Sebuah persahabatan sebuah ikatan
Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
3.11 petang/Jumaat
Bintang malam katakan padanya
Aku ingin melukis sinarmu di hatinya
Embun pagi sampaikan padanya
Biar ku dekap erat waktu dingin membelenggunya
Tahukah engkau wahai langit aku ingin bertemu
membelai wajahnya
Kan ku pasang hiasan di angkasa yang terindah
Hanya untuk dirinya
Lagu rindu ini ku ciptakan
Hanya untuk bidadari hatiku tercinta walau hanya nada sederhana ijinkanku ungkap segenap rasa dan kerinduan
Lirik lagu di atas iaitu lagu rindu nyanyian Kerispatih, benar-benar menggugah perasaan saya. Seperti ada sesuatu yang masih belum saya lengkapkan. Atau saya sebenarnya merindui seseorang, sama ada sahabat lama, keluarga atau sesiapa sahaja yang layak untuk saya merinduinya.
Peperiksaan pada semester ini Alhamdulilah saya duduki dengan jaya. Walau ada beberapa soalan yang sukar untuk dijawab, namun tetap syukur saya panjatkan. Setelaah berusaha sedaya upaya, apa yang boleh kita lakukan kini adalah menyerahkan segalanya kepada Allah. Pada semester depan saya tidak akan lagi bersama dengan roomate saya yang sedia ada sekarang. Terasa begitu cepat masa berlalu, selama kami berkawan perasaan bersaudara terpaut dan terikat dengan kuat. Sahabat saya, Edry Faizal akan meninggalkan saya dan rakan-rakan lain, kerana beliau sudah berjaya menamatkan pengajian beliau.
Siapa Edry Faizal Eddy Yusof?
Beliau adalah timbalan saya dalam Institusi Usrah, seorang sahabat,seorang abang, dan seorang guru kepada saya. Saya mengenali beliau pada tahun pertama saya memasuki MMU. Seorang yang zaman lampaunya seakan-akan seperti zaman lampau saya, kami mula mengenali dengan lebih rapat. Ketika itu beliau tidak satu bilik dengan saya lagi. Biliknya yang terletak di tingkat bawah, memudahkan saya untuk ke bilik beliau setiap kali saya melewati biliknya. Mempunyai pandangan dan daya pemikiran yang begitu kritikal dan seseorang yang berpegang teguh dengan pendirian. Itu yang boleh saya katakan pada beliau. Saya mengkagumi beliau dalam memahami agama, saya mengkagumi beliau dalam membela agama! Beliau juga mengubah beberapa pegangan saya dalam sesuatu hal agama. Kesukaan kami iaitu membaca dan mengumpul buku dikongsi bersama-sama. Apa yang saya ada kadang-kadang dia tiada, dan apa yang dia ada kadang-kadang saya tiada. Seseorang yang suka membotakkan kepala, dan mahir dalam bidang perbandigan agama terutama yang berkaitan dengan chinese believe.
Hanya seorang sahabat yang jujur dalam persahabatan akan mengenali erti persahabatan. Saya akan terus mengingati beliau sebagai seorang sahabat dan seorang abang. Walaupun selepas ini, kami tidak akan terus bersama sama ada dalam Institusi Usrah dan lain-lain. Saya mengharapkan persahabatan ini akan terus kekal dan mekar menjadi sebuah ikatan yang bertemu kerana Allah, dan berpisah juga kerana Allah. Kami juga kini sedang berkerjasama dalam menulis sebuah buku, dan doakan kami dapat menyiapkan dengan segera.
Weh Edry! Aku doakan kau grad tahun ini, kahwin pun tahun ini, dan terus berjaya mendidik masyarakat dengan pengetahuan yang kau ada sekarang!
Mohd Fakhrurazi Mohd Yusoff?
Roomate kedua saya ini, adalah seorang sahabat, seorang abang dan seorang ketua saya dalam Institusi usrah. Beliau saya kenali pada tahun pertama juga, namun ketika itu hubungan kami biasa-biasa sahaja. Hubungan itu terus rapat setelah kami mula sering ke Percint 9 untuk makan bersama-sama setiap malam.Hehehe... Kekerapan kami pergi bersama-sama ke sana dengan rakan-rakan yang lain, terus merapatkan hubungan kami.
Ifwan, Naim, Shah, Khalid yang seringkali bersama-sama ke Mamak Stall, menjadikan hubugan antara kami semakin rapat.-Siapa kata ke Mamak Stall hanya mengenyangkan perut di kala malam sedang lapar? Ia juga dapat mengeratkan silaturahim!-
Kami tidak memanggil beliau dengan nama Fakhrurazi, tetapi dengan sebuah kuniyah iaitu Razak. Hal ini telah diriwayatkan oleh Ifwan, melalui sanad yang mutawatir, bahawa kuniyah ini telah diberikan kepadanya oleh Saudara Ifwan..Hehehehe...
Razak apa yang saya kenali, adalah seorang yang cukup penyabar dan bertolak ansur. Seorang ketua yang diplomasi dan seorang yang tahu mengawal keadaan. Semester depan beliau juga tidak akan bersama dengan saya. Namun, beliau tetap akan menjadi ketua saya pada semester depan, kerana saya dan beliau masih diamanahkan dengan jawatan yang sama! Moga hubungan kita terus kekal dan mekar bagi megembang-luaskan agama Allah di bumi Cyberjaya. InsyAllah..
Itulah serba sedikit tentang dua sahabat saya. Owh lupa nak beritahu, semalam saya di’dajal’ kan oleh kedua-dua orang ini.Hahahaha... Saya dikelentong! Hanya kami sahaja yang tahu!
Entri yang akan datang, akan banyak lagi saya akan kongsikan bersama pembaca paradigma! Saya akan ke Singapura pada 2 jun ini, jadi sebelum ke sana saya akan memanfaatkan masa saya dengan kerja-kerja yang bertangguh.
- Sambung tulis buku.
- Membaca 5 buah buku yang sedang menunggu untuk dibaca.
- Menulis artikel.
- Menulis proposal perniagaaan.
- Menulis proposal program motivasi untuk sekolah lama saya.
- Mengkaji , apa,bagaimana, siapa dan lain-lain yang berkaitan dengan dokumentari.
- Mencari maklumat tentang kominiti Islam di Singapura.
Eh Fakhrurazi? Jiran akak ni. Memang kenal sangat satu famili.
ReplyDeleteKomuniti Islam di Singapura: cuba look-up Darul Furqan. Dulu dikendalikan oleh arwah Ustazah Sharifah Badriyah & arwah Ustaz Syed. Sekarang diuruskan oleh anak-anak mereka.
Sebilik dengan Yus mengurangkan ketagihan kepada buku tanpa perlu keluar sangat duit. Sebab dia rajin beli buku dan aku tumpang baca je hahahaha.
ReplyDeleteAiseh pasni kena cari mangsa lain la pulak. Setakat ni dalam list ada adik aku Ezry je. Tapi dia beli buku selalu simpan kat UIA. Alamatnya selagi belum dapat kerja akan kerap la nampak muka ni kat Kinukuniya KLCC :D Baca free wuuuuu.
Sesungguhnya seorang sahabat yang baik bukan diibaratkan seperti kaca yang mana cantik apabila bersinar, tetapi akan mudah menemui kemusnahan.
ReplyDeletetetapi jadilah sahabat yang diibaratkan sebutir permata yang tetap bersinar dan berseri walau dimana ia ditempatkan.
Andai rindu bertaut,tandanya ukhuwah bersemi kerana-Nya
Insya Allah. :)
Hehehe....takper2,,kalau nak datang sini(bilik aku sem depan) pon tak kisah...
ReplyDeletesalam yus.
ReplyDeletepe kaba?lama x menjenguk paradigma..
saya sihat alhamdulillah.
cite best x de ape sngt. just busy sikit dgn benda harian yg perlu disiapakn..=)
untung bila dpt rakan yang dpt saling bantu membantu malah dapat berkongsi ilmu...
moga persahabatan sejati berkekalan
;)
saya M.Haipani. bisa meminta bantuannya bapak tidak. saya mahasiswa IAIN Antasari Antasari Banjarmasin KAL-SEL. semester akhir. dan saya kesusahan mencari buku karya-karya Yusuf Qardhawi terutama buku yang aslinya yaitu berbahasa Arab. buku-buku tersebut sangat penting bagi saya. karena saya mau menyelesaikan tugas akhir yaitu. penyusunan skripsi saya.
ReplyDeletemohon bantuannya ya pak.
sebelum dan sesudahnya saya ucapkan terimakasih banyak.
by: M. Haipani
Hp: +6285248211611