
“ Abang selalu alirkan arus-arus positif daripada diri abang kepada kamu semua. Abang sentiasa fikirkan adik-adik semua, dan dalam masa yang sama menanam rasa sayang pada diri abang dan juga adik-adik semua. Itu namanya mengalirkan arus-arus positif yang akan menarik dan tertarik di antara satu sama lain.” Bunyinya seperti hanya teori atau retorika yang tidak berkesudahan. Tetapi selama saya mempraktikannya, ia sangat berhasil!
ADIK-ADIK YANG BIJAK
Semuanya PMR 8A dan 7A. Ya mereka pelajar Bijak. Masalah pertama yang saya bayangkan di kepala ialah, bukan mudah untuk mengawal dan membina motivasi dalam diri pelajar-pelajar yang bijak. Mereka ada ego yang tersendiri, ego sebagai pelajar terbaik dan terpilih. Tetapi dalam masa yang sama, mereka sebenarnya dahagakan perhatian dan tunjuk ajar daripada orang yang dewasa. Pada mulanya, mereka agak janggal dan sedikit malu-malu. Namun selepas beberapa aktiviti dilakukan dan kemesraan itu sudah berhasil. Kecoh dibuatnya kumpulan saya dengan Lana. Masing-masing mahu bercerita, sehinggakan tidak mahu bersurai kerana terlalu seronok dan asyik. Saya bersyukur, kerana usaha saya dan Lana untuk memastikan input-input dapat diberi kepada mereka berhasil.
HUBUNGAN TIDAK TERHENTI
Pastinya sesebuah hubungan tidak terhenti di satu-satu program sahaja. Hubungan itu harus diteruskan walau di mana sahaja. Atas perbincangan dengan mereka, saya dan Lana telah berjanji untuk berjumpa dengan mereka semua pada minggu hadapan ; InsyaAllah. Walaupun saya dan Lana sibuk sebagai mahasiswa dan juga aktif dengan persatuan. Tetapi bila diingatkan telatah dan kerenah mereka, kelitahan itu hilang begitu sahaja. Itulah penangan “Erti Hidup Pada Memberi, dengan Memberi Kita akan Merasai.”
Kepada adik-adik kami ; Husna, Adibah, Aqli, Naim, Ehsan, Nashitah, Lam, Amin, dan Zarif jangan lupa temujanji kita. Tak sabar nak jumpa!
TERIMA KASIH PADA SEMUA
Terima kasih kepada semua Komiti yang berkerja keras untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada partner saya, adik Lana :) kerana bersama-sama memastikan adik-adik SMSS bermotivasi. Kepada penganjur, jika ada lagi program sebegini, jangan lupa untuk menjemput saya lagi!

salam abg yus..
ReplyDeletebetul pe yg abg kate..
ego budak pandai nih pelik..
sgt2 pelik..
sbb tuh cikgu susah nak jade kitorang..
dgn kedtgn korang..mmg bererti giler..
sbb kitorang merasakn keseronokan dan kebahgiaan..
thanx a lot k..
dayah from group abg hafiz!!
aslmkm akhi,
ReplyDeleteanta terlupa satu perkara..
tolong promote iLuvislam.com pada adik-adik kita tu insya-Allah, semoga lahir pelapis da'ie dari adik didik anta kelak, insya-Allah.
Baraka-Allah fikum