Clan agama yang claim hebat!
Oleh: Yussamir Yusof
Cyberjaya
2.52 pagi
www.yussamir.com
Perhatian: Maaf artikel kali ini pedas untuk ditelan!
Kekecewaan saya terhadap 'clan orang-orang agama yang tidak beragama' (selepas ini disebut (COOAYTB) ) dikongsi bersama, dengan rakan-rakan yang ‘bukan orang agama tetapi beragama’ dan juga ustaz-ustaz popular di tanah air. Kadang-kadang kami berbincang sesama-sendiri berkenaan dengan sikap dangkal sesetengah COOAYTB ini. 'COOAYTB ini yang disebutkan, terarah kepada mereka yang mengambil jurusan agama di Universiti-universiti Islam; khususnya di salah sebuah Universiti tertua di timur tengah.
Sikap tidak mahu berbincang dan hanya mendabik dada hanya dia yang tahu, dan orang-orang yang tidak ‘sekufu’ dengan mereka tidak boleh bersuara tentang agama. Menjadi barah dalam 'COOAYTB.
“sudahlah ambil pengajian Akaun, bukan bindang Pengkhususan islamik. Anta tak boleh ini. Eh! Ini imam Syafie tak kata pun. La hadith sahih, tapi Imam Syafie tak kata pun macam itu... Eh itu hadith walaupun sahih, tetapi dah kitab Minhajul Abidin kata macam ini, so kenalah ikut kata ulama ini.!......”
Ayat di atas seringkali bermain-main di bibir dalam 'COOAYTB.
Lihat sahaja mursyid-mursyid Ikhwan muslimin.Mereka kebanyakkan bukan agamawan,misalnya Ustaz Fathy Yakan seorang jurutera, Syaikh Sayyid Qutb yang berkelulusan sastera dan bekas Nazir sekolah di Mesir telah menghasilkan Tafsir Fi Dzilal. Syaikh Mustafa Masyhur seorang ahli Kaji Cuaca, Syaikh Hasan al-Hudhaibi seorang peguam dan Imam Albani seorang pembaiki jam. Lihatlah latar belakang mereka!
Suka melabel
Tambahan itu,COOAYTB ini juga suka benar melabel orang yang tidak selari dengan mereka, dengan gelaran-gelaran yang kadang-kala mereka sendiri tidak tahu dan fahami apa yang digelarkannya itu. Kata Allah, “dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.” (al-hujrat: 11-12)
Selain daripada itu, sikap bersangka buruk dan tidak bersikap adil dalam menilai juga, menjadi barah dalam COOAYTB. Sehinggakan sanggup mengelirukan orang lain semata-mata mahu menang dalam berbicara. Ibadah dan mua’malah juga sukar dibezakan, walaupun meng’claim’ diri mereka bersentuh lutut dan bertemu muka dengan ulama-ulama besar!
Kata Allah, “Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5)
Akhlah dan mahu menang!
Perkara ini menjadi satu masalah yang besar kepada COOAYTB. Saya ulangi lagi, clan agama ini terarah kepada mereka yang tidak tahu agama. Sedangkan mereka belajar agama! Bagi mereka yang benar-benar faham dan menyelusuri agama dengan kebenaran bukan untuk TUNJUK PANDAI, maka itulah yang dicari-cari. Bagai permata di laut dalam, semakin dalam semakin tertutup agar terlindung dari celaan. Saya berterima kasih kepada clan agama yang benar-benar beragama ini. Tidak sukar untuk melihat clan agama beragama ini di Malaysia. Toleh sahaja ke saifulislam.com, zaharuddin.net, ustaz emran, albakistani dan lain-lain lagi. Pemikiran yang dinamik, boleh berbincang dan bertukar-tukar pandangan, tidak taksub, lemah-lembut, berAKHLAK dan menepati piawaian sirim agaknya!
Saya tertarik dengan kata-kata yang ditulis oleh Ustaz hasrizal dalam blognya.
“Saya boleh bertolak ansur dengan kekhilafan dalam hal-hal feqh, tetapi tidak dalam Akhlak.”
Keinginan mahu menang dan tidak mahu menerima kesalahan juga, menjadi asset ‘bangsat’ (meminjam kata-kata faisal musa) dalam COOAYTB. Mengapa ada hasrat begitu! Kerana mahu menang dan tidak mahu orang lain nampak kelemahan kita, maka kita berbuat sesuatu di luar ilmu yang kita pelajari.
Nauzubillah...
“Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Saya menjamin satu rumah di pinggir syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar, satu rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan penipuan sekalipun bergurau dan satu rumah di tempat tertinggi dalam syurga bagi orang yang baik akhlaknya.” (HR Abu Daud, dinilai sahih dalam Sahih Sunan Abu Daud)
Akhir kata, usahlah kita menunjuk pandai, tetapi sama-samalah memandaikan orang lain! Kerana menunjuk pandai akan menarik sifat riak dan menzalimi orang lain. Manakala memandaikan pasti akan memandaikan semula diri kita dan menjadi orang yang disayangi. WaAllahualam...
assalamualaikum,
ReplyDeletebro, sabar la ye. whatever it is, true Muslims always react with wisdom and patience. do not fall into the same trap as the people that you disagree with fell into
and what is more, berlapang dada lah.
its easy to get carried away with these things, just remember that you are accountable to God Almighty, not them. if you think it is right, and that you have done your best to justify that it is right, then it is up to God to judge, not with people
ape2 pun, sabarlah ye. never be arrogant with what you know, and always take the higher moral ground by humbling yourself
:)
wallahua'lam
Waalaikumusalam....
ReplyDeleteTerima kasih mengingatkan saya..
Sejuk sikit hati..tadi baru je lepas kena syarah dengan Imkoyube kat YG..hehehe... Terima kasih sekali lagi...
assalamualaikum bro
ReplyDeletehaha,ekceli dah baca entri nih awal2 lg,but i was thinking to comment on it later..
anyway,like wut imakubex said:
sabar dan berlapang dada lah...[with true wisdom!]
let's always look on the positive side.this patience for example,might lead u to the doors of paradise!!=D happy x??hehe
now now,focus on ur next paper.satu je lagikan?MAD 2..bestnya!!
Yang Benar,
saya yang masih ade 5 papers to go(die lorh,esok dan seterusnya,4 papers in a row!!HelPP!)
Assalamualaikum....
ReplyDeletedah lame x mlawat paradigma ni...maklum la, baru baek dr injury. Satu pandangan yang menarik. aku stuju dgn ape yg ko katakan...bkn ape sbb aku pun dah ade pgalamn dgn org2 mcm tu. anyway, keep going with dis paradigma. ('',)
Tulisan ini perlu dipertimbangkan dengan adil. Dalam kita menegur orang agama yang dikatakan tidak beragama, kita kena berhati-hati dengan orang bukan agama yang berlagak agamawan. Hari ini kita lihat banyaknya syabab-syabab yang bertebaran dialam maya melepaskan fatwa-fatwa ciptaan mereka sendiri dan memaksa fatwa-fatwa mereka ini diterima pakai oleh umat Islam. Oleh itu, perlu adil kita mempertimbangkan isu ini.
ReplyDeleteAda yang kata "Islam bukan hanya untuk golongan tertentu,Islam untuk semua". Ya memang betul. Tapi Islam apa untuk semua? Adakah semua orang boleh menjadi ahli fatwa?
Sebagai seorang lulusan pengajian IT, saya pernah bersembang dengan beberapa orang rakan yang bukan dari jurusan IT. Salah seorang rakan saya berkata, beliau mempunyai seorang teman yang walaupun bukan lulusan IT, tetapi amat terra dalam IT. Saya pun tanya, apa yang terranya. Dia kata, temannya terra guna photoshop dan buat homepage yang cantik-cantik. Ya, itulah definisi terra IT bagi seorang yang bukan IT. Ditambah kalau boleh buat PHP programming, ha terus dapat gelaran mahaguru IT.
Realitinya, ramai orang bukan IT yang pandai buat homepage, malah buat programming. Tetapi sekiranya kita kaji hasil kerja mereka, maka kita akan dapati hasil kerja mereka ini selalunya tidak menurut kaedah yang betul serta best practice. A running program does not mean it is a good program. Malah company saya pernah upah seorang programmer yang bukan dari background IT. Walaupun beliau dah banyak develop application, tetapi kami terpaksa let him go after 1 month kerana hasil kerja beliau tidak memenuhi standard IT professional. Bukan saya kata yang orang bukan IT tak boleh jadi IT. Boleh, malah ada ramai yang non IT betul-betul jadi IT setelah berusaha menguasai ilmu IT secara tidak formal.
Kembali kepada soal agamawan dan bukan agamawan, analogi di atas perlu difikirkan. Kadang-kadang satu fatwa oleh orang bukan agamawan nampak betul dari segi perlaksanaan, tetapi tidak dari segi methodologi. Apa keburukannya? Dalam bidang IT, program yang tidak dibangunkan dengan methodologi yang betul akan kelak membawa masalah.
Terima kasih Anonymous aka engsian..
ReplyDeleteSya sudah membaca komen saudara di al-ahkam,,terima kasih...
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=89850
Assalamualaikum.
ReplyDeleteAkak teringat tulisan akhi yus tentang Al-Imam Yusuf Al-Qaradawi yang menangis bila dipanggil dengan gelaran Al-Imam. Akhlak orang berilmu dengan ilmunya.
Kes Kahar Ahmad yang menyesatkan akidah orang ramai dengan mengaku sebagai Nabi umat melayu pula fenomena sebaliknya yang melambangkan agama bukan hanya boleh difahami dan didalami dengan akal tanpa berguru.
Mungkin kerana agama dipisahkan daripada cabang ilmu yang lain, perkara ini menjadi isu. Jika agama dikaitkan dengan semua cabang ilmu, tidak timbul soal orang agama yang tidak beragama dan bukan orang agama yang berlagak seperti agamawan.
Wallahualam.
"dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini sedangkan kamu sombong"(surah luqman..ayat: tak ingat)
ReplyDeletesaudara, org yg berpendidikan Islam ni cuma ada 2 kemungkinan je bile kluar nanti.
A) Yg betul2 mengamalkan apa yg diajar. Org macam ni lah yg kita nak.
B) Org munafik. Org yg bersifat munafik ni mmg susah kita nak detect. Mereka pandai bermain kata2, menyalahgunakan dalil2 yg ada. Mereka akan gunakan ilmu yg mereka pelajari utk jatuhkan umat Islam tu sendiri.
Lagipun, ni tak bermakna group A ni "superior"..manusia yg paling superior, contoh terbaik adalah Nabi Muhammad s.a.w..