Kadang-kadang saya terfikir mahu menjadi seorang yang liberal dalam semua perkara. Tidak terbatas dengan agama dan adat. Tapi bila difikirkan kembali, agama memandu saya untuk tidak ke arah itu. Saya mencintai pemikiran-pemikiran para Orientalis dan Liberalis. Mereka sangat cekap dan kritikal dalam melontarkan idea-idea mereka. Pemikiran mereka tidak terbatas dan tidak terkekang. Mereka bebas, seperti burung yang terbang bebas di awangan.
Bila saya membaca dan memerhatikan sekeliling, sebenarnya manusia ini dalam kurungan minda ciptaan sendiri. Kita terkurung dalam satu konsep dan persepsi. Kita yang cipta persepsi itu, dan mereka yang bijak pula mengeksplotasi persepsi itu. Persepsi terbina di atas kebersamaan berfikir dan kebersamaan dalam menafsir. Para pemikir selalunya tidak termasuk dalam kelompok kongkongan persepsi ini. Mereka keluar dari kempompong pemikiran sempit sebegitu. Mereka memandang dengan minda dan persepsi yang berbeza. Oleh sebab itu, banyak idea-idea yang mereka lontarkan sentiasa mendapat tentangan. Kerana idea-idea yang lahir dari pemikiran kritis dan kritikal mereka berbeza, dan menyongsang arus dengan manusia sekeliling.
Kehidupan sosial para pemikir oreintalis dan Liberalis sangat unik dan flexi. Kenapa saya katakan begitu? Sebab mereka bergaul dan bermasyarakat dengan manusia. Mereka cuba mengenali dan memahami kehendak serta ideologi manusia yang berada di sekeliling mereka. Mana yang boleh mereka ekploitasi, mereka akan gunakan sebaik mungkin. Mana yang tidak, mereka salurkan ideologi mereka, agar mereka berpegangan dengan pegangan mereka. Kehidupan sosial mereka sangat berpengaruh dan berkarismatik. Itu yang mengkagumkan saya.
Mungkin apa yang saya lontarkan ada yang silap dan cacat, tetapi itulah pemerhatian yang saya dapat dalam memahami dan menilai karya-karya para Orientalis dan Liberalis.
CERITA PERIBADI
Di atas cerita tentang kekaguman saya dan keinginan awal saya terhadap para Oreintalis dan Liberalis. Tetapi di bawah pula cerita kehidupan saya yang tidak berkesudahan. Mungkin ada yang mahu membaca-terima kasih kerana membaca- manakala yang tidak mahu, sila bawa tetikus anda ke arah belah hujung kanan anda yang bertanda X. Tekan di situ dan akan berasa tenang selepas itu, insyaAllah.
Saya sedang kecewa dengan kempimpinan dalam sebuah organisasi. Nama ia biarlah menjadi rahsia pada saya. Saya juga sedang kecewa dengan seorang junior saya. Saya sedang kecewa perhubungan sosial saya. Saya juga sedang kecewa dengan prestasi dan fokus saya terhadap pelajaran. Kekecewaan ini saya tidak pasti sampai bila. Kehidupan kini sangat tidak terurus, seperti saya berada dalam sebuah kapal yang dilambung ombak.
Buku FAITH to FAITH tulisan Chawkat Moucarry sedang saya telaah. Banyak perkara tentang Christian dan Islam yang disentuh oleh beliau. Saya pula kini sedang memulakan kajian kembali dan penekunan kembali terhadap Kristianiti. Bukan mudah untuk menjadi Kristalog yang boleh berdialog dengan orang-orang Kristian, tetapi tidak mustahil.
Buku Benteng Islam Indonesia-Pemikiran dan perjuangan K.H Abdullah Wasian sudah 3 minggu saya hadam dengan baik. Buku yang sarat dengan kegigihan seorang Ulama dan Kristalog yang bernama Abdullah Wasian mengisi lembaran-lembaran buku tersebut. Ilmu dan metod dalam Ilmu Kristianiti beliau boleh saya katakan sama hebat atau lebih lagi dari Ahmad Deedat- sekadar pandangan saya-. Beliau masih hidup, dan masih meneruskan sisa-sisa kehidupannya dalam dakwah terhadap Kristian dan menjaga akidah umat Islam di Indonesia. Moga Allah memanjangkan umurnya. Ameen.
Akhir kata, hari ini saya berasa sangat kecewa. Tetapi Allah ada bersama saya dan sentiasa memberi kekuatan kepada saya. Terima kasih Allah.

Hairan,
ReplyDeletemanusia skrg bnyak membaca..
tp tak bnyak berfikir..
tp...
adakah anda rasa,
anda berfikir dgn ruang rujuknya sbg seorang muslim??
Jwpnnya nanti,
zahirkan dgn muhasabah hati..
biarkan tanpa nama,
sbb aku x mncari "nama"
hmm....saya juga ingin mengetahui apa yang anda pegang sebenarnya
ReplyDeleteanda mengatakan anda ingin jadi liberal kerana tidak terbatas dengan agama dan adat. Siapa kata agama menyekat pemikiran manusia dan membataskan?
Anda mengagungkan pemikiran.
Anda kata anda kenal Al-Ghazali. Anda pernah membaca
'al-Munqidh min al-dalal' (Rescuer from Misguidance) karangan beliau? Atau bab yang menerangkan hakikat dunia oleh Harun Yahya dalam bukunya Keabadian Masa Dan Hakikat Takdir?
Kalau anda sudah membacanya dan anda faham apa yang disampaikan, anda tidak akan mengagungkan pemikiran. Sama sekali tidak.
Hmm...anonymous, tak kiralah anda letak nama anda atau anonymous, itu juga adalah nama. Mengapa tidak tanyakan diri sendiri anda ujub (berasa hairan terhadap diri sendiri) ataupun tidak?
Dunia letaknya bukan dalam hati, dunia letaknya dalam tangan kita.
Anda faham maksud saya?