Wednesday, May 14, 2008

Biblioholisme

Photobucket

Biblioholisme sebuah kecanduan

Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
14 Mei 2008
www.yussamir.com



Hari ini adalah hari yang mengemuruhkan diri, kerana langit terus guruh menyambut keresahan diri. Semua itu saya telah coretkan dalam sebuah kertas yang dimayakan di tetasan. Kali ini buah hati saya ini; Paradigma. Meminta-minta untuk diisi dengan sesuatu, agar terus bercambah segar dan berdiri teguh menjadi wasilah intelektual. Mungkin tulisan kali ini tidak akan meleret-leret sehingga gundah untuk dibaca secara santai. Saya sekadar nak berkongsi tentang penyakit biblioholisme, iaitu sebuah penyakit yang membuatkan manusia kecanduan. Ah, demi Tuhan aku ketahuan.


Kecanduan itu bukan kecanduan jelek tetapi kecanduan murni, dan sesuatu tuntutan untuk menjadi intelektual. Biblioholisme itu adalah penyakit yang membawa kepada kecanduan luar biasa terhadap buku dan dunianya yang berkecenderungan berlebihan kalau tidak pun ekstrem dalam membeli,membaca, menyimpan, dan mengkagumi buku. Manakala para pencintanya disebut sebagai Biblioholist.[1]


Penyakit ini seharusnya disebar luas , dan seharusnya diciptakan virus untuk dijagkitkan pada masyarakat Malaysia,khususnya pada mahasiswa Negara bekas jajahan ‘Mat Salleh’ ini.Ah! Demi Tuhan aku ketahuan. Bukan semua yang bisa dijangkiti, sebab telah disuntik vaksin imunisasi yang dikenali umum iaitu Malas. Mujur ada juga yang tidak kebal dengan vaksin, ataupun ada yang tidak merelakan diri dari disuntik vaksin imunisasi itu. Ah! Demi Tuhan aku ketahuan.

Saya gembira ada juga beberapa teman yang sudah kecanduan dengan penyakit ini. Malah tidak segan silu untuk mendedahkan kecanduan itu di blog masing-masing. Saran saya, coretkan serba sedikit isi yang dilahap itu di kertas maya, agar ia menjadi pemangkin kepada orang-orang yang menatap itu untuk turut serta dalam kecanduan itu. Ah! Demi Tuhan aku ketahuan.


Saya sudah ketagih untuk membaca Sejarah Bangsa Israil dalam Bible dan Al-Quran sebuah penelitian Islamic Archeology oleh Dr Louay Fatoohi dan Prof Shetha Al-Dargazelli, Ibnu Taimiyah Versus Para Filosof sebuah polemik Logik oleh Dr Zainun Kamal, Fatwa antara ketelitian dan pencerobohan oleh al-Imam Yusuf al-Qardhawi, The Long NightMare ; My 17 years as political prisoners oleh Said Zahari, dan The Freelance Journalist ; how to survive and succeed oleh Christoper Dobson. Semua ini akan dihadam dan dilahap-lahan semasa cuti semester. Tunggu ya!..


Owh ya terlupa...

Saya harus menatap lagi dua kitab tebal , bagi penerus kesedian menjawab soalan peperiksaan pada Jumaat ini. Corporate Finance harus dilahap semahu-mahunya, agar tidak ada sisa-sisa yang tertinggal nanti di belakang. Ya memang benar, Demi Tuhan aku ketahuan....


PS: Aku sedih untuk mencoretkan sesuatu tentang Nakbah. Aku sekadar meletakkan link, bacalah dan hayatilah..Hati aku berdarah dan remuk! Palestin, kau pasti akan bebas!

Nakbah

Mari paparkan gambar ini

“Israeli shouldn’t celebrate independence until peace is achieved”






[1] Shaharom Tm Sulaiman : Mengenal dunia pencinta buku

4 comments:

  1. Jangan sampai bibliobankrapsi sudahlah. :)

    ReplyDelete
  2. Hehehe...jangan ghulu' kita perlu bersederhana..hehehe... :D
    Kalau tak pasti bankrup!

    ReplyDelete
  3. Ah, melihat timbunan resit beli buku sejak tahun lepas memang menakutkan!

    Mujur ada cek hasil tulisan cerpen yang menyejukkan hati~

    (Dan tunggu cek iklan blog nuffnang juga) :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Sejak dua tiga bulan ni akak dilanda penyakit gian melihat buku dan tak sabar nak mengkhatamkan beberapa buku yang berjaya dibeli walaupun dalam keadaan belum mempunyai income yang tetap. Am i a Biblioholist? hehe.. tak sabarnya nak kerja dan ada income. semestinya ada peruntukan untuk menambahkan koleksi bahan ilmiah, insyaAllah. doakan ya!=)
    Good luck untuk esok dan seterusnya, merdeka pada 23/5/2008..=D

    ReplyDelete