyelia, para jurulatih, para Alumni dan rakan-rakan persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi MMU Cyberjaya.

Kemenangan ini akan memangkin usaha dan semangat saya dan rakan untuk memenangi pingat emas pada kejohanan yang akan datang di Sarawak, insya Allah. Moga kejayaan ini mengiringi kejayaan yang akan datang dalam akademik dan kehidupan saya. Walaupun saya tidak dapat mencapai 2 daripada 3 cita-cita saya pada bulan ini, namun kejayaan ini sedikit sebanyak mengubatinya. Hidup Cekak Ustaz Hanafi!



Di bawah ini antara gambar yang sempat di rakam oleh Saudara Kassim semasa saya bersilat.

berdiri tegak adalah asas utama Silat Cekak,tanpa rasa takut.





dua tongkat pun selamba je tangkis..huhuhu



buah terlak antara buah kesukaan saya

sakit tu kena tendang..huhuhu..

duduk pun boleh bertahan..


Wednesday, July 23, 2008

Pencak Silat


Emas dalam genggaman

Oleh Yussamir Yusof


Saya akan ke Skudai pada hari Jumaat hingga Ahad ini, sempena Wajadiri yang akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia. Wajadiri (Pertandingan Pencak Silat) adalah sebuah platform kepada semua pesilat-pesilat dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi untuk bertanding sesama sendiri. Namun bagi saya objektif utama Wajadiri ini ialah, mengeratkan hubungan sesama ahli di seluruh Malaysia. Untuk tahun ini, saya mewakili MMU dalam kategori Sepasang Tongkat.

Bagi memberikan sedikit gambaran tentang keunikan dan kehebatan Seni Silat ini, maka saya mempersembahkan sebuah video dari Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi!



Monday, July 21, 2008

Maafkan saya



21 Julai 2008

Menulis setelah merancang untuk pilihanraya yang akan datang.
Doakan saya berjaya.




Saya sentiasa berdoa agar tidak tertimpa fitnah dunia kepada diri saya. Saya juga berdoa agar kesibukan saya tidak menjadi fitnah terhadap pembelajaran saya. Saya turut berdoa agar usaha yang tidak seberapa ini tidak menjadi fitnah juga kepada rakan-rakan saya yang terasa hati disebabkan saya tidak melayan YM,msg atau call.

Saya sangat-sangat berharap kesibukan saya dalam menjalani kehidupan yang lebih bermakna ini, tidak tergelincir dari jalan yang benar. Saya benar-benar takut dengan hati-hati orang yang saya sayang terasa dengan kesibukan ini. Janji yang diukir iaitu di malam Isnin, rabu dan jumaat terasa dimungkiri dengan sebegitu sahaja, walau hati kuat untuk memerhatikannya. Saya memohon maaf di atas ketidakpedulian ini, kerana saya masih mencari jalan untuk memperdulikan orang. Orang yang saya sayang, yang banyak memberi kekuatan kepada saya agar lebih realistik dengan dunia, yang sentiasa menjadikan saya tidak idealisme terlalu lama dan menyedarkan saya bahawa kehidupan kampus amat berbeza dengan kehidupan di luar kampus, sentiasa dihati dan kepala saya. Masakan saya mahu melupakan setelah apa yang saya lalui. Kehidupan saya lebih bermakna, kerana saya mencari untuk memberi. Boleh sahaja meminta kemudian memberi, tetapi itukah kehidupan yang akan saya rasai dan alami selama-lamanya. Biarlah kita merasa di atas usaha kita, kerana erti hidup ialah dengan memberi.

Jika tambak memisahkannya, jika umur memisahkannya, jika kehidupan berbeza kerana berada di dimensi kampus dan luar kampus memisahkannya, maka itulah menjadi motivasi dan semangat saya untuk lebih memberi dengan kehidupan lebih bermakna. Saya rela menunggu walau lama membisu, kerana membisu tidak bermakna kita menolak. Kerana orang-orang lama mengatakan diam itu tandanya setuju. Ya saya optimis walau orang kata mustahil. Semakin mustahil semakin bertambah keinginan saya untuk membuktikan bahawa ada didunia ini boleh diubah dengan usaha. Jika tidak Allah tidak menyatakan dengan tegas ayat ini, “sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Saya yakin, anda bagaimana? Saya sentiasa mengingati anda, walau hati saya sentiasa resah dan runsing memikirkannya. Kepada yang terasa hati dengan saya, mohon maaf saya ucapkan.



ps: artikel yang saya katakan mahu tulis itu akan dipost setelah saya selesai dengan segala tugasan yang harus diselesaikan. Maafkan saya sekali lagi.

Sunday, July 20, 2008

Owh Durian


Interfaith Talk dan Durian

Interfaith Talk di KL, dan makan durian di dusun keluarga di Negeri Sembilan benar-benar memberi kepuasan. Saya pengemar durian, saya boleh makan 3 biji (bukan ulas) secara solo tanpa bergantian sampai habis. Saya juga memerlukan segelas air sejuk sahaja untuk memudahkan isi durian itu lancar masuk ke dalam perut. Mahu makan durian? Kalau kenalan saya, saya boleh bawa ke dusun keluarga saya. Makan sampai kembung ok! Hehehehe...

Saya ada cerita, tetapi nanti saya ceritakan. Mahu buat report dahulu, jumpa di lain artikel. Zaman dah berubah, dunia dah maju katanya!


Thursday, July 17, 2008

Minda Kritikal





oleh:Yussamir Yusof

www.yussamir.com

cyberjaya

18 Julai 2008





Membedah pemikiran Kassim Ahmad ataupun orang-orang yang semacam beliau adalah suatu keseronokan. Keseronakan bagi saya dalam mennyelami idea-idea dan gagasan pemikiran yang sama sekali berbeza dan kontradik dengan pemikiran semasa. Saya bukanlah seorang Sosialis pekat, ataupun pembawa ideologi Liberalis, tetapi seorang pengemar kepada kepelbagaian dan pemikiran kritikal orang-orang seperti Kassim Ahmad, Rashad Khalifah dan lain-lain.

Membaca karya terbaru Kassim Ahmad 'mencari jalan pulang' memberi saya sebuah gambaran bahawa perjalanan sebagai seorang insan sebenarnya bertahap. Tahap-tahap itu yang akan membawa manusia lebih mengenali diri sendiri dan sekaligus penciptanya. Didalam Knowledge Economy, pengetahuan terdiri daripada 2 komponen. Pertamanya Facit Knowledge iaitu, pengetahuan yang diperolehi melalui pengalaman. Keduanya Explicit knowledge, iaitu pengetahuan yang diperolehi melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal. Jadinya, dalam kedua-dua pengetahuan ini, Kassim Ahmad dan orang-orang semacam beliau lebih terdedah kepada keintelektuan semulajadi yang dikembangluas melalui pengalaman yang mereka tempuhi. Pengalaman sebagai seorang pemimpin Mahasiswa, parti politik, debat, perbincangan serius di luar negara, perjumpaan bersama ahli-ahli akademik, asuhan ideologi-ideologi yang kontradik dari ideologi semasa, dan keghairahan dalam mencari jalan benar dalam kesamaran siang adalah faktor mereka menjadi seorang intelek. Pasti ada yang melihat saya seakan-akan menyokong gagasan pemikiran mereka ini. Tetapi percayalah, bahawa adanya orang-orang seperti mereka kita akan lebih menghargai ilmu pengetahuan. Apa yang membuat saya tertarik dalam buku terbaru beliau ini ialah, beliau acap kali menyatakan bahawa kita terlalu mendewakan ulama Muktabar, kitab muktabar dan segalanya muktabar. Sehinggakan sesuatu perkataan yang dikeluarkan oleh Imam-imam besar kita mengganggapnya lebih dari Quran!



Kassim Ahmad menolak Hadith.” Perkataan ini serasa saya pasti akan ditimbulkan oleh orang yang mengenali atau sudah lama mengikuti perkembangan beliau. Saya tidak boleh komen panjang lebar dalam hal ini, tetapi melalui pemahaman saya beliau adalah seorang yang kritikal. Beliau tidak boleh menerima sesuatu tanpa ada bukti dan penjelasan yang kukuh. Menyentuh mengenai keraguan ataupun penolakan beliau terhadap penyataan bahawa hadith yang dikumpulkan oleh Imam Bukhari dan Muslim sebagai sahih semuanya, adalah sebuah penyataan biasa. Kerana, ada sahaja ulama dari zaman muhadthin mutaqadimin sehingga sekarang sudah ada yang menyatakan bahawa dalam sahihain ini ada yang tidak sahih. Misalnya Imam Besar dan juga ketua ulama sedunia, al-Imam Yusuf al-Qardhawi. Beliau juga ada menolak ataupun tidak bersetuju dalam beberapa hadith yang terkandung dalam Sahihain. Namun itu tidak bermakna beliau adalah seorang anti hadith!



Pasti ada cacat cela dalam penulisan saya kali ini, tapi apa yang jelas pembacaan buku-buku yang dikarang oleh orang-orang semacam Kassim Ahmad membuka minda dan menjadikan pemikiran saya lebih kritikal. Yang jelas, saya seorang pemilkir yang sentiasa memvariasikan pemikiran saya berlandaskan pegangan kuat terhadap “Quran dan Sunnah”. Jadi tak timbul soal sesat atau tidak dalam menyelusuri pemikiran-pemikiran orang-orang semacam ini! Kepada Syiah, saya juga menyelusuri akidah anda, tetapi jelas apa yang dibawa tidak menguntungkan pemikiran saya malahan menyusutkan kepala saya!



Monday, July 14, 2008

Kita yang memilihnya



Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
15 Julai 2008/2:30 pagi
www.yussamir.com
http://tetasan.blogspot.com



Semua orang pasti merasai erti kehidupan, tetapi erti itu didapati dengan pelbagai makna. Erti kehidupan itu lebih bermakna apabila kita merasa pelbagai recam dan zaman yang berbeza-beza. Menjadi seorang insan yang luar biasa, harus merasai dan mengerti kehidupan dari pelbagai dimensi. Merasai dua zaman yang berbeza iaitu zaman sebelum Islam dan zaman selepas Islam, adalah suatu erti kehidupan yang sangat bernilai. Beruntunglah mereka yang merasai kehidupan itu. Tidak hairanlah apabila Rasulullah berkata, “Sebaik-baik umatku adalah yang hidup pada kurun sahabatku, kemudian setelah kurun mereka (tabiin), kemudian setelah kurun mereka (tabiit tabiin)”[1]

Erti kehidupan itu sudah lama dirasai oleh Rasulullah dan para sahabatnya, erti itu hanya mereka yang rasa. Bagi kita yang sudah jauh dari erti kehidupan itu, sudah pasti mempunyai dan mengalami erti kehidupan yang berbeza dan pasti memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Mengulas erti kehidupan ini tercetus apabila saya membaca dan menonton sendiri dokumentari “Cat steven become Yusuf Islam”.

Saya sebenarnya tidak terkejut dengan kembalinya Yusuf Islam kepada Islam, tetapi saya teruja melihat bagaimana dia memaknakan erti kehidupannya. Ramai kawan-kawan yang saya kenal termasuk diri saya sendiri, turut merasai erti kehidupan dengan cara berhijrah dari satu zaman kegelapan kepada zaman yang sentiasa disinari mentari keimanan. Zaman kegelapan itu kalau dilihat dari zahir ayatnya semacam suatu zaman yang benar-benar gelap. Tetapi bila ditinjau dari satu sudut yang lain, zaman itu adalah zaman muhasabah. Zaman peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Sama ada beralih ke dimensi yang lebih teruk atau dimensi yang dikelilingi kebaikan dan keharmonian. Di sinilah, seorang insan itu harus memilih dan membuat keputusan untuk dirinya. Hanya ada dua, iaitu terus berada dalam kegelapan, atau berjalan menuju cahaya yang akan membawanya kejalan kebenaran.

Ramai rakan-rakan saya melihat penghirahan saya sebagai suatu yang sia-sia pada mulanya. Sia-sia kerana penghirahan saya tidak memperlihatkan apa kebaikan dan manfaat pada diri saya atau orang lain. Namun hati kuat mengatakan bahawa, saya perlu bertahap-tahap dalam proses penghijrahan. Kesukaran saya untuk berhijrah secara keseluruhan dalam proses ini, berlaku disebabkan keadaan persekitaran saya yang sukar untuk saya benar-benar konsisten. Walaupun berada di sekolah Agama[2], namun sebuah sekolah swasta yang boleh sesiapa sahaja memasukinya benar-benar mencabar penghijrahan saya. Pelbagai budaya kuning terus merebak menjadi virus di sekolah itu. Tidak dinafikan ada juga pelajar yang benar-benar mahu menuntut ilmu, tetapi dengan kapasiti pelajarnya yang ‘terbuang’ dan mempunyai wang menjadikan sekolah itu sebagai tempat lambakan virus untuk disebarkan. Syukur, kerana sekolah itu mempunyai guru-guru yang hebat dan mempunyai jati diri seorang guru yang berdidikasi dan benar-benar untuk mendidik. Terima kasih Tuhan kerana menemukan saya dengan Ustaz Hatta, seorang guru Tahfiz yang mengajar saya menjadi budak nakal yang baik. Itu cerita di sekolah.


di Masjid Qiblatain


Semasa proses penghijrahan itu berlaku, beberapa sahabat saya juga menunjukkan kecenderungan yang sama (alhamdulilah semuanya kini berada di menara gading). Proses itu tidak terhenti di situ sahaja, selepas keluar dari sekola swasta tersebut, saya terus menyambung pengajian di SMKA Pedas. Yang benar, perwatakan dan penampilan saya secara total berubah. Kemasukan saya di sekolah baru ini, dilihat sebagai seorang pelajar nerd dari sebuah sekolah arab yang kononnya melahirkan insan-insan rabbani. Proses itu berterusan sehinggalah saya pulang dari Makkah menunaikan fardhu haji. Pertemuan saya dengan Syeikh Al-mandili guru agama di Masjidil Haram benar-benar memberi satu impak yang besar dalam proses penghijrahan saya. Berbekalkan kemahiran berbahasa arab (ketika itu saya tidak tahu yang Syeikh Al-Mandili boleh berbahasa Melayu) saya banyak bersoal jawab dengan beliau. Saya diasuh supaya melihat Islam ini sebuah agama yang mudah dan benar-benar bersih dari perkara-perkara yang mengarut. Dari situ, proses penghijrahan saya semakin lancar dan semacam mendapat pertolongan yang besar dari Allah.

Peristiwa-peristiwa saya berjumpa dengan Mufti Turki, mengajar lelaki tua Iraq membaca Quran, dan pelbagai peristiwa memberi satu suntikan bahawa penghirahan saya ini benar-benar perlu! Pulang saya ke Malaysia, saya mula fokus kembali dengan ilmu-ilmu yang pernah saya pungut, saya mengulangkaji kembali ilmu-ilmu hadith, feqh, sirah, Nahu, Saraf dan lain-lain. Yang dahulunya saya hanya menghafal dan semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan.

Proses penghijrahan ini berterusan sehinggalah saya bertemu dengan rakan-rakan di MMU. Seorang sahabat, abang dan juga bekas rakan bilik saya, turut berkongsi pengalaman penghijrahan dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Prosesnya sama, walaupun jalan ceritanya berlainan. Melalui beliau saya mula mengenali Syeikh Nasiruddin al-Albani, Syeikh Syuaib al-Arnouth, Syeikh Muhammad Salleh Ustaimin, Brother Shahkirit, Brother Lim, Syeikh Maulana Asri dan lain-lain. Minat membaca yang sama, minat mengkaji yang sama, dan minat menulis yang sama membawa kami kedalam zaman pembaikan dan penambahbaikkan. Berada di zaman penambahbaikan (islah) memberi saya cabaran yang lain. Di zaman ini, saya harus pula memberi dan sentiasa memberi, terutama mereka yang saya lihat kecenderung ke arah kebaikan.

*bersama abang yang dikatakan itu. Ketika baru masuk di MMU


Untuk apa saya menulis semua ini? Saya menulis semua ini kerana mahu menunjukkan bahawa KITALAH YANG AKAN MENENTUKAN JALAN HIDUP KITA. Benarlah kata Allah, “sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri.”[3]

Dua orang Sarjana Islam telah menafsirkan ayat ini, iaitu Dr. M. Taqiud-Din & Dr. M. Khan dan Syeikh Yusuf Ali. Menurut Dr. M. Taqiud-Din, ayat ini menjelaskan bahawa “Allah will never change a grace which He has bestowed on a people until they change what is in their ownselves. And verily, Allah is All-Hearer, All-Knower. Manakala menurut Syeikh Yusuf Ali, “ Allah will never change the grace which He hath bestowed on a people until they change what is in their (own) souls: and verily Allah is He Who heareth and knoweth (all things)." Kedua-dua penjelasan dari dua orang tokoh ini sama, iaitu Insan berhak atau menjadi asbab menentukan jalan kehidupannya. Jadinya, sama ada kita mahu menjadi baik atau jahat kita yang akan menentukannya. Bukan Allah, bukan warisan, bukan juga keturunan. Tetapi diri kita sendiri!




Disclaimer: Penulisan ini sama sekali tidak menolak tentang konsep hidayah dan lain-lain. Tetapi sekadar memberitahu bahawa manusia ini bukan robot yang diciptakan oleh Allah. Manusia juga diberi hak untuk memilih jalan kehidupannya. Sekian..






[1] HR Muslim

[2] Al-madrasah al-arabiah Islamiah An-nur

[3] Surah al-Anfal ayat 53.

Sunday, July 13, 2008

News



DYNAMIC TEAM SINGAPORE WON ‘BEST COMMUNITY SERVICE/HUMANITARIAN AWARD’ AT MULTIMEDIA UNIVERSITY AWARDS 2008

At the Multimedia University Awards 2008 taking place at Dewan Seri Negeri, Malacca, Dynamic Team Singapore of Usrah Institution (UI), Cyberjaya Multimedia University, won the ‘Best Community Service/Humanitarian Award’. Nominated for two other awards, ‘Best Exposition Program’ and ‘Best Interest Based Club’ awards, Usrah Institution is a very active society and one of the pioneer clubs in Multimedia University offering program and activities to students to enhance their knowledge about Islam and Community.

This news forget to stated that im the Head of Research and Documentary..huhuhu


From 2 nd June 2008 to 6 th June 2008, UI collaborated with Jamiyah Singapore to organize a charity and research program. This program participants consists of 18 students; Mohd Izuan bin Mustaffa (Program Director), Muhammad Ifwan bin Md Jalal (Head of Technical), Mohd Fakhrurazi bin Mohd Yusuf, Yussamir bin Yusof , Shahrul Nizam bin Mohd Faeek, Muhammad Khalid bin Norazmi, Muhammad Ikhwan bin Affandi, Muhammad Naim bin Mukhtar, Badruz Nasrin bin Basri, Mohd Nurrais bin Basri, Syed Huzaifah, Edry Al-Faisal, Wan Nurul Azmina binti Wan Azmi (Program Secretary), Ikhwan Nazri, Nur Azleen binti Kassim, Farah Adwina binti Alias, Noor Azlina binti Mustaffa and Nur Shuhada Mohamed Fauzi, and one accompanying faculty, Ustaz Toha bin Muhammad.

The objectives of the program are to develop integration among students and get to know the society in Singapore, create awareness among the youths on their roles and moral responsibilities in nation building, participate in knowledge sharing, and create a long term collaboration between Multimedia University and Jamiyah Singapore.

The team conducted a multimedia workshop for the senior residents and played group activities for the junior residents at Jamiyah Children’s Home, They also volunteered for the Flag Day to collect donation for the Home at Causeway Point, Woodlands.

The team had a friendly futsal match at Jamiyah Halfway House between them and the residents. They also had the chance attend the morning meeting which is a daily program for the residents to speak out their feelings.

Their program at Jamiyah Home for the Aged started off with a brief tour of the Home followed by a free and easy session where they mingled around with the residents. They held a cultural night show for the residents from Jamiyah Home for the Aged, Jamiyah Halfway House and Jamiyah Children’s Home to show their appreciation for the cooperation and support given throughout the program.



Source: Jamiyah

Friday, July 4, 2008

ISA Warisan Jahiliah


ISA Warisan Jahiliah


Saya menginggil. Air mata saya tidak tertahan-tahan. Tertanya-tanya, adakah ini harga yang perlu dibayar. Saya cuba meletakkan diri saya di tempat Saudara Shahrial Sirin. Remuk hati saya. Anak yang ditatang sudah tidak ada lagi disisi. Lama mendekam di Kamunting selama ini diiringi doa anak-anak. Kini Al-Marhumah Aina Mardiah Shahrial pergi selama-lamanya meninggal bapa yang sangat mencintainya. Tiada lagi doa-doa yang sekian lama mengiringi dan mendokong perjuangan bapanya.


moga kau tenang abadi di sana.


Saya marah dengan kesakitan ini. Kesakitan kerajaan yang masih meneruskan warisan jahiliah. Hebah dengan laungan MERDEKA. Tetapi masih lagi dibelenggu dengan sistem jajahan bangsanya. ISA warisan jahiliah! Hapuskannya.


air mata anak kecil ini menjadi saksi di akhirat sana.

Berita lanjut boleh dibaca di HARAKAH DAILY

Thursday, July 3, 2008

Silat



JOM BELAJAR SILAT

Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
4 julai 2008
www.yussamir.com



“Saya tak mahu belajar silatlah bang. Mak saya kata, silat ini banyak guna ilmu-ilmu sesat ini. Mandi minyaklah, ilmu keballah, macam-macam lagilah.” Seorang junior menjawab pelawaan saya untuk mendaftar di booth silat. Saya senyum, dan mengeluh “hanya silat sahaja dipandang serong? Seni mempertahankan diri yang lain bagaimana?”. Belum sempat saya mahu menerangkan mana asasnya jawapan beliau itu, dia terus berlalu pergi. Saya hampa, kerana seni mempertahankan diri ciptaan bangsa sendiri, dihitamkan oleh pemikiran lama. Saya bersangka baik pada pelajar tersebut, mungkin stigma yang ada pada dirinya adalah stigma lama yang sekian lama telah ditanam oleh orang-orang yang berada di sekelilingnya. Saya juga tidak terkejut, kerana ramai yang menjawab dengan jawapan yang sama bila diajukan tentang SILAT.


Saya seorang yang bangga dengan warisan Melayu. Kerana saya berbangsa Melayu. Saya tidak suka Melayu dipanggil dengan nama Kaum Melayu. Kerana Melayu bukannya kaum, tetapi sebuah bangsa. Bangsa yang mempunyai sebuah tamadun yang mempunyai kepelbagaian keistimewaan dan keunikan. Antara keistimewaan yang besar yang sehingga kini diwarisi oleh Bangsa Melayu adalah SILAT. Silat adalah sebuah seni mempertahankan diri yang lahir dari kehebatan dan kepahlawanan Panglima-panglima Melayu dahulu. Sejarah mencatatkan bagaimana, ketangkasan dan kehebatan 5 orang sahabat semasa pemerintahan Melaka, berjaya menjulang nama Melaka sebagai sebuah kerajaan yang aman dan harmoni. Kemudian, seni mempertahankan diri itu mengalami revolusi selari dengan perubahan masa, zaman dan keadaan setempat.


Teka mana saya


Ramai yang masih ragu-ragu dengan “apakah hukum mempelajari ilmu seni mempertahankan diri.” Saya merasakan pertanyaan ini seringkali dijawab dengan jawapan-jawapan yang sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam pengambilan pandangan-pandangan dikalangan ulama’ muktabar. Seringkali, menjawab pertanyaan ini dengan berkata, “boleh, tidak ada masalah. Sebab kita wajib mempertahankan diri.” Memang benar jawapan ini, tetapi mengapa kita tidak membesarkan mata kita terhadap seni mempertahankan diri yang tidak selari dengan tuntutan syariat? Misalnya, harus tunduk sembah kepada gambar master yang sudah mati. Tunduk sembah kepada matahari, dan pengambilan bahan-bahan yang diharamkan dalam Islam serta mengamalkan petua-petua yang secara jelas mengingkari akidah islamiah. Selain itu, ada juga seni mempertahankan diri, membutakan penglihatan-penglihatan para pelajarnya dengan mempamerkan sesuatu yang diluar batas kemampuan manusia. Adakah pertunjukkan ini mahu mengambarkan pembuatnya itu adalah wali? Sedangkan sesuatu karamah atau maunah, bukanlah boleh didatangkan dengan kehendak manusia itu. Tetapi karamah atau maunah, didatangkan atas keizinan Allah dan kehendak-Nya. Selain daripada(maunah dan karamah) itu, semuanya adalah istidraj. Iaitu sesuatu yang diberikan kurnia semata-mata untuk menjerumuskan manusia terus ke dalam kesesatan.



Perbahasan para Ulama’

Ulama sejak dari dahulu telah membahaskan tentang(hukum) mempelajari seni mempertahankan diri. Dalil yang diambil dalam memahami isu ini ialah dari surah al-Anfal ayat 60, “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi.”

Terdapat juga sebuah hadith yang direkodkan Abu Daud[1], bahawa Nabi saw pernah bergusti dengan Rukanah.Dan menurut hadith tersebut, Rukanah dan Nabi saw pernah bergusti lebih dari sekali. Berdasarkan kepada hadith ini, para ulama’ mengulas bahawa gusti tidak akan sesekali mengurangkan kewibawaan, kemulian dan darjat seseorang.

Menurut Imam Yusuf al-Qardhawi[2], “belajar seni mempertahankan diri adalah dibenarkan bagi mereka yang mampu. Kadangkala ia menjadi wajib bagi seseorang. Khususnya bagi mereka yang diancam dengan serangan fizikal. Dengan mempelajari ilmu bela diri, seseorang akan memliki bekal untuk menangkis serangan serta mematahkan usaha lawannya. Pandangan ini sesuai dengan kaedah syariat yang menyebutkannya, “Hal yang menjadi syarat bagi terjadinya sesuatu yang wajib, maka hukumnya menjadi wajib pula.”


Seni mempertahankan diri tidak harus ada campur tangan hal-hal yang boleh mengoncangkan akidah. Menurut Ustaz Abdul Kadir[3], “Yang penting seni mempertahankan diri itu mestilah jauh dari unsur-unsur syirik, khurafat dan bid'ah. Kalau seni silat sekalipun, tetapi ianya mengandungi perkara-perkara syirik, khurafat dan bid'ah seperti mandi bunga, mandi limau, mandi tawassul dengan kain putih dan seumpamanya, maka sudah tentu kita tidak boleh menyertainya.”


Tujuan seni mempertahankan diri

Tujuan silat atau seni mempertahankan diri yang lain yang utama adalah untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Tetapi konsep ini seharusnya dilihat dengan lebih luas, kerana silat atau seni mempertahankan diri yang lain, bukan sahaja mengajar cara untuk berhadapan dengan musuh tetapi juga membina kekuatan jasmani pengamalnya. Perkara ini menepati kehendak Islam yang menginginkan penganutnya sentiasa sihat dan kuat. Sepertimana dalam sebuah hadith yang direkodkan Imam Muslim[4], bahawa Nabi saw berkata “seorang mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai oleh Allah daripada mukmim yang lemah.”


Dalam hal ini, Imam Yusuf al-Qaradhawi mengatakan bahawa, “Islam tidak menghendaki tubuh yang rapuh; yang tidak boleh menangung beban ketika sedang dituntut darinya, tidak mampu menghadapi kesengsaraan,serta tidak kuat ketika mendapat tentangan. Islam menolak manusia seperti yang digambarkan oleh seorang penyair arab dahulu:

“terpaan angin-angin sepoi melukai kedua belah pipinya,
dan usapan sutera membuat hujung-hujung jemarinya berdarah.”




Kesimpulannya, seni mempertahankan diri atau seni bela diri tidak kiralah sama ada silat, taekwando, aikido dan lain-lain, haruslah bersih daripada perbuatan yang menyalahi syariat serta tidak mendatangkan bahaya kepada pengamalnya; fizikal dan mental. Saya akhiri dengan membawakan sebuah garis panduan yang dikeluarkan JAKIM berkenaan dengan silat. Sila baca di GARIS PANDUAN SILAT MENURUT ISLAM.








[1] Hadith ini adalah hadith Hassan menurut kitab “takhrij Ahadith al-Halal wa Al- Haram. Rujuk juga di dalam buku Feqh Al-Lahwi wa At-Tarwih karya Imam Yusuf al-Qardhawi.

[2] Feqh Al-Lahwi wa At-Tarwih karya Imam Yusuf al-Qardhawi.

[3] Beliau boleh dirujuk di http://al-qayyim.net

[4] Hadith ini boleh dirujuk di kitab Kirab Al-Qadar .