Thursday, December 31, 2015

DOKTOR MACAM GILA!



Doktor buat keputusan macam gilaa......

Cepat! ya memang gila cepat. Aku sekadar nak berkongsi pengalaman semasa berada di Hospital Gomen (kerajaan). Ya hospital Gomen yang selalu kena bash dan selalu kena komplen.

Aku kemalangan pada 9 Disember, selepas terlanggar kereta yang keluar dari simpang. Alhamdulilah orang ramai banyak membantu, dan tak sampai 30 minit ambulans pun sampai. Dari Desa Duyung ke hospital ambil masa 20 minit.

Sakit?  Memang sakit, tapi pegawai yang iring dalam ambulans sangat mesra. Sedar-sedar dah sampai hospital, terus dimasukkan ke Zon Kuning (separa kritikal).

Okay. Berapa lama jururawat dan doktor uruskan kaki aku? On the spot! Sampai-sampai, kaki dibersihkan pedih macam nak mati . Lepas Cuci, kena tunggu doktor Pakar Tulang untuk check sama ada boleh terus bedah atau tidak. 

Tuesday, November 10, 2015

BUKIT BERUANG | BERUANG HILL


Orang bercuti bersama keluarga pergi makan-makan. Aku dan kawan-kawan buat pasal pergi panjat Bukit Beruang. Rancang tak sampai seminggu, dengan tiada apa-apa persiapan terus redah naik bukit beruang. Orang kata bukit beruang ini geli-geli saja. A'ah memang geli-geli sampai ada kawan aku yang muntah bagai sebab tak biasa memanjat. 




Kitorang semua dalam 25 orang, dari kelab Nutrisi Active Fit Cell Mara. Ada yang bawa anak, ada yang datang suami ister. Aku tak pasti semua ini pernah memanjat ke tidak, tapi muka semua teruja nak memanjat. Kalau pengsan ke atas pepandailah bangun sendiri ya. hehe :)

Sebelum memanjat, kita panaskan badan dulu. Takdelah badan itu terkejut bila memanjat nanti.


Abang Azam, jurulatih Tinju lead warm up pagi tadi.

Thursday, October 8, 2015

GIAN KOPI - COFFEE ADDICT - HAIPENG - QAWWA


Assalamualaikum semua. Rasanya dah lama kot tak update apa-apa artikel dekat blog. Jadi, hari ini nak update sedikit tentang perjalanan ke Kuantan - Terengganu dan Kelantan. Tapi secara khsususnya nak cerita tentang 2 kafe femes kebabom dekat Terengganu.

Memandangkan saya dan isteri memang gila lepak kedai kopi (isteri suka hot chocolate yang ada art), dan saya memang gila kopi. Jadi artikel kali in saya nak cerita tentang dua tempat menarik yang perlu korang pergi kalau ke pantai timur.

Pertama ialah Kedai Kopi Haipeng. Jangan risau, makanan dan minunan dekat sini semuanya halal dan sedap! Haa macam mana nak ke kedai haipeng? 

Tak silap saya kedai kopi Haipeng ada tiga lokasi, satu dekat Chukai, Kemaman dan dekat Kuantan. Tapi yang saya dan isteri pergi dekat Kemaman, tempat yang agak cantik dan selesa. Tapi nama kedai dah tukar kepada SuKiyang Coffee.


Wednesday, September 2, 2015

BERKAT DUIT PERGI HAJI

Selepas pulang dari menunaikan fardhu Haji pada tahun 2004, ibu saya terus mendaftarkan kembali nama saya, ayah, dan adik ibu untuk fardhu haji seterusnya. Setahu saya, untuk pendaftaran Haji, sekurang-kurangnya setiap akaun perlukan RM1300. Jadi ibu saya perlu ada RM5200 untuk mendaftarkan kami semua. 

Waktu itu saya tidak pernah ambil pusing tentang bagaimana ibu dapat kumpulkan duit sebanyak itu selepas pulang dari tunaikan Fardhu Haji. Umur masih muda, tambahan waktu itu adalah tahun SPM saya. Cerita ini berlalu begitu sahaja, dan sehinggalah 11 tahun selepas itu ibu, ayah dan adik ibu dapat tunaikan fardhu Haji kali kedua tanpa saya.

Pada awalnya, saya termasuk dalam musafir kali kedua ini. Tetapi perancangan Allah lebih baik dan saya pasti ada hikmah untuk semua ini. Selepas 11 tahun, 16 Ogos 2015 ibu, ayah dan paksu saya berangkat menunaikan fardhu Haji. 

Monday, August 10, 2015

JANGAN KOMEN LEBIH


Kebanyakan orang suka memberi komen tanpa diminta. Ada sahaja perkara yang ingin dikomen, sehinggakan bagaimana untuk memasak telur pun akan dikomen. Hati-hati dengan sikap begini yang bukan sahaja memburukan keadaan, tetapi memberi tanggapan negatif terhadap diri sendiri. 

Kehidupan tidak sempurna, pasti ada cacat cela. Tetapi ia tidak boleh dibaiki hanya komen dan mengomel. Ada beza kritikan yang membawa kebaikan, dengan komen yang sekadar bebelan yang tidak membawa kebaikan.

Saya ada seorang rakan begini, hidupnya penuh dengan komen. Ada sahaja tidak kena di matanya, yang peliknya dia adalah seorang lelaki. Ya lelaki, jangan ingat perempuan sahaja suka mengomen, lelaki juga ada.

Suatu hari saya dan dia menziarahi rumah seorang rakan yang baru sahaja memasuki rumah baru dibeli. Alhamdulilah, selepas 3 tahun bekerja, rakan saya dan isterinya berjaya membeli sebuah rumah teres dua tingkat di Klang. Rumahnya sederhana, tetapi cukup sempurna bagi pasangan yang baru 5 tahun berkahwin. 

Friday, August 7, 2015

JUTAWAN SYIRIK? - SEBUAH KRITIK SOSIAL



Sedar atau tidak, ketika ramai mula memberikan tips serta petua berjaya di dalam facebook. Mereka tidak sedar telah mensyirikkan Allah tanpa sedar. Ramai selebriti dan Usahawan berjaya memberikan pelbagai tips kejayaan kepada orang ramai. Alhamdulilah satu perkembangan yang baik dalam dunia media sosial. 

Cuma kadang-kadang tips-tips itu secara tidak sedar telah membelakangi Allah dan telah memberi kefahaman yang salah terhadap tujuan utama mengabdikan diri kepada Allah. 

Misalnya tips sedekah kepada orang miskin, solat awal waktu, solat berjamaah, dan sentiasa berbuat baik kepada manusia. Semua tips itu adalah sebuah kebaikan yang tujuan utama mendapatkan keredhaan Allah dan syurga. 

Namun, ia menjadi salah apabila tujuan semua itu agar diri dijadikan kaya, perniagaan laku keras, dan menjadi jutawan (malah ada usahawan menjanjikan kekayaan dalam 3 hari jika melakukan kebaikan di atas). 

Mari kita fahamkan kembali tujuan utama mengabdikan diri kepada Allah, sepertimana Allah sebut dalam surah az-Zariyat ayat 56, "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku."

Monday, July 20, 2015

SALAM LEBAR-AN DI HARI RAYA


Assalamualaikum semua? Apa khabar? Dah berapa rumah korang beraya? Berapa banyak duit raya dapat? Dan berapa kilogram berat naik? Opss hehe

Selamat hari raya saya ucapkan kepada semua. Dah sebulan berperang dengan diri dan mendidik diri untuk menjadi lebih baik. Bulan Syawal ini pula waktu kita tengok hasil dan progress yang kita dapat masa bulan Ramadhan. Antaranya, cara kita makan dan mengawal nafsu terhadap makanan. 

Okay straight to the point. Berapa kilogram berat badan korang naik? Jangan nak sengih-sengih sangat. Cepat timbang sekarang! 

Mungkin ada yang naik 2kg, ada 3kg, dan kemungkinan ada yang naik sampai 8kg tak sampai 5 hari berhari raya. Bila tanya, senang saja dia jawab, "Balas dendam bro, makan sampai muntah." 

Tuesday, June 30, 2015

RAMADHAN DAN MAKAN BUKAN TUHAN KITA


Minggu pertama bulan Ramadhan sudah meninggalkan kita. Antara sedar dan tidak, hari-hari di bulan Ramadhan begitu cepat berlalu. Lapar dan dahaga tidak terasa, sedar-sedar sudah maghrib dan berbuka puasa. Apakah dunia semakin tua dan renta, masa juga tidak mahu menunggu lama diri kita yang banyak dosa? 

Muhasabah kembali 11 bulan yang lepas, bertanya kepada diri sendiri adakah saya sudah menjadi Hamba Allah yang taat? Atau sekadar hamba yang ala kadar mengabdikan diri kepada Allah? Kemudian cuba menokok lompang-lompang yang ada, dengan beribadah sekuat hati di bulan Ramadhan. Tertanya-tanya juga, adakah Ramadhan Tuhanku, atau Allah Tuhan aku yang menghidupkan dan mematikanku.

“Bulan Ramadhan penuh masjid. Sampai tak cukup saff.” Teman saya bergurau. Saya sendiri tersentap, betul kata dia, Ramadhan penuh masjid ini, kalau tidak 1 saff saja setiap waktu. 

“Pesta ibadah. Diaorang ingat Tuhan masa bulan puasa saja kot.” Aduh, sakitnya tuh di sini! Teman saya ini memang kaki masjid, dan saya doakan agar dia termasuk dari 7 golongan yang dinaungi Allah di akhirat nanti.

Hati sangat-sangat tersentap bila teman saya menyoalkan sikap umat Islam yang menjadikan Ramadhan hanya bulan beribadah kepada Allah. Sehingga melupakan bahawa Allah itu adalah Tuhan kepada seluruh bulan yang ada. 

Friday, June 26, 2015

LAGI 5 MINIT TUTUP

"Kau rasa sempat ke kita ini? Aku dah cuak dah ini." Saya dah tak senang duduk, sudahlah saya dengan mizan sahaja dalam bas ini. 
Saya berdebar-debar. Kepala dah mula pening, perut pula dah sebu-sebu. Tak tahu nak mengadu pada siapa, dan tiada tempat untuk meminta tolong. Bas bertolak jam 4.30 petang dari Melaka, hanya saya dan Mizan menjadi penumpang bas StarMart. Kami sangka, paling lewat pun kami sampai ialah jam 7 petang. Nasib baik saya dah awal-awal check in melalui website AirAsia. Okay. Pada mula memang rasa semuanya smooth sahaja, tanpa ada sebarang masalah. Yalah, dah banyak kali naik kapal terbang dah pergi banyak tempat kononnya dan sudah kali ketiga ke Bangkok.
Orang kata, panas disangka hinga ke petang, rupanya hujan ditengahari yang perit dan membakar! Kami stuck dari keluar dari tol ayer keroh, sebab ada sebuah Lori Trailer terbalik dan halang jalanraya. Semua kenderaan kena ikut jalan lama, dan keluar balik dekat tol pedas linggi. 
Saya dah tak boleh nak cakap apa-apa dah, badan dah tak sedap kepala pun dah pening. Mizan masih steady borak-borak dengan Driver. Sempat jugalah saya dengar, Uncle ini ada 8 orang anak, ada seorang jadi polis, dan dah 17 tahun duduk di Melaka.
“U okay lagi. Kawan awak seorang lagi ini, saya rasa bila sampai Airport baru dia senyum.”
Saya tersenyum kelat. Malas nak melayan.