Wednesday, March 11, 2009

PUISI : KATA TUHAN



Oleh : Yussamir Yusof
Tajuk Puisi: Kata Tuhan



Kata Tuhan,

Kuatkanlah iman wahai manusia,

Tali Allah tali agama,

Hidayah Allah pastikan tiba,
Membawa barakah hingga ke Syurga.

Kata Tuhan,
Berpeganglah kamu pada agama,

Setialah kamu pada Rasul-Nya,

Janji Allah pastikan tiba,

Indah menanti bahtera di Syurga.


Kata Tuhan,

Usah manusia berbahagi-bahagi,

Bagaikan gusi tidak bergigi,
Jangan murka-Ku yang kau nanti,
Kelak nanti kau yang rugi.

Kata Tuhan,

Gunakan akal bila berbicara,

Bangkit bersuara dipersada dunia,

Ekonomi julang ke negara China,

Membawa makmur pada Negara.


Kata Tuhan,

Beruntunglah bagi mereka yang berusaha,
Berkasih sayanglah sesama saudara,
Biar sahaja musuh ternganga,

Kerna perpaduan teras padanya
.



*Pemenang tempat ketiga Pertandingan Puisi dan Essei sempenan Maulidurasul di Multimedia Universiti anjuran Institusi Usrah Cyberjaya.

3 comments:

  1. sy x pandai berpuisi..
    juga x pandai mengolah puisi..
    tp ini just cdgn sy...

    cuba pelbagaikan puisi supaya mempunyai perkataan yg lebih indah dan mempunyai maksud yg lebih tersirat...

    supaya si pembaca lebih tertarik utk bc..tp AWAS!jgn smpi pembaca x faham krn perkataan2 yg sukar di fahami~

    sy hanya seorg yg suka membaca puisi dan menghayati puisi..twink~twink~

    ReplyDelete
  2. twink2..saye sangat suke puisi ini..hihi..tahniah

    ReplyDelete
  3. entahnye yus ni...
    pelbagaikn ayt tu...
    bg pkataan tu ada mksud tersirat..
    baru nmpk mngancam...hihi..lalala~

    ReplyDelete