Ilmu Perbandingan Agama, Comparative Religion, Muqaranah al-adyan, ketiga ini mewakili makna yang sama, iaitu pengetahuan tentang perbezaan agama. Sebut sahaja nama-nama besar dalam ilmu ini, Syeikh Ahmad Deedat, Dr Zakir Naik, Brother Shahkirit, Brother Amin Yaacob dan YM Engku. Pasti semua orang akan terbayang tentang betapa petahnya mereka berhujah, terutama dalam perbandingan Agama Islam dan Kristian.
Tetapi kita sebenarnya terlupa atau tidak mengetahui, bahawa sebelum tokoh-tokoh di atas wujud di muka bumi ini, sudah ada ulama besar yang hebat dalam ilmu perbandingan agama . Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Hujatul Islam Abu Hamid al-Ghazali, Imam Ibnu Qoyim al-Jauziah, dan Maulana Syeikh Koiranvi hanyalah sebilangan tokoh ulama zaman lampau yang gigih dab konsisten dalam ilmu ini.
Misalnya Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya yang bertajuk Al-Jawab al-Sahih Li-Man Baddala Din al-Masih. Sebuah kitab yang berisi 1000 halaman ini dikarang oleh beliau sebagai tindak-balas menjawab pertuduhan yang dilemparkan oleh Paul of Antiouch (seorang Bishop Kota Sida) dalam sebuah risalah 24 halaman. Bukan setakat sebuah kitab, Ulama besar yang sering dilanda fitnah dan tuduhan-tuduhan liar ini, telah mengusahakan 5 buah kitab lagi bagi menjawab pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh penganut Kristian semasa zamannya.
Hal ini telah dikemukan oleh salah seorang anak murid beliau iaitu, Abdul Hadi(rujuk F.Michel S.J Thomas, A Muslim Theologian’s Response To Christianity: Seperti yang dikemukakan oleh Muhammed Amin Yaacob), “Ibnu Taimiyah telah menulis kitab ini bagi menjawab ‘Assaf al-Nasrani iaitu seorang paderi Kristian yang dituduh menghina keperibadian Rasulullah. Kitab-kitab tersebut ialah : Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafat Ashab al-Jahim, Jawab Fi ihtijaj al-Jahmiyah wa al-Nasara bil Kalima, ar-Risalah al-Quhrusiyah: Khitab li-Sirjwas Malik Quhrus, Qawaid al-Kanais, Takhjil ahl –Injil wa- Nahj al-Sahih fi al-Raad ‘ala Man Baddala Din ‘Isa ibn Maryam al-Masih.
ILMU PERBANDINGAN AGAMA ADALAH SUNNAH
Allah berkata dalam surah Yunus ayat 94, “Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu temasuk orang-orang yang ragu-ragu.”
Menurut Syeikh Muhammad Izzat al-Tahtawi seorang pakar perbandingan agama negara Syria dalam kitab al-Mizan Fi Muqaranah al-Adyan cetakan Darul Salam Syria, beliau berkata ayat di atas adalah dalil ataupun bukti bahawa ilmu perbandingan agama termasuk dalam ilmu-ilmu Islam. Ayat di atas secara jelas menyatakan kebenaran serta keunggulan Islam apabila dibandingkan dengan keseluruhan agama yang wujud di dunia, khususnya kepada Ahlu Kitab.(Seperti yang dikemukakan oleh Muhammad Amin Yaacob)
Usaha untuk membandingkan satu agama dengan agama lain, sebenarnya telah dilakukan sejak zaman para Sahabat lagi. Perkara ini dibuktikan dalam sebuah riwayat dimana Saidina Umar al-Khatab berjumpa dengan orang Yahudi yang sedang mempelajari Taurat. Kemudian beliau berkata, “Sesungguhnya aku datang hanyalah untuk membandingkan kitab Allah yang satu ini dengan yang lainnya". (Riwayat ini dari Abu Syaikh al-isbahani, dan dia berkata: Abu Yahya al-Razi menceritakan kepada kami, Sahl bin Uthman menceritakan kepada kami, Ali bin Mashar menceritakan kepada kami, dari Abu Daud dari al-Sya’bi. Sanad ini direkodkan oleh Imam Ibnu Qoyim dalam kitab Hidayatul Hayafari fi Ajwibatil Yahud wa Nasara).
SEJARAH DIALOG ISLAM-KRISTIAN
Dialog antara Islam dan Kristian sudah sekian lama wujud. Bukan kerana Islam membenci dan ingin bermusuh dengan Kristian. Tetapi disebabkan dekatnya akidah mereka dengan akidah umat Islam. Penganut Kristian mempercayai Jesus Crist, manakala dalam Islam mempercayai bahawa Jesus itu adalah Nabi Isa yang kita hormat dan cintai. Penganut Kristian mempercayai Jesus adalah anak kepada Maria tanpa bapa dan boleh bercakap ketika masih bayi. Islam juga beriman dengan kepercayaan tersebut. Perkara ini disebutkan dalam Quran surah al-Imran ayat 45-47, Allah berkata,
“ (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah), dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan dia adalah termasuk orang-orang yang saleh." Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril):"Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya:"Jadilah", lalu jadilah dia.”
Kebersamaan dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan kepercayaan antara Kristian dan Islam, sebenarnya adalah satu keuntungan untuk para pendakwah Islam. Sehinggakan Allah sendiri menggalakkan umat Islam mencari persamaan dengan Ahlu Kitab, sepertimana yang Allah katakan dalam surah al-Imran ayat 64, Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah."
Sejarah membuktikan bahawa dialog antara Islam dan Kristian telah dimulakan sendiri oleh Baginda s.a.w dengan sekelompok perwakilan Kristian dari kawasan Najran. Perwakilan ini diketuai oleh Abdul al-Masih serta Abu Haritshah bin Al-Qomah, Bishop Najran. Dialog ini dipetik dari kitab al-Mizan fi Muqaranah al-Adyan.
Selepas Rasulullah wafat, dialog-dialog antara Islam dan Kristian terus berkembang. Antaranya sebuah dialog yang terkenal antara seorang sahabat Rasulullah yang bernama Amru bin Al-‘As pada 9 Mei 639 Masihi dengan seorang ketua Gereja Ya’qubiyah. (Newman, N.A, The Early Christian-Muslim Dialogue (Interdisciplinary Biblical Research, Hartfield, Pennsylvania, USA. Seperti yang dikemukakan oleh Muhammed Amin Yaacob). Dialog tersebut berlangsung dengan beberapa soalan yang dikemukan oleh Amru bin Al-‘As kepada ketua Gereja tersebut. Antara persoalan yang ditanya ialah:
1. Ada berapa versi Bible pada penganut Kristian?
2. Mengapa wujud perbezaan konsep akidah di kalangan penganut Kristian?
3. Siapakah Al-Masih pada pandangan penganut Kristian. Adakah dia Tuhan ataupun tidak?
4. Apabila al-Masih yang diyakini penganut Kristian sebagai Tuhan berada dalam kandungan ibunya Mariam, siapakah yang mentadbir serta mengawasi langit dan bumi?
APAKAH USAHA KITA?
Di mana usaha kita? Adakah kita sekadar berbangga dan meletakkan tanggungjawab itu ke atas bahu tokoh-tokoh di atas? Buangkanlah alasan-alasan tidak cukup ilmu, tidak cukup masa, dan tidak cukup duit untuk terjun ke lapangan dakwah ini. Syeikh Ahmad Deedat menjadi tokoh besar dalam ilmu ini bermula dengan mengkaji kitab Izharul Haq, dan beliau dengan berani mula berdialog dengan paderi dan orang-orang Kristian.
(Penulis (berbaju palestin) bersama Rahmat (pengkaji Kristianiti), Edry (pengkaji Budha), Brother Abdul Aziz (pakar perbandingan agama), dan Naim)
Apabila Yusuf Estes bertanya kepada para peserta dalam sebuah seminar tentang apakah dalil yang sesuai untuk kita keluar berdakwah walaupun tahu sedikit? Brother Shahkirit menjawab, Balighul walau Ayah (Sampaikan walau sepotoh ayat: hadith ini sahih dalam Bukhari). Bukan memandai-mandai, tetapi sampaikan apa yang kita tahu. Dan untuk tahu, kita haruslah keluar mencari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dakwah kepada orang bukan Islam.
Hendak seribu Daya, Tak Hendak seribu Dalih,
Banyak tempat dan pusat dakwah Islam menjalankan aktiviti untuk sesiapa yang berhasrat untuk menjadi pendakwah. Baru-baru ini, PERKIM USJ-Subang Jaya menganjurkan kursus perbandingan Agama serta cara-cara berdakwah secara berkhikmah. Kursus ini akan bermula pada 15, 22,29 Mac dan 5 April bertempat di PERKIM USJ-Subang jaya.
selain daripada itu, Islamic Information and Service Foundation juga sering mengadakan kelas-kelas perbandingan agama secara mingguan dan juga Intensif. Kelas ini akan diketuai oleh Brother Shahkirit dan para Alumni FCR. Untuk kelas Intensif selama dua hari, akan diadakan pada 21 dan 22 Februari 2009 ini di IIS setiawangsa. Yuran untuk pelajar RM 100 dan bukan pelajar ialah RM 120. Untuk urusan pendaftaran boleh hubungi Sister Mariam 016 238 1104 atau datang terus ke IIS Setiawangsa.
Saya berharap usaha-usaha dengan membuka kelas-kelas seperti di atas menjadi jalan dan peluang kepada kita semua, untuk mendekatkan diri kepada Allah dan berbakti kepada-Nya. Moga persoalan di mana usaha kita selepas ini, dapat dijawab dengan kegiatan dakwah kita kepada orang bukan Islam.
Seeru ala barakatillah...
Boleh tak saudara dan rakan-rakan yang belajar ilmu comparative relegion ni berkongsi ilmu melalui blog ini...sye berminat tapi apakan daya takde peluang nak belajar..seeloknya biarlah dalam BM biar lebih ramai Masyarakat kte yg kurang mahir BI dapat memahaminya...
ReplyDeleteAlhamdulilah
ReplyDeleteSetakat ini ada bebrapa rakan penulis yang gigih menulis di blog masing untuk bercerita tentang perkara ini. Antara yang boleh saya sarankan ialah di blog ini:
http://effysaiful.com/
Tapi ini pun kebanyakkannya dalam English. Utuk bahasa Melayu, cuba baca buku yang ditulis oleh Saudara Muhammed Yaacob dan juga buku2 Syeih Ahmad Deedat yang telah diterjemahkan. Dan juga sebuah buku karya Imam Ibnu Qoyim yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Selain bahasa Melayu, banyak juga karya2 Ulama Indonesia berkaitan dengan perbandingan agama ini. Cuba cari di Pustaka Indonesia di masjid India.
Tapi jika sekadar membaca buku, anda sukar untuk mahir. Jika berpeluang, sila ke kursus2 yang saya nyatakan dalam artikel tersebut.
Terima kasih dan tahniah kerana ada keinginan untuk belajar.
blh join yahoogroups ni:
ReplyDeletehttp://groups.yahoo.com/group/abumeow/
atau lawati juga laman ini:
http://mmbadjie.blogspot.com/
http://amyusry.blogspot.com/
http://ifirrr.blogspot.com/
salam,
ReplyDeleteboleh tak bagi detail program kursus perbandingan agama kt usj-subang jaya tu?
syukran.
assalamualaikum.
ReplyDeleteyus,
maaf kerana menggunakan blog anda sebagai tempat bertanya soalan selain daripada penulisan saudara.
saya ingin bertanya, di manakah saya boleh mendapatkan form untuk memohon berniaga di misri plaza apabila ada event2 yang dijalankan?
kerana saya melihat tiada borang untuk tujuan tersebut di web MMU.
saya ingin berniaga burger la.
harap saudara sudi menjawab.
terima kasih .
Kpd Safwan. Maaf lambat balas.
ReplyDeleteSafwan perlu berjmpa dengan Busns Unit di building baru tu untuk dapatkan kebenaran untuk buka stall burger disitu.
SRC tidak ada access untuk approve any bsns di kawasan situ. Harap maklum.