Tuesday, December 23, 2008

Imam Ibnu Taimiyah VS Imam Al-Ghazali

Merenung Imam al-Ghazali saya termenung dengan hadith-hadith yang banyak tidak jelas dalam Ihya’. Merenung Ibnu Taimiyah, saya termenung melihat betapa keras dan lantangnya dalam membela akidah umat Islam daripada tercemar. Tetapi kedua-dua tokoh ini mempunyai satu persamaan yang sangat mendebarkan, iaitu mereka mempelajari Falsafah. Kalau Imam Ghazali mempelajari Falsafah kerana mahu mencari kebenaran, Ibnu Taimiyah pula mempelajari Falsafah untuk mencari kelemahan Falsafah dan kemudian bercita-cita untuk menghancurkannya. Ilmu yang sama, tapi tujuan yang berlainan. Itu yang membuatkan pandangan dan kritikan dari kedua tokoh tentang Falsafah sehingga kini dibicarakan oleh orang ramai.

Saya terdetik untuk menulis tentang kedua tokoh ini apabila Saudara Rausyan menulis sebuah artikel “Tentang al-Ghazali dan Ibn Taimiyah”, dan bagi saya ada beberapa perkara tentang Ibnu Taimiyah yang harus kita perhalusi. Jika Saudara Rausyan mengajak manusia untuk memahami Imam Ghazali dengan cara membaca karyanya secara total, maka saya pula menyeru semua manusia menilai dan mengkaji pemikiran Ibnu Taimiyah secara kaffah pula. Mungkin itu lebih adil dan saksama dalam menilai pemikiran kedua-dua tokoh ini.

Bukan semua yang ditulis oleh Saudara Rausyan saya menolak, banyak poin yang dicerna dan ditulis baik oleh beliau saya bersetuju. Namun dalam persetujuan itu, terselit beberapa penafian yang harus saya jelaskan dalam artikel kali ini. Artikel ini bukan mahu menyebelahi mana-mana tokoh, tetapi sekadar membersihkan dan menjelaskan pandangan atau tulisan yang kurang tepat yang telah dilontarkan.


Saudara Rausyan menulis:
“Begitu juga dengan tassawuf. Ibn Taimiyah menyerang kesuluruhan institusi tassawuf manakala Imam al-Ghazali tidak melihat begitu!”


Jawapan saya:
Al-Imam Yusuf al-Qardhawi dalam fatwanya berkenaan dengan Tasawuf mengambil jawapan dari Imam Ibnu Taimiyah tentang perkara ini. Kata Imam Ibnu Taimiyah:

“Pandangan aku dalam masalah tasawuf ada dua, iaitu, sebahagian termasuk ahli fiqih dan ilmu kalam mencela dan menganggap para sufi itu ahli bid'ah dan di luar Sunnah Nabi saw. Manakala sebahagian lagi terlalu berlebih-lebihan dalam memberikan pujian dan menganggap mereka paling baik dan sempurna di antara manusia setelah Nabi saw. Kedua-duanya tidak benar. Yang benar ialah bahawa mereka ini sedang dalam usaha melakukan pengabdian kepada Allah, sebagaimana usaha orang-orang lain untuk menaati Allah swt. Dalam keadaan yang pertama di antara mereka, ada yang cepat sampai dan dekat kepada Allah, orang-orang ini dinamakan Minal muqarrabiin (orang-orang yang paling dekat dengan Allah), sesuai dengan ijtihadnya; ada pula yang intensitas ketaatannya sedang-sedang saja. Orang ini termasuk bahagian kanan: Min ashhaabilyamiin (orang-orang yang berada di antara kedua sikap tadi). Di antara golongan itu ada yang salah, ada yang berdosa, melakukan taubat, dan ada pula yang tetap tidak bertaubat. Yang lebih sesat lagi adalah orang-orang yang melakukan kezaliman dan kemaksiatan, tetapi menganggap dirinya orang-orang sufi. Masih banyak lagi dari ahli bid'ah dan golongan fasik yang menganggap dirinya golongan tasawuf, yang ditolak dan tidak diakui oleh tokoh-tokoh sufi yang benar dan terkenal. Sebagaimana Al-Junaid dan lain-lainnya.”


Dalam kenyataan di atas, Imam Ibnu Taimiyah tidak pernah sama sekali menolak Tasawuf secara total. Malahan beliau memperakui tokoh Sufi yang besar iaitu Al-Junaid. Apa yang jelas, selagi golongan tasawuf ini menjalankan aktiviti mereka berdasarkan al-Quran dan Assunah, selagi itu kita memperakuinya. Sepertimana yang dijelaskan oleh tokoh mereka sendiri iaitu Al-Junaid, “Barangsiapa yang tidak hafal Al-Quran dan menulis hadith-hadith Nabi saw. Maka tidak boleh dijadikan ikutan dan ditiru, kerana ilmu kita (tasawuf) terikat pada kitab Al-Qur'an dan As-Sunnah.”


Hanya itu sahaja yang saya mahu jelaskan? Ya memang benar, hanya satu perkara sahaja yang saya mahu jelaskan, kerana kebenaran tetap kebenaran. Menjadi masalah apabila mereka yang menulis tidak Quote betul-betul apa yang diperkatakan oleh orang yang berkata tersebut. Itu juga boleh dikenali sebagai jenayah Ilmiyah kerana ia bakal menjadi fitnah dan tuduhan yang tidak berasas kepada seseorang tokoh. Moga kita sama-sama menjaga displin ilmu dalam memetik atau memanjang-manjangkan sesuatu perkataan yang dikeluarkan oleh mana-mana tokoh.

Akhir kata, saya memetik sebuah konklusi yang jelas dan padat dari sebuah buku yang saya baca bertajuk, “Ibnu Taimiyah Versus Para Ahli Falsafah, sebuah polemik logika” : Jika kita membebaskan diri daripada sikap mengkafirkan orang lain, kedua teori ini iaitu Logika Rasional Aristoteles dan Teori Empirisisme yang dicanangkan oleh Imam Ibnu Taimiyah, maka kita dapat lihat kedua-dua teori ini amat diperlukan dalam perkembangan Epistemologi dalam Islam. Kedua-duanya dapat dikembangkan sesuai dengan objek atau lapangan kajian yang tersendiri. Ataupun, kedua-dua teori ini dapat dikembangkan secara pergabungan menjadi satu teori yang padu. Menyedari kekuatan dan kelemahan kedua-dua teori yang dimiliki, maka jika penerapan dapat dilakukan secara mendalam pasti ia akan dapat menghasilkan satu pemikiran dan sikap wacana yang eksklusif.

Sekian...

3 comments:

  1. Berkenaan artikel Ibn Taimiyah dan Imam al-Ghazali tempoh hari, ada kesilapan berkenaan penolakkan tassawuf secara absolute oleh Ibn Taimiyah. Sebenarnya tidak begitu kerana Ibn Taimiyah sendiri telah menggariskan beberapa kategori ahli sufi.

    Mungkin saya terkeliru dengan penolakan absolute berkenaan falsafah yang ditonjolkan oleh Ibn Taimiyah.

    Dr. Adi Setia, pensyarah falsafah sains UIA Gombak merangkap alumni ISTAC lama turut menjelaskan kepada saya bahawa:


    There's actually an academic paper on Ibn Taymiyyah belonging to the Qadiriyyah tariqat; I think I have it but got to dig it up from somewhere.

    Anyhow, he's not against tasawwuf as such but against what he sees to be problematic practices amongst the Sufis and pseudo-Sufis (not a new problem anyway), and at times he gets carried away in his critique, but the Wahhabis then made the whole situation worse by getting further carried away and conducting actual physical persecution when they took over the Hijaz; my quick view is that the Wahhabis are way more extreme, but they need a great classical name to justify their actions and so they invoked Ibn Taymiyyah, but my cursory readings of Ibn Taymiyyah's life convince me that if he were alive today he would never have condoned the bloodletting of the Wahhabis. By the way, the other "great" figure in wiping out Sufism was Ataturk, for secular reasons.

    Lastly Sufism is still very much alive even tolerated in Saudi Arabia, so we shouldn't be too quick with the word "malaise". As with all extremists, over time the Wahhabis have grown soft or wiser!


    Maknanya, Ibn Taimiyah telah di "hijack" oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menjustifikasikan penentangan mereka terhadap tassawuf

    Penjelasan lanjut berhubung Tassawuf dan Ibn Taimiyah boleh dapatkan di sini.


    jemput lawat entri baru yg hampir sama dengan dulu: http://rausyanfikir.com/2008/12/penerus-tradisionalisme-islam-dalam-era.html

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt.

    Apakah saudara Rausyanfikir pernah membaca buku-buku karangan Ibnu Taimiyyah?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah.
    Respon kepada Rausyan. Kekeliruan anda disebabkan anda tidak benar-benar memahami pemikiran Ibnu Taimiyah secara total,untuk membandingkan ataupun seperti dikatakan sebagai satu wacana perbincangan terhadap kedua tokoh ini, anda tidak boleh hanya terang mata terhadap Imam Ghazali tetapp gelap hati terhadap Imam Ibnu Taimiyah. Jika mahukan kedua-dua ini dibincangkan secara adil dan terang mata dan hati, perlulah juga anda memahami kedua orang tokoh ini secara jelas dan benar. Jadi tidak timbul soal tersilap atau kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja yang berlaku.
    Mungkin persoalan Abu Usamah itu harus dijawab jujur oleh Rausyan.

    WaAllahualam..
    Kita menghormati kedua orang tokoh ini berdasarkan keilmuan mereka.

    ReplyDelete