Walaupun Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita. Saya ada banyak perkara nak bercerita tentang apa yang berlaku sepanjang Ramadhan.
Bukan sedikit tetapi banyak hal yang berlaku sepanjang Ramadhan tahun ini. Bermulanya dengan perkahwinan kami pada awal bulan Julai, kemudian terus masuk bulan Ramadhan yang kurang dari sebulan.
Pertama kali berpuasa sebagai suami isteri, merupakan pengalaman paling indah buat kami.
Manakan tidak, semuanya telah disediakan isteri saya seawal jam 4.45 pagi setiap hari. Kemudian selepas bersahur, kami solat subuh berjamaah dan kemudian bersiap-siap untuk ke tempat kerja dan belajar.
Sepanjang Ramadhan juga, isteri saya sering jatuh demam dan lemah seluruh badan. Pada awalnya saya ingat ia hanyalah symptom kepenatan bangun awal pagi. Rupa-rupanya Allah telah anugerahkan sebuah hadiah yang tak ternilai pada kami berdua. Syukur….




