oleh:Yussamir Yusof
www.yussamir.com
cyberjaya
18 Julai 2008
Membedah pemikiran Kassim Ahmad ataupun orang-orang yang semacam beliau adalah suatu keseronokan. Keseronakan bagi saya dalam mennyelami idea-idea dan gagasan pemikiran yang sama sekali berbeza dan kontradik dengan pemikiran semasa. Saya bukanlah seorang Sosialis pekat, ataupun pembawa ideologi Liberalis, tetapi seorang pengemar kepada kepelbagaian dan pemikiran kritikal orang-orang seperti Kassim Ahmad, Rashad Khalifah dan lain-lain.
Membaca karya terbaru Kassim Ahmad 'mencari jalan pulang' memberi saya sebuah gambaran bahawa perjalanan sebagai seorang insan sebenarnya bertahap. Tahap-tahap itu yang akan membawa manusia lebih mengenali diri sendiri dan sekaligus penciptanya. Didalam Knowledge Economy, pengetahuan terdiri daripada 2 komponen. Pertamanya Facit Knowledge iaitu, pengetahuan yang diperolehi melalui pengalaman. Keduanya Explicit knowledge, iaitu pengetahuan yang diperolehi melalui pembelajaran secara formal atau tidak formal. Jadinya, dalam kedua-dua pengetahuan ini, Kassim Ahmad dan orang-orang semacam beliau lebih terdedah kepada keintelektuan semulajadi yang dikembangluas melalui pengalaman yang mereka tempuhi. Pengalaman sebagai seorang pemimpin Mahasiswa, parti politik, debat, perbincangan serius di luar negara, perjumpaan bersama ahli-ahli akademik, asuhan ideologi-ideologi yang kontradik dari ideologi semasa, dan keghairahan dalam mencari jalan benar dalam kesamaran siang adalah faktor mereka menjadi seorang intelek. Pasti ada yang melihat saya seakan-akan menyokong gagasan pemikiran mereka ini. Tetapi percayalah, bahawa adanya orang-orang seperti mereka kita akan lebih menghargai ilmu pengetahuan. Apa yang membuat saya tertarik dalam buku terbaru beliau ini ialah, beliau acap kali menyatakan bahawa kita terlalu mendewakan ulama Muktabar, kitab muktabar dan segalanya muktabar. Sehinggakan sesuatu perkataan yang dikeluarkan oleh Imam-imam besar kita mengganggapnya lebih dari Quran!
“Kassim Ahmad menolak Hadith.” Perkataan ini serasa saya pasti akan ditimbulkan oleh orang yang mengenali atau sudah lama mengikuti perkembangan beliau. Saya tidak boleh komen panjang lebar dalam hal ini, tetapi melalui pemahaman saya beliau adalah seorang yang kritikal. Beliau tidak boleh menerima sesuatu tanpa ada bukti dan penjelasan yang kukuh. Menyentuh mengenai keraguan ataupun penolakan beliau terhadap penyataan bahawa hadith yang dikumpulkan oleh Imam Bukhari dan Muslim sebagai sahih semuanya, adalah sebuah penyataan biasa. Kerana, ada sahaja ulama dari zaman muhadthin mutaqadimin sehingga sekarang sudah ada yang menyatakan bahawa dalam sahihain ini ada yang tidak sahih. Misalnya Imam Besar dan juga ketua ulama sedunia, al-Imam Yusuf al-Qardhawi. Beliau juga ada menolak ataupun tidak bersetuju dalam beberapa hadith yang terkandung dalam Sahihain. Namun itu tidak bermakna beliau adalah seorang anti hadith!
Pasti ada cacat cela dalam penulisan saya kali ini, tapi apa yang jelas pembacaan buku-buku yang dikarang oleh orang-orang semacam Kassim Ahmad membuka minda dan menjadikan pemikiran saya lebih kritikal. Yang jelas, saya seorang pemilkir yang sentiasa memvariasikan pemikiran saya berlandaskan pegangan kuat terhadap “Quran dan Sunnah”. Jadi tak timbul soal sesat atau tidak dalam menyelusuri pemikiran-pemikiran orang-orang semacam ini! Kepada Syiah, saya juga menyelusuri akidah anda, tetapi jelas apa yang dibawa tidak menguntungkan pemikiran saya malahan menyusutkan kepala saya!
bagus corak pemikiran anda. saya kagum, saya juga seorg pemikir. saya akan selalu sokong pejuangan anda. teruskan mencabar diri inda untuk meneroka lagi dalam dan lagi lebar skop pemikiran ilmuan2 islam. cara anda sealiran Qardhawi senang untuk di fahami.
ReplyDeletesekian
Terima kasih anonymous kerana sudi bertandang walau diri tidak diterang.
ReplyDeleteSama-sama kita mengasah minda,menjadi lebih kritikal dan kehadapan.
Lagi bagus kalau saudara/i memperkenalkan diri,dapat kta bertukar-tukar pandangan selepas ini..
Terima kasih sekali lagi.
p;s: pemikiran saya banyak dipengaruhi oleh Imam YQ,moga saya terus berada di jalan pertengahan...
Salam saudara Yussamir...
ReplyDeleteAnda menyokong pendapat YQ. Dan juga anda mengakui anda, "pemikiran saya banyak dipengaruhi oleh Imam YQ,moga saya terus berada di jalan pertengahan..."
Soalan saya, anda kenal Syeikh Taqiyuddin??
Apa pandangan anda tentang kedua-dua tokoh ini?? Dari sefi fikhrahnya(ideologi)
(COMMENT nie tak yah approve k).. nape perlu invisible??
ReplyDeleteblog anda mcm tak "open" t..
Jazakallah
Asslamualaikom..
ReplyDeleteSaya baru sahaja pulang dari rumah dan dirumah saya tidak ada internet.
Jadi sekarang ini baru saya berkesempatan cek semua comment2 di blog saya. Kepada anonymous pertama, boleh beri sedikit tentang syeikh yang anta sebutkan itu. tapi kalau mahu pandangan saya secara umum, jika pandangan dan pemikiran syeikh yang anta sebut ini bersederhana dan sentiasa up-to-date seperti Imam YQ.maka saya turut menyanjungnya. WaAllahualam.
Kepada anonymous kedua, saya invisible? Tak faham, blog ini sentiasa terbuka utk perbincangan tetapi tertutup untuk melpeaskan geram,fitnah dan ideologi yang bukan dari islam.
WaAllahualam,..