Monday, July 14, 2008

Kita yang memilihnya



Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
15 Julai 2008/2:30 pagi
www.yussamir.com
http://tetasan.blogspot.com



Semua orang pasti merasai erti kehidupan, tetapi erti itu didapati dengan pelbagai makna. Erti kehidupan itu lebih bermakna apabila kita merasa pelbagai recam dan zaman yang berbeza-beza. Menjadi seorang insan yang luar biasa, harus merasai dan mengerti kehidupan dari pelbagai dimensi. Merasai dua zaman yang berbeza iaitu zaman sebelum Islam dan zaman selepas Islam, adalah suatu erti kehidupan yang sangat bernilai. Beruntunglah mereka yang merasai kehidupan itu. Tidak hairanlah apabila Rasulullah berkata, “Sebaik-baik umatku adalah yang hidup pada kurun sahabatku, kemudian setelah kurun mereka (tabiin), kemudian setelah kurun mereka (tabiit tabiin)”[1]

Erti kehidupan itu sudah lama dirasai oleh Rasulullah dan para sahabatnya, erti itu hanya mereka yang rasa. Bagi kita yang sudah jauh dari erti kehidupan itu, sudah pasti mempunyai dan mengalami erti kehidupan yang berbeza dan pasti memberi impak yang besar dalam kehidupan kita. Mengulas erti kehidupan ini tercetus apabila saya membaca dan menonton sendiri dokumentari “Cat steven become Yusuf Islam”.

Saya sebenarnya tidak terkejut dengan kembalinya Yusuf Islam kepada Islam, tetapi saya teruja melihat bagaimana dia memaknakan erti kehidupannya. Ramai kawan-kawan yang saya kenal termasuk diri saya sendiri, turut merasai erti kehidupan dengan cara berhijrah dari satu zaman kegelapan kepada zaman yang sentiasa disinari mentari keimanan. Zaman kegelapan itu kalau dilihat dari zahir ayatnya semacam suatu zaman yang benar-benar gelap. Tetapi bila ditinjau dari satu sudut yang lain, zaman itu adalah zaman muhasabah. Zaman peralihan dari satu dimensi ke satu dimensi yang lain. Sama ada beralih ke dimensi yang lebih teruk atau dimensi yang dikelilingi kebaikan dan keharmonian. Di sinilah, seorang insan itu harus memilih dan membuat keputusan untuk dirinya. Hanya ada dua, iaitu terus berada dalam kegelapan, atau berjalan menuju cahaya yang akan membawanya kejalan kebenaran.

Ramai rakan-rakan saya melihat penghirahan saya sebagai suatu yang sia-sia pada mulanya. Sia-sia kerana penghirahan saya tidak memperlihatkan apa kebaikan dan manfaat pada diri saya atau orang lain. Namun hati kuat mengatakan bahawa, saya perlu bertahap-tahap dalam proses penghijrahan. Kesukaran saya untuk berhijrah secara keseluruhan dalam proses ini, berlaku disebabkan keadaan persekitaran saya yang sukar untuk saya benar-benar konsisten. Walaupun berada di sekolah Agama[2], namun sebuah sekolah swasta yang boleh sesiapa sahaja memasukinya benar-benar mencabar penghijrahan saya. Pelbagai budaya kuning terus merebak menjadi virus di sekolah itu. Tidak dinafikan ada juga pelajar yang benar-benar mahu menuntut ilmu, tetapi dengan kapasiti pelajarnya yang ‘terbuang’ dan mempunyai wang menjadikan sekolah itu sebagai tempat lambakan virus untuk disebarkan. Syukur, kerana sekolah itu mempunyai guru-guru yang hebat dan mempunyai jati diri seorang guru yang berdidikasi dan benar-benar untuk mendidik. Terima kasih Tuhan kerana menemukan saya dengan Ustaz Hatta, seorang guru Tahfiz yang mengajar saya menjadi budak nakal yang baik. Itu cerita di sekolah.


di Masjid Qiblatain


Semasa proses penghijrahan itu berlaku, beberapa sahabat saya juga menunjukkan kecenderungan yang sama (alhamdulilah semuanya kini berada di menara gading). Proses itu tidak terhenti di situ sahaja, selepas keluar dari sekola swasta tersebut, saya terus menyambung pengajian di SMKA Pedas. Yang benar, perwatakan dan penampilan saya secara total berubah. Kemasukan saya di sekolah baru ini, dilihat sebagai seorang pelajar nerd dari sebuah sekolah arab yang kononnya melahirkan insan-insan rabbani. Proses itu berterusan sehinggalah saya pulang dari Makkah menunaikan fardhu haji. Pertemuan saya dengan Syeikh Al-mandili guru agama di Masjidil Haram benar-benar memberi satu impak yang besar dalam proses penghijrahan saya. Berbekalkan kemahiran berbahasa arab (ketika itu saya tidak tahu yang Syeikh Al-Mandili boleh berbahasa Melayu) saya banyak bersoal jawab dengan beliau. Saya diasuh supaya melihat Islam ini sebuah agama yang mudah dan benar-benar bersih dari perkara-perkara yang mengarut. Dari situ, proses penghijrahan saya semakin lancar dan semacam mendapat pertolongan yang besar dari Allah.

Peristiwa-peristiwa saya berjumpa dengan Mufti Turki, mengajar lelaki tua Iraq membaca Quran, dan pelbagai peristiwa memberi satu suntikan bahawa penghirahan saya ini benar-benar perlu! Pulang saya ke Malaysia, saya mula fokus kembali dengan ilmu-ilmu yang pernah saya pungut, saya mengulangkaji kembali ilmu-ilmu hadith, feqh, sirah, Nahu, Saraf dan lain-lain. Yang dahulunya saya hanya menghafal dan semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan.

Proses penghijrahan ini berterusan sehinggalah saya bertemu dengan rakan-rakan di MMU. Seorang sahabat, abang dan juga bekas rakan bilik saya, turut berkongsi pengalaman penghijrahan dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Prosesnya sama, walaupun jalan ceritanya berlainan. Melalui beliau saya mula mengenali Syeikh Nasiruddin al-Albani, Syeikh Syuaib al-Arnouth, Syeikh Muhammad Salleh Ustaimin, Brother Shahkirit, Brother Lim, Syeikh Maulana Asri dan lain-lain. Minat membaca yang sama, minat mengkaji yang sama, dan minat menulis yang sama membawa kami kedalam zaman pembaikan dan penambahbaikkan. Berada di zaman penambahbaikan (islah) memberi saya cabaran yang lain. Di zaman ini, saya harus pula memberi dan sentiasa memberi, terutama mereka yang saya lihat kecenderung ke arah kebaikan.

*bersama abang yang dikatakan itu. Ketika baru masuk di MMU


Untuk apa saya menulis semua ini? Saya menulis semua ini kerana mahu menunjukkan bahawa KITALAH YANG AKAN MENENTUKAN JALAN HIDUP KITA. Benarlah kata Allah, “sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri.”[3]

Dua orang Sarjana Islam telah menafsirkan ayat ini, iaitu Dr. M. Taqiud-Din & Dr. M. Khan dan Syeikh Yusuf Ali. Menurut Dr. M. Taqiud-Din, ayat ini menjelaskan bahawa “Allah will never change a grace which He has bestowed on a people until they change what is in their ownselves. And verily, Allah is All-Hearer, All-Knower. Manakala menurut Syeikh Yusuf Ali, “ Allah will never change the grace which He hath bestowed on a people until they change what is in their (own) souls: and verily Allah is He Who heareth and knoweth (all things)." Kedua-dua penjelasan dari dua orang tokoh ini sama, iaitu Insan berhak atau menjadi asbab menentukan jalan kehidupannya. Jadinya, sama ada kita mahu menjadi baik atau jahat kita yang akan menentukannya. Bukan Allah, bukan warisan, bukan juga keturunan. Tetapi diri kita sendiri!




Disclaimer: Penulisan ini sama sekali tidak menolak tentang konsep hidayah dan lain-lain. Tetapi sekadar memberitahu bahawa manusia ini bukan robot yang diciptakan oleh Allah. Manusia juga diberi hak untuk memilih jalan kehidupannya. Sekian..






[1] HR Muslim

[2] Al-madrasah al-arabiah Islamiah An-nur

[3] Surah al-Anfal ayat 53.

6 comments:

  1. Assalamualaikum

    Penghijrahan itu memerlukan pengorbanan daripada semua segi. Hijrah juga akan menuntut kita belajar supaya faham dan tahu bahawa penghijrahan itu adalah satu proses, ibarat menaiki anak tangga. Untuk sampai ke puncak, anak-anak tanga itu perlu dinaiki satu persatu dengan hati-hati yakni dari erti kata, berilmu. Nak atau tidak, untuk sampai ke atas, kita perlu juga menaiki tangga itu, bukan? Sekurang-kurangnya, walaupun tidak berada di puncak, kita berada di atas, berbanding anak tangga yang terdahulu.

    Hidayah itu milik Allah dan kita semestinya berusaha untuk mendapatkan hidayah, itu konsep hamba. Hidayah itu milik Tuhan, hak yang tak dapat dinafikan.

    Teruskan berhijrah kerana, hijrah itu satu proses!

    Wallahualam.=)

    ReplyDelete
  2. Benar kak, Hidayah itu hak mutlak Allah, tetapi konsep berusaha dan tidak hanya menyerah adalah konsep yang dituntut juga dalam Islam. Itu sebab saya membuat kenyataan diakhir artikel bahawa Hidayah itu adalah konsep yang tidak boleh dinafikan.
    Saya amat menghargai dan tertunggu2 komen dari akak yang bagi saya sentiasa penuh erti dalam kehidupan..(maklumlah,orang dah grad pastu tak gheti2 ke nak kahwin.,.,huhuhhu)

    Thanks again kak..

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Betul tu Yus, anda juga telah berjaya dgn bergaya nya berhijrah di Puncak Tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu :) July 2007.

    ReplyDelete
  4. Hehehe..Aminlife...
    aku rasa pon aku nak tulis sometg berkenaan dengan pendakian kita tu..
    banyak benda aku dapat, sampai sekarng aku simpan..huhuhu...
    Alhamdulilah berjaya kita melihat keagungan Allah di sana...

    -yus- malas nak buka gmail..
    ni owner yang tulis...huhuh..k

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    manusia bukan robot. dan manusia juga Allah berikan freewill .. utk mereka memilih jalan kehidupan sendiri yang disukai (dlm surah al-balad.. wahadaahunnajdain)

    aku sukakan entri ni. buatkan aku makin smangat untuk ... berhijrah. :)

    salam juang!

    ReplyDelete
  6. Sdr Faisal Musa a.k. Faisal Tehrani ada berkata (saya tak ingta ayat yg sebenanr)... "Hidayah itu ibarat cahaya yang tidak masuk ke dalam kamar yang tidak di buka tingkapnya"

    Sama seperti hijrah, jika seseorang itu tidak sudi membarkan hidayah masuk ke dalam hatinya, susah juga ya untuk berhijrah. Banyak kes yang saya tengok, kebanyakannya memandang sinis sahaja jika kita ajak ke jalanqkbzb kebaikan. Banyak alasan di beri, walhal ia bukanlah perkara yang susah.

    Apapun, tahnah kerana berjaya melalui fasa hijrah....

    ReplyDelete