Saya baru menonton cerita Laskar Pelangi. Novelnya sudah lama saya hadam, tetapi tidak terasa sepertimana saya menonton filemnya. Sejak mula saya membaca novel tersebut, kepercayaan saya kepada kemuliaan seorang guru semakin bertambah. Tambah-tambah pula apabila menonton filem ini, kata-kata Pak Harfan kepada anak muridnya semakin bergetar kuat dalam diri saya. Kata beliau, “Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.” Kegigihan Ibu Mus untuk mendidik anak-anak bangsanya sehinggakan menolak tawaran mengajar di sekolah yang bagus, benar-benar menambah kemuliaannya sebagai guru.
Cinta kepada ilmu memang akan membuatkan manusia terus bercita-cita. Wang bukan semuanya, tetapi wang ada alat untuk mencapai ilmu dan cita-cita. Moga di Malaysia ini, tidak ada lagi watak seperti Lintang yang cerdas, genius dan baik akhlaknya yang ketinggalan dalam mencapai cita-cita kerana kemiskinan. Saya sarankan guru dan semua manusia yang pernah bergelar pelajar untuk menonton filem ini. Si Guru akan lebih memahami apa tugas yang sedang mereka lakukan, dan si Murid akan lebih mencintai dan memuliakan gurunya.
SAYA SAYANG GURU-GURU SAYA
tonton la pula sang murabbi..aku baru upload kat cyber tracker
ReplyDeleteItu dah lama tonton la fufu..huhuhuhu
ReplyDeleteko lambat..hehehe
sy ada novelnya.dihadiahka oleh mak angkat di indoensia.tapi belum habis baca.sbb bahasa nye byk bersastera n mcm lmbt nk feel baca.hihi.but i promise to myself utk habiskan baca.hehe.
ReplyDeleteNovel LP yang ada pada saya ini pun saya beli di Padang, Indonesia.
ReplyDeleteBahasanya bahasa Indonesia, mmg susah nak feel tapi kalau dahbiasa baca buku2 dari indonesia, insyaAllah ok je :)
salam
ReplyDeletesaya sudah habis baca ~
oh ada file ke...nak nak
laskar pelangi???
ReplyDeletefirst time dengar huhu
Dah lama cari movie ni. Dapat dari mana?
ReplyDeleteAzree saya downloadnya di Torent MMU. Hanya pelajar MMU yang duduk di kawasan hostel MMU sahaja dapat downloadnya.. hehe. Maaf :)
ReplyDeleteTak apa. Saya baru jumpa link rapidshare nya di enonton.com =)
ReplyDeletePetikan pelbagai sumber
ReplyDeleteMulai dari penempatan tempat duduk, pertemuan mereka dengan Pak Harfan, Kejadian bodoh yang dilakukan oleh Borek, pemilihan ketua kelas yang diprotes keras oleh Kucai, kejadian ditemukannya bakat luar biasa Mahar, pengalaman cinta pertama Ikal.
Novel Laskar Pelangi tercatat sebagai novel sastra Indonesia terlaris sepanjang sejarah.
Cerita terjadi di desa Gantung, Gantung, Belitung Timur. Dimulai ketika sekolah Muhammadiyah terancam akan dibubarkan oleh Depdikbud Sumsel jikalau tidak mencapai siswa baru sejumlah 10 anak.
---------
Terkini, ada pula yang buat bidaan koleksi peribadi
Bidaan di kalangan peminat Malaysia rancak untuk mendapatkan Laskar Pelangi the Movie original di negara ini.
klik http://www.motivasimindamu.blogspot.com
------
Sedikit catatan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Catatan daripada sesi bersama novelis bestseller Indonesia, Andrea Hirata. Saya berkesempatan menghadiri program ini yang diadakan selama sejam kemudian diikuti dengan sesi autograf di gerai buku PTS.
Laskar Pelangi,novel pertamanya terjual 500 000 naskhah di Indonesia.
Novel ini pada asalnya adalah catatan peribadi, seperti diari yang dikisahkan dalam bentuk novel yang ditulis khusus untuk gurunya, Ibu Muslimah.
Pada awalnya rakan beliau yang meminjam komputernya menggesa ia diterbitkan. Andrea menolak.
Dalam senyap-senyap rakannya menghantar kepada sebuah penerbit. Ditirunya tandatangan Andrea dan diisinya segala macam borang.
Penerbit tertarik dengan manuskrip itu lalu menghubungi Andrea jam 1 pagi.Dalam masa tiga minggu diterbitkan, 30 000 naskah terjual.
Bagi Andrea tidak ada penjelasan logik mengenai fanomena bestseller Laskar Pelangi.
Laskar Pelangi memaparkan perjalanan hidup masyarakat Melayu di Belitung.
Andrea berkata, karya yang baik adalah apabila ia menjadi karya yang ditonton bukan karya yang dibaca. Imaginasi pembaca hidup dalam karya.
Catatan yang begitu teliti dalam Laskar Pelangi adalah kerana penagalaman yang traumatik sehingga ia begitu berkesan ke dalam fikirannya.
Karya mesti ditulis dengan jiwa.
Diskusi buku Andrea Hirata sudah melebihi 168 kali di seluruh Indonesia dan Malaysia.
Diskusi buku melibatkan masjid, pusat membeli belah dan tempat-tempat awam.
Para peminat tidak mahu Laskar Pelangi difilemkan kerana mereka mahukan watak imaginasi yang mereka cipta hidup dalam fikiran masing-masing.
Novel keempat Andrea sudah ditempah bagi dijadikan filem meskipun ia sedang ditulis.
Andrea Hirata pada awalnya bukan novelis, tidak membaca karya sastera, tidak pernah ketemu dengan tokoh serta penulis novel.
Laskar Pelangi adalah catatan yang menjangkaui logik sastera yang diajar. Ia dianggap membebankan kepalanya dan menghilangkan manis dalam karyanya selepas dua tahun mempelajarinya. Kini dia kembali kepada metod Laskar Pelangi.
------
DVD Original Laskar Pelangi kini dibuka untuk peminat Laskar Pelangi di Malaysia! Hanya ada satu sahaja di Malaysia.
Terkini, ada pula yang buat bidaan koleksi peribadi Bidaan di kalangan peminat Malaysia rancak untuk mendapatkan Laskar Pelangi the Movie original dari Indonesia di http://www.motivasimindamu.blogspot.com