Tuesday, August 28, 2007

Berbudi bahasa itu budaya Malaysia.


Berbudi bahasa itu budaya Malaysia.

Oleh:Yussamir yusof aljohori
28 Ogos 2007

Saya tertarik dengan perkataan yang diutarakan oleh Dato Dr Hassan Ahmad berkenaan dengan budi.Kata beliau “Makna perkataan budi ini luas,tidak terhad pada makna yang berkaitan dengan tingkah laku atau perkerti manusia sahaja,tetapi mencakup seluruh aspek tindakan,perbuatan dan pemikiran manusia yang melahirkan,mengaturkan dan menentukan peradaban atau tamadun manusia.Istilah lain yang boleh kita samakan maknanya dengan perkataan budi adalah adab atau budaya”.

Budi bahasa adalah salah satu intisari dalam aspek budi yang bakal diutarakan dalam penulisan kali ini.Budaya “kurang hajar” dalam masyarakat semakin lama semakin membesar dan membarah di kalangan semua lapisan masyarakat.Bukan hanya terhad pada golongan remaja yang acap kali bila hal ini dibangkitkan akan ditujukan pada mereka,tetapi ia juga telah meleret kepada golongan warga emas.Bukan omongan kosong atau dongengan tetapi ia adalah satu kenyataan yang tidak boleh tidak kita semua perlu telan kebenarannya.Bagaimana mahu membentuk masyarakat berbudi bahasa kalau yang diharapkan bagai pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.Peristiwa ini dialami penulis sendiri ketika perjalanan balik dari Genting Highland ke KL Sentral.


------------------------------------------------------------------------------------------------

“Uncle, can i ask u this bus go to Gombak or Kl Central.And is it, this bus for those buy the ticket at 6.30 pm?”. Tanya seorang pemuda India yang dianggarkan dalam lingkungan 30-an pada pemandu bas. “No,no…go,go….” Ringkas dan betapa ‘kurang hajar’ bahasa yang diucapkan oleh pemandu bas tersebut.Sambil mengarahkan penumpang-penumpang lain naik dengan segera secara kasar.Pemuda India itu cuba bertanya lagi,tapi jawapan yang diterima amat menghampakan,herdikan pula yang dia dapat dari si pemandu bas.

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Begitulah serba sedikit peristiwa yang masih lagi saya rakamkan di kota minda ini,sedih dengan kejadian itu saya terus bangun dan cuba membantu beliau dengan sedaya upaya yang ada.Pemuda itu dari India dan datang ke Genting Highland untuk bercuti bersama keluarga,dan pasti cerita ini akan dijaja di Negara dia kelak.Malu bila imej Negara ini dicacar-merbakan oleh segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya harap beliau tidak mengambil hati,dan yang membuatkan saya kagum pada pemuda itu,dia tetap senyum walaupun dilayan sebegitu oleh pemandu bas tadi.Kalaulah saya,memang sudah meradang dengan sikap sebegitu,tapi itulah manusia ada pelbagai ragam dan gaya yang sukar untuk kita selami.Rambut sama hitam tapi hati lain-lain,siapa tahu?Betul kan.

Itulah sedikit peristiwa yang membawa saya untuk menulis artikel ini agar kita dapat satu pengajaran bahawa bukan remaja saja yang perlu diajarkan tetapi para warga emas perlu juga diingatkan.Kita bukan masyarakat barat yang mendasari budaya tidak sopan dalam berbahasa,misalnya antara anak dengan ibu yang berkomunikasi dengan bahasa yang tidak sopan dan jauh dari nilai-nilai moral.Kita tidak salahkan mereka kerana budaya bahasa mereka itu lahir dari ideologi tentang hak dan kebebesan individu yang mendasari kemajuan materialistik semata.Namun apabila budaya ini mula mahu diadaptasikan didalam budaya Malaysia yang bersopan santun dan mempunyai warisan tamadun yang tinggi,kesannya amat besar terhadap budaya terutama dari segi fungsinya dalam pembentukan sosial ,moral dan akhlak manusia.

Perhatian kita didalam pembangunan budaya kini ditutupi oleh sistem dan nilai pembangunan yang makin lama makin diserahkan kepada kuasa-kuasa ‘pasaran bebas’,tidak sahaja pasaran bebas ekonomi kapatalisme tetapi juga pasaran bebas budaya dan moral yang membentuk dan mengajar masyarakat kita menjadi pengikut-pengikut si ‘kurang hajar’.

Harap kita sama-sama memikirkan cara dan kaedah untuk masyarakat kita kembali kepada identiti ‘masyarakat Malaysia yang penuh dengan budi bahasa yang tinggi’ dan seterusnya kita menjadi model untuk memasyarakatkan masyarakat yang rosak.

Monday, August 27, 2007

Need A Domain Name Competition

Need A Domain Name Competition

Posted In: By hafreze..(kawan aku ni.Jom la masuk competition ni ramai2,aku dah masuk dah)


In conjunction with the 50th Merdeka celebration, I would like to give away 5 free domain names to those people that give the best comment about 'Why Do I Need A Domain Name?'. Basically, this is a way to create the fun and excitement between Malaysian bloggers. The duration of this competition will start from 27 August until 4 September. I hope all my visitors especially the bloggers will take this opportunity to win a domain name for your beloved blog.

Rules and Regulation

  1. You can post as many comments as you want, but each person will only win one domain name.
  2. You have to give a comment on 'Why Do I Need A Domain Name?' in less than 30 words.
  3. Participants can comment either in English or Malay languange, Mandarin also applicable since I can understand the language.
  4. Each commentators must have a blog such as blogger and wordpress.
  5. For those that using the blogspot, it is much easier for you. But, for those that using the worpdress, make sure you own a hosting.
  6. All participants must agree to join Namecheap.com as I will push the domain name to you if you win so.
  7. You can choose any type of domain name that you prefer, but make sure it is still available in the net.
  8. You can choose only these type of TLD's, such as Dot Com, Dot Net and Dot Info. Other than that not applicable. All prize worth Rm 150.00..sape nak kasi bai..
  9. Only comments that appeared in 'Need A Domain Name Competition' will be reviewed.
  10. The winner will be announced on 6 of September, any type of bodek-bodek will not be entertained.
Finally, I hope all of you guys will enjoy and show our love to Malaysia by entering this competition. Merdeka!!

Kenape Kita Perlu Ada Domain Name Sendiri?
  1. Mencipta identiti sendiri, contohnya seperti MohdIsmail.com dan Khai.Scukz.Com
  2. Sebagai benchmark untuk menjadi blogger yang profesional dan serius.
  3. Agar pada Rumpun akan datang, anda tak payah nak sebut nama blog panjang-panjang seperti 'Url blog saya adalah http://www.aku-suke-nama-panjang-panjang.blogspot.com.. kan ke susah tu
Apa lagi, tinggalkan komen anda dan menangi percutian ke New Zealand pergi tak balik2..opss..menangi domain name khas untuk blog anda..

Sunday, August 26, 2007

DRAMA YANG BERTAJUK “ RUMPUN”


DRAMA YANG BERTAJUK “ RUMPUN”

Oleh:Yussamir yusof Aljohori
26 Ogos 2007

RUMPUN? Ada apa dengan Rumpun sehinggakan ramai para penulis blog Melayu atau lebih dikenali sebagai ‘Blogger Melayu’ mencoretkan pelbagai cerita tentangnya.Bagaikan cerita sebesar Gunung Berapi Danau Toba yang diuar-uarkan didalam novel Bila Tuhan Berbicara gamaknya.Suspen dan penuh dengan coret-maret di dada-dada blog blogger masa kini.

Aku pun turut merasa dan menjiwai watak dalam plot drama Rumpun yang Allah iaini sebagai Pengarah wujudkan bagi menghimpunkan watak-watak ciptaannya dalam dimensi yang berbagai untuk wadah yang sama iaitu berkongsi cerita sama sebagai blogger.Teruja,terkesima dan bermacam perasaan yang bergaul enak di hati ini,aku cukup gembira dengan himpunan watak dalam drama Rumpun.Watak aku disokong oleh Hafrez yang wataknya Pengarah wujudkan sebagai seorang rakan yang sudi memperlawa aku naiki keretanya untuk pergi ke Restoran Nasi Kandar Pelita.Dimana lokasi ini adalah lokasi penggambaran Drama Rumpun dijalankan.

Drama ini dimulakan dengan plot yang cukup menarik iaitu dimulakan dengan proses penyesuaian dikalangan blogger ataupun dalam istilah yang lebih popular adalah sessi Taaruf.Aku menjadi watak kedua yang diletakkan sebagai Protagonis dalam drama ini.

“My name Yussamir yusof,from MMU and my blog name is ibnuyusofaljohori.blogspot.com”.Aku mulakan dialog yang Pengarah siapkan,alhamudilah lancar dan kartika itu juga aku lihat ramai watak-watak lain mengerutkan muka apabila aku menyebutkan nama blog aku.Dan ada juga yang aku rasa sudah tahu akan kewujudan blog aku yang tidak seberapa itu,dengan memaparkan anggukan kepala.

Setelah itu drama ini memaparkan satu gaya suspen iaitu dengan menyelitkan cerita tentang watak utama menghadapi masalah bas yang dinaikinya mengalami kerosakan.Sementalahan menghasilkan babak suspen yang besar di kalangan watak-watak pembantu dalam drama ini,dengan memaparkan kegelisahan,kerisauan,ketidakselesaan dan kebuntuan melalui air muka mereka.Memang menarik dan cukup menggemparkan.

Babak seterusnya diteruskan setelah pengarah Drama ini telah memudahkan watak utama selamat sampai ke lokasi utama.Oh lupa nak kenalkan nama watak utama ini,nama beliau adalah Muhammad Ismail.

Ni lah watak utama drama ni..


Aku memainkan watak yang berlainan atau juga boleh dikatakan sebagai watak serpihan yang menjalankan aktiviti sendiri pada waktu itu.Aku berkenalan dengan beberapa blogger melayu dari UIA yang handal-handal seperti Bro Fahmi yang menghulurkan aku sekeping kad pengenalan diri atau lebih dikenali sebagai ‘Busines card’,Kak Mira seorang penulis buku yang bertajuk “Akrab dengan Tuhan” yang membuatkan aku segan dengan nama “Yus the Novelis” (moga aku betul menjadi novelis yang pantas disebut sebegitu),dan juga Kak Along seorang peminat novel yang senang bertukar-tukar idea dengan aku tentang novel-novel yang pernah kami baca dan Nazri aka Tekong yang tak habis-habis mempromosikan produk dia (PSP for Quran leh masuk website dia di http://nazri.flavert.com) yang membuatkan aku sebagai warga MMU bangga dan secara tak langsung dia juga adalah kawan aku(Tekong aku dah mention dah,jgn marah yer..hehehe).Tidak semua nama yang dapat aku titipkan disini dan coretkan peristiwa yang berlaku antara aku dan mereka,kerana Pengarah Drama sudah tuliskan begitu didalam jalan penceritaan aku.Terima sahaja,itukan sudah tercatat di dalam Rukun Iman yang Dia sudah catatkan sejak lama dulu iaitu percaya kepada Qada’ dan Qadar.

Kemudia,plot drama ini diteruskan dengan babak tangkap-tangkap gambar dikalangan peserta,dan juga sessi berborak terakhir juga diselitkan agar drama ini nampak santai dan mudah dicerna oleh penonton.
Dan Alhamdulilah.drama ini tamat tepat jam 7.30 malam.Setelah solat aku dan rakan aku (yang wataknya Pengarah wujudkan sebagai orang yang sudi memperlawa aku naiki kereta dia ) pulang ke MMU iaitu lokasi terakhir kami dalam cerita ini.Alhamdulilah,drama ini aku rasakan pasti membuahkan pelbagai manfaat di kalangan pelakon-pelakon yang lain.Moga kita akan dapat bersama dalam drama yang seterusnya.

Oh aku lupa untuk menyatakan siapa Penaja untuk Drama ini,penaja Drama ini dari Syarikat Adverlets yang dimiliki oleh Josh Lim..

Aku,hafrezz and Josh Lim

-TAMAT-

Friday, August 24, 2007

Takrif dan Jumlah Sahabat Nabi Muhammad SAW


Takrif dan Jumlah Sahabat Nabi Muhammad SAW

Oleh : Yussamir Yusof aljohori
25 Ogos 2007 : 2:47 pagi

Perjuangan Nabi Muhammad SAW sentiasa disokong dan didokong para sahabat baginda yang mulia.Tidak boleh tidak,kita sebagai umat Islam perlu mengakui tentang pengorbanan dan kehebatan para sahabat baginda dalam meninggikan Kalimah Tauhid pada sebelum dan selepas kewafatan Nabi.Para sahabat adalah insan yang istimewa di mana mereka dididik secara terus daripada Nabi Muhammad SAW dan sentiasa berada disisi Nabi sama ada ketika senang atau susah.Para sahabat sanggup berkorban apa sahaja,berkorban harta,meninggalkan keluarga untuk berjihad,dan pelbagai lagi.Dan pengorbanan mereka itu terus diperlihatkan walaupun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Sahabat menurut bahasa di dalam kalimah الصحابة (assihabah) ataupun الصحابة (assahabah) imbuhan dari الصحبة (As-suhbah).Ahli bahasa yang terkenal iaitu Al-Fairuzabadi[1] menerangkan: Sahabat memberi maksud berkawan atau mengajaknya untuk bersama dan berserta dengannnya sebagai teman.Selain itu Al-Qadhi Abu Bakar A-Baqilani[2] menakrifkannya: Tidak menjadi perselisihan di kalangan ahli bahasa dalam menjelaskan bahawa kalimah sahabat adalah imbuhan dari الصحبة (as-suhbah) yang tidak menjurus kepada bentuk persahabatan yang khusus malah ia mencakupi kepada bentuk yang sedikit ataupun banyak.Apabila diletakkan nama berkawan ia tidak tertakluk kepada sedikit ataupun banyaknya rakan tersebut.[3].

Namun kalau kita melihat pula takrif di sisi Muhadisin ia terdapat beberapa kelainan dalam menakrifkannya makna sahabat ini.Antara ulama hadis yang memberi takrif ini adalah Imam Bukhari secara ringkas:

من صحب النبى صلى الله عليه وسلم أو رآه من المسلمين فهو من أصحابه

Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi SAW ataupun melihatnya dari kalangan muslim,maka dia adalah di kalangan para sahabat Baginda.[4].

Selain itu ada sesetengah ulama menetapkan seseorang itu layak menjadi sahabat Nabi dengan kadar lamanya mereka bersama dengan Nabi serta sering menghadiri majlis ilmu Baginda.Namun ada sebilangan para ulama mengatakan bahawa mereka yang hanya bertemu serta melihat Baginda sekadar sebentar atau cuma sesaat pun sudah dikira sebagai sahabat Nabi.Ini disandarkan kepada kata-kata Ibnu Hanbal(iaini Ahmad bin Hanbal) yang telah diriwayatkan oleh Al-Khatib dengan sanadnya kepada Abdus bin Malik al-Atthar bahawa beliau berkata :Aku mendengar Ibnu Hanbal menerangkan mengenai para sahahat Nabi yang terdiri dari kalangan Ahlu Badar ,beliau berkata :

ثم افضل الناس بعد هؤلاء اصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم القن الذى بعث فيهم كل من صحبه سنة أو شهر أو يوما أو ساعة أو رآه من أصحابه له من الصحبةعلى قدر ما صحبه وكانت سابقة معه ونظر اليه

Sebaik-baik manusia adalah ahlu badar dari kalangan para sahabat Nabi adalah mereka yang hidup di kurun itu dan merasai zaman risalah.Setiap dari mereka yang berdampingan dengan Baginda sama ada setahun,sebulan,sehari atau sesaat atau sekadar melihatnya sahaja,maka mereka tergolong dari kalangan sahabatnya.Mereka berhak mendapat hak persahabatan sekadar perdampingan mereka bersama Baginda,mendengar perkataannya dan melihat kearahnya.


Manakala Ali Ibn Al-Madini menejelaskan pengertian sahabat sebagai :

من صحب النبى صلى الله عليه وسلم أو رآه ولو ساعة من نهار فهو من اصحاب النبى صلى الله عليه وسلم

Sesiapa yang sering berdampingan dengan Nabi,melihatnya sekalipun sekadar satu saat pada suatu hari,maka dia tergolong dari kalangan sahabat Nabi SAW.

Berdasarkan beberapa takrif yang dibawa maka bolehlah dapat disimpulkan adalah :

من لاقى رسول الله صلى الله عليه وسلم ملاقاة عرفية في حال الحياة حال كونه مسلما ومؤمنا به

Mereka yang bertemu dengan RasullAllah SAW dengan pertemuan yang wajar sewaktu baginda masih hidup dalam keadaan Islam dan beriman dengannya.[5].

Kalau kita lihat rumusan ini terdapat perkataan “dalam keadaan Islam dan beriman dengannya”.Ini disebabkan gelaran sahabat itu terlucut serta merta apabila mereka tidak mempercayai risalah kenabian dan apabila mereka tidak beriman setelah nabi wafat.Selain itu,mereka yang sudah beriman tetapi tidak pernah atau tidak sempat mememui baginda tidaklah layak digelar sebagai sahabat.Seperti mana Raja Najasyi[6].


Ini bertepatan dengan rumusan yang dibawa oleh Ibnu Hajar As-qolani :

الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام

Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim.[7]

Ibnu hajar menegaskan persoalan iaitu mati mesti dalam keadaan beriman adalah kerana terdapat sesetengah sahabat yang pernah bertemu dan beriman dengan Nabi kembali murtad dan mati dalam keadaan kufur.Perkara ini berlaku pada Abdullah bin Khatal yang melarikan diri ke kota Makkah uintuk meminta perlindungan kaum Quraisy setelah murtad dari Islam.Akhirnya beliau dihukum bunuh oleh Nabi Muhammad.
Akan tetapi jika para sahabat yang murtad kemudian kembali semula kepada agama Islam maka ia tetap mendapat hak sebagai sahabat Nabi.Sama ada ketika adanya Nabi ataupun setelah kewafatan Nabi.Ulama Hadis secara jumhur tidak membantah persahabatan mereka dan periwayatan mereka sebagaimana termuat dalam kitab-kitab hadis.


Bilangan para sahabat adalah amat ramai dan mereka meriwayatkan maklumat yang banyak kepada kita semua.Kerana mereka kita Alhamdulilah dapat mengamalkan Islam dengan lengkap tanpa ada apa-apa yang tertinggal daripadanya.
Kaab bin Malik ra iaitu salah seorang sahabat besar Nabi pernah menyebut :

والمسلمون مع رسول الله صلى الله عليه وسلم كثير

Kaum muslimin bersama Rasullah SAW terlalu ramai(semasa menyertai peperangan Tabuk).[8].

Al-Hafiz Al-Iraqi[9] berpendapat bahawa jumlah para sahabat tidak boleh dibataskan dengan jumlah tertentu,kerana jumlah para sahabat terlalu ramai dan tidak ada satu riwayat pun yang menentukan jumlah sahabat.Beliau berkata:

Tidak boleh dibataskan pada jumlah angka tersebut sahaja.Bagaimana boleh timbul sesetengah pihak yang berpendapat begitu dan menuliskannya didalam kitab mereka.Sedangkan masih ramai lagi para sahabat Nabi SAW yang bertebaran di segenap ceruk kota,kampung dan desa.

Oleh itu jumlah sebenar para sahabat tidak dapat ditentukan kerana tidak ada satu sumber sahih yang merekodkannya.Dan yang penting kita menghargai jasa mereka kerana sanggup berkorban masa dan tenaga dalam mengumpulkan maklumat dan kemudian menyampaikanya sehingga tidak ada satu pun yang tertinggal daripada Nabi Muhammad SAW.

Artikel kali ini saya hanya menerangkan siapa itu sahabat dan jumlah para sahabat,insyAllah pada artikel yang lain mungkin saya akan meneruskannya dengan beberapa point yang menarik.Dan saya harap pendedahan mengenai sahabat ini dapat menambahkan cinta dan penghargaan kita pada mereka yang sangat dekat dengan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Muhammad SAW sangat mencintai para sahabatnya sehinggakan beliau bersabda :

لا تسبّوا اصحابي لعن الله من سبّ اصحابي

Janganlah kamu mencela sahabatku,Allah akan melaknat sesiapa yang mencela para sahabatku.[10].

Oleh itu,kita berkewajipan menjaga nama para sahabat Nabi dari dicela dan diputar belitkan oleh golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab.Antara golongan yang jelas dan nyata dalam hal cela-mencela para sahabat ini adalah golongan Syiah Rafidah.Dan kita berharap golongan ini dilaknat oleh Allah SWT seperti mana hadis Nabi diatas.

InsyaAllah artikel ini akan bersambung..............


[1] Al-Fairuzabadi-Kamus al-Muhith

[2] Al-Qadhi Abu Bakar A-Baqilani – Muhammad bin At-Taiyib bin Muhammad bin Jaafar(338-403H).Beliau adalah seorang pakar dalam menginstibatkan hokum dan pintar menjawa persoalan yang ditujukannya secara sepontan.Antara karya beliau adalah kitab DAqaia al-kalam.Al-Zahabi-Suyar A’lam An-nubala(muasasah Risalah Beirut 1414H).

[3] Khatib al-Baghdadi – alkifayah

[4] Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqolani – Fathul baari.Jil 7,ms 5

[5] Fathur Rahman – Ikhtisar Mustahalul hadis.

[6] Raja Najasyi adalah seorang pemerintah Habsyah yang memeluk Islam dan menerima muhajirin pertama di sana,beliau dikenali dibarat dengan nama ‘Negus’.

[7] Al-hafiz Ibn Hajar – Nukhbat al-Fikar (dar ihya,Beirut) jil 1,ms 230 dan As-suyuti – tadrib al-Rawi(maktabah Ruyad al-Haadisah) jil 2,ms 209.

[8] Sahih.Dikeluarkan oleh Bukhari didalam sahihnya.

[9] Al-Hafis Al-Iraqi adalah Muhadis yang berasal dari Iraq dan membesar di Kaherah.

[10] Sahih : Dinukul oleh Haitami dalam kitabnya Majma Azzawaid.Beliau berkata bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Thabari di dalam Majmu Al-Ausath dan para perawinya adalah perawi yang sahih kecuali Ali bin Sahl kerana dia adalah perawi yang tsiqah(terpecaya).

Tuesday, August 21, 2007

Catat rekod peribadi


Catat rekod peribadi

Hari ini aku buat catatan rekod peribadi dengan pencapaian “menghabiskan bacaan sebuah buku ilmiah dalam masa dua jam”.Alhamdulilah,usaha aku berhasil juga.Mungkin lepas ini aku nak mencuba habiskan baca kitab Fathul Baari setebal jilid 4 dalam masa 4 jam sahaja.Mungkinkah ia berhasil?Kita tunggu pada masa akan datang.......

Baca laju tapi tidak dapat apa-apa input dalam pembacaan adalah satu perkara yang amat malang bagi saya.Bagi saya membaca dengan laju boleh tapi mestilah mencapai tujuan iaitu dapat menambah input dalam minda kita.InsyAllah saya akan tulis ringkasan buku yang telah saya baca iaitu “keadilan para sahabat di sisi ahlu Sunnah Waljamaah” oleh Ustaz Mohd Fadlan Che Hussin,terbitan Jahabersa.


Hari ini saya menghafal satu hadis lagi
iaitu :

خير امتي قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم(رواه بخارى)

InsyAllah,nantikan artikel yang seterusnya dari saya iaitu “tangisan dan kebanggaanku pada sahabat”.InsyAllah...

Palestin tangungjawab bersama



Palestin tangungjawab bersama

Oleh:Yussamir yusof aljohori

*Artikel ini ditulis pada tahun lepas,sekadar mengingatkan kembali tentang Palestin.Diharap artikel ini dapat memberi sesuatu kepada semua.

assalamualaikom...Hari ini saya nak bercerita sedikit tentang 21 OGOS 2007. Tahu tak hari ni hari sempena apa?

Peristiwanya adalah, يوم القدس (Hari Al-Quds),dimana pada 21 OGOS 1969 berlaku kebakaran di MASJIDIL AQSA iaitu kiblat pertama umat islam..Kejadian ini dilakukan oleh seorang lelaki yahudi iaitu Dennis Michael yang memasuki masjidil haram,kesucian masjidil Aqsa telah dijelaskan oleh Nabi SAW dalam hadis: "solat dimasjidil haram sama dengan 1000000 kali solat,solat dimasjidil nabawi sama seperti 1000 kali solat dan solat dimasjidil aqsa sama seperti 500 kali solat"[1]


Selain itu kesucian bumi PALESTIN juga telah diterangkan dengan jelasnya di dalam Quran:

"Hai kaumku,masuklah ke tanah suci (PALESTIN) yang telah ditentukan Allh bagimu,dan janganlah kamu lari ke belakang(kerana takut kepada musuh),maka kamu menjadi orang2 yag rugi."[2].

Bumi palestin adalah bumi Anbia’, dalam Quran telah banyak kali menyebut bahawa Nabi Ibrahim a.s,Nabi Yacub a.s,Nabi Yusuf a.s,Nabi Daud a.s, Nabi Sulaiman a.s,Nabi Saleh a.s,Nabi zakaria a.s,Nabi Yahya a.s, dan Nabi Isa a.s semuanya tinggal di Palestin dan rasul terakhir juga iaini محمد juga pernah menziarahi negera ini.Didalam satu hadis sahih ada menyebut bahwa BILAD AL-SHAM dimana Palestin sebahagian daripadanya adalah "penjaga dan pelindung kepada islam"[3]dan "pusat bagi keimanan" ketika kerisis dan huru hara[4] .

Mereka yang tinggal di Palestin atas dasar Islam dan Iman adalah umpama seorang MUJAHID atau MURABIT pada jalan ALLAH seperti yang disahkan di dalam satu hadis yang bermaksud :

"penduduk al-syam,isteri2 dan hamba sahaya mereka semuanya adalah pejuang2 al-mujahidun diaatas jalan ALLAH.Sesiapa di antara mereka menduduki mana2 dari kotanya adalah mujahid" [5].

Dan sebenarnya saya tak banyak idea nak curahkan kat sini tapi just nak beritahu,Palestin adalah tanggungjawab semua umat Islam dan ingatlah bahwa Palestin bumi yang suci.Dan Alhamdulilah , usaha pembelaan dan kepedulian telah dijalankan iaitu Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin telah ditubuhkan. Dan kewajiban menolong saudara kita di palestin telah disebut ALLAH:

"Dan KAMI berkewajiban menolong orang2 yang beriman"[6]...


Dan palestin adalah saudara seiman dengan kita..seperti Sabda RasulluLLAH SAW "tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri"[7].Dan Nabi juga telah bersabda :

“seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah menganiaya,jangan membiarkannya teraniya dan janganlah menghinanya.Taqwa tempatnya disini!sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar dosanya menghina saudara sesame muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah saudara sesame muslim.Haram merampas haratanya dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya” [8]

Akhir sekali,marilah kita sama berdoa agar BUMI PALESTIN cepa bebas dari geganggaman ISRAIL LAKNATULLAH....TAKBIR!!!!ALLAH AKBAR!!!!


[1] (riwayat al-tabrani)..

[2] (al-maidah:21)

[3] (riwayat al-tabrani)

[4] (riwayat al-hakim dan abu al-naim).

[5] riwayat al-tabrani

[6] Ibid

[7] Sahih

[8] Hadis Riwayat Muslim

Saturday, August 18, 2007

IIF part one


Hebahan:Akhirnya...artikel berkenaan dengan IIF dapat di'post'kan di blog ini..Thank you to Sister Habibah for this good article...(Artikel ini akan bersambung-sambung..mengikut kesediaan penulisnya..Saya tidak menulisnya sendiri disebabkan saya tidak datang pada hari kedua forum ini kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.Kredit untuk Sister Habibah)



The reason.(part 1)

By: crimsonskye aka sister Habibah

(This is a part of my write-up for the IIF conference, I'm going to break it into a few separate posts.)

William Rodriguez is a very friendly, warm-hearted and down-to-earth guy, he went around and stopped to chat with as many participants as he could during the breaks and lunches. For my part, I'm just glad that I've finally had an opportunity to meet with this heroic man, and listen to what he has to say about 9/11.

Brother William is a former maintenance worker at the World Trade Center, he had been working there for almost 20 years. On September 11, he came to work later than usual, and on any other day he'd be making his way to the top floors already. But on that day, he went to his office first at the ground floor.

He was still at the lower grounds when he felt and heard an explosion from the tower basement, along with his colleagues. This happened before 9 a.m., before the first plane hit the towers. Everything started to crumble around, and then one of his co-workers burst into the office from one of the elevators from the basement, his face horribly burnt by the fire. Brother William was aghast but quickly brought his friend out to safety.

But then he heard people screaming for help, people who were still in the building, people who were trapped in the elevators. He yelled to the people around him, We got to go back, we got to help these people! But he was alone, nobody wanted to go back in so Brother William went into the building all by himself. He was an atheist at that time, but he remembered crying out to God to help him to save these people. Brother William had also courageously led a team of firefighters up the tower stairwell, since he was the one of the five people who possessed the master keys which granted access up the stairs. The other four had left due to emergency procedures.

As it turned out, Brother William was the last one to leave the North Tower and he heard screams of, Don't look back! Don't look back! Well of course he looked back and he witnessed the most terrifying sight in his entire life - the towers crashing down, all those people jumping out of the windows, being thrown around like rag dolls and falling to their deaths... it was a picture of unspeakable horror, anguish and desperation.

He dove for cover from the flying concrete under the first thing he saw in front of him - a fire truck. The audience were shown the photo of the truck, mangled and crushed by the debris. It was unbelievable... I just don't know how anyone could have ever survived that. Brother William said that he prayed so hard, he was thinking of his mother, If I die then please God, let my mother recognize my body. He was rescued, but he thought he had lost his legs and would never be able to walk again. And yet, still he stands today.

It was nothing short of a miracle, but that was also the moment when Brother William realized that he was protected for a reason. He said that hundreds of his friends had died on that fateful day, but he lived. There's a reason that I survived my own tragedy, and I believe that reason is that God had this mission for me to help others who have been devastated by some misfortune. Brother William also spoke of the 160 people who immediately voluntereed following the aftermath, the search dogs and some 62,000 people around the area who fell sick and died because of the toxic fumes.

He has testified for the 9/11 Commission and yet none of it appeared in the report. The FBI and the National Institute of Safety and Technology ignored his pleas to present his testimony, and the mainstream media is unwilling to give full exposure to his side of the story. But he is undaunted, he felt that he owed it to his friends and all those people who have perished and suffered because of what had happened on 9/11, to keep standing for the truth and justice. He is also actively involved in several organizations such as the Families Advisory Council of Lower Manhattan Development Corporation and the 9/11 Truth Movement.

Brother William is a genuine example of courage and strength, may Allah bless him for all of his effort.



A low income housing means not having to worry about flooring and fancy lighting etc. But there has to be regular home lighting and other house plans. There will be the matters of bedding ad well as outdoor furniture.

Tekanan membawa bahagia...


Tekanan membawa bahagia?Mungkin benar...
oleh:Yussamir yusof aljohori



Assalmualaikom..minggu ini tidak dapat saya hasilkan apa-apa artikel kerana ada beberapa tekanan jiwa yang mengundah di dalam hati ini..Mungkin Tuhan berbicara dengan sedikit calitan resah di jiwa bagi membangunkan jiwa yang tinggi di kelak hari.Hari yang terus dicorak dengan pelbagai warna agar 'wajahnya' cantik di akhir nanti.Awan terus cerah,matahari bangkit menyinar bumi, dan angin tetap menghembus enak di mata hati tapi ada sesuatu di hati yang tidak dapat diungkap.

Rasa kasih,sayang,rindu dan cinta datang bergolek laju tidak tahu apa ertinya hinggakan membawa gagapan kecewa di ulu hati ini.Tak tahu mengapa,ada saja yang bermain di hati ini,fikiran terus melayang dibawa arus kesibukan menelaah,menyiapkan 'assigment' yang tidak akan kujum padam selagi bergelar pelajar dan perlbagai kesibukan yang kadang-kadang sengaja di hasilkan.Minda dan hati kartika di bumi sunyi ini rasa tidak bersatu dalam arus synaps dan pembuluh darah yang terus menerus merangkak pantas.

Oh Allah tuhan yang hidupkan Isa Al-masih tanpa bapa di rahim mulia Mariam,aku bermohon dibalik rahmat-Mu redakanlah perasaan ini.takut-takut ia membawa satu hasat durjana pada hamba-Mu yang lemah ini.Oh Allah,jangan kau palingkan rahmat dan kasih-MU pada ku,aku takut berada di bawah murka-MU,hadapkan aku pada-MU di akhir nanti bersama orang-orang yang kau sayang...



Salam hamba-MU...

Sunday, August 12, 2007

Hadis Mauduk di bibir penasyid


*gambar sekadar hiasan

Hadis Mauduk di bibir penasyid

Oleh:Yussamir yusof aljohori
13 ogos 2007

“Tuntutlah ilmu walau hingga ke negeri China”[1], “Sesiapa yang membaca La Ilaha Illallah ,maka Allah akan menjadikan bagi setiap kalimah seekor burung yang mana mulutnya daripada emas dan sayapnya daripada mutiara”[2], “Yassin itu hati Quran”[3], dan beberapa lagi hadis yang palsu kerap kali menjadi pujaan dan idaman di kalangan para penasyid dalam lagu-lagu mereka.Yang cukup menarik adalah bila ditanya “apakah konsep lagu-lagu ini?”, dan dengan bangga mereka menjawab “Lagu ini berkonsepkan hadis dan kami berharap dengan lagu-lagu ini para pendengar dapat mencintai nabi”.Wah!jawapan yang cukup menarik dan terharu saya mendengar,tapi saya hairan dan marah apabila pengambilan hadis-hadis di dalam lagu mereka tidak dititik beratkan.Semacam tidak ada rasa sensitif dan berwaspada dalam mengambil hadis-hadis Nabi.

Bagus niat mereka iaitu agar nilai-nilai cinta pada Nabi dapat ditanam di dalam diri masyarakat tapi sikap mereka yang ‘sekadar tangkap muat’ itu membuatkan saya berasa marah.Marah disebabkan mereka bersikap hipokrasi didalam menyemai cinta Nabi pada masyarakat sedangkan mereka tidak berbuat begitu.Jikalau mereka betul-betul mencintai Nabi mereka tidak akan sewenang-wenangnya dan bersikap sambil lewa dalam pengambilan hadis didalam lagu-lagu mereka.Tidakkah mereka sedar dengan amaran keras Nabi yang berbunyi :

وان كذبا على ليس ككذب على احد فمن كذب على متعمدا فليتبوا مقعده مى النار (رواه مسلم)

“Sesungguhnya berdusta keatas diriku bukanlah sama seperti mendustakan kepada seseorang,maka sesiapa yang berdusta kepadaku dengan adanya unsur kesengajaan,silakan mengambil tempat duduknya didalam api neraka.”[4]

Jikalau kita perhatikan betul-betul hadis itu,Nabi memberi amaran yang cukup keras berkenaan hal dengan pengambilan dan penggunaan hadis palsu.Adakah kita sudah lupa dengan pesanan Allah di dalam Quran yang bermaksud :

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya.”[5]

Dalam ayat ini sudah terang lagi bersuluh yang Allah perintahkan kita untuk mengikut segala apa yang dikatakan oleh Nabi dan tidak boleh sesekali melanggar arahan NAbi.Tapi apa yang telah kita buat terhadap pengambilan hadis?Kita dengan ‘bangganya’ telah melanggar arahan NAbi agar tidak berdusta terhadapnya.Sedih sungguh saya!

Baiklah,saya bersangka baik yang penasyid-penasyid ini tidak tahu tapi saya banyak persoalan yang nak dibawa di sini.Antara kemusykilanya adalah,kalaulah mereka tidak tahu dan jahil dalam hal hadis ,kenapa semasa mereka mahu membuat lagu tidak buat rujukan kepada pakar-pakar hadis?Dalam hal ini tidak boleh tidak mereka perlu akui,sebab mereka kena sedar mereka membawa lagu-lagu yang berkonsep hadis.Dah nama konsep hadis,hadis-hadis yang dibawa perlulah yang sahih.Baiklah,saya bersangka baik lagi yang mereka tidak kenal dengan pakar-pakar hadis,tapi saya ada kemusykilan yang seterusnya.Kenapa tidak merujuk kepada kitab hadis yang sudah ada dijual di kedai-kedai buku,misalnya ringkasan kitab sahih Bukhari dan Muslim yang harganya hanyalah Rm60.Didalam kitab ringkasan hadis Sahih Bukhari dan Muslim itu terdapat banyak hadis-hadis yang berkaitan dengan Ilmu dan pelbagai lagi.Tapi kenapa hadis yang palsu juga menjadi idaman kalbu?.

*gambar sekadar hiasan

Owh,tidak ada duit.Tidak mengapa,saya masih bersangka baik dan mengangap yang album-album nasyid sekarang jualannya lembap sehinggakan tidak ada duit nak beli kitab ringkasan sahih Bukhari dan Muslim.Sebenarnya banyak lagi kemusykilan, tapi saya rasa kemusykilan-kemusykilan saya itu sepatutnya tidak perlu menjadi perkara besar pada mereka yang mahu menyemai cinta pada nabi bukan??Sepatutnya mereka sedar dan perlu mencari jalan bagaimana mereka mahu mengambil hadis-hadis sahih dan tidak mengambil hadis-hadis yang palsu.

Perkara ini sepatunya tidak terjadi kepada penasyid kerana masyarakat majorotinya fikirkan dan bayangkan mereka ini mahir di dalam hal agama dan sekaligus bila mereka membawa hadis-hadis nabi mereka akan gunakan.Lagi-lagi pada mereka di luar sana yang tidak tahu tentang ilmu hadis,dan semestinya mereka akan berpegang pada hadis-hadis yang didendangkan oleh para penasyid.

“Belajar di China baguslah,sebab Nabi telah bersabda tuntutlah ilmu walaupun hingga ke Negera China, kata seorang remaja.Begitulah impak penggunaan hadis palsu yang akan terjadi sehinggakan ia menjadi biasa dalam perbualan harian dan ia menjadi satu perkara lazim.Dimerata tempat orang menyebarkan hadis secara tidak langsung dan tak sedar. Dan perkara inilah yang membimbangkan dan dirisaukan oleh saya dan mereka-mereka yang perihatin dalam hal ini.

Ada dikalangan para ulama menyifatkan pembentukan perpaduan dan peribadi diri seorang muslim itu ada bersangkut paut dengan hadis.Sejarah membuktikan perpecahan dikalangan Umat Islam diantara penyebab besarnya adalah penciptaan hadis-hadis palsu di kalangan mereka.Penggunaan hadis palsu atas tujuan membesarkan imam masing-masing,mem’bodek’ para pemerintah ,politik ataupun dalam hal pengeluaran fatwa bagi menghalalkan sesuatu yang diharamkan.Diantara hadis palsu yang digunakan golongan taksub imam ini adalah :

“Akan ada di antara umatku seorang lelaki yang dinamakan Muhammad Ibn Idris(imam syafie),dia lebih memberi mudarat kepada umatku daripada iblis.Dan akan ada di antara umatku orang yang dinamakan Abu hanifah ,dan dialah pelita Umatku”[6].

Kita perlu sedar dan hargai pengorbanan para ulama hadis yang bertungkus-lumus dan boleh dikatakan menghabiskan hayat mereka semata-mata untuk menghafal,menulis dan menyampaikan hadis kepada Umat Islam.Selain itu mereka juga bertanggungjawab dalam hal mengkaji, menapis, dan memisahkan hadis-hadis yang keji(mauduk) dengan mengunakan kekuatan akal fikiran ,dan kita pula sewenang-wenangnya menggunakan hadis palsu dan menganggapnya perkara yang ‘tidak apa-apa’.

*gambar sekadar hiasan


Oleh sebab itu didalam pengunaan hadis dalam lagu-lagu nasyid sepatutnya dititik beratkan dan perkara ini perlulah menjadi perkara pokok di dalam penulisan lirik-lirik lagu.Carilah altenatif dan janganlah malas dalam hal-hal besar ini,ini bukan perkara enteng tapi perkara yang amat penting..Saya harap dengan sedikit teguran ini dapat menjadi titik tolak kepada kita semua untuk berhati-hati dan berwaspada dalam hal sebegini,kita perlu set kan didalam hati dan kepala kita bahawa pengambilan hadis bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main.Akhir kata hayatilah hadis ini:

اتقوا الحديث عنى الا ما علمتم(رواه ترمدذى و ابو شيبه)

“takutlah(hati-hatilah) kamu didalam menyampaikan hadis daripada saya,kecuali apa-apa (hadis) yang engkau semua telah ketahuinya“[7]



[1] Hadis ini palsu .Didalam hal ini ada seorang perawi yang ‘berpenyakit’ iaitu Abu Atikah.Nama sebenar beliau adalah Tharif bin Sulaiman yang disepekati oleh sekelian Ulama akan kedaifannya.Al-‘Uqali memandangnya sebagai orang yang sanagat daif, Imam Bukhari pula mengatakan bahawa Abu Atikah mungkar hadisnya.manakala An-Nasai berkata bahawa beliau tidak Tsiqah,Abu Hatim pula berkata “Zahibul Hadis”.As-Sulaimani menyebutnya beliau adalah di antara orang yang dikenal dengan membuat hadis palsu.

Imam Ahmad bin Hanbal sangat mengingkari hadis ini.Hadis ini disebut Oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya ‘Al-Mauduat dan beliau berkata : “kata Ibnu Hibban: Hadis ini batil,tiada asalnya dan diakui oleh As-Syakhawi dalam kitabnya ‘al-masqasid’.

[2] Hadis ini palsu.Ia diriwayatkan oleh MAisarah bin Abd Rabbah.Dia pernah ditanya dari mana hadis ini dia perolehi.Maka dia menjawab “Aku sengaja meletakkannya untuk menarik minat orang ramai”.

[3] Hadis ini sebenarnya diriwayatkan oleh al-Imam at -Tirmizi, dengan beliau mengingatkan bahawa di dalam sanad ataupun rangkaian para periwayat hadis ini ada seorang yang bernama Harun bin Abi Muhammad, syaikhul majhul-seorang yang tidak dikenali.

Para penganalisa hadis yang terdiri di kalangan para ulamak hadis menyemak sanad dan riwayat hadis ini dan menyimpulkan bahawasanya hadis ini adalah hadis yan palsu. Ini seperti yang disebut oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (rahimahullahu Ta'ala) di dalam kitabnya Silsilatul Ahadithi al-Maudhu' ah wad-Dha'ifah. Di dalamnya dinyatakan bahawasanya hadis ini adalah palsu.

[4] Riwayat Imam Muslim

[5] Surah Al-Hasyr:7

[6] Hadis ini palsu,telah dibuat oleh Mamun Ibn Ahmad Al-Hawari,dalam abad ketiga hijrah.Dia adalah orang yang taksub kepada Mazhab Hanafi.

[7] Sahih.riwayat imam tarmidzi dan Abu Syaibah didalam kitab Mubahas fi ulumul hadis oleh Manna’ Khalil Al-Qathan.

Wednesday, August 8, 2007




“Bagaimana menghadapi hari-hari peperiksaan yang bakal menjelma”.

oleh:yussamir yusof aljohori
8 ogos 2007

“Boleh tak kalau saya nak jatuhkan botol air ini??”.Tanya seorang guru kepada anak muridnya bagi mengisi masa kelasnya yang berbaki 5 minit sebelum tamat. “Mestilah boleh cikgu,takkan tak boleh,cikgu tolak je botol then dia jatuh la cikgu”.Teriak pelajarnya yang bernama Karim dari bahagian belakang kelas.

“Erm betul jawapan kamu tapi adakah botol itu akan jatuh dengan hanya mendengar teriakan kamu?Tanpa ada sebarang inisiatif atau gerak kerja dari kamu botol ini takkan selama-lamanya akan jatuh.Betul atau tidak kata saya?” Semua terdiam termasuk Karim,betul kata cikgu Salman,bagaimana botol itu mahu jatuh jika tidak ada orang yang mengerakkannya dan menjatuhkannya.

Begitulah serba sedikit idea atau pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita diatas,cerita yang ringkas tapi mempunyai nilai yang cukup besar.Artikel kali ini lebih saya fokuskan kepada “bagaimana menghadapi hari-hari peperiksaan yang bakal dihadapai”. Banyak cara yang boleh dilakukan dan banyak juga factor negatif yang perlu dikikis di dalam diri pelajar di dalam menghadapi situasi ini.Memang tidak dinafikan pada saat-saat beginilah ramai para pelajar akan mengalami pelbagai tekanan dan sebagainya. Jangan jadikan faktor-faktor itu membuatkan anda semua kecundang tapi jadikan factor-faktor itu sebagai pemangkin anda untuk terus berjaya.

Kita mulakan dengan factor-faktor negatif yang perlu dibuang oleh para pelajar bagi menghadapi hari-hari sebelum peperiklsaan.

Pernah dengar perkataan NATO?Ini bukan NATO yang pengaman dari Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu tetapi “No Action Talk Only”,maksudnya cakap saja tapi gerak kerja tidak ada.Ya,memang benar dewasa ini ramai yang pandai cakap dan membuat pelbagai teori tapi tidak pernah melaksanakan apa yang dikatakan.Ramai para pelajar terjerumus didalam situasi ini,cakap banyak tapi langsung tidak ada sebarang gerak kerja untuk mencapainya. “Senang je Add Math ini,hafal formula buat latihan setiap petang mesti boleh dapat A la dalam exam”.


Itu antara ucapan-ucapan yang saya pernah dengar ketika ‘menjawat jawatan’ sebagai pelajar sekolah menengah,jadual disusun elok-elok dan sebagainya.Semua itu dah cantik dan mantap tapi mereka silap kerana hanya merancang dan bersikap optimis semata tanpa ada sebarang gerak kerja.Hasilnya mereka tertekan kerana ada banyak lagi yang mereka tak belajar dan sebagainya.Natijahnya di sini adalah seorang pelajar perlu ada rancangan dan disusuli dengan gerak kerja bukan hanya cakap-cakap kosong.Cakap+gerak kerja perlu ada bagi mencapai apa yang kita rancangkan.

Tapi apabila kedua-duanya sudah kita buat tapi tidak berhasil kita kena beriman dengan ayat ini :

“kita merangcang,Allah juga merancang tapi rancangan Allah lah yang sebaik-baiknya”[1].

Seterusnya adalah kepercayaan terhadap diri sendiri.Ramai pelajar disaat ini hilang kepercayaan pada diri sendiri sehinggakan melemahkan dan merosotkan daya belajar mereka. “Aku tak boleh lah”, “Aku bodohlah”, “boleh ke aku buat ni”, “boleh ke aku capai target aku ni” dan bermacam-macam lagi dongengan yang ada dalam minda mereka apabila saat-saat hari perperiksaan mendekati.Kenapa kita perlu ada semua stigma-stigma itu di dalam minda kita,sepatut seorang pelajar perlu menekankan sifat percaya dan yakin pada diri sendiri.

Ramai tokoh-tokoh ilmuan Berjaya di sebabkan percaya dan yakin pada diri yang sangat kuat yang ada pada diri mereka,antaranya adalah Albert Einstein tokoh sains abad 20.Beliau berkata “Meskipun ilmu mengajarkan fakta-fakta,namun tujuan tertinggi kehidupan dirumuskan dari sebuah cita-cita dan harapan serta percaya diri sendiri sepenuhnya”.Sebagai seorang pelajar,kita harus menanamkan sifat kepercayaan dan keyakinan kepada diri sendiri sejak awal lagi.Percaya dan yakin dapat mengunguli kejayaan orang yang berjaya ketika ini.Dengan demikian barulah kita melanjutkannya dengan perbuatan yang mendekati cita-cita.Bila mendapatkan tentangan atau kegagalan,kita tidak perlu berputus asa tetapi kita perlu lebih berusaha dan memantapkan segala usaha terhadap pelajaran kita[2].

Untuk menambah kepercayaan dan keyakinan ada pelbagai yang boleh kita lakukan,antaranya adalah meletakkan kata-kata semangat di almari,setiap pagi menghadap cermin dan katakan “Akulah orang yang paling cerdik,akulah yang terbaik,akulah yang tercantik” dan pelbagai puji-pujian anda boleh katakana.Pasti yang akan ada katakan “Malulah”, apa yang anda mahu malukan,anda cuma bercakap seorang diri di hadapan cermin,usah malu anda perlu lakukan.Menurut kajian sainstifik,kaedah itu dapat membangkitkan keyakinan anda melalui pembangkitan otak bawah sedar anda.Apabila otak bawah sedar anda mendapat maklumat dari apa yang anda sampaikan melalui puji-pujian dan keyakinan dan kepercayaan maka ia akan membangkitkan synergi atau tenaga luar biasa yang anda pasti tidak akan menjangkakannya[3].

Oleh itu anda kena setiap hari menanamkan sifat kepercayaan dan keyakinan di dalam diri anda.Ingat,katakan saja saya cerdik dan saya handsome setiap hari di depan cermin ok. J

Perancangan waktu juga perlu diambil berat oleh para pelajar di saat genting ini.Di saat-saat ini anda tidak boleh lagi membazirkan waktu dengan wewenangnya,manfaatkan waktu dengan sebaik-baiknya.Dalam perihal waktu ini,Dale Camegie pernah berkata[4] “salah satu dari hal-hal yang tragis dalam sifat manusia adalah cenderung melakukan hal-hal yang tidak sesuai dengan tujuan hidupnya.Cenderung untuk melakukan penangguhan dalam jalan hidupnya.Kemudian cenderung memimpikan tujuan sehingga tidak menyedari kalau waktu itu terbuang dengan percuma”.

Masa adalah amat penting dalam kehidupan dan sebagai seorang pelajar anda perlu gunakan sebaik mungkin waktu yang anda ada.Kalau anda tidak pandai mengunakan waktu anda pasti akan menyesal di kemudian hari dan anda akan menyalahkan diri sendiri kerana tidak pandai gunakan waktu.Saidina Umar pernah berkata “waktu itu seperti pedang,kalau tidak memotongnya maka ia akan memotong kamu”[5].

Seterusnya ,yakinlah yang anda akan berhasil setelah anda berkerja keras untuk mencapai kejayaan didalam peperiksaan.Keyakinan di dalam mencapai keberhasilan adalah motivasi kepada anda secara tidak langsung dan ia akan memangkin anda dalam usaha mencapai kejayaan.Lupakan kegagalan,lupakan berputus asa.Sebagai seorang pelajar yang inginkan kejayaan,anda perlu buangkan perkataan kegagalan dan putus asa di dalam kamus hidup anda.Kalaupun anda gagal didalam peperiksaan sekalipun,itu bukan alasan anda untuk terus bangkit kerana “kegagalan itu bukan satu jalan mati bagi adik-adik semua,tapi ia adalah pembuka jalan dan syarat untuk adik-adik semua berjumpa dengan jalan yang adik-adik semua inginkan”[6].Semua tokoh-tokoh yang berjaya pernah menghadapi kegagalan tapi mereka jadikan kegagalan itu sebagai satu loncatan untuk terus mengapai kejayaan bukan untuk terus lelap dan mati.Kejayaan itu bukanlah hanya dilihat dari pencapaian akademik tapi ia adalah makna yang cukup luas.Lihat sahaja,Dato’ Mokhtar al-bukhari tokoh perniagaan Malaysia,walaupun beliau tidak ada kelulusan yang tinggi tapi beliau berjaya di dalam lapangan perniagaan.Kejayaan itu bukan satu,iaitu lulus dengan cemerlang didalam peperiksaan tapi kejayaan itu dilihat dari pencapaian kita dalam semua aspek.

Jangan kecewa kalau anda tidak berjaya di dalam peperiksan,carilah kejayaan kerana dimana-mana saja kejayaan yang boleh anda gapai asakan anda berusaha.Saya nyatakan disini bukanlah untuk mengatakan bahawa peperiksaan itu tidak penting,malahan saya sendiri bertungkus lumus untuk berjaya dalam peperiksaan tapi saya hanya mahu ingatkan bahawa kejayaan itu bukanlah hanya datangnya dari peperiksaan yang cemerlang tapi ia merangkumi semua aspek.Oleh itu,lihatlah kejayaan dalam konteks yang besar,dan sebagai seorang pelajar anda harus capai kejayaan pertama iaitu didalam peperiksaan.

Dan yang terakhir setelah semua kita persiapkan adalah kerbergantungan kita pada yang maha Esa.Ia bukanlah terakhir tetapi kerbergantungan ini perlulah ada setiap masa,selagi kita bernafas selagi itu kita perlu bergantung pada Allah. “Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”[7].Kita perlu berusaha sebelum kita berserah pada Allah,itulah maksud didalam ayat diatas.Kebergantungan kita adalah dari aspek solat,berdoa,berbuat baik pada ibu bapa guru dan lain-lain.Moga amalan kita diterima dan doa kita pula akan dimakbulkan oleh Allah.Maksud Firman Allah “berdoalah pada ku nescaya aku akan perkenankannya”[8]


Akhir sekali saya harap artikel ringkas ini dapat memberi serba sedikit motivasi dan cara untuk anda tenang dalam menghadapi saat-saat peperiksaan yang akan mendatang.Konsep saya ketika di Alam persekolahan ialah “ B.I.T ” iaitu Berusaha,Istiqamah(berterusan) dan Tawakal.Dan alhamdulilah ia berhasil dan apa yang saya tulis di atas adalah antara cara dan keadah yang saya lakukan bagi berasa aman dan tenang di dalam menghadapi hari-hari peperiksaan yang akan menjelang tiba,boleh juga katakan ia adalah pengalaman saya.Oleh itu saya harap,adik-adik saya yang bakal menghadapi peperiksaan dapat hadapinya dengan tabah dan tenang dan saya mendoakan anda semua berjaya dengan jayanya. J

*Artikel ini khas untuk pembaca blog saya yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM.Dan artikel ini ditulis adalah atas permintaan adik angkat saya yang bernama asyraf dari sekolah Ahmad Boestamam Perak,dan saya harap dia berpuas hati dengan artikel ini. J.Sekian….



[1] 3:54

[2] menyemai keyakinan diri untuk Berjaya oleh Abdul Aziz Ismail

[3] Membinan Imaginasi cemerlang oleh Dr,HM Tuah Iskandar Al-haj

[4] menyemai keyakinan diri untuk Berjaya oleh Abdul Aziz Ismail m/s 61

[5] ibid

[6] yussamir yusof dalam forum siswa di sekolah ahmad boestamam

[7] [13.11]

[8] Ibid