Thursday, December 31, 2009

KAHWINLAH TERANG-TERANGAN


“Aku nak kahwin sembunyi-sembunyi.” Fathul suarakan hasratnya kepada saya. Mukanya tidak ada tanda rasa bersalah, malah berseri-seri pula.

Saya pula yang agak terkejut dengan tindakan ‘berani mati’ beliau. Saya katakana berani mati, kerana tindakan beliau yang membelakangi keluarga adalah suatu tindakan biadap dan tidak menepati sunnah. Sedangkan beliau yang saya kenali adalah seorang pemuda yang sangat menghormati keluarga dan kuat mengikuti sunnah.


“Kenapa nak sembunyi-sembunyi?” Soal saya menginginkan jawapan.

“Sebab kedua orang tua sebelah perempuan tak mengizinkan aku mengahwini anaknya.” Jawapan beliau selamba.

“Mak bapa dia tak izinkan mesti ada sebab.” Saya cuba menduga.

“Memang pun, sebabnya ialah aku tak berkerja lagi. Mak bapa dia suruh aku berkerja dulu baru aku boleh masuk meminang.”

“Ha, betullah itu. Alasan mak bapa dia memang rasional. Kalau kau berkahwin dengan anak perempuannya, apa yang kau boleh beri? Kau pun tak berkerja lagi.” Ujar saya membenarkan alasan mak bapa sebelah perempuan.

“Adakah kerana wang menjadi alasan sesebuah perkahwinan itu harus dihalang? Adakah ini ada dinyatakan dalam syariat bahawa wang menjadi syarat sahnya perkahwinan? Bukankah ini yang dinamakan seabgai adhuul, iaitu melarang anak menikah tanpa alasan syari’e.” Fathul membalas hujah saya bertubi-tubi.

“Pertama, aku merasakan alasan kedua orang tua bakal isteri kau masih lagi selari dengan syariat…”

“Mana ada selari dengan syariat. Sedangkan semasa zaman Rasulullah pun sudah ada sahabat baginda yang bernikah hanya membacakan al-Quran sebagai mahar perkahwinannya. Sedangkan ketika tu sahabat ini tidak ada se-sen pun.” Fathul memotong cakap saya.

“Cuba dengar dulu perjalasan aku,” Saya memujuk beliau.

“Alasan kedua orang tua bakal isteri kau tak melanggar syariat. Dalam masa yang sama aku tak cakap bahawa seorang lelaki yang tidak ada perkerjaan tetap tak boleh berkahwin. Tetapi dalam hal ini, aku nak tanyakan kepada kau, bersalahkah ibubapa melarang anaknya bernikah dengan orang yang tidak ada pekerjaan tetap lagi? Larangan ini hanyalah disebabkan kekhuatiran mereka yang anak mereka tidak terbela dan terjaga bila berkahwin nanti.

Dari mana kau nak dapatkan duit untuk membelikan pakaian, makanan dan tempat tinggal untuk isteri kau bila berkahwin nanti? Kau ingat kisah Muawiyah bn Haidah al-Qusyairi bertanyakan hak isteri kepada rasulullah?” Soal saya kepada Fathul.

“Tak.” Fathul jawab pendek.

“Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Abu Daud bahawa Muawiyyah bin Haidah pernah bertanya pada Rasulullah. Kata beliau, “Wahai Rasulullah, sebenarnya apakah hak seorang isteri atas diri suaminya?” Kemudian Rasulullah menjawab, “Seorang isteri harus mendapatkan makanan sebagaimana yang si suami makan, mendapatkan pakaian sepertimana yang suami pakai. Jangan sesekali memukul wajahnya, jangan menghinanya, serta jangan memisahkan dirinya dengan kalian (para suami) kecuali hanya di dalam rumah sahaja.”

“Nah, semua alasan kedua orang tua bakal isteri kau selari dengan nas yang aku bacakan tadi.” Saya tegaskan lagi, sambil melihat wajahnya.

Wajahnya sunggul, tetapi saya tidak tahu adakah nasihat ini hanya sekadar masuk telinga kiri, keluar telinga kiri semula.

Fathul tak menjawab sedikit pun. Dia terus terduduk, kemudian bersandar ke dinding bilik. Saya merapatkan diri dengannya, kemudian menepuk-nepuk bahunya.

“Aku bukan tidak menyokong tindakan kau untuk mengikuti sunnah. Tetapi jalan kau untuk mengikuti sunnah tidak betul. Sedangkan taat kepada ibubapa selagi mana ia tidak menyalahi syariat adalah sebuah sunnah besar yang wajib kau ikuti.” Fathul menganggukkan kepala. Saya mengharapkan dia memahami apa yang saya katakan.


Saya sendiri berniat untuk berkahwin awal (tidaklah terlalu awal, awal bagi saya ialah 25 tahun dan ke atas), tanpa meminggirkan kedua ibubapa dipermudahkan. Mungkin kisah ini adalah kisah terpencil dari beribu kisah yang membuahkan rasa bahagian dan restu dari kedua belah pihak. Tetapi kisah-kisah terpencil inilah yang selalu digembar-gemburkan, dan sekaligus menjadikan agama sebagai alat dan alasan untuk kepentingan diri sendiri.

Betapa banyak para pemuda terutama mahasiswa yang semangatnya menyala-nyala ingin menegakkan sunnah. Akhirnya memilih jalan nikah segera dan sembunyi-sembunyi. Kahwin muda boleh, tetapi jika ia dilaksanakan dengan restu dan pertolongan ibubapa.

Ramai sahaja kawan-kawan saya yang berkahwin muda, mendapat restu dan pertolongan dari segi kewangan dari ibubapa masing-masing. Tetapi berapa ramai ibubapa yang memahami dan dapat membantu dari segi kewangan seperti itu?

Saya meminta izin untuk pulang. Kemudian saya terhenti seketika di pintu melihat Fathul yang sudah sedikit tenang dan menerima kenyataan. Namun, raut-raut wajahnya masih menunjukkan bahawa beliau runsing dan ragu-ragu untuk membuat keputusan.


“Fathul!” Saya memanggil namanya. Dia mendongak melihat saya di pintu.

“Imam Syafi’i ada berkata, “Sesungguhnya seorang remaja itu dinilai dengan ilmu dan ketaqwaannya,”. Kalau hal ini semakin mengusutkan kepala, habiskan belajar dulu kemudian kerja dan terus masuk meminang. Aku akan jadi orang pertama menyokong kau."

Saya mengakhiri perbualan saya dengan beliau.




____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Ummah mundur selagi membelakangkan Islam


Oleh Yussamir Yusof
Berita Harian 30 Disember 2009

SUARA mengatakan umat Islam mundur kerana agama dianuti, semakin lama semakin kuat berkumandang. Malah, ada kalangan umat Islam mengiyakan kenyataan itu tanpa berfikir panjang. Bukan saja mengiyakan, malah mempersoalkan hukum termaktub dalam al-Quran dan hadis sahih.

Penyakit kejahilan yang semakin kuat menyerang pemikiran umat Islam dan bukan Islam harus disekat segera. Sesungguhnya sebab kemunduran, kelemahan dan kejahilan umat Islam bukan disebabkan agama dianutinya tetapi kerana umat Islam tidak lagi berpegang kepada agamanya.




Adakah kerana umat Islam tidak berpegang kepada agamanya, bererti Islam sebagai agama harus dipersalahkan? Demi Allah yang menciptakan apa yang di langit dan di bumi, sama sekali Islam bukanlah penyebab kegagalan umat Islam.

Seorang doktor yang mendiagnos penyakit, kemudian memberi senarai ubat perlu diambil, tetapi jika pesakitnya tidak mendengar dan mengikuti arahan doktor, siapakah harus dipersalahkan apabila pesakit tidak sembuh. Adakah doktor yang dipersalahkan?

Islam sudah menyediakan manual untuk penganutnya sebagai panduan dan pengajaran tetapi jika penganut tidak mengikutinya, adakah Islam harus dipersalahkan?

Islam menyeru kesatuan tetapi umat Islam masih berpecah-belah. Islam menyeru persaudaraan, tetapi umat Islam masih lagi bermusuhan. Islam menyeru kepada keadilan, tetapi umat Islam masih lagi berlaku zalim.

Umat Islam perlu mengamalkan Islam yang sebenarnya, sentiasa berpegang kepada apa yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Umat Islam perlu mencontohi ketaatan dan kefahaman umat terdahulu di kalangan sahabat dan tabiin menjalani kehidupan sebagai Muslim.

Jika umat Islam mengikuti seperti orang terdahulu amalkan, sudah pasti umat Islam tidak akan dimomokkan lagi dengan perkataan mundur, kegagalan dan kejahilan.

Semakin erat hubungan seseorang dengan agama, semakin baik keadaan dan budi pekertinya. Malah, hubungan erat ini akan membawa kepada kejayaan, penghormatan, kemenangan dan kemuliaan kepada sesiapa saja.

Islam sudah menerangkan segala aspek dan keperluan umat Islam dalam kehidupan mereka, seperti dikatakan oleh Abu Darda: "Tidak ada yang diabaikan oleh Rasulullah, sehingga burung yang mengepakkan sayapnya di langit, Baginda sudah mengajarkan kepada kita mengenai ilmunya."

Lengkapnya Islam hinggakan hal berkaitan cara membuang hajat juga diajar dan diberi petunjuk. Salman al-Farisi seorang sahabat besar Rasulullah SAW pernah ditanya seorang musyrik adakah Rasulullah mengajarkan cara membuang hajat.

Kemudian Salman al-Farisi menjawab, "Ya, Baginda melarang kami menghadap kiblat ketika membuang hajat dan melarang kami membersihkannya dengan kurang dari tiga batu atau dengan tangan kanan, atau dengan kotoran kering atau tulang."

Jika meneliti kembali sejarah pertembungan peradaban Islam dan peradaban lain, Islam unggul kerana hubungan umatnya dengan agama begitu kuat. Sebut siapa saja, Yahudi, Pagan, Rom, Majusi dan munafik, semuanya dapat dikalahkan malah ditawan hati mereka untuk memeluk Islam.

Selepas kewafatan Rasulullah SAW, kepemimpinan Baginda diteruskan Khulafa' ar-Rasyidin. Pengganti Rasulullah SAW tetap meneruskan apa yang dimulakan Baginda tanpa ada sebarang tambahan mahupun pengurangan.

Islam semakin berkembang pesat dan tersebar ke seluruh dunia. Zaman ini adalah zaman kegemilangan Islam. Ilmu Islam tersebar ke seluruh pelusuk kota, ramai di kalangan bukan Islam mengambil manfaat daripada kegemilangan ini.

Ke mana saja umat Islam berada, di situlah peradaban besar dibina, dihormati dan digeruni oleh negara bukan Islam. Peradaban disulami keimanan, ilmuwan, teknologi dan kebendaan menjadi agenda utama. Peradaban dibina umat Islam ketika itu bukan peradaban materialistik mahupun kebendaan, tetapi peradaban menyatupadukan iman, ilmu, pembangunan dan akhlak.

Ketika itu umat Islam menjadi pemimpin dunia, di waktu itu juga umat Islam dihormati. Negara Islam adalah negara pertama, bukan negara ketiga seperti sekarang. Negara umat Islam adalah guru dan ikutan kepada negara lain.

Semua orang datang ke negara Islam untuk belajar di universiti disediakan. Bangsa Eropah yang dalam kegelapan ketika itu mempelajari bahasa Arab, ilmu Islam serta kaedah pembelajaran yang dicipta sarjana Islam.

Namun semua itu hanya tinggal kenangan. Umat Islam kini menghadapi masalah membabitkan kegagalan dan kemunduran. Semuanya apabila umat Islam menjauhkan diri dari Islam sebenar. Ketika kita menjauhi Islam, maka kita akan lemah, berpecah-belah, dan saling mementingkan diri.

Namun kita semua percaya umat Islam akan dihormati semula dan menjadi gemilang apabila kembali kepada Allah dan Rasul. Apabila masa itu tiba, kita percaya Islam akan mengatasi segala-galanya.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan Allah telah berjanji kepada orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal salih bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, segera Dia menjadikan orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang yang fasik." (Surah an-Nur, ayat 55)


___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Friday, December 25, 2009

N.I.A.T


Sejak dari kecil, jika belajar agama saya selalu diingatkan tentang niat. Kalau dulu, belajar sekadar belajar. Masuk telinga kiri, keluar juga dari telinga kiri. Saya kira pepatah masuk telinga kiri keluar telinga kanan itu lebih baik, sebab ada juga ilmu yang masuk kemudian keluar dari terus tidak masuk – harap jangan ada pakar bahasa marahkan saya.

Saya yakin anda semua juga pernah belajar tentang niat. Sama ada pembelajaran itu masih diingati dan diamalkan saya tak pasti (harap-harap masih ingat). Para ulama Islam zaman silam mahupun sekarang, kebanyakan dari mereka akan memulakan bab niat sebagai bab awal dalam buku-buku mereka. Misalnya Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya.


Kenapa niat? Dahulu saya sering juga mempersoalkan mengapa perlu niat? Mengapa niat sangat diberi perhatian?

Tetapi bila difikirkan kembali, dalam kehidupan kita seharian semuanya bermula dengan niat. Anda mahu makan, pasti akan terniat mahu makan. Tak tahulah kalau anda tetiba makan tanpa ada niat nak makan – penyataan ini agak pelik.

Mari kita baca hadith yang berkaitan dengan niat, sebelum kita lebih memahami mengapa niat sangat diberi perhatian dalam Islam. Dari Amirul Mukminin, Abu Hafs Umar al-Khatab dia berkata, “Saya mendengar Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya semua amalan itu bergantung pada niatnya..” (Hadith direkodkan Imam Bukhari)

Imam Nawawi mengatakan bahawa niat merupakan syarat terimanya sesuatu amalan. Jika niatnya benar, maka amalan juga benar. Namun jika sesuatu niat itu benar, tetapi amalan tersebut tidak selari dengan syariat amalan tersebut menjadi sia-sia dan tidak diterima.

Niat yang benar harus diikuti dengan amalan yang sahih. Rumusan ini boleh juga kita faham melalui cerita Robin Hood – saya minat cerita ini. Robin Hood, niatnya baik iaitu mahu membantu orang-orang miskin tetapi amalannya tidak menepati syariat kerana mencuri.

Jadi di dalam Islam, perbuatan Robin Hood ini tidak diterima dan mendapat dosa dari Allah – jika Robin Hood Muslim. Manakala sesuatu amalan yang menepati syariat tetapi tidak mempunyai niat yang benar, turut tidak diterima oleh Allah.

Misalnya, seorang dermawan memberi sedekah kepada faqir miskin, tetapi niatnya semata-mata mahu mendapat publisiti. Jika ini berlaku, maka amalannya ini turut ditolak. Bagaimana pula kalau seseorang yang melakukan sesuatu amalan yang baik, tetapi niatnya untuk mendapat dunia dan akhirat?

Semasa kelas hadith di Yayasan Islam al-Atsari bersama Ustaz Muhammad Abduh, saya turut bertanyakan perkara ini kepadanya.

Oh ya, Ustaz ini masih muda baru berumur 25 tahun tetapi sangat mahir dalam bidang hadith.Apa yang menarik, kebanyakkan pandangannya semuanya dinaqalkan dari ucapan para ulama Salaf.

Semasa menjawab persoalan ini, Ustaz Muhammad Abduh menaqalkan, “Sebahagian Ulama berpandangan bahawa amalannya tertolak. Para ulama berdalilkan dengan sebuah hadith Qudsi yang direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Sabdanya, “ Allah berfirman, “Aku adalah Zat yang tidak memerlukan sekutu. Oleh sebab itu, barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang dia mempersetukan amalan tersebut untuk-Ku bersama selain-Ku, maka Aku berlepas diri darinya.”

Sesuatu niat itu harus diikhlaskan semata-mata kerana Allah. Ramai bertanya apakah makna ikhlas. Bahkan ramai yang keliru tentang makna ikhlas. Al-Harith al-Muhasibi dalam kitab Ar-Ri’ayah berkata, “Makna ikhlas ialah beribadah dan bertaat kepada Allah hanya semata-mata untuk mengharapkan Allah dan tidak mengharapkan selain dari Allah.”


Apa yang saya faham dan belajar, sesuatu niat itu harus mempunyai dua syarat utama. Iaitu, Niat yang benar iaitu ikhlas dan sesuatu ibadah harus selari dengan syariat Islam. Tanpa kedua-dua syarat ini, sesuatu amalan tidak akan diterima oleh Allah

Mungkin kita boleh analogikan rumusan (Amalan diterima = Niat yang ikhlas kerana Allah + ibadah yang selari dengan syariat) dengan samakan dengan institusi perkahwinan. Seorang suami mahu mendapatkan anak memerlukan seorang wanita untuk menjadi isterinya. Manakala wanita untuk menjadi isteri dan mendapatkan anak juga memerlukan suami.

Tanpa salah seorang, maka kedua-duanya tidak akan mendapatkan anak. Masing-masing saling melengkapi antara satu sama lain, tidak boleh dipisahkan.Begitu jugalah Niat yang ikhlas dan ibadah yang selari dengan syariat. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan, dan perlu sentiasa bersama.Sekarang bagaimana? Saya sekadar berkongsi.

Orang kata, “Sharing is carring”.

Oh, mungkin kita boleh fikirkan bagaimana mahu mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah. Sebab ramai sukar membersihkan niat, malahan ada yang tersasar niatnya walaupun pada mula niatnya ikhlas semata kerana Allah. Untuk lebih jelas mungkin contoh yang diberikan oleh Imam Nawawi boleh kita renungkan.

Imam Nawawi dalam Syarah Hadith Arbain membawakan sebuah contoh seorang lelaki yang pada mulanya solat Zuhur semata-mata kerana Allah. Tetapi dalam solatnya dia memanjangkan rukun-rukun dan membaguskan bacaannya kerana ingin dipuji oleh orang ramai.

Kita (termasuk saya) mengharapkan agar niat yang pada mulanya baik, tidak dirosakkan oleh faktor-faktor luaran mahupun dalaman. Jom, kita berkempen membetulkan niat….



Salam rindu,
Yussamir Yusof
Yayasan pendidikan Islam al-Atsari,
Jogjakarta, Indonesia


___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Sunday, December 13, 2009

JOM MINUM HERBALIFE - IKLAN


Anda Gemuk? Anda kurang sihat dan perlukan makanan tambahan (Supliment)?
Anda ada masalah kesihatan? Anda ada masalah kulit? Anda ada masalah kurang nutrisi?
InsyaAllah, mungkin produk ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah.


KLIK LAMAN WEB INI UNTUK INFO LANJUT ----> HERBALIFE



__________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Friday, December 11, 2009

KEMBARA ILMU : DOAKAN SAYA


(Ketokohan al-Imam Qardhawi yang sentiasa menjadi peransang saya untuk menuntut ilmu agama)


Pelbagai program telah direncana, dan pelbagai persiapan sudah dilaksana. Kini hanya menunggu masa untuk berlepas ke Yogkjakarta.

Sepanjang sebulan saya di sana, insyaAllah saya akan kemaskini blog ini dengan catatan pengembaraan di sana.

Doakan kesihatan dan keselamatan saya, moga kembara ilmu ini mendapat ganjaran dan manfaat untuk saya dan orang ramai selepas ini.

Kembara Ilmu ataupun Rehlah fi Tolabal Ilmi sebenarnya adalah warisan dan kebiasaan mereka yang menuntut ilmu. Jadi kembara ilmu sehingga ke Yayasan Pendidikan al-Atsari , Yogkjakarta moga-moga menjadi penyambung dan kesinambungan kembara ilmu para ulama lain, khususnya ulama hadith.


Walaupun tidak sehebat mereka, tetapi memadailah dengan mengikuti jejak langkah mereka sebagai para ulama warisan nabi.


InsyaAllah catatan pengembaraan saya akan disiarkan oleh sebuah majalah Islam. Terima kasih kepada pihak majalah tersebut yang sudi meminta saya mendokumentasikan pengembaraan ilmu ini.

Saya akan hebah-hebahkan majalah apa selepas catatan saya tersiar di majalah tersebut. Moga dengan ada ruang dan peluang ini, lebih ramai anak muda dapat menyalurkan idea dan pemikiran mereka melalui medan penulisan.

Begitu juga dengan Berita Harian, saya akan tetap menghantar secara berkala untuk ruangan agama. Moga medan dakwah ini akan tetap terus subur dan membuka ruang kepada sesiapa sahaja yang mahu menyampaikan agama.

Moga semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Doakan saya sukses!




___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Thursday, December 10, 2009

GEMBIRA SEBUAH KURNIA


Ada banyak kegembiraan yang boleh kita kecapi dalam kehidupan. Sama ada ia bersifat jangka panjang mahupun pendek, ia tetap memberi impak besar dalam kehidupan. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan orang yang rapat dengan kita.

Walaupun dalam kehidupan ini terlalu banyak perkara yang tidak dijangka. Tetapi bila difikirkan kembali, semuanya mempunyai kebaikan dan manfaat untuk kita. Sama ada kebaikan itu dapat dilihat ataupun tidak, ia tetap sebuah kurnia yang bernilai dari Allah.

Jangan biarkan anugerah itu hilang begitu sahaja. Hargailah ia, bukan sekadar menghargai tetapi jadilah pelengkap kepada kurnia. Moga gembira itu terus kita rasai.


Firman Allah, “Katakanlah: Sesungguhnya kelebihan itu di sisi Allah, Dia mengurniakan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah itu Maha Luas Kurniaannya lagi Maha Mengetahui .” (al-Baqarah 2:73)



____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Wednesday, December 9, 2009

RASULULLAH MENGINGATKAN UMMAH BERAKHLAK MULIA


BERITA HARIAN 7 DECEMBER 2009
Oleh : Yussamir Yusof

Semasa rasulullah menghantar Mu’az bin Jabal ke Yaman, baginda sempat menitipkan beberapa pesananan kepadanya. Antara pesanan yang diingatkan oleh rasulullah kepada Mu’az ialah agar beliau sentiasa berlaku baik dalam pergaulan dengan orang ramai.

Sabda Rasulullah dalam hadith hasan sahih yang direkodkan oleh Imam Tirmidzi, “Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik.”


Pesanan ini diberikan oleh Rasulullah kerana ia mempunyai kepentingan yang tersendiri. Lebih-lebih lagi, kehadiran Mu’az di Yaman adalah sebagai duta Islam yang akan menjadi guru, tempat rujukan feqh dan hakim kepada penduduk di sana. Oleh sebab itu, Mu’az perlu bergaul dengan cara yang baik dan sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia kepada para penduduk.


Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali, Rasulullah mengingatkan Mu’az terhadap hal ini kerana kebanyakkan manusia menyangka bahawa ketaqwaan hanya boleh dicapai dengan melaksanakan perintah Allah tanpa mengambil kira hak hamba-Nya. Sedangkan bersikap baik dengan orang ramai juga antara pra-syarat seseorang itu mendapat keredhaan Allah.


Allah telah berfirman dalam surah al-Imran 3: 133-134 yang bermaksud, “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.”


Bersikap baik dengan akhlak islam adalah tuntutan yang besar dalam agama. Dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Ahmad, An-Nasai, Ibnu Majah dan Abu Daud, Rasulullah pernah ditanya oleh para sahabat tentang apakah anugerah terbaik yang boleh diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain. Maka Rasulullah menjawab, “Akhlak yang baik.”

Bukan itu sahaja, Rasulullah juga memberitahu kepada para sahabat bahawa orang yang berakhlak mulia akan mencapai darjat seperti seorang yang berpuasa dan berqiamulail (solat malam). Berita gembira ini disampaikan oleh Rasulullah agar orang yang mengejar takwa tidak hanya terus-menerus berpuasa dan berqiamulail sedangkan mereka meninggalkan akhlak yang mulia.

Imam Ahmad dan Abu Daud merekodkan bahawa Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin yang berakhlak mulia mencapai kedudukan seperti seorang yang berpuasa dan berqiamulail.

Jika bercakap tentang akhlak mulia, pasti semua agama turut menekankan hal ini. Namun yang membezakan Islam dengan agama yang lain ialah petunjuk datang dari Allah dan Rasul.

Neraca ataupun petunjuk bagaimanakah sikap akhlak yang diterima oleh Islam sudah pasti diambil dari diri Nabi Muhammad SAW. Selari dengan apa yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-Ahzab 33:21 yang bermaksud, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”


Manakala Imam al-Hakim pula merekodkan sebuah hadith dari Uqbah bin Amir al-Juhani, katanya: “Rasulullah bersabda kepadaku: Wahai Uqbah mahukah saya memberitahumu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Kamu menyambung silaturahim orang yang memutuskannya, kamu membantu walaupun sebelum ini dia enggan membantumu, dan kamu memaafkan sesiapa yang menzalimimu.”

Manakala Salam bin Abu Muti’ pernah ditanya oleh orang ramai tentang akhlak mulia. Kemudian beliau menjawab soalan ini dengan membaca beberapa rangkap puisi. Katanya:
Kamu melihatnya apabila dia datang dengan wajah yang girang, Seolah-olah kamu memberinya barang yang kamu minta daripadanya, Jikalau hanya ruhnya sahaja yang dimilikinya, Dia tetap bermurah hati memberinya kepada pemintanya, Maka peminta hendaklah bertaqwa kepada Allah, Dia tetap lautan walau dari sudut mana kamu mendatanginya, Laut dalamnya mengandungi kebaikan dan pantainya mencurahkan kemurahan.



____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Tuesday, December 1, 2009

TERIMA KASIH SJ GRANT THORNTON















Tidak banyak yang dapat saya coretkan tentang mereka. Tetapi selama 6 bulan bersama mereka, terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi, terutama team saya Group Yellow.

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Ms Mala, Ms Ho, Abang Zul, Abang Khairi, Abang Hafizam, Syafik, Zaki, Husaini, Shamsul, Saifudin, Kak Husna, Ong Kang Soon, Joey, dan yang lain-lain.

Gambar-gambar di atas mungkin dapat serba sedikit menggambarkan betapa seronoknya saya di SJ Grant Thornton.



___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Monday, November 30, 2009

ADAKAH ALLAH ADIL?


Entry kali ini saya mahu kongsikan sedikit soal-jawab saya dengan seorang Sister. Mungkin perkongsian dari emel ini dapat memberi serba-sedikit pencerahan terhadap beberapa persoalan. Alhamdulillah Sister ini membenarkan saya untuk kongsikan di Paradigma.

Untuk memahami perkongsian ini, tulisan yang saya bold kan ada soalan dari beliau. Manakala tulisan biasa adalah jawapan balas dari saya.


Salam bro yus. i have a friend who searching ways to improve her life. she's a muslim, age 19. She's in a free lifestyle but she does know little bit here and there about Islam . But maybe dari sudut akidah dah pendidikan keluarga tu agak kurang. dan mugkin juga kerana rakan2 nya juga hidup bebas.


Die tanya saya:

1. kan Allah tu Maha Berkuasa. kan kita semua tau yg akhir zaman Allah dah kata dah akan ada umat yg sesat dan jahat. so, by hook or by crook mesti akan ada org yg sesat kan? kesian ah kat dorg? tak kira lah cmne pun confirm akan ada yg sesat. y not Allah buat semua jer baik?

2. she noted a friend of hers. baik, solat tak tinggal n rajin baca al quran sume. but recently she told my friend dat she's been seeing a guy and have had sex with him many times. alot. my friend was shock because she was nice and all. kate solat tu tiang agama? and with all d amalan doesn't able to stop her from doing dat? she compare dat girl to herself n think bab amalan ni die lg sikit lah. solat pun belum sempurna. so, she's worried about herself too and start questioning Alla for dat.


Dear my sister.
First of all, your question very interesting especially when you questioning the Merciful and Powerful of Allah regarding this matter. This answer for above question.

In Islam we can classify everything happen in this world under two categories, which is those Allah wants to happen, and those Allah only allow happening. Regarding this matter it can goes into second category which is Allah allow it happen. This permission because human are given permission to practice their own freewill, either in obedience or defiance to Allah’s commandments.

Of course, if Allah had wished, Allah could have stopped this all ridiculous thing, but that would go against the freewill with which Allah has bestowed on mankind.

Moreover, no all person who ‘look like a ustazah or ustaz’ we can assume them perfect and never doing a bad things. We are agree, if we do a good things and follow the commandment of Allah, Allah will guide us. But as i mention before, This permission because human are given permission to practice their own freewill, either in obedience or defiance to Allah’s commandments even they are act their solat, fasting and so on.

Instead of it, we also never judge and assume those who never follow the instruction and comnmndt from Allah will be never get guidence and help from Allah. We don’t know what are this people doing behind our eye. They possibly helping the needes, helping the eldest, and so on. So this is all depends on ourself, and we can not blame Allah for this ‘bad things’.



3. she has another friend. yg buat benda2 pelik. **yg dosa besar lah senang cter. tapi, dat girl cepat tgkap study and tak penah kantoi and she receive all her wishes. is dat fair? how come u say dat god is fair like dat? **sbb saya pernah ajak die awalkan solat n saya kata: klau kita lewatkan perintah Allah, nanti permintaan kita pun jd gitu. masa tu baru kita nak bising. and she relate with this friend yg katanya hal agama langsung tak kesah. solat ke ape ke. but she still happy in her way , with her life.


Dear my sister.
In Islam we have term “Istidraj”. Meaning, those who never follow the commandment of Allah and they still getting whatever they want, and the consequence is those thing make them far from Allah”

And for those who follow Allah and Prophet commandment but still never achieve good result and so on, in Islam we call it as “TEST”.

Allah said in Quran surah al-Baqarah 2 verses 155-152, “And we will surely test you with some fear, hunger and shortages of property, people and produce. But give good tidings to the steadfast. Those who, when a calamity befalls them say: "We belong to Allah and to Him we return." Upon these are prayers from their Lord and mercy and these are the rightly-guided ones.”

And Allah also said in surah al-Anbiya’ verses 35, “Every soul will taste death. And we test you with bad and with good as a trial. And unto us you will return.”



4. she have another friend yg solat tak tinggal tp g clubbing. and for her dats good because she herself selalu solat tak cukup. and the friend said "aku g clubbing cmne pun aku solat tak tinggal"

This question u can answer by getting the idea from above answer.


5. she is on her way to stop doing something bad-which i myself do not know what it is. she need d stregh . she said she's afraid of sins and dying and balasan Allah n karma. but still, all dat still unable to stop her rom doing it. after she did it, she'll feel deeply afraid and worried but when d desire comes, she'll have it agian.


Dear my sister.

Human will never stop commit sin, but human will control and avoided it from doing it. In Islam, if we commit a sin, Allah told us to repent. Even we are doing it frequently Allah will forgive us. Allah never break His promise.

Allah said in surah at-Taubah verses 118, “(He turned in mercy also) to the three who were left behind (they felt guilty) to such a degree that the earth seemed constrained to them, for all its speciousness, and their (very) Souls seemed straitened to them,- and they perceived that there is no fleeing from Allah (and no refuge) but to Himself. Then He turned to them, that they might repent: for Allah is Oft-Returning, Most Merciful.”

If a person commits sin time after time, his sin is forgiven every time if he follows his sin with repentance if his repentance each time is sincere. The evidence that it is permissible to repent time after time is the fact that those who apostatized from Islam at the time of Abu Bakr were brought back to Islam by Abu Bakar and he accepted that from them, although he knew that they had been kafirs, then they entered Islam, then they went back to kufur, then they came back to Islam. So the repentance of a sinning Muslim, even if he sins repeatedly, is more likely to be accepted than repentance on the part of a kafir time after time.


“Narrated from Abu Hurayrah that the Prophet (peace and blessings of Allaah be upon him) said that his Lord said: My slave commits sin, then he says, O Allaah, forgive me my sin. Then Allaah says, My slave has committed a sin, but he knows that he has a Lord Who forgives sin and takes away sin. So I forgive My slave. Then he commits sin again, and says, O Allah, forgive me my sin. Then Allaah says, My slave has committed a sin, but he knows that he has a Lord Who forgives sin and takes away sin. So I forgive My slave. Then he commits sin again, and says, O Allah, forgive me my sin. Then Allah says, My slave has committed a sin, but he knows that he has a Lord Who forgives sin and takes away sin. So I forgive My slave.” (Recorded by Imam Al-Bukhari and Muslim)



WaAllahualam.

May Allah bless us.







___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Tuesday, November 24, 2009

Tuhan sembunyi hikmah ibadah sebagai Ujian

Oleh Yussamir Yusof
Berita Harian 24 November 2009

ALLAH tidak mensyariatkan sesuatu tanpa kebaikan dan manfaat kepada hamba-Nya, sebagaimana Dia tidak menciptakan sesuatu dengan main-main dan dengan cara yang batil. Firman Allah, "... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)

Namun di setiap kejadian dan ciptaannya tersembunyi pelbagai rahsia dan hikmah yang sukar untuk dilihat secara mata kasar dan akal logik. Hikmah di atas ciptaannya hanya dapat dilihat secara umum tanpa penjelasan secara terperinci.


Misalnya solat, manusia tidak akan mengetahui hikmah dan kebaikannya secara terperinci. Bermula dengan hukum solat, rukunnya dan sudah pasti setiap pergerakannya juga kita tidak akan dapat mengetahuinya dengan lebih lanjut. Malahan pelbagai persoalan dan pertanyaan yang akan timbul untuk memuaskan akal.


"Mengapa solat perlu lima kali sehari?" "Mengapa ada perbezaan rakaat untuk setiap jenis solat?" "Mengapa solat Subuh di awal pagi?"


Mengapa dan terus mengapa. Akal sentiasa mencari jawapan di atas perintah ibadat yang disyariatkan Allah. Namun semua jawapan yang diberi berdasarkan kefahaman akal, ia tidak akan memuaskan sampai bila-bila. Hikmah adalah rahsia Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.


Bagaimanapun, Allah menjelaskan hikmah itu secara umum di dalam al-Quran. Misalnya hikmah disyariatkan solat. Firman Allah "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat yang lain)." (Al-Ankabut: 45)


Hikmah disyariatkan membayar zakat. Firman Allah: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." (At-Taubah: 103)


Timbul persoalan, mengapa Allah menyembunyikan hikmah di atas ibadah yang disyariatkan-Nya. Ulama menjelaskan bahawa hikmah ini disembunyikan sebagai satu cubaan kepada hamba-Nya. Allah mencuba hamba-Nya dengan ibadah yang manusia tidak mengetahui sedikitpun mengenai hikmah pensyariatannya. Dengan cubaan ini, terlihatlah siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasulullah, dan siapa pula yang derhaka dan menolaknya.


Andai kata hikmah ibadah tidak dirahsiakan dan akal dapat memahaminya dengan mudah, sudah pasti, manusia hanya akan beribadah kepada Allah jika sesuatu ibadah itu sesuai dengan rasional akalnya yang terbatas, dan akan mengingkari jika sesuatu ibadah itu tidak sesuai dengan akalnya. Dan ini akan membuatkan manusia menyembah akal bukannya Allah yang mencipta mereka.


Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya al-Ibadah fi al-Islam menyatakan: "Bukanlah menjadi keharusan bahawa ibadah yang disyariatkan itu perlu ada manfaat dalam kehidupan manusia dari segi material. Malahan bukan juga sesuatu yang mesti sesuatu ibadah itu boleh difahami akal yang terbatas. Ibadah adalah ujian bagi ketaatan manusia kepada Tuhannya. Jadi, jika akal dapat mengetahui rahsia ibadah secara terperinci, maka ia tidaklah dapat memberi manfaat dan makna kepada manusia terhadap konsep ibadah dan taat kepada Tuhan."


Cukuplah seseorang mukmin mengetahui hikmah ibadah itu secara umum, dan meyakini bahawa setiap ibadah itu adanya manfaat dan hikmah yang tersendiri. Allah tidak pernah memerlukan ibadah para hamba-Nya, tetapi Allah mencipta ibadah adalah semata-mata untuk kebaikan dan manfaat hamba-Nya.


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertakwa umpama hati orang yang paling bertakwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku. Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang cacatkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku." (Hadis Imam Muslim)


Banyaknya rahsia alam semesta yang tidak mampu manusia khususnya saintis menemuinya, begitu banyak juga rahsia ibadah yang tidak terjangkau oleh akal. Hal ini sebenarnya membuatkan tumbuhnya rahsia rindu manusia kepada rahsia yang tersembunyi, dalam masa sama membuatkan manusia insaf dan sedar mengenai kelemahan dirinya sendiri.


Sudah ramai manusia tersesat kerana sengaja mencari rahsia hikmah dalam setiap perkara yang disyariatkan dalam ibadah. Apabila mereka tidak menemui rahsia itu kerana akal yang terbatas, mereka mula berasa ragu-ragu di atas kepercayaan yang ada dan kemudian menjadi sesat.


Al-Imam Ghazali dalam kitabnya Al-Munqidz min adh-Dhalal berkata, "Maka sesungguhnya suatu kebodohan sesiapa saja yang mencari hikmah yang ada di sana, atau orang yang mengatakan bahawa ibadah itu dilakukan secara kebetulan dan tidak ada rahsia Allah di dalamnya."


Oleh sebab itu, perbuatan mencari hikmah dalam ibadah dengan secara terperinci sehingga dapat memuaskan akal adalah perbuatan yang salah dan keliru. Berpuas hatilah dengan keterangan umum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran, kemudian sama-sama kita katakan, "Kami dengar dan kami taat."






__________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Monday, November 16, 2009

HAK WANITA HARUS DILINDUNGI BUKAN DISALAH-FAHAMI

Selepas menyampaikan ceramah di sebuah masjid tidak lama dahulu, saya didekati oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an. Muka dia berwarna merah menahan marah, saya menggunakan senjata utama saya iaitu Senyum.


“Ustaz ini Feminisme ya? Bukan main sokong perempuan, ustaz ingat ustaz siapa, kan Nabi dan Allah dah kata lelaki itu lebih utama dari wanita” Dia menundingkan jari kepada saya tanda tidak bersetuju.


“ Tapi Nabi tak ajar kita main terjah saja kalau berjumpa dengan orang. Seingat saya, Nabi suruh kita ucapkan salam bila berjumpa. Assalamualaikom.” Saya cuba mengawal keadaan dalam masa yang sama saya ‘mengajar’ lelaki di depan saya ini.


“Waalaikumusalam!” Jawab dia ringkas.


“Jom duduk dekat situ, kita borak-borak. Siapa nama?” Saya mengajak dia duduk di hujung sebelah sisi masjid.


“Rahmad.” Jawab dia acuh tak acuh.


“Nama saya Yussamir, dan saya bukan ustaz. Saya sampaikan apa yang saya tahu sahaja.”


“Kalau bukan ustaz jangan nak memandai kata wanita samalah, sokong wanita apa lah.” Semakin galak dia memarahi saya. “Ini saya nak betul kan awak ini. Allah dan Nabi dah kata yang lelaki ini lebih mulia dari wanita. Dan wanita tak sama dengan lelaki. Lelaki itu ketua wanita, bermakna lelaki lagi berkuasa dari wanita”


“Terima kasih sebab tegur saya. Tetapi saya tak setuju dengan apa yang Abang Rahmad cakap. Kalau betul pun, boleh saya tahu dekat mana Allah kata macam itu?”


Abang Rahmad bangkit dari duduk, dia mencapai senaskah al-Quran. Kemudian menyelak-nyelak lembaran Quran. “Ini ayat dia.” Dia menunjukkan kepada saya surah an-Nisa ayat 4.


“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (lelaki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”


“Baca itu, kan Allah kata lelaki itu adalah pemimpin wanita.”


“Owh ayat ini. Boleh saya cakap sikit tentang konteks ayat ini?” Saya memujuk. Dalam keadan dia sedang marah dan excited, sebolehnya saya cuba berlembut untuk mengelakkan pertengkaran.


“Erm, cakaplah.”


“Ini hanya sekadar pandangan saya. Pada pandangan saya, ayat ini seharusnya tidak boleh difahami bahawa lelaki mempunyai kuasa mutlak ke atas wanita dan boleh buat apa sahaja terhadap mereka. Memang benar seorang lelaki ada ketua kepada wanita, tetapi tak bermakna lelaki boleh lakukan apa sahaja terhadap wanita. Kelebihan lelaki menjadi ketua terdapat syaratnya.”


Saya mengulang baca ayat tersebut, “Kalau kita faham betul ayat ini, Allah letakkan syarat ke atas lelaki, iaitu bertanggungjawab ke atas wanita. Maksud menafkahkan sebahagian dari harta itu tidak boleh disempitkan skopnya. Jika kita dari skop yang luas, nafkah itu juga bermaksud, usaha keras untuk melindungi wanita. Melindungi wanita, tidak bererti boleh lakukan apa sahaja. Melindungi bererti, wanita itu lebih utama dari lelaki dan mereka harus dilindungi dan berbuat baik kepada mereka.”


“Saya nak tanya, bagaimana pula kalau suami yang duduk rumah sahaja dan isteri pula yang berkerja.”

Saya suka provok orang. “Sebab dalam ayat ini meletakkan alasan mengapa lelaki menjadi ketua sebab lelaki memberi nafkah, jadi kalau wanita pula yang memberi nafkah kepada lelaki adakah boleh wanita menjadi ketua?” Abang Rahmad membisu, dia sekadar memandang saya.


“lelaki dan wanita masing-masing sama di sisi Allah. Mereka dilebihkan hanyalah berdasarkan takwa mereka kepada Allah. Malahan banyak dalam al-Quran menyatakan bahawa lelaki dan wanita adalah saling melengkapi.”


“Boleh bagi contoh dalam al-Quran yang Allah cakap macam itu?” Abang Rahmad tidak seagresif awal tadi. Suara dia semakin perlahan, tidak lagi dikeras-keraskan bila bercakap.


“Boleh.” Saya menyelak al-Quran, “Misalnya dalam surah at-Taubah ayat 71. Kata Allah, Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


“Dalam surah al-Imran ayat 195 pula Allah jelaskan bahawa setiap amalan sama ada lelaki mahupun wanita akan dibalas sama mengikut apa yang mereka lakukan. Firman Allah, Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan, (kerana) sebahagian kamu adalah keturunan dari sebagian yang lain.” Tambah saya lagi.


“Oh ya ada satu lagi. Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah berfirman, Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. Ayat ini tak pernah suruh suami pukul atau berlagak besar kepala dengan isteri. Tetapi Allah suruh kita berkasih-sayang dan menghormati hak isteri.


“Erm…”


“Abang setuju tak dengan apa yang kita bincangkan ini?”


“Setuju. Tak apalah Ustaz, saya balik dulu. InsyaAllah ada masa kita borak-borak lagi.”


“Saya bukan ustaz.” Ujar saya.


“Tak apalah, kira ustaz-lah itu, sebab saya ustaz pun tak dapat nak jawab macam awak. Ok, Assalamualaikom.”

"Owh ustaz rupanya." Saya berkata dalam hati. Saya tersenyum. Kemudian mengiringi Abang Rahmad sehingga ke pintu keluar masjid.


“Saya bukan Feminisme tapi saya menyokong hak-hak wanita yang sepatutnya.” Saya bersuara perlahan, antara dengar dan tidak.




Pesanan: (Nama watak Rahmad di atas adalah rekaan)


___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Sunday, November 15, 2009

ALLAH DAN ANALOGI


“Kenapa Allah tidak menunjukkan diri-Nya sendiri kepada kita? Selain itu, jika Dia Maha Berkuasa, sudah pasti Dia boleh buat apa sahaja. Paling mudah Dia boleh angkat sebiji batu kemudian tunjukkan kepada kita.” Tanya Kassiah.


Saya mengambil sebatang pen, kemudian menyerahkannya kepada Kassiah. “Ambil ini, jawapannya ada di sini.”


“Er.. Jangan main-main.”


“Siapa kata nak main-main.” Kassiah memusing-musingkan pen berwarna merah di tangannya.



“Cuba kau terangkan pada aku.” Suara Kassiah agak tegang.


“Jangan marah.” Saya mengambil pen tadi kemudian senyum kepadanya.


“Persoalan kau ada dua jawapan yang boleh aku beri. Pertama berkenaan dengan mengapa Allah tidak menunjukkan diri-Nya kepada kita. Sebelum kau sudah ada orang yang tanyakan hal ini. Malahan pertanyaan orang ini dijawab sendiri oleh Allah.” Kassiah memandang hairan.


“Orang tersebut ialah Nabi Musa. Dalam surah al-A’araf ayat 143 Allah berfirman, “Dan tatkala Musa datang untuk (munajat dengan Kami) pada waktu yang telah Kami tentukan dan Tuhan telah berfirman (langsung) kepadanya, berkatalah Musa: "Ya Tuhanku, nampakkanlah (diri Engkau) kepadaku agar aku dapat melihat kepada Engkau." Tuhan berfirman: "Kamu sekali-kali tidak sanggup melihat-Ku, tapi lihatlah ke bukit itu, maka jika ia tetap di tempatnya (sebagai sediakala) niscaya kamu dapat melihat-Ku." Tatkala Tuhannya menampakkan diri kepada gunung itu[565], dijadikannya gunung itu hancur luluh dan Musa pun jatuh pingsan. Maka setelah Musa sadar kembali, dia berkata: "Maha Suci Engkau, aku bertaubat kepada Engkau dan aku orang yang pertama-tama beriman.”


“Untuk lebih kau faham, aku bagi kau satu analogi. Bayangkan aku yang cipta pen merah ini. Kemudian, bila pen ini sudah siap, bolehkah pen ini melihat aku?” Tanya saya.


“Memang takkan nampak.”


“Betul, sebab aku cipta pen itu tanpa deria yang boleh melihat aku sebagai penciptanya. Begitu jugalah dengan Allah, Dia menciptakan kita tanpa deria yang membolehkan kita melihat-Nya. Allah boleh melihat kita, tetapi kita dan sekelian ciptaan-Nya tidak akan dapat melihat-Nya.” Kassiah mengangguk-angguk tanda setuju.


“Untuk persoalan kedua pula?” Tanya Kassiah


“Untuk persoalan kedua, aku suka bagi analogi “Manager dan Cleaner”. Bayangkanlah kau seorang Manager di sebuah syarikat. Semasa kau masuk ke bilik air syarikat, punyalah terkejut, bilik air sangat kotor. Dalam masa yang sama ada seorang cleaner sedang melepak. Adakah kau akan membersihkan tandas itu atau cleaner tersebut?”


“Mestilah aku akan suruh cleaner tersebut.”


“kenapa pula?” Saya provokasi.


“Sebab takkanlah aku pula yang kena basuh bilik air itu, sedangkan cleaner ada.”


“Tapi kau mampu buat kan?”


“Memanglah mampu, tapi itu bukan kerja aku dan tak layaklah aku sebagai manager kena buat kerja cleaner.”


“Ha.. Macam itulah Allah. Dia mampu untuk melakukan segalanya tanpa ada sebarang halangan. Tetapi untuk mengangkat batu dan menunjukkan kepada para hamba-Nya bukanlah sesuatu yang layak dan patut untuk Allah lakukan. Kerana dia Maha Agung, dan Maha Berkuasa.”


Terang saya pada Kassiah. Bagi saya modal analogi yang kena dengan logik, lagi memudahkan seseorang itu memahami dan menerima sesuatu jawapan.


Memahami konsep ketuhanan dan kekuasaan-Nya bukanlah sesuatu yang sukar dan memeningkan. Keimanan kepada Islam bukanlah sebuah keyakinan yang membabi buta tanpa jawapan yang releven dan logik. Islam sentiasa menyediakan setiap persoalan yang bermain di kepada manusia. Maha Suci Allah yang menciptakan segalanya.


“Katakanlah: "Segala puji bagi Allah, Dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan.” (Surah an-Naml 27:93)





___________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Saturday, November 7, 2009

TUDUNG TAK WAJIB?


“Yus, boleh i tanya u satu soalan.” Tanya Lissa memulakan perjumpaan petang itu kepada saya.

“Satu soalan berharga 5 ringgit.” Saya bergurau dengan beliau.

“Tak kisah, 10 ringgit pun i sanggup bayar.” Kami gelak.

Petang itu Lissa menghubungi saya, katanya ada benda penting yang mahu dia tanya . Kebetulan ketika itu saya berada di Borders, Time Square sedang mencari buku untuk dibeli. Saya menyuruh Lissa berjumpa di Starbuck.

Saya tidak pernah berjumpa dengan Lissa. Kalau ada pun hanyalah di alam maya. Dengan kemudahan Yahoo Messenger (YM) beliau sering bertanya pelbagai perkara tentang agama, lebih-lebih lagi berkaitan dengan hak-hak wanita.

“Mengapa Islam mewajibkan perempuan pakai tudung.” Tanya Lissa.


Pertamanya saya cuba mencari jawaban yang sesuai untuknya. Lissa yang berada di depan saya ini bukanlah seorang Muslimah yang bertudung litup, beliau hanyalah seorang perempuan yang sedang mencari makna menjadi seorang Muslim.

“Tudung tak wajib pun.” Jawab saya selamba.

“Eh, biar betul.”

“Tudung tak wajib, tapi menutup aurat itu wajib.”

“Ohh. Aurat itu macam mana pula” Saya tak nampak yang Lissa faham, tetapi dia sedang ligat berfikir.

“Aurat itu menutup sebahagian tubuh badan yang tidak boleh ditayangkan kepada orang lain secara terbuka. Macam tayang free dekat wayang.” Usik saya. Lissa cuba membetul-betulkan duduknya.


“Jangan terasa hati. Saya tak perli awak, tapi memberitahu definasi aurat. Lagipun kita jumpa ini pun nak bincang pasal ini kan?” Dia mengangguk kemudian senyum.


“Awak percaya tak, dalam al-Quran Allah sebut pasal aurat ini pertama sekali pada lelaki. Bukan pada perempuan.” Saya cuba mencari poin lain untuk tidak membuatkan beliau kurang selesa membincangkan perkara ini.


“Entah, tak tahu pun.” Jawab lissa jujur.


“Dalam surah An-nur surah yang ke 24 ayat 30, Allah berfirman, “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Saya cuba mengingat-ingat kembali potongan ayat dari surah an-Nur.


“Dalam ayat ini, orang pertama yang diingatkan tentang aurat ini ialah lelaki, bukannya perempuan. Maknanya, dalam hal aurat tidak adil jika kita hanya membicarakan tentang wanita. Sepatutnya lelaki perlu lebih tahu dan aware dengan perkara ini.”


“Awak sokong lelaki ke perempuan?” Tanya Lissa. Kami tergelak.

“Ok, lepas itu.” Gesa lissa.

“Lepas ayat tentang aurat ini ditujukan kepada lelaki, barulah Allah tujukan perintah menuntup aurah ini kepada wanita. Firman Allah dalam surah yang sama tapi ayat ke 31, “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,....”


“Awak tahu tak, arahan menutup aurat ini adalah antara kebaikan yang besar Allah berikan kepada wanita.”


“Kenapa pula? I rasa selesa saja pakai macam ini.”


“Betul ke awak selesa? Cuba kalau ada orang pandang awak macam ini.” Saya bulatkan mata, kemudian pandang tanpa kelip pada Lissa.


”Eh, seram sejuk juga.” Lissa menyuruh saya berhenti.


“Ha, tau pun. Itu sebab Allah perintahkan sama ada lelaki mahupun wanita untuk menutup aurat. Lebih-lebih lagi untuk melindungi wanita dari benda-benda macam itu lah.”


“Firman Allah dalam surah al-Ahzab surah ke 33 ayat 59, “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu..”


“Dalam ayat ini, Allah kata tujuan perintah Dia kepada umat Islam untuk menutup aurah ialah supaya perempuan-perempuan tidak diganggu dan mudah untuk kita kenal.”


Very impress. Tak tahu pula i dalam al-Quran ada sebut pasal gangguan ini. Al-Quran dah lama kan?”


“Yup, lebih dari 1400 tahun al-Quran diwahyukan. Kandungannya penuh dengan hikmah dan kebaikan. Sama ada untuk masa depan, mahupun sekarang.”


“Awak tahu tak. Kalaulah tak ada arahan menutup aurah ini, saya yakin gejala sosial yang dasyat akan jadi. Masing-masing akan membuat etika pakaian sendiri, dan masyarakat akan hilang moral di atas perkara ini.”


For Example, kalau tak ada arahan ini sure bogel pun masyarakat boleh terima kan? Ish, gile!” Saya gelak kecil mendengar contoh yang diberi Lissa.


By the way, kalau i tutup semua badan i kecuali muka dan tangan yang u kata tadi. Then i nak macam bergaya sikit, ala macam fashion-fashion sikit boleh tak?”


Of course boleh. Tapi awak kena berpada-pada lah dengan fashion yang dipakai itu. Janganlah terlalu ranggi. Kejap saya ada contoh pakaian Muslimah yang bergaya.” Saya pusing laptop saya ke arah Lissa dan menunjukkan gambar seorang Muslimah Turki berpakaian.


“Wah, great. Smart-lah dia pakai macam ini. Tapi kan, i takutlah nak terus pakai macam ini.” Lissa suarakan keresahan dia.


“Ikut kemampuan Lissa. Kalau Lissa nak berubah perlahan-lahan pun tak kisah. Sebab Islam bukanlah agama yang mendesak. Tapi agama yang selalu bagi kemudahan dan bertolak ansur dengan penganutnya. Mula-mula, pakai pakaian yang longat sikit.” Lissa senyum. “Kemudian barulah tutup kepala, dan seterusnya. Awak yang tahu keadaan awak, jadi awak berhak ke atas diri awak.”


“Eh dah pukul 6. Saya nak balik. Malam ini saya ada meting. InsyaAllah kalau ada masa kita boleh borak lagi.” Ujar saya pada Lissa. Saya kemas-kemas kemudian memberikan buku Ask Brother Shah kepada beliau.


“Ini buku tulisan guru saya, Brother Shahkirit. Saya tengah terjemah buku ini dalam bahasa Melayu. Awak ambil ini, kemudian baca dekat rumah. Apa-apa yang awak tak faham, jangan malu-malu untuk call saya.” Saya akhiri perjumpaan tersebut.


“Kalau tak call u pun, nanti i YM u.”

“Okeyh”



____________________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Monday, November 2, 2009

EPILOG SUKA & DUKA SANG PEMBAHARU

“Yus, Dr Asri kena tangkap. Kau ada tak kat tempat kejadian? Nanti kau tulis di blog kau.” Kenalan saya menghantar sms.

“Yo bro. Apa cerita ni. Dr Asri kena cekup? Nanti update dengan aku.” Satu lag isms masuk ke dalam sistem pesanan ringkas saya.

“Amin. Betul ke Dr Asri kena tangkap?” Tanya Along saya.

“Biar betik. Wa panas giler bro. Lu tgk2 sikit Dr Asri. Apa2 hal kasitau wa.” Bahasa kurang enak, tapi saya kenal penghantar sms ini. Dia antara pembaca setia blog saya, dan seringkali komennya saya tidak lepaskan.



Ramai yang menghantar sms kepada saya bertanyakan kejadian malam tadi. Saya tidak sempat untuk membalas ke semua sms yang diterima. Walaubagaimanapun, saya ucapkan terima kasih dengan keperihatinan anda semua.


Pertama: Saya dan ramai lagi melihat penangkapan ini adalah sebuah tindakan yang tidak sihat dan perlu diperbetulkan oleh sebuah organisasi Agama. Tindakan menangkap Dr Asri atas alasan tidak ada tauliah adalah alasan dangkal dan tidak masuk akal. Mengapa saya katakan begitu?

1. Beliau adalah bekas Mufti sebuah kerajaan yang dilantik secara terus oleh ketua Agama Kerajaan Negeri Perlis iaitu DYM Tuanku Raja Perlis. Ini bermakna, penangkapan ini telah memberi gambaran bahawa perlantikan beliau sebagai Mufti oleh DYM adalah silap dan menghina DYM Tuanku di atas perlantikan tersebut.

2. Memberi gambaran bahawa Universiti Islam Antarabangsa, antara Universiti Islam yang disegani di Malaysia, sebagai sebuah Universiti yang mengeluarkan graduan Doktor Falsafah yang tidak layak untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi dari menara gading tersebut.

3. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Agama Islam Negeri perils.


Cukup tiga alasan yang saya boleh berikan untuk memberi gambaran bahawa menangkap Dr Asri berasakan beliau tidak ada tauliah adalah alasan yang jahil lagi memalukan.


Kedua: Kenyataan Presiden Persatuan Peguam Syariah Malaysia mendakwa bahawa Dr Asri sahaja membesar-besarkan isu ini amat memalukan. Dengan menghantar memorandum yang penuh dengan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas, kemudian dipamerkan di laman web mereka, ini mereka katakana ini hanyalah isu masalah teknikal?

Oleh sebab itu, saya katakan dakwaan bahawa Dr Asri yang sengaja membesarkan isu ini adalah memalukan. Masakan momerandum yang penuh dengan fitnah dan tuduhan serta dipamerkan secara terbuka dikatakan sebuah isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan?

Sebagai badan peguam, mereka lebih arif bahawa tindakan menfitnah dan membuat tuduhan kepada peribadi seseorang adalah sebuah kesalahan besar. Malahan agama mengiktiraf perbuatan ini sebagai sebuah kejahatan yang lebih besar dari membunuh. Saya tanyakan, adakah dosa yang sama dengan membunuh adalah isu kecil dan perlu dipandang remeh?


saya turut berada di tempat kejadian


Ketiga: Saya ingin menegur dan meluahkan rasa terkilan saya kepada moderator di laman islamik Iluvislam. Beliau yang saya maksudkan ialah Moderator anak_pejuang, iaitu moderator soaljawab agama di laman web tersebut. Pelawaan saya untuk menjemput beliau bertemu dengan Dr Asri serta membentangkan ‘bukti-bukti’ yang sering di copy-paste di iluvislam, tidak dilayan.

Sedangkan jika beliau benar-benar mahu membetulkan Dr Asri serta menyahut cabaran Dr Asri untuk menunjukkan bukti-bukti; bahawa beliau mencaci para ulama serta berbagai lagi, beliau harus menyahut seruan ini.

Jika beliau sering menguar-uarkan pelbagai pekara yang negative terhadap Dr Asri, sepatutnya beliau berani ke hadapan atas nama “Amar Ma’aruf Nahi Munkar”. Tetapi sayang, beliau tidak sanggup tampil ke hadapan walaupun saya telah memberikan nombor telefon saya.

Sikap moderator agama yang hanya pandai bercakap sebegini haruslah dipandang sebagai perbuatan khianat!


Sidang media sejurus Dr Asri dibebaskan, kelihatan kedua-dua YB


Keempat: Saya ucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB Saari Sungip dan YB Zuridah yang setia mendampingi Dr Asri dari awal sehingga akhir. Akhlak dan peribadi yang ditunjukkan oleh kedua wakil rakyat ini sebenarnya sedikit sebanyak melembutkan hati ramai orang terhadap ideologi yang mereka perjuangkan; PAS dan PKR.

Namun saya percaya, mereka berjuang bukan kerana ideologi parti mereka, tetapi kerana mereka sedar bahawa ada orang yang perlu mereka lindungi dari kejahatan.

Saya berada di sana, dan saya melihat sendiri bagaimana gigihnya mereka mempertahankan Dr Asri.

Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih saya kepada mereka berdua. Hati saya terpikat dengan akhlak dan ketenangan yang ditunjukkan oleh kedua-dua YB ini, terutama YB Saari Sungip. Syabas YB!


Keadaan di dalam rumah ketika Dr Asri berbincang dengan pegawai Jais


Kelima: Terima kasih juga saya ucapkan kepada mereka yang mendalangi isu ini. Kerana dengan isu ini, Dr Asri dikenali seluruh negara. Sama ada yang pernah mendengar mahupun yang belum pernah dengar, pasti akan terus dan terus mencari maklumat tentang diri beliau.

Sudah pasti buku-buku, cd ceramah, kaset-kaset ceramah beliau akan dibeli dan dinilai oleh masyarakat. Dalam masa yang sama, dakwah sunnah mengalir dan terus berkembang secara tidak sedar dan tidak langsung kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Seperti yang ditulis oleh Ustaz Zaharuddin, “Semua ini membuka lebih besar jalan kepada Dr Asri untuk mendapat samada perhatian, sokongan dan dakwahnya juga akan semakin dekat dan sampai ke hati orang ramai yang baru tertarik untuk membaca blognya, mendengar ucapannya dan sebagainya. Semua akibat isu penangkapan ini.”


Keenam: Saya mengharapkan sesiapa sahaja yang mengikuti isu ini haruslah menilai dengan adil dan saksama. Sama ada yang baru kenali beliau mahupun yang sudah lama mengenali beliau.

Bacalah, dengarlah dan fahamilah tulisan-tulisan beliau serta ceramah-ceramah beliau yang boleh didapati di laman web peribadi beliau mahupun di Youtube.

Dengan cara itu, kita boleh menilai dan mengadili ketokohan serta kelunakan beliau dalam menyampaikan ilmu. Setiap perkara kita harus dengar dari mulut empunya diri, bukan hanya sekadar mendengar-dengar dari mulut orang lain.

Melalui cara itu, tidak akan timbul salah faham mahupun salah tanggapan terhadap mana-mana tokoh, khususnya Dr Asri dalam perkara ini.


Ketujuh: Isu ini harus diselesaikan dengan segera. Pihak berwajib terutama pihak di jabatan Perdana Menteri harus mengambil tindakan segera mengkaji dan menggubal kembali kaedah pemberian Tauliah kepada para penceramah.

Sebuah badan bebas dan yang dianggotai oleh para cendekiawan dan Sarjana Islam, perlu ditubuhkan dan seterusnya menggubal sebuah sistem pemberian tauliah secara seragam di seluruh negara.


Kelapan: Alhamdulilah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah. Betapa ramai para pemimpin mahupun tokoh agama telah membuat kenyataan berhubung penangkapan beliau.

Antaranya ialah YAB Dato’ Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia yang mempersoalkan penangkapan yang dibuat terhadap Dr Asri.

Para pembaca boleh ke laman web Dr Asri, di sana diletakkan link-link akhbar yang menyiarkan kenyataan-kenyataan tokoh-tokoh tersebut kepada Dr Asri.


Kesimbalan: Moga semua ini memberi kebaikan kepada perjuangan meneggakan sunnah di Malaysia. Saya dan seluruh pentaksub Allah dan Rasul, sentiasa menyokong dan mendoakan kesejahteraan dan keselamatan Dr Asri dalam mengharungi mehnah ini.

Saya namakan episod kehidupan Dr Asri ini dengan nama “Epilog suka dan duka Sang Pembaharu”.


Laman-laman yang menulis tentang perkara ini:

1-YB Zulkifli bin Nordin
2-Ustaz Nasruddin Tantawi
3-Dato' Sri Najib, Perdana Menteri Malaysia
4-Bekas Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dasuki Ahmad





_______________________________________________________________

© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com

Saturday, October 31, 2009

ANDA LAYAK BERPOLIGAMI?


“Kalau diberi peluang untuk beristeri lebih dari seorang, encik nak tak?” Seorang lelaki tua berbaju biru tiba menyoal saya.

“Eh, kenapa pakcik tanya macam tu?” Saya terkejut, tetiba ditanya. Pakcik tadi memuncungkan mulutnya pada buku yang sedang saya baca.

“Ohhhh…” Patutlah, pakcik di sebelah saya ini turut tumpang sekaki membaca buku yang sedang saya baca.

Perjalanan dari KL Sentral ke Seremban menaiki Komuter seperti sebuah perjalanan yang panjang. Dengan kelewatan yang berpanjangan, dan orang ramai yang terlalu mementingkan diri membuatkan saya malas untuk berebut-rebut untuk masuk ke dalam komuter. Saya mahu naik komuter yang seterusnya, walaupun lambat sejam.


Saya buka buku Ask Brother Shah yang sedang saya terjemahkan. Membaca kembali tajuk Why Poligamy membuatkan saya bertambah sayang dengan Islam. Tidak sangka pula, pakcik yang berada di sebelah saya turut ikut membaca secara ‘curi-curi’.


“Mengapa Islam mempromosi Poligami? Bukankah lebih baik beristeri seorang sahaja seperti agama Kritian dan Hindu.” Soalan ini sering diajukan apabila idea poligami disuarakan.


Lebih-lebih lagi apabila Seminar perbandingan agama dijalankan. Soalan ini bukan sahaja ditanya oleh orang bukan Islam, malahan orang Islam sendiri!

Pertamanya, kita perlu membetulkan salah faham yang mengatakan Islam mempromosi Poligami. Yang sebenarnya, poligami telah wujud beratus tahun sebelum al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallahu-alaihi wasalam. Malahan dalam al-Quran tidak ada satu pun ayat yang boleh difahami bahawa Islam mempromosi poligami.


Apa yang Al-Quran jelaskan hanyalah batasan maksimum seseorang suami boleh memiliki isteri. Sepertimana yang disebutkan dalam surah an-Nisa 4:3, “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.”


Sebelum turunnya ayat di atas, Poligami adalah sesuatu perkara yang biasa di kalangan kaum lelaki di seluruh dunia. Poligami yang diamalkan tiada batasan, lelaki boleh memiliki seberapa banyak wanita yang ingin dikahwini. Dua, tiga, sepuluh mahupun seribu, tidak ada sesiapa yang boleh menghalang.


Menariknya, keizinan untuk berkahwinan lebih dari seorang sehingga kepada empat mempunyai syarat yang ketat, iaitu KEADILAN. Sememang untuk berlaku adil terhadap para isteri adalah sukar, sepertimana yang diperingatkan oleh Allah dalam surah an-Nisa ayat 129, “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”


“Betul ke agama Kristian dan Hindu melarang penganutnya beristeri lebih dari seorang.” Pakcik sebelah saya tanya ragu-ragu. “Eh macam tipu je..” Saya pandang muka pakcik tersebut. Dalam hati saya, “Dia tanya kita, dia jawab balik.”


Ya memang benar. Dakwaan bahawa agama Kristian dan Hindu melarang penganutnya berpoligami adalah tidak benar.

Misalnya agama Kristian, di dalam kitab suci mereka yang bernama Bible, penuh di dalamnya merekodkan bahawa Nabi-Nabi mereka berpoligami.

Misalnya Nabi Ibrahim direkodkan bahawa mempunyai tiga orang Isteri, iaitu Sarah, Hajar dan Keturah (.Bible: Genesis 25), Nabi Daud mempunyai banyak Isteri (Bible : 2 Samuel 12:2), dan Nabi Sulaiman mempunyai Tujuh ratus isteri dan Tiga ratus gundik (Bible: 1 Kings 11:3).

Catatan-catatan bible tersebut, sebenarnya telah menafikan dakwaan bahawa Kristian mengharamkan Poligami. Begitu juga dengan agama Hindu, tidak ada satu ayat pun dalam kitab suci mereka mengharamkan Poligami.

Malah di dalam kitab-kitab suci mereka seperti Kandha Puranam, Ramayana dan Srimad Bhagavatam, ada merekodkan Tuhan-tuhan mereka mengamalkan Poligami.

Misalnya Krishna mempunyai 16,081 isteri, dan Raja Dasharata (Ayah kepada Rama) mempunyai tiga orang isteri; Kousalya, Sumitra dan Kaikeyi.

Sekali lagi, catatan-catatan dari kedua-dua kitab suci agama ini telah menafikan dakwaan bahawa agama mereka menolak poligami!


Poligami dalam Islam tidak dilihat hanya sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki, tetapi ia sebagai mekanisma sesebuah masyarakat meletakkan beban tanggungjawab yang lebih kepada mana-mana lelaki yang sanggup untuk mempunyai lebih isteri. Malahan sistem ini memberi perlindungan yang sangat besar kepada wanita.

Tidak seperti perempuan simpanan, isteri kedua, ketiga, dan keempat di dalam Islam dilindungi sepenuhnya dan mereka mempunyai hak keatas perundangan. Perkahwinan mereka diakui.

Anak yang mereka lahirkan adalah anak sah, dan jika suami mereka meninggal, isteri-isteri dan anak-anak si suami dijamin mendapat harta warisan mengikut sistem faraid.

Saya membuat kesimpulan sendirian; tanpa dipengaruhi pakcik di sebelah saya. Bahawa, mereka yang memandang poligami sebagai sistem yang menindas dan tidak elok, kerana mereka melihat dan memahaminya dari sudut pandangan manusia biasa, tidak berdasarkan akal rasional dan releven.

Sebagai seorang Muslim saya berbangga dan bersyukur bahawa Islam menyediakan sistem yang cukup baik untuk manusia. Malahan para wanita harus bersyukur bahawa Allah telah membina sistem poligami yang sebenarnya manfaatnya lebih banyak untuk wanita berbanding lelaki.


“Jadi, sekarang ini pakcik nak berpoligami-lah?” Tanya saya sebelum menaiki komuter yang sudah sampai.


“Err.. Pakcik tak mampu, seorang pun tak terjaga.” Kelihatan gigi yang rongak bila pakcik tersebut senyum pada saya. Saya menganggukkan kepala, kemudian terus tenggalam dalam kesesakan manusia di dalam komuter.




____________________________________________________________________


© YUSSAMIR.COM (2007-2009)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Yussamir .Com dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Yussamir .Com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin YUSSAMIR . COM terlebih dahulu.

"memperkasakan paradigma"

Yussamir Yusof @ www.yussamir.com