"Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi, hingga sampai ke cucur atap.”
Saya tidak tahu, adakah lagu di atas sesuai untuk dinyanyikan dalam keadaan yang sedang mendesak di Perak kini. Saya juga tidak tahu, adakah keinginan yang meluap-luap untuk menakluki sebuah negeri dengan pelbagai cara juga, adalah sesuai dilakukan saat ini. Kalau dulu manusia di ajar untuk jangan terlalu obses dengan kekuasaan. Tetapi kini, kita semua diajar, bahawa teori Machiavelli wajib untuk diaplikasikan dalam dunia politik Malaysia. Atau saya sendiri tersilap menafsir didalam kabut yang sedang melanda?
Ingin menjaga kebajikan rakyat atau sekadar mahu berkuasa atau menunjuk kuasa itu tujuannya? Saya tidak pasti, apakah tujuan sebenar yang tersirat disebalik hati-hati mereka. Kalau kerana kebajikan rakyat, kenapa begitu rakus ingin berkuasa tanpa melihat apa yang rakyat khendaki? Jika mahu berkuasa, terang-terang sudah dapat dilihat dengan mata kasar. Saya pasti orang buta pun sudah dapat menganggak apa yang sedang berlaku dalam kebisingan yang sedang berlaku sekarang. KUASA DAN HARTA adalah dua perkara menjadi idaman dan hala tuju. Walaupun seboleh mungkin ia ingin dinafikan.
Saya sudah pasti apa yang akan dilakukan oleh Saidina Umar al-Khatab ataupun cucundanya Umar ibnu Aziz, jika perkara ini berlaku semasa pemerintahannya! Tapi dalam tampok pemerintahan sekarang, saya sekadar menangisi bangsa saya sedang melatah di tempat sendiri. Saya dan semua merindui pemerintahan Khalifah-khalifah Rasulullah, termasuk Umar ibnu Aziz. Bila lagi ia akan berlaku?
sedih dgn apa yg berlaku..dalam keadaan dunia sekarang pun,kenapa tdk mahu bersatu sesama kita bersaudara yg sepatutnya..'orang lain' memandang sinis senario semasa seperti tersebut..walaupun ianya melibatkan perkara yang tampak besar..namun,malu apabila kita menyedari siapa pelakunya..
ReplyDeletehmm..
ReplyDeletentahla..
zaman khulafa' ar-rasyidin tiada tandingannya..
kalau skarang ni..
manusia hanya pentingkan duniawi dari ukhrawi..
keikhlasan amat sukar dicari..
moga Allah mengampunkan dosa2 kita..
ameen..
Rakyat sudah boleh berfikir. Jadi pilihan raya yang akan datang, kita ada kuasa utk memilih. Pilih yang sewajarnya..
ReplyDelete:)
sayangnya saya belum cukup kelayakan untuk mengundi..hehe..;-)
ReplyDeleteTakper,,sekarang tak layak. nanti bila dah layak,gunakan kebijaksanaan kita untuk membuang undi itu :)
ReplyDelete