Bergambar? Semasa saya sedang sibuk-sibuk bergambar selepas tamat Majlis Malam Gemerlapan Aidiladha di MMU, seorang wanita menegur saya.
“Bergambar itu tak salah ke dalam Islam Yus?” Wanita itu bertanya.
Saya tidak melihat pertanyaan itu satu bentuk provokasi, tetapi lebih kepada seorang wanita yang tidak tahu, dan dia mahukan kepastian dari saya. Saya termanggu di depannya. Tidak tahu bagaimana cara terbaik saya menjawab persoalan dia, walaupun banyak sekali jawapan-jawapan yang saya boleh petik dari kotak ingatan. Tetapi dengan keadaan dan tempat yang tengah riuh-rendah dan keadaan beliau yang seharusnya tidak memerlukan jawapan-jawapan yang rumit , saya harus memberi jawapan yang ringkas dan padat.
Tapi lidah saya kelu, saya terdiam dan tidak boleh berkata apa-apa. Walaupun itu sebuah pertanyaan yang ikhlas, tetapi sebenarnya soalan itu memberi satu nasihat dan kritikan tidak langsung kepada saya. Memang benar, hukum bergambar itu mempunyai pelbagai pandangan dari para ulama. Ada yang mengharamkannya secara mutlak, dan ada juga yang mengharuskannya. Tetapi yang menjadi masalah dalam kes ini, ialah apabila bergambar dengan bukan muhrim. Saya pernah menasihati seorang sahabat saya tentang tidak bolehnya bergaul secara bebas dengan bukan muhrim. Ada batas-batasnya, dan ada perkara yang perlu diutamakan dalam hal perhubungan. Tetapi bab bergambar saya tidak pernah menyentuhnya, dan saya juga terpalit kepada dosa-dosa yang seharusnya saya elakkan.
Terima kasih kepada insan tersebut yang juga merupakan rakan karib saya,. Bila saya tanya apakah kesalahan dan perkara yang telah saya lakukan. “Kamu sendiri akan sadar” dia menjawab dengan bahasa ibundanya. Mungkin saya tidak pernah dikritik atau dibetulkan, sehinggakan saya merasakan segala perbuatan dan gerak-geri saya adalah benar dan tepat. Tetapi tidak! Saya katakan pada dia, saya perlukan kritikan yang ikhlas, agar diri tidak terlalu lemas dengan pujian dan kata-kata manis yang dilemparkan. Saya memerlukan insan seperti anda dalam kehidupan saya. Terima kasih kerana menyedarkan saya. Terima kasih. Selepas ini saya lebih berhati-hati dengan tindakan saya, agar sentiasa menepati piawaian syariah.
Terima kasih sahabat!
Sekilas pandang perbahasan para ulama tentang Hukum bergambar.
Sebetulnya saya tidak mahu menyentuh sangat hal-hal yang berkaitan dengan hukum, dan mahu mengfokuskan kepada artikel-artikel yang bersifat motivasi dan kesedaran diri. Tetapi memandangkan perkara ini perlu dijelaskan, maka saya ringkaskan kembali pandangan serta fatwa dari para ulama mujtahid.
Menjelaskan atau menetapkan sesuatu hukum yang zonni memerlukan perbincangan yang jelas dan terperinci. Berbeza dengan hukum-hukum qot’i iaitu hukum yang telah ditetapkan secara jelas oleh Allah dan Rasul didalam Quran dan juga Hadith-hadith yang sahih.
Hukum bergambar ini juga adalah termasuk hukum-hukum zonni iaitu hukum-hukum yang belum jelas dan masih dalam samar-samar. Namun begitu, Al-Quran dan Sunnah telah menggariskan beberapa panduan dan jalan untuk para ulama mujtahid mengeluarkan hukum berdasarkan pengetahuan mereka. Sesuai dengan peranan mereka sebagai Ulama’ yang diperlukan untuk berijtihad.
Para ulama berbeza pandangan dalam hal ini kerana berbezanya penafsiran dan pemahaman mereka terhadap hadith-hadith yang bersangkut-paut dengan patung, melukis dan mengukir. Sepertimana hadith yang digunakan oleh Majlis Fatawa Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al-Ilmiyah wal Ifa untuk mengharamkan bergambar iaitu, “Sesungguhnya orang yang paling berat siksaannya nanti di hari kiamat ialah orang-orang yang menggambar.(Riwayat Muslim). Walaubagaimanapun, dalam fatwa ini terdapat keringanan untuk bergambar hanya terhad kepada hal-hal yang amat mendesak seperti, gambar untuk pasport, sijil-sijil dan perkara-perkara yang amat memerlukan.
Namun bagi ulama Mujtahid yang lain seperti al-Imam al-wasatiyah Yusuf al-Qardhawi, dia berkata bahawa photografi yang menggunakan kamera ialah hasil daripada gambar yang ditangkap dengan menggunakan sinar adalah tidak mengapa, kerana menggambar/ melukis/ memahat objek yang dilarang dalam hadith-hadith tersebut ialah ingin menandingi atau melawan ciptaan Allah, dan pengertian itu sama sekali tidak wujud pada kamera. Pandangan beliau ini disokong oleh Syeikh Muhammad Bakhit , Mantan Mufti Mesir (Halal wa haram : Yusuf al-Qardhawi).
Walaupun al-Imam Yusuf al-Qardhawi membenarkan bergambar melaui fatwanya, tetapi beliau tetap meletakkan beberapa syarat dalam bergambar. Kata beliau, “Oleh itu gambar-gambar perempuan telanjang, setengah telanjang, mempamerkan bahagian-bahagian anggota khas wanita dan tempat-tempat yang membawa fitnah, dan bergambar di tempat-tempat yang cukup membangkitkan syahwat dan menggairahkan kehidupan duniawi sebagaimana yang kita lihat di majalah-majalah, surat-surat khabar dan pangung wayang, semuanya itu diharamkan baik yang menggambar, yang menyiarkan ataupun yang memasangnya di rumah-rumah, pejabat-pejabat, kedai-kedai dan digantung di dinding-dinding. Termasuk juga haramnya kesengajaan untuk memperhatikan gambar-gambar tersebut. Termasuk yang sama dengan ini ialah gambar-gambar orang kafir, orang zalim dan orang-orang fasik yang seharusnya orang Islam perangi dan dibenci dengan niat semata-mata mencari keredhaan Allah. Setiap muslim tidak halal melukis atau menggambar pemimpin-pemimpin yang anti Tuhan, atau pemimpin yang menyekutukan Allah dengan lembu, api atau lainnya. Seperti orang-orang Yahudi, Nasrani yang ingkar akan kenabian Muhammad s.a.w, atau pemimpin yang beragama Islam tetapi tidak mahu berhukum dengan hukum Allah; atau orang-orang yang gemar menyiarkan keaiban dan kerosakan dalam masyarakat seperti bintang-bintang filem dan biduanita.” (Halal wa haram: Yusuf al-Qardhawi)
Moga pandangan dan fatwa-fatwa dari para ulama yang saya petik di atas dapat memberikan pengetahuan dan juga dapat memberi kesedaran kepada kita semua.
WaAllahualam.

_____________________________________

PENGKRITIK YANG TIDAK BOLEH DIKRITIK
ReplyDeleteSebilangan manusia suka mengkritik tetapi tidak boleh menerima kritikan. Kritikan yang dilakukannya dianggap perkara hak, tetapi apabila dia dikritik, maka dia menganggap pengkritikannya tidak benar dan tidak sunnah.
Maka dengan demikian, apabila kritikan dilakukan terhadapnya, dia akan menggunakan pelbagai tindakan dan usaha untuk “mendiamkan” pengkritiknya itu agar berhenti dari mengkritiknya. Tindakannya itu menampakkan hilang kekuatan daya intelek dan professional.
Alhamdulilah
ReplyDeleteTerima kasih kepada Geekspro. Saya sentiasa bersedia untuk dikritik, asal sahaja kritikan itu ikhlas dan mempunyai hasad yang baik.
Dalam hal yang saudara utarakan, saya sangat bersetuju. Namun itu semuanya kembali kepada soal sikap. Spertimana Za'ba katakan dalam bukunya, semuanya kembali kepada soal sikap.
Moga kehidupan kita sentiasa dilingkungi nasihat-menasihati dan sentiasa mengkiritk demi agama dan juga diri sendiri.
WaAllahualam..
ps: familiar sungguh dengan gambar tu, Said Badiuzaman Said Nursi.Ulama dan juga pemikir Turki.