Sunday, March 22, 2009

MENGAGUNGKAN PEMIKIRAN ITU TIADA SALAHNYA


Kenapa pula kita tidak boleh mengagungkan pemikiran? Saya menolak mana-mana prinsip yang menolak untuk mengagungkan pemikiran. Mengagungkan pemikiran menurut definasi saya ialah, mengagungkan pemikiran di atas prinsip Allah dan Rasul. Dalilnya, “Dan bahwasanya: orang yang kurang akal daripada kami selalu mengatakan (perkataan) yang melampaui batas terhadap Allah” (Surah al-Jin ayat 4). Selagimana kita menganggungkan pemikiran yang datangnya dari akal, tanpa melampaui prinsip Allah dan Rasul, selagi itu tidak ada batas untuk manusia berfikir dan mengagungkannya.

Dalam Quran Allah sering mempersoalkan manusia yang tidak menggunakan akal. Kenapa Allah mempersoalkannya? Kerana manusia tidak mengagungkan akal mereka dengan berfikir. Mereka sudah biasa atau selesa tanpa menggunakan akal seoptimum yang mungkin. Allah tidak menghalang manusia berfikir, Allah juga tidak menghalang manusia mengagungkan pemikiran kerana pemikiran yang datangnya dari akal adalah milik-Nya. Sekali kita mengagungkan pemikiran, dalam masa yang sama kita berterima kasih kepada-Nya.

Agak ganjil bagi saya apabila ada manusia masih lagi bersikap skeptikal apabila menolak istilah mengagungkan pemikiran. Ya benar, mereka membaca karya-karya agung pemikir Islam seperti Imam Ghazali yang terkenal dengan falsafah islaminya, Ibn Rusyd dan selainnya. Tetapi mengapa pemikiran orang yang membaca tetap mahu berada di zaman tokoh-tokoh tersebut? Itu yang membuatkan saya sedikit janggal dan pelik terhadap ‘pemikir-pemikir’ yang mengaku mereka sudah hadam karya-karya pemikir tersebut. Kita boleh membaca karya-karya agung tersebut, tetapi kita tidak boleh berada di zaman mereka. Zaman dan corak berfikir kita sudah lain, dan pengadaptasian terhadap zaman kini harus wujud.

Saya mengaku, saya masih kurang dan cetek dalam memahami definasi dan ungkapan falsafah serta lontaran-lontaran para pemikir. Tetapi bagi saya, itu lagi baik kerana saya membina lapangan pemikiran saya dari saya terus bertaqlid dengan pemikiran orang yang sudah tidak ada di dunia ini. Saya tetap dengan pengistilahan saya iaitu saya mengagungkan pemikiran di atas definasi saya sendiri. Saya membina lapangan pemikiran saya melalui bacaan, pemerhatian, dan diskusi bersama. Saya tidak mahu menyambung pemikiran orang lain, tetapi mahu membina rantaian pemikiran tersendiri. Itu yang benar-benar boleh dikatakan sebagai seorang pemikir.

Saya seorang Muslim, dan saya mencintai Allah dan Rasul dan salaful-soleh. Tetapi saya tetap berkata, bahawa Allah dan Rasul tidak melarang untuk saya mengagungkan pemikiran dan seterusnya mempergunakan akal sebaik mungkin. Itu sebab, saya katakan bahawa jika bukan kerana Agama, saya pasti sudah sesat dalam lembah liberal dan orientalis yang sasar. Cuma yang boleh saya katakan, saya seorang liberal dalam beragama atas prinsip al-Quran dan Sunnah yang difahami para sahabat, tabien dan tabiut tabien.

8 comments:

  1. urm, baiklah kalau anda kata macam tu.
    cuma dalam post yang lepas anda bercakap seolah-olah agama membataskan pemikiran anda, dan ini saya tak setuju.

    Nampaknya anda belum membaca lagi karya karangan Al-Ghazali.

    Tentang melihat dunia melalui deria. Melihat dunia melalui akal. Dan melihat dunia melalui hati.

    Rasanya masing-masing ada fahaman sendiri bukan? Tapi saya tak ingin berbincang lebih lanjut memandangkan anda pun belum membacanya.

    ReplyDelete
  2. Oh ya, lagi satu. Rupanya saya terlepas bahagian 'tidak boleh tinggal dalam zaman' tersebut. Nampaknya kata-kata anda berbaur emosi.

    Tapi itu masih dikira lebih elok. Mujur sahaja anda tidak mengatakan Al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun lepas sudah tidak boleh digunakan lagi.


    Fahaman seperti Triniti yang ada sekarang ini pun tak ada bezanya dengan konsep polytheism umat-umat terdahulu, tapi masih dianggap moden, selari dengan perkembangan masa. Menurut sejarah, pemikiran manusia berkembang dari kuno (polytheistik) kepada matang (monohteistik). Benarkah? Siapa pula Nabi Adam?


    Sudah, saya perlu meninggalkan perdebatan ini bagi menjaga kepentingan perdebatan itu sendiri. Nampaknya saya mungkin terpaksa bersetuju dengan kata-kata anonymous yang mulanya saya kritik itu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah
    Aljawab

    'tidak boleh tinggal dalam zaman'
    itu yang saya ungkapkan, kemudian saudara katakan ia berbaur emosi.
    Untuk menjawab perkara itu sama ada ia berbaur emosi atau tidak saya teringat dengan kata-kata dari Khaled M. Abou ElFadhl dalam bukunya yang bertajuk Hanya Tuhan Mengenal Tenteranya-persoalan wibawa dalam wancana Islam- kata beliau, "Pembaca mentafsir sesebuah teks dengan membentuk maknanya.Jika andaian bahawa pengarang teks berkenaan berniat menyampaikan satu makna khusus, pembentukan makna oleh pembaca itu mungkin sama atau tidak sama dengan makna khusus yang diniatkan oleh pengarang.Malahan terdapat keadaan tegang yang abadi antar pembaca dengan teks."

    Saya harap saudara faham dengan kenyataan di atas. Saya katakan begitu kerana al-Quran dan Hadith yang sahih itu adalah maksum,manakala pemikiran manusia biasa siapa sahaja tidak lepas dari kritikan dan ketnggalan masa dan keadaan. Sebab itu saya katakan bahawa boleh sahaja membaca karya mereka, tapi adaptasi itu harus wujud.

    Memang benar saya belum baca karya tersebut, tetapi adakah kerana tertinggal dalam membaca karya tersebut, membuatkan saya ketinggalan juga dalam membina pemikiran sendiri. Selagi mana saya tidak mengkritik tanpa sebab atau menuduh tanpa sebab sebelum membca, itu lagi baik dari tertinggal baca atau sukar untuk menerima pembinaan pemikiran di atas pencari sendiri.

    Saya tidak mengharapkan perbincangan ini terhenti begini sahaja, moga ada lanjutan selepas ini.

    Salam paradigma

    ReplyDelete
  4. agama tidak pernah menghalang manusia berfikir. sebab itu kita diberikan akal. but every single thing, there is boundary. we're like the fish. the fish can swim to anywhere. but the limit is - the fish can't go above the water.

    sama dengan fikiran manusia. berfikirlah apa saja. tetapi ada limitnya.

    ReplyDelete
  5. Salam brother.
    Analogi tak terfikirlak saya. Tapi analogi tu sangat bernas.
    Saya andaikan Prinsip Allah dan Rasul ialah lapisan atas air tersebut, manakala pemikiran saya ialah ikan tersebut.

    WaAllahualam

    ReplyDelete
  6. baik, saya faham maksud anda. Maka mungkin saya telah tersilap dalam mentafsir makna khusus tersebut.

    Saya tak berniat hendak meneruskan perbincangan ini disebabkan matlamat kita tak sama, dan kita punya latar yang berlainan. Anda tak membaca buku-buku yang saya baca dan saya pula tidak membaca buku-buku yang anda baca.

    Saidina Ali berkata, " Jangan tahu tentang kebenaran daripada manusia, tapi ketahuilah sendiri kebenaran itu, dan kamu akan melihat siapa yang benar".

    Perbincangan seharusnya menarik, tapi kita masing-masing seolah-olahnya nak tunjuk pemahaman sendiri. Perbincangan seperti ini hanya menyentuh akal saya, tapi tak menyentuh pun hati.

    Maka oleh sebab itu saya perlu berhenti. Maaf. Saya masih ada perkara lain yang lebih penting.

    (sebagaimana halnya Tuhan akan menjadikan golongan cendekiawan islam yang berhujah dengan mantap, Dia juga akan menjadikan golongan bijak pandai pula dalam golongan yang satu lagi yang melawan islam. Itu hukum alam, sebagaimana yang terjadi dalam perbincangan ini. Terpulang, samada kita hendak berhenti berlegar-legar seperti ini atau pun tidak. Mengapa tidak mengharap terus dari Yang Maha Bijaksana?)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah
    Aljawab

    Saya menghormati pandangan saudara,kerana kita sama-sama tidak mahu menjadi autoritarian. Yang saya sangkal hanyalah apabila saudara cuba menyekat pemahaman saya tentang bebasnya manusia untuk berfikir itu (baca: definasi menurut saya) tetapi dalam konteks lain saya menerima pandangan saudara supaya tidak menjadikan pemikiran yang datangnya dari akal melebihi wahyu (al-Quran dan Sunnah). Itu sangat2 saya setuju, dan saya langsung tidak menafikannya.

    Dan saya juga melihat persetujuan saudara ini sebenarnya adalah persetujuan bersama, kerana saya dan saudara sangat menafikan akal itu melebihi wahyu.

    Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan, dan saya snagat menghormati permintaan saudara untuk menamatkan perbicangan ini.

    Akhir kata, saya memetik sebuah kata-kata hikmat dari al-Mutanabi, katanya, "jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah seorang yang mempunyai pendirian. Sesungguhnya pandangan (yang baik) akan menjadi rosak hanya kerana kamu berbelah bagi"

    Moga dengan melontarkan pandangan sebenarnya kita bukan bermusuh, tetapi kita saling mengenali. Kita mengenali pemikiran, kemudian kita cuba toleransi, kerana kita sama-sama tidak mahu menjadi Autoritarian dalam pemikiran.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, kita telah berjaya menamatkan perbincangan kita ini dengan baik.

    insyaAllah, ada masa kita akan berjumpa lagi.

    ReplyDelete